Selasa, Februari 19, 2013

Ustaz Azhar Idrus UAI @ Kg Gajah | Ahad | 24/2/13

Fenomena umat Malaysia yang berjinak mencintai ilmu semakin menjadi kegusaran sesetengah pihak. UAI atau nama sebenarnya Ustaz Azhar Idrus muncul dengan membawa persepsi dan penampilan tersendiri buat icon anak muda mencintai ilmu Islam. Santai dan bersahaja membuatkan beliau diterima oleh seluruh rakyat Malaysia kini.

Ustaz Azhar Idrus @ Kampung Gajah
Alhamdulillah , atas usaha dan doa berterusan oleh para jemaah Masjid Lama Kampung Gajah, Perak telah berjaya memungkinkan UAI @ Kg Gajah pada Ahad ini 24 Februari 2013. Kehadiran beliau yang sangat-sangat ditunggu-tunggu ini telah membawa pelbagai reaksi dari pihak berkuasa tempatan mahupun orang-orang politik 3 suku, yang tidak menyukai majlis seumpama ini berbanding dengan majlis yang punyai unsur maksiat.

jom kita ramai-ramai.

Pihak 'Facebook Sahabat Masjid Lama Kg Gajah' dapat belajar dan melihat sejauhmana pihak berkuasa eksekutif menjadi menikus di bawah pihak politikus. Ini menjadi keganjalan kerana apa yang pernah admin pelajari Pegawai D.O. adalah kuasa Eksekutif membuat keputusan. Mengapa harus diungkapkan oleh Pegawai D.O. kami tak mampu nak luluskan Mini Stadium yang asalnya gagal mendapatkannya.

Perang psiko dan saraf menjadikan kebenaran akhirnya diperolehi atas sokongan pihak polis daerah Perak Tengah itu sendiri. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program seumpama ini di bumi bertuah Kampung Gajah.


So. ayuh kalian pengemar mari kita luangkan masa untuk hadir atas satu tujuan menuntut Ilmu menyemarakkan semangat untuk beramal dengan-Nya.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO