Jumaat, November 15, 2013

Laporan Polis terhadap biadabnya The Star DPP Pasir Salak

15 November 2013, Jumaat...
Laporan Polis terhadap biadabnya The Star DPP Pasir Salak atas kenyataan menyatakan Ustaz Ibrahim Libya membawa ajaran sesat.




Kesan daripada kebiadaban itu suatu seruan bantahan didokongi DPP Pusat. begitu juga DPP Pasir Salak turut melakukan dan membuat laporan polis terhadap bantahan kenyataan akhbar itu.

Isnin, November 11, 2013

Dulu 'Suara Pakatan Rakyat' kini 'Negara Pakatan Rakyat' : Fitnah Juhalak BN yang berterusan.



Sebelum PRU13 yang lalu, telah muncul sebuah Blog ataupun Portal yang menggunakan nama 'Suara Pakatan Rakyat' yang dipercayai dibangunkan oleh macai-macai UMNO untuk mengelirukan dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

Berbagai-bagai artikel telah disiarkannya yang mana kebanyakkannya menurut admin Blog atau Portal tersebut mewakili suara pemimpin Pakatan Rakyat.

Antaranya ialah satu artikel yang mengecam penggunaan Jet Pejuang terhadap pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh Sabah.

Bagi penulis yang juga dipercayai sebagai Admin blog tersebut tindakan atau pendekatan yang diambil oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang itu adalah satu pembaziran.

Malah ianya juga adalah satu kekejaman melampau menurut Admin yang hanya berani baling batu sembunyi tangan itu.. sepenuhnya korang bacalah di SINI

Ini video penafian akan kaitan Portal tersebut dengan Pakatan Rakyat..

Selepas PRU13, Portal tersebut telah hilang dari arena Blog.. dipercayai sudah tidak ada pihak yang sanggup meneruskan pembiayaan terhadap Portal tersebut yang jelas gagal memperbodohkan penyokong Pakatan Rakyat.

Sila klik di ( SINI ) untuk melihat Portal tersebut setelah tidak ada pihak yang sudi untuk membiayai kerja-kerja bodoh admin Portal tersebut sekarang ini. 

Bagaimanapun sehari dua ini telah heboh diperkatakan tentang sebuah lagi Blog yang menyamar kononnya ianya mewakili suara pemimpin Pakatan Rakyat, menggunakan nama Negara Pakatan Rakyat.


Ianya mula mendapat perhatian ramai setelah beberapa buah Blog Pro UMNO menggunakan apa yang ditulis oleh admin blog tersebut untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat..

Dan seperti biasa sasaran serangan mereka ialah Anwar Ibrahim..

Kerana menurut admin Blog tersebut kononnya "Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Indonesia agar mengemukakan bantahan rasmi atas layanan tidak berperkemanusian rakyatnya oleh polis Malaysia.

"Kerana ini bersesuaian dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang mahu kerajaan negara-negara ASEAN menilai rekod hak asasi manusia di Malaysia."

"Pakatan Rakyat sendiri bersedia membantu kerajaan Indonesia dimana perlu dalam soal ini, termasuk menyediakan bantuan guaman ke atas suspek berkenaan (kos ditanggung kerajaan Indonesia)." Tulis admin Blog tersebut dalam mempersoalkan tindakan Polis terhadap suspek kes bunuh dan rompak sebuah sebuah Bank beberapa minggu yang lalu..


Jelas... modus operandinya juga adalah sama seperti Portal Suara Pakatan Rakyat, menyiarkan artikel yang bercanggah sama sekali dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat.. kononnya mewakili Pakatan Rakyat.

Kaitannya dengan Pakatan Rakyat juga telah dinafikan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat melalui Twitter..

Cuma bezanya dulu kos untuk membiayainya tinggi sikit.. sebab website .com tu perlu dibayar.. sekarang cuma Blogger.com.. free saja..

Tapi macai-macai UMNO ni mana mungkin buat kerja free..

Sabtu, Oktober 12, 2013

GEMPAR : YB ADUN Sg Manik 2013 dalam kenangan?

Gempar... YB Sg Manik?
Kini telah tersebar dilaman sosial. Jika benar tak perlu sembunyi. Kami Pasir Salak tumpang syukur bersama.

Jangan lupakan kami di Sg Manik ni.

Kepimpinan melalui teladan

Ahad, September 15, 2013

Sepak terajang pertembungan Pemikiran bilamana Muktamar vs Himpunan Agong


Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.
Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

Jumaat, September 13, 2013

Solidariti Buat OKT Himpunan Kuala Kangsar


Kenyataan Media (13 September 2013)

HIMPUNAN KUALA KANGSAR: PAS PERAK SIMPATI

Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merakamkan simpati terhadap semua 13 orang kena tuduh berikutan Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar telah menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan denda RM5,000 setiap seorang pada hari ini. Kami, PAS Perak dan juga Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak akan berusaha membantu semua yang kena tuduh dan tindakan selanjutnya telah diambil oleh Pasukan Peguam bagi memohon rayuan di atas hukuman yang telah dikenakan oleh mahkamah.

Saya tekankan, kami menghormati keputusan mahkamah tersebut dan dalam masa yang sama mengharapkan tiada sebarang tindakan berbentuk provokasi yang akan diadakan. Berikan kepercayaan kepada Pasukan Peguam kita bagi mendapatkan keadilan bagi mereka yang terlibat. Saya menyeru agar semua pihak memanjatkan doa agar keputusan kelak yang akan berpihak kepada kita semua. Saya juga sarankan agar diadakan solat-solat hajat dan munajat bagi mendapatkan kebaikan kepada mereka yang terlibat.

Saya mengharapkan semua ahli keluarga mereka yang terlibat agar bersabar dan sentiasa berdoakan agar 13 orang kena tuduh tersebut diberikan kekuatan sebelum proses rayuan yang akan dikemukakan kelak. Saya juga telah mengarahkan PAS Kawasan yang terlibat dimana jika terdapat orang yang kena tuduh di tempat mereka agar membantu ahli keluarga mereka bagi meringgankan beban. Ini kerana kami dimaklumkan bahawa kebanyakkan mereka yang terlibat menghadapi masalah kewangan yang amat diperlukan bantuan setelah mereka kini dipenjarakan.

PAS Perak juga telah mengarahkan semua PAS Kawasan agar melancarkan tabung khas bagi tujuan membantu ahli keluarga mereka yang terlibat. Bagi tujuan yang sama juga untuk memudahkan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan melalui Akaun Maybank Berhad atas nama Parti Islam Se Malaysia (PAS) – 55 84 53 10 02 25. Untuk keterangan lanjut diharap berkunjung ke Pejabat PAS Perak, No. 13, Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya, Ipoh atau hubungi talian – 052557231.


YB HAJI ABU BAKAR HUSSIEN
Pesuruhjaya,
PAS Negeri Perak.

Khamis, September 05, 2013

Ramah Mesra Pemimpin PAS Bersama Anda di Parlimen Pasir Salak

Jamuan Terbuka PAS Kawasan Pasir Salak
Istimewa bersama Ust Abu Bakar & DS Ir Hj. Nizar Jamaluddin
Tarikh : 7 September 2013
Masa : 11 pagi - 3 petang
Lokasi : Markaz PAS UPU Sungai Buaya, Seberang Perak.

Kehadiran Istimewa bersama :
1. al-Fadhil Ust. Abu Bakar Hussin (Pesuruhjaya PAS Perak)
2. YB. Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin (Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak)
3. Saf-saf kepimpinan PAS Negeri , DPP Perak, Dewan Muslimat PAS Perak, DHPP
4. Seluruh Kepimpinan PAS Tempatan Kg Gajah & Sungai Manik
5. ANDA dan seluruh keluarga adalah TETAMU ISTIMEWA KAMI.

Jom bertemu dan bersua disana nanti.

Selasa, Julai 23, 2013

Kes ini hangat kembali menjelang ke Kuala Besut. Peguam UMNO mengetuai Pasukan Pendakwaraya.

Berita yang Mengejutkan Negara!!
RAYUAN KES LIWAT II...NEGARA DIKEJUTKAN DENGAN PEGUAM UMNO MENGETUAI PASUKAN PENDAKWARAYA!!!!

Amat memelikkan sekali mengapa perlu Peguam Negara menyerahkan amanah dan tanggung jawab kepada seorang peguam kanan yang cukup terkenal dengan nama jolokan Peguam UMNO, mengetuai pasukan pendakwaraya dalam kes rayuan Liwat II di Mahkamah Rayuan hari ini.

Apakah para timbalan pendakwaraya termasuk Peguamcara Negara tidak kompeten sebagai pendakwaraya?

Sebelum ini diwar-warkan betapa Dato' Hanafiah Zakaria dari Jabatan Peguam Negara akan mengetuai pihak pendakwaraya dalam kes rayuan ini.

Perlunya Jabatan Peguam Negara memberitahu kepada rakyat tentang keperluan dan justifikasi melantik dan mengupah peguam luar untuk mengetuai pasukan pendakwara dalam merayuan pembebasan DSAI dalam Liwat II.

Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membantah pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu.

Prosiding yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan ekoran ketua peguam bela, Karpal Singh sedang cuti sakit.

Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ramli Ali kemudian memberitahu peguam Ramkarpal Singh untuk membangkitkan perkara itu ketika prosiding berlangsung.

Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa". - omakkau

Selasa, Julai 16, 2013

Singkap (selak) dan berubah elak syok sendiri , ahli PAS kena ambil semula method yang mereka dah lama swastakan pada MUSLIMATnya

Tapi nak kata apa, kerja-kerja ziarah rumah ke rumah dah lama PAS swastakan kepada jentera muslimat. Tapi tentu lebih berkesan kalau pimpinan utama PAS turut sama turun dan lagi cantik kalau depa turun bersama isteri atau isteri-isteri masing-masing dalam aktiviti ziarah rumah ke rumah tu.

Malaysiakini melaporkan: 
Barisan Nasional (BN) Perak akan menggunakan pendekatan komunikasi berterusan dan mengenal pasti setiap pengundi di kawasan yang dikategorikan sebagai 'kurang sambutan' semasa pilihan raya umum ke-13 yang lalu untuk kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut.

NONE"Kita hendak orang keluar mengundi. Jadi kalau tidak kenal, tentunya agak sukar untuk kita memberi penerangan tentang apa agenda BN," kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Mkini.     
Aku belum sampai ke Kuala Besut, jadi aku tak pasti apa sebenarnya pendekatan jentera pilihanraya PAS di Besut. Tapi berdasarkan sikit pengalaman yang aku dalam PRK sebelum-sebelum ni aku rasa tak banyak berbeza kut. Aku dok rasa PAS masih mengamalkan kensep kempen ceramah kelompok.

Bukan ceramah kelompok tak bagus, ceramah kelompok pun perlu juga tapi tak sebagus macam yang Umno Perak nak buat tu.

Realitinya, walaupun PAS ceramah kelompok tu dibuat di kawasan kubu kuat Umno, yang pi dengar kalah pun tak 100% tapi hampir seratus peratus adalah ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Nak dapat sorang pengundi atas pagar pun yang pi payah, kecuali la kalau ada usaha jentera kempen berjaya tarik depa pi dengar ceramah kelompok tu.

Semalam saja aku update status facebook dan aku tag Hj Husam macam kat bawah ni.


Alangkah cantiknya kalau penceramah yang tak berapa orang setiap kali ceramah tu ujudkan team dan pi ziarah rumah ke rumah. Dapat 2 buah rumah semalam pun dah ok.

Cuba kira kalau ada 100 pimpinan besar PAS buat macam tu maknanya satu malam boleh pi 200 buah rumah, kalau 10 hari kempen maknanya paling kurang boleh dah boleh pi 2,000 buah rumah. Kalau sebuah rumah ada 2 orang pengundi pun dah ada 4,000 pengundi yang kita dah sentuh secara peribadi.

Tambah-tambah lagi kalau jentera tempatan dah ada senarai lengkap beserta peta lokaliti rumah-rumah sasaran untuk setiap lokaliti, aktiviti ziarah rumah ke rumah tu tentu punya akan bertambah produktif.

Berbanding kalau buat satu ceramah yang hadir berpuluh ribu, dalam berpuluh ribu tu yang boleh mengundi mungkin tak sampai setengah yang lagi setengah tu aku yakin adalah 'pelancong politik' yang tumpang beraya.

Tambahan pulak tenaga tempatan yang cukup penting masa kempen PRK ni banyang 'dibazirkan' untuk menganjur dan menguruskan ceramah kelompok tu termasuk jadi sebahagian dari berpuluh ribu yang hadir di tapak ceramah tu.

Tapi nak kata apa, kerja-kerja ziarah rumah ke rumah dah lama PAS swastakan kepada jentera muslimat. Memang aku tak nafikan kekuatan jentera ziarah muslimat tapi tentu akan lebih berkesan kalau pimpinan utama PAS turut sama turun dan lagi cantik kalau depa turun bersama isteri atau isteri-isteri masing-masing dalam aktiviti ziarah rumah ke rumah tu.

BTW, saja aku bubuh tajuk macam kat atas tu pasai aku yakin PAS Perak lebih udah untuk diajar berbanding dengan PAS Terengganu dan PAS Kelantan yang aku rasa mengepalai jentera pilihanraya PRK Kuala Besut ni.

Lagi pun, aku rasa PAS Perak tak terlibat menganjurkan ceramah kelompok di PRK Kuala Besut ni. Kalau Wail Rakyat yang 7 orang dari Perak tu boleh berkampung 5 hari di PRK Kuala Besut maknanya paling kurang depa boleh ziarah 70 buah rumah dan jumpa paling kurang 140 pengundi, kalau betul cara dan sasarannya senang-senang ja PAS Perak boleh tambah 140 undi.

Memang 140 undi tu tak banyak tapi yakin lah kalau takat pung-pang pung-pang dalam ceramah kelompok 1 undi tambahan pun belum tentu boleh dapat, malah kalau silap cakap boleh lari undi pulak...

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/kuala-besut-ceramah-kelompok-berbanding-ziarah-rumah-ke-rumah.html#ixzz2ZDveun6n

TG Nik Aziz selar kenyataan MP Pasir Salak


http://greenboc.blogspot.com,15 Jul 2013

Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz hari ini membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman di dalam akhbar Sinar Harian yang menuduh PAS sebagai alat kepada DAP dan PKR.

Menulis di laman facebooknya, TG Nik Aziz mengembalikan pertanyaan itu kepada MP pasir Salak berkenaan dengan mengajukan soalan (jika PAS alat DAP dan PKR) "UMNO pula alat kepada siapa?"

TG Nik Aziz turut menasihatkan Datuk Tajuddin, supaya, selaku ahli parlimen jangan bercakap (menulis) tanpa fakta.

TG Nik Aziz meminta ahli parlimen berkenaan menunjukkan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR.

Dan TG Nik Aziz turut menyelar sikap bermuka-muka pemimpin UMNO dimana mereka akan berkata lain di hadapan orang Melayu dan lain pula bila berhadapan kaum bukan Melayu.

"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik."

Kenyataan TG Nik Abdul Aziz
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman 3 hari ini. Katanya, PAS merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?

Selaku ahli parlimen, janganlah bercakap tanpa fakta. Berikan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR.

Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik. Salam Ramadhan.
 -SH


PRK: Pas hanya perkakas pada DAP, PKR
BESUT - BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.

Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.

“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.

“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam banyak perkara,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Raihan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu, Nawi Mohamad dan Pengarah Jabatan Veterinar Terengganu, Dr Marzuki Zakaria.
 -SH

Isnin, Julai 15, 2013

Hujah Murahan Menteri Najib nak menghalalkan RASUAH!

Yang lebih celakanya dia buat harta kerajaan macam harta mak pak dia, suka-suka dia nak bagi bila, kat mana dan kat sapa. Kalau nak bagi 'cenderamata' pun bagi guna duit sendiri la.

Malaysiakini melaporkian: 
Bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan nelayan atau petani.

"Jika bantuan diberikan semasa bahang pilihan raya diadakan, ia adalah secara kebetulan. Seperti saya datang ke Kuala Besut, sudah pasti mengikut adat orang Melayu saya akan bawakan sedikit cenderamata kepada tuan rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut, hari ini. - Mkini.  
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/hujah-menteri-halalkan-rasuah-politik.html#ixzz2Z5JEcngi

Kebetulan !!!! atau nak Halalkan!!! Rakyat sewenangnya dibodoh/ dijahilkan dengan Ilmu yang telah pun dipelajari. Tak kira la adat Melayu ka, adat Cina ka, adat India ka atau adat Dusun Kadasan Murut sekali pun, rasuah tetap rasuah.

Yang lebih celakanya dia buat harta kerajaan macam harta mak pak dia, suka-suka dia nak bagi bila, kat mana dan kat sapa. Kalau nak bagi 'cenderamata' pun bagi guna duit sendiri la.

Malaysiakini juga melaporkan:
Pada program itu, Tajuddin menyampaikan bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut. - Ibid.
Tapi nak buat macamana, rakyat Malaysia cukup ramai yang terlalu sebati dengan rasuah cara ni, dan rasuah cara ni memang dihalalkan oleh kerajaan pimpinan Umno BN. Adakah kalau takdak PRK di Kuala Besut seramai 314 petani di Kuala Besut akan dapat bantuan tu?

Yang lebih celakanya Malaysiakini juga melaporkan:
Sementara itu, seorang daripada penerima bantuan, Mat Yusof Awang Ahmad, 73, dari Kampung Gong Manok di sini berkata, beliau bersyukur menerima bantuan itu dan akan menjaga 15 ekor anak ayam kampung yang diterimanya dengan sebaik mungkin.

"Ini kali pertama saya menerima bantuan seperti ini daripada kerajaan dan ayam ini akan dijaga sehingga cukup umur sebelum dijual pada harga RM8 sekilogram," katanya yang menjalankan penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan. - Ibid.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/hujah-menteri-halalkan-rasuah-politik.html#ixzz2Z5JhCmSv

Ahad, Jun 23, 2013

LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN


LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN||

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.

Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik.

Khamis, Jun 13, 2013

Janji Allah : Rakyat Taat Bumikan Berkat. Minyak diperut bumi KELANTAN kini ditemui.


Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan
TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur. Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka. Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.

Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan
Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur. Sebelum ini mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi. Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun. 

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas Carigali Sdn Bhd. Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari. Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri.

admin ...
ayat seribu dinar telah lama menafsirkan begitu juga amalan dhuha penduduk bumi kan menghasilkan rezeki yang luar jangkanya.

sumber

Isnin, Jun 10, 2013

Pasca PRU 13 : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Kampung Gajah

Dato Tuan Ibrahim b. Tuan Man di Kampung Gajah.
Bersama kita hadir bagi meningkatkan semangat kebersamaan dalam jemaah ISLAM  dan yakin bersama kita adalah KEBENARAN.

Tiada syurga tanpa ujian. Kemenangan ISLAM pastikan tiba melenyapkan kebatilan mereka.

Selasa, Mei 21, 2013

Kepimpinan Najib Razak : 7 Menteri Penuh Beragama Kristian

Allah menyaksikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Propaganda dikampungan tentang Pakatan Rakyat memerintah maka kristianisasi Malaysia semakin menguasai sedangkan PM Anak Razak, iaitu DS Najib memberikan 7 Menteri Penuh buat orang Kristian sepertimana berikut :


Sebelum pilihanraya UMNO mengatakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, PR akan

 jadikan Malaysia negara ini Kristian.. Hari ini BN yg memerintah, DS Najib sendiri telah 

melantik 7 menteri Kristian dalam kabinet Najib.. Itu belum dikira Timbalan Menteri lagi...

1. Dato Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri)

2. Dato Joseph Entulu (Jabatan Perdana Menteri)

3. Dato Idris Jala (Jabatan Perdana Menteri)

4. Dato Richard Riot (Sumber Manusia)

5. Dato Ewon Ebin (Sains, Teknologi & inovasi)

6. Dato Maximus Ongkili (Tenaga, Air & Teknologi Hijau)

7. Dato Douglas Uggah (Perusahaan Perladangan & Komoditi)

Ini tidak termasuk Timbalan Menteri yang juga punyai kuasa penentu dalam sesuatu keputusan 

Mesyuarat bagi portfolio dipegang termasuk Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi 

Malaysia merangkap Pengerusi Sekolah-sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Khamis, Mei 16, 2013

Point Utama Pengundi Melayu Terkebelakang & Sangat Kampungan P073 & N49 Perak

Petikan ini menarik dan sangat relevan dibicarakan,  menerusi salah satu komen posting seorang hamba Allah di Facebook. Namun inilah hakikat ketidakmatangan orang Melayu yang dungu dan rakus kuasa , yang diatas sibuk mencari kembungan perut sama kroni yang dibawah dek kerana IMBUHAN WANG dan SENTIMEN yang diungkapkan ini maka pemikiran masih dikelas bawahan.

Di kampung masjid jadi gereja, tetapi dalam kabinet... 

MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?. Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.

Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.

Selasa, Mei 14, 2013

Yakinlah kalian jutawan Akhirat : Terima kasih dermawan PRU 13 .

Jazakallah terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh jentera, ahli , individu perseorangan dermawan yang telah sudi membantu gerakan jemaah Islam iaitu Parti Islam SeMalaysia PAS Kampung Gajah menghadapi PRU13 baharu ini.

Tiada kegagalan dalam perjuangan.
Sesungguhnya kalianlah jutawan akhirat penebus kifarah dosa dalam kehidupan kita dengan mengeluarkan perbelanjaan atas jalan Allah demi memastikan kelangsungan ISLAM dimartabatkan. Kejayaan dan kegagalan bukan pengukurnya apa yang pasti adalah keikhlasan kita seluruhnya menyumbang ke atas keredhoaan Allah.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang budiman yang telah menghulurkan sumbangan sama ada berupa wang ringgit, tenaga serta buah fikiran dalam menjayakan kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut bendahari DPPM Muhd Khairil Nizam, sepanjang kempen PRU13 lalu, pihaknya telah menerima sumbangan daripada pelbagai golongan, sama ada golongan profesional, ulama’, usahawan, teknokrat dan lain-lain lagi. 

"Selain penyumbang dalam negara, DPPM juga menerima sumbangan daripada luar negara termasuk daripada United Kingdom, Dubai (UAE), Mesir, Australia, dan lain-lain negara.

"Mereka ini terdiri daripada kalangan umat Islam serta bukan Islam yang merasa simpati terhadap perjuangan PAS serta mahu melihat PAS bersama Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13," katanya.

Sumbangan tersebut jelas Khairil telah disalurkan untuk kegunaan calon-calon Dewan Pemuda PAS segenap peringkat yang bertanding di peringkat parlimen mahupun Dewan Undangan Negeru (Dun).

"DPPM mendoakan semua penyumbang diberikan kerahmatan dan keberkatan dalam hidup mereka serta dilimpahi dengan rezeki daripada Allah SWT. 

"Segala jasa dan sumbangan mereka hanya Allah SWT yang membalasnya," katanya.

Pada PRU13 lalu, beberapa calon dari Pemuda PAS telah berjaya memenangi kerusi yang ditandingi masing-masing.

Ketua DPPM Nasrudin Hassan menang bagi Parlimen Temerloh, timbalannya Nik Mohd Abduh pula menang bagi Parlimen Pasir Mas, sementara dua exconya Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahmad Marzuk Shaari masing-masing menang di Parlimen Kubang Kerian dan Bachok.

Selain itu, beberapa ketua Pemuda PAS Negeri turut menang dalam PRU13 lalu.

Antara mereka termasuklah ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya yang menang di Dun Alor Mengkudu, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Latif Abdul Rahman di Dun Mengkebang, Ketua Pemuda Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan di Dun Gombak Setia, Ketua Pemuda PAS Perak Mohd Zawawi Abu Hassan di DUN Gunung Semanggol serta Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Noor Hamzah di Dun Bukit Payong.

Selain itu, beberapa lagi calon pemuda PAS turut menang iaitu Mohd Rozi Muhammad bagi Dun Tendong dan Nazlan Mohamad bagi Dun Limbongan di Kelantan, manakala Ridzuan Hashim menang di Dun Teluk Pasu, Terengganu.

Rabu, Mei 08, 2013

AWAS! Sentimen , penipuan dan perkauman mainan BN BERTERUSAN.


Fb Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Suhaimi Md Saad (official)
Ketua Penerangan PAS Pahang.
12 minutes ago ·

Rabu, Mei 01, 2013

Seruan DS Ir Md Nizar : Patahkan Senjata Akhir Musuh Yakin Kita Ke Putrajaya

1 Mei 2013, rata-rata seluruh jentera semakin bersemangat. Cuti Umum Hari Buruh bukan halangan untuk berehat selangkah dan terus melangkah maju demi kebersamaan dengan Jemaah Islam.


Kebanyakkan dun ada dijadualkan dengan pelbagai aktiviti. Konvoi adalah pengisian anak muda menyebarkan syiar Islam. ADAB Dan Sopan dititik beratkan dalam beraktiviti seperti ini.

rehat sebentar
Zon Anak Sungai Dun Kg Gajah yang terdiri dari 8 upu.bersama menganjurkannya. Program ini diakhirkan dengan tazkirah Dr Seri Ir Hj. Muhammad Nizar Calon Dun Changkat Jering melapangkan masa meraikan peserta.

Dalam ucapannya selaku penyuntik semangat untuk terus menerus berjuang dalam memastikan Pakatan Rakyat dan Islam memperolehi kemenangan. Ingatan buat petugas agar kental memastikan senjata terakhir musuh akan dapat dipatahkan. Antara lain politik lucah yang akan dilontarkan berlarutan hingga saat akhir hari pengundi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak turut hadir beri semangat
Gerak kerja musuh kini dihidu untuk menundukkan Jemaah Islam , tunggukan corak kotor musuh dalam ketidak matangnya berpolitik. Ugut , suap dan mendedahkan fitnah jadi teras perjalanan kempen mereka. Duit dan pelbagai gula-gula ditabur.

Tazkirah Penutup oleh DS Ir Hj Md Nizar di Markaz PAS Sungai Besar
Jentera menjadi semakin semarak terus menanamkan semangat kental dan kini demi rakyat dan kemenangan Islam akan terus disematkan dalam hati sanubari.

Hadapi Musuh dengan pantas dan rapi
Kami Tolak POLITIK LUCAH
Kami Tolak POLITIK UGUTAN
Kami Tolak POLITIK SUAPAN
Kami Tolak POLITIK CAKAP KASAR DAN KENYANG PROJEK.

Selasa, April 30, 2013

Kenali Calon Aspirasi Anak Muda DUN N49 Kampong Gajah : Drs. Ishak Shaari

Mari kita kenali profil calon yang diberi mandat untuk memikul tugas dan amanah di Dun N49 Kampong Gajah, Perak.

Profil Calon helaian taaruf
https://www.facebook.com/DrsIshakSaariCalonN49DunKgGajah?ref=hl

Ahad, April 28, 2013

Konvoi Jelajah DUN N49 Kampong Gajah : Meriah dan bersemangat

Singgah di Kompleks Sejarah Pasir Salak
28 APRIL 2013 , perancangan yang begitu singkat namun tetap bersemangat itulah XPDC Konvoi Jelajah Dun Kampong Gajah yang menjangkau 120 km. Dengan kekuatan anggota seramai tidak kurang 200 peserta , konvoi bermula jam 8.00 pg di UPU Kampung Pulau Juar, Kg. Gajah.

Semangat & meriah
Menyusuri jalan kesetiap ceruk kampung, konvoi menyampaikan mesej jelas terhadap wadah pemuda yang mantap berjuah demi rakyat dan kemenangan Islam.

Bawa panji dan syiar ISLAM
Kekuatan yang ditonjolkan memberi gambaran perubahan telah berlaku. Anak muda berinspirasi Islam berkonvoi dengan adab dan santunan terhadap penduduk setempat.

Mendengar tazkirah
Kompleks Sukan Kg Gajah terus ke Sg. Galah , Kampung Pulau Tiga ke Selat Pulau Changkat Lada dan serata zon anak sungai dijelajahi.

Konvoi dapat Ilmu pun dapat
Risalah kesedaran dan maklumat semasa juga diedarkan bagi menyatakan kebenaran dan rasa tanggungjawab menyampaikan pesanan kemenangan wadah Islam.

Di Majlis Penutup bersama Timbalan YDP Pas Pasir Salak
Bila waktu solat, maka bersolatlah secara berjemaah. Bila melihat kemungkaran maka menyatakan kebenaran itu suatu tuntutan . Konvoi pencetus semangat anak muda untuk bersantai dan ianya telah berjaya sampai ke destinasinya di MTD Kampung Gajah pada jam 4.00 petang.

Drs Ishak Shaari , Calon N49 Kampong Gajah turut mengisi ruang bersama konvoi
Tahniah Dewan Pemuda PAS Pasir Salak bersama Majlis Tindakan Pemuda Dun Kampung Gajah atas penganjuran konvoi tersebut.
Solat berjemaah diwajibkan 
Demi Rakyat Dan Kemenangan ISLAM. PAS Pilihan Kita Semua. 

Sabtu, April 27, 2013

Kunjungan Trailor PAS naikkan semangat Jentera bertugas kerana ALLAH

27 APRIL 2013 , sekian lama untuk menantikan kehadirannya kini dihadapan mata. Penduduk Dun Kampong Gajah, Perak merasaikan kehangatan berkempen dalam kerangka kerja demi rakyat dan kemenangan ISLAM di kawasan setempat.

Dr. Muhaimin Sulam , Drs. Ishak Shaari, Ust Mustafa Shaari & Pn. Jamalian Sudin
Biar apa pun provokasi pihak lawan, kekuatan semangat dan kekentalan jiwa jentera sentiasa membara dalam menyampaikan isu dan maklumat tepat. Jam 12 tengahari di perkarangan halaman tapak Pekan Ahad , UPU Bandar Pusat Seberang Perak atau lebih dikenali Changkat Lada, tibanya trailor PAS dengan gah dan ceriakan suasana.

Rakam kenangan
Penduduk setempat mengambil kesempatan untuk tampil mendekati jentera PAS Pusat ini dan tidak melepaskan peluang bergambar bersama-samanya. Sesi penerangan diatur, dan disusun bersama jentera sebesar ini. YDP PAS Kawasan Pasir Salak yang juga Jawatankuasa PAS Pusat & Setiausaha PAS Negeri Perak Sdra Muhaimin Sulam, Ust Mustafa Shaari, Drs Ishak Shaari Calon N49 Kampung Gajah dan Sdra Mustafa Kamil Ayub Calon P073 Parlimen Pasir Salak diberikan ruang untuk sesi penerangan sebentar tadi.

Semangat Terus Berusaha
Kehadiran ratusan penduduk setempat yang hadir telah meniupkan semangat dan kekuatan jentera dalam memenangi hati pengundi.
Pengarah MTD PAS Kampong Gajah , Sdra Rohizal Jamal Shaari
7 hari mendatang adalah penentunya. Ayuh sahabat2 untuk terus bersama memberi penerangan khas buat sahabat2 pengundi tentang kebenaran yang ingin dibawa. ANDA agen penentu perubahan setempat.
  
Sudut berbeza bersama trailor PAS
Calon memperkenalkan dirinya , Drs. Ishak Shaari
Sebuah lagu santai oleh Sdra Jamil
Mesra bersama Dr. Muhaimin Sulam

Ahli tempatan yang tolak tak tumbang
ambil memori



Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO