Pulau Kerajaan Baru :Bodohnya Ketua Kampung di Perak
Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan parti pembangkang berkuat kuasa serta merta. Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said berkata, ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang kelmarin dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah.
Keputusan dan kenyataan ini jelas menampakkan rata-rata ketua kampung yang dilantik di Perak adalah kurang cerdik atau "bodoh". Mereka tidak memahami bahawa kedudukan mereka sekarang adalah dibayar gaji dari hasil kerajaan negeri. Jangan bandingkan dengan apa yang ada di Kelantan di mana ketua-ketua kampung yang didakwa di Kelantan adalah yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menyalurkan bantuan kerajaan pusat. Tidak lain untuk menafikan saluran Kerajaan dan Ketua Kampung yang dilantik dan digajikan oleh kerajaan negeri.
Jika benar mereka semuanya ingin berperanan semacam ketua kampung JPP di Kelantan, kita cadangkan mereka meletakkan Jawatan dan pulaulah sepuas-puasnya program kerajaan negeri kerana mereka bukan lagi digaji oleh Kerajaan Barisan Rakyat (BR) di Perak. Saya yakin semua rakyat Perak yang telah memilih BR untuk memerintah tidak halalkan walaupun satu sen duitnya untuk diberi kepada ketua kampung yang memulau kerajaan yang dipilihnya.
Jangan sampai mereka dipecat kerana tidak menjalankan tugas dan sikapnya tidak taat kepada kerajaan negeri yang mengajikan mereka. Sesudah itu jangan salahkan kerajaan BR kerana kita telah beri peluang untuk mereka bekerja dengan sebaik mungkin.
Dengan sombong dan tanpa berfikir panjang mereka mendakwa ‘‘Kami dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.‘‘Justeru, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,” katanya di sini hari ini.
Benarlah kenyataan tersebut, maka letaklah jawatan sebagaimana yang dilakukan di Selangor kalau benar-benar rasa bertanggung jawab. Jangan fikir rakyat boleh mengikut keputusan ketua kampung yang kurang cerdik. Rakyat pun rata-rata setuju kalau " tok ketua" ditukar dengan segera.
Tunggulah perlantikan dari JPP , itupun kalau dipilih kembali dan pulaulah semua program kerajaan negeri dengan penyokong BN yang sudah hampir pupus di negeri Perak.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan