Memaparkan catatan dengan label REALITI POLITIK LAWAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REALITI POLITIK LAWAN. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 26, 2009

Antara KEBENARAN & REALITI

Bila mana musuh LEMAS , strategik langsung menuju JEMAAH. Itulah hakikat yang JELAS nyata REALITI HIDUP POLITIK jakun di MALAYSIA.

Menutup respon BESAR masyarakat terhadap BUDGET yang tidak mendahului rakyat rata-rata isu media kini tertumpu terhadap pada masalah sejagat lawan mereka.

Sejauhmana kita nak masyarakat dijumudkan dengan media semacam ini. Pada kebiasaannya ianya akan berlalu begitu sahaja dan diselesaikan dalam keadaaan aman dan tenteram JEMAAH BERPEGANG DENGAN PRINSIP ISLAM BERPANDU AL-QURAN AS-SUNNAH.

Khamis, April 16, 2009

Nyata dunia ini bukan milik kita.......

2 berita yang menjadi bualan kalian pemikir yang bijaksana. Kancah politik Malaysia yang kian dimamah manusia berkuasa tanpa ada prejudis sesama yang lain.

Fairus lepas jawatan ADUN Penanti

&

Mahkamah batal penggantungan Zamry dan exco

Nyata segala congak kira yang melesit antara kuasa & kepimpinan yang berintegriti.
Inilah negaraku Malaysia.

Rabu, April 15, 2009

'SMS' : antara angkara, takut, percaya & b.....

Gempar ketakutan yang menjadi2.... hasil daripada 'sms' di negeri pasukan nasional. Jika suatu ketika lalu enakmen komunikasi diguna pakai, kini rakyat marhaen ingin melihat kepakaran foreksik telekomunikasi PDRM kita.

Antara angkara khianat, niat jahat, takutttttt,
percaya & ........... adalah suatu peristiwa yang dilihat akan menukarkan fokus kekalahan di 2 bukit tanpa dibual bicarakan masa kini. Hakikat yang perlu ditelan oleh pemikir sekalian bahawa kemungkaran akan dijelmakan menerusi hilang kepercayaan , pengkhianatan , kesedaran dan rakus ingin berkuasa. coretan ini hanya membawa kita untuk sentiasa bersedia.

Strategi musuh membawa fokus simpati sesama kaum yang menginginkan penyatuan dan ajakan kesamaan kaum yang jelas akan membawa kerugian buat jemaah yang teguh dengan usrah pengisian ILMU.

Jumaat, April 03, 2009

LAUNGAN MELAYU GLOKAR KAN HADIR...MASJID TEMPAT PERTAMANYA....

TAMATKAH ..... ISLAM HADHARI.....DENGAN GELARAN TUN?

Disebalik realiti Malaysia Hari Ini, sambil perayaan Perdana Menteri Malaysia Keeanam yang diharapkan tidak jahanam.....






Satu salinan teks khutbah Jumaat telah diedarkan kepada semua Imam masjid didalam kawasan Bukit Gantang...untuk dibacakan ketika sembahyang Jumaat hari ini. (3/4/09)

Boleh dikatakan hampir semua orang-orang yang memegang jawatan dalam masjid dah meluat dengan perangai pemimpin Umno. Bila tiba pilihanraya...semuanya nak guna masjid. Habis pilihanraya...tak nampak muka.

Hari ni...sorang lagi imam tampil kedepan untuk memberitahu kebobrokan Umno...sampai sanggup mengeluarkan arahan untuk membaca khutbah Jumaat yang meminta orang ramai menyokong calon Umno. Awat la teruk sampai lagu tu?

Tadi...kami semua pi sembahyang Jumaat di masjid berlainan...tapi tak ada satu pun imam yang baca khutbah yang diarahkan oleh Umno. Tapi bila habis sembahyang Jumaat..kami tanya kat imam.

Jawapannya hampir sama...."Tak kebuloq!!!"

Bila kami tanya pasai apa....rupa-rupanya depa dapat arahan dari JAIP supaya jangan baca khutbah Umno. ha..ha..ha... baru ada akai! Dulu masa Jumry jadi Pengarah JAIP...boleh la hangpa katuk kepala imam. La ni Ust. Mohd. Nor Mansor...

Bagi yang tak boleh nak baca jawi...aku salin balik dalam rumi.

Muka depan.
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.

7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Olahan Petikan dari : albanjari & MSK


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO