Takut ngan bayang2 BA
KISAH pemimpin Umno dan Tok Sidang (Ketua Kampung) "memunggah" kerusi meja dan segala peralatan dalam Dewan Orang Ramai (DOR) bukan cerita rekaan lagi.Menonton Buletin Utama TV3 malam tadi dan Berita Perdana RTM Saluran 1, makin banyak cerita serupa diwar-warkan bagi menunjukkan kepada umum terdapat tindakan dari pihak pembangkang yang cuba "mengumpil" pintu DOR. Kisahnya begitu. Ekoran itu, maka dengan mudah pemimpin Umno setempat "memunggah" segala perkakas dalam dewan dibawa pulang atau disimpan di tempat lain. Dalam satu mesyuarat Umno di sebuah kampong di Dun Kg.Gajah; saya difahamkan memang dibincangkan isu "isi perut" DOR ini dan mereka diarahkan oleh Umno Bahagian agar mengeluarkan semua "harta benda" dalam DOR itu ke tempat lain. Ini bermakna, isu "memunggah" kandungan DOR ini datangnya dari pihak atasan Umno dan bukan respon spontan Tok Sidang dan Ketua Umno Cawangan. Ini mesti dilihat secara simbolik sebagai suatu taktik BN untuk menaikkan rasa marah pembangkang setempat. Ia provokasi orang kalah dalam permainan.Sehingga arahan Menteri Besar baru diterima, nampaknya PAS dan PKR terus memantau kegiatan "feel buruk" Umno. Soal aset DOR akan dipanjangkan kepada Pejabat Daerah bagi mendapatkan kepastian sejauh manakah benar dakwaan kononnya segala perkakas DOR itu dibeli oleh Umno bukannya milik kerajaan. Jika terbukti itu milik kerajaan, PAS dan PKR akan meminta Pejabat Daerah mengeluarkan notis arahan kepada pihak berkenaan agar memulangkan kembali harta tersebut ke tempatnya atau dilaporkan kepada pihak Polis. Tindakan ini bukan sahaja terjadi di Kg.Gajah tetapi mungkin seluruh Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor seperti yang cuba ditonjolkan oleh TV3 dan RTM malam tadi.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan