Kita Orang kepada Orang Kita : Jangan seperti Bukan Orang!
Kepada ‘Orang Kita’ Yang Berkhidmat, Ingatlah, bahawa kita orang yang mengundi anda mahukan keadilan – meletakkan sesuatu kepada tempat hak mutlaknya. Mahukan sepatu yang berada dikepala dipakaikan kekaki semula , dan songkok yang terperosok dikaki dikembalikan keatas kepala semula ; kerana disitulah letak asalnya dan tugas anda mempastikan keadaan demikian disempurnakan kerana itu adalah kewajipan anda dan yang demikian itu adalah keadilan—yang anda sendiri pernah turut menuntut dan melaungkan.‘Kita Orang’ telah mengundi anda; bukan sebab suka sangat kepada anda , tetapi sebab kita orang sangat meluat dan benci kepada kelakuan pemimpin Barisan Nasional yang bersifat bukan seperti orang tetapi BNatang yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan ; dan sesungguhnya kita orang , para pengundi yang mengundi anda , tidak bersedia untuk memaafkan atau mengampunkan penjenayah dari pentadbiran yang lepas. Bukan kerana mahu membalas dendam , tetapi kerana kita orang mahu melihat keadilan dilaksanakan ; sebagaimana maksud ayat Allah yang mengungkapkan : Bukankah tiada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga? (ArRahman: 60). Maka tentunya amalan yang jahat balasannya jahat juga.Ya, benar anda sekarang yang mentadbir, dan ‘kita orang’ apa yang tahu? Ya, benar, anda kini ada kedudukan dan sangat sibuk dengan urusan itu dan ini ; dan apasal kau orang mahu ikut sibuk akan hal kami? Kau orang bawah sana mana tahu tugasan pentadbiran!Ya, ungkapan begitulah yang pernah memancul keluar dari mulut-mulut busuk pemimpin BNatang dahulu dan anda boleh lihat sendiri apa yang terjadi kepada mereka kini. Kita orang akan terus memerhati kau orang dan menilai prestasi kau orang. Buktikan bahawa kita orang tidak membuat pilihan yang salah seperti mana yang sudah-sudah dan anda tidak serupa pemimpin BNatang yang bukan orang!
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan