Jumaat, Oktober 22, 2010

Malaysia Acuan Kak Ros

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

NONEMeskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

NONEMenurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

NONERosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.

Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.

Jumaat, Oktober 15, 2010

TAHNIAH PASTI Al-Husna , Kampung Gajah ke Peringkat Kebangsaan


2010M atau 1431H mencatat sejarah indah buat Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI Al-Husna, Kampung Gajah kerana telah dinobatkan sebagai salah satu dari 5 PASTI di Malaysia dalam Pertandingan 3K Kebangsaan, Anjuran Jabatan PASTI Pusat. Syabas dan tahniah buat seluruh tenaga yang telah berjaya menjadikan Al-Husna sebagai salah satu PASTI contoh mewakili Negeri Perak Darul Ridzuan.

Penghargaan ini ditujukan khusus buat Tenaga Pengajar, AJK PASTI Al-Husna yang dipengerusikan oleh Sdra Rohizal Jamali b. Shaari, Ibu bapa anak-anak PASTI Al-Husna, JK Pasti Kawasan Pasir Salak, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak, tuan tanah PASTI Al-Husna, JK PAS Kawasan Pasir Salak dan seluruh yang terlibat disebut atau tidak disebut.

Rentetan itu , bagi menghadapi persiapan dan penilaian akhir JK Pertandingan 3K Kebangsaan yang akan hadir tidak lama lagi, justeru 'GOTONG ROYONG PERDANA' akan dijalankan selama dua hari bermula 16 - 17 OKTOBER 2010 mulai jam 8.00 pg. Kalian yang ingin menyumbang tenaga, wang ringgit dan kreativiti bagi tujuan penambahbaikan PASTI Al-Husna adalah amat-amat dialu-alukan.


Moga PASTI Al-Husna akan berjaya dinobatkan sebagai Johan Kebangsaan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan tahun ini. Sama-sama kita menyumbang terhadapnya.

Rabu, Oktober 13, 2010

YB Dato' Mahfuz Omar @ Kg Gajah

Hadirin hadirat dijemput hadir beramai. Mendengar, memikir dan menjalin ukhuwah Islam menangani permasalahan berkaitan Isu-isu Semasa terkini.

Apakah mungkin jua ulasan sidang Parlimen terbaru dan respon PRK Dun Galas.
Mohon disebarkan....

Khamis, Oktober 07, 2010

Puashati dianggarkan jutaan wang ringgit dibelanjakan

Wang siapa?, mana sumbernya? apa motifnya?

ehsan : http://gajahmenta.blogspot.com
makluman dan jemputan ke majlis hari terbuka Felcra

pihak PDRM bersedia mengawal lalu lintas untuk kemudahan pengunjung ke majlis tersebut, dan sejumlah antara 25 - 30 orang anggota polis trafik sedia memberikan bantuan dan mereka berkumpul serta membasah tekak di medan selera di hadapan balai polis Kg. Gajah.

Permandang awal " grand stand " pada sebelah pagi dan ianya mampu menampong seramai 10k tetamu dari seluruh negera. Memang hebat persiapanya.


" Grand Stand " dari dalam


Papan maklumat yang dipasang di hadapan " grand stand "

TPM menyampaikan ucapan dengan cukup bangga keramaian ahli UMNO yang di jemput dari seluruh Perak Khasnya di majlis tersebut. Orang tempat amat kurang kelihatan. adalah diaggarkan sejumlah 250 buah bas di sediakan untuk tujuan pengangkutan tersebut, mereka mula sampai ke tapak perhimpunan seawal jam 12 thg. hari. ( untuk fardu zohor - hendak sebiru daya tak hendak seribu dalih, kalau mengikutkan keadaan dan suasana sudah tentu ramai yang terlepas 2 waktu sembahyang tersebut zohor dan azar )



( Maaf visual kurang memuaskan )

Jemputan dari seluruh Perak ini diberikan elaun harian, diambil dan dibawa pulang dengan bas dan di jamu dengan satay Samuri, keramaian kehadiran mereka hampir 15k orang telah memberikan kepuasan di tahap paling maksima oleh kepimpinan yang menyampaian ucapan. Selain TPM, Dato T, Dato Zambry juga turut sama menyampaikan ucapan dengan tak putus-putus memberikan tahniah dan syabas kepada hadirin sekali-sekali mereka juga " memohon " tepukan dari pihak hadirin, mungkin agaknya hadirin muak dengan ucapan. TPM juga memaklumkan perkapita rakyat Malaysia kini pada kadar 7k us ( dia guna mata wang US ) dan mengikut perkiraan wang Malaysia, ini bermakna perkapita rakyat kini berjumlah 21ribu ringgit Malaysia. Kini pihak kerajaan sedang berusaha keras untuk memastikan perkapita ini ke angka 15k us atau 45k ringgit Malaysia. Statistik ini mungkin benar tapi yang sedihnya rakyat kita masih ada yang hidup " kais pagi makan pagi dan petang untuk makan petang "

MEB pelengkap kepada DEB akan meneruskan dasar untuk memastikan rakyat luar bandar mendapat menafaat, untuk itu keramaian keluarga Felcra yang 10k ini sentiasa diberikan kemudahan untuk menikmati kehidupan yang lebih mewah. Adalah satu fitnah adanya penyelewangan di Felcra dan Felda - mereka pembangkang terus membangkang, semua yang dibuat tak betul -( tapi 2 kes penyelewengan telah dibukti dan Felda perlu mengembalikan semula wang peserta - Felda Sungi Koyan 2 & 3 , masih ada kes dalam tinakan. Apakah ini juga berlaku dalam Felcra? )

" hanya kerajaan BN saja yang boleh memberikan kemudahan penghidupan kepada rakyatnya " tambah TPM. untuk itu semua kita harus memberikan sokongan 100% kepada BN "

FELCRA melalui Yayasan Felcra- menyuntik RM1juta untuk mereka yang berjaya ke TAJ kolej. Siapa punya kolej ini? dan mengapa sumbangan anak peneroka yang berjaya ini hanya ke TAJ kolej sahaja? TPM menerima replika cek tersebut.


TMP melangkah ke tapak pecah tanah - tanda pelancaran Perumahan Generasi ke2 Felcra Seberang Perak. Seluas 400 ekar kawasan di sediakan, tapi malangnya penerimaan tapak ini hanyalah indah khabar dari rupa. pemilihan ikut kehendak Pengerusi Felcra ada yang suami isteri dapat dan ada juga kalangan GEN2 yang di " black listkan " oleh pihak tertentu. Kemudian rumah mesti di bina mengikut apa yang disarankan oleh pihak Felcra berhad.

Majlis Pecah Tapak



menanam pokok - kenangan


menanda tangani plak majlis pecah tapak

Apakah peneroka Felcra pada Disember ini akan menerima dividen untuk persiapan anak-anak ke sekolah atau dividen yang berkurangan dari biasa, kita lihat dan tunggu saja le, kerana kalau dilihatkan perbelanjaan majlis ini mungkin sehingga 6juta Ringgit Malaysia. Atau apakah ini adalah lobi terakhir Dato T untuk menyambung semula Pengerusi Felcra Berhad - lubuk wang untuk beliau memastikan masa depan MKTnya atau memastikan kemenangan Parlimen di PRU13 nanti. itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Rabu, Oktober 06, 2010

HIDUP WARGA EMAS SETELAH 53 TAHUN MERDEKA DI BUMI MALAYSIA : Tidak semua tetapi masih ada yang sebegini.

Pak Latif menyambut kehadiran kami dalam keadaan amat terharu, berlatar belakangkan dapur masakannya pinggiran tebing Sungai Perak

SELASA, 5 OKTOBER 2010 KAMPUNG BANDAR, KAMPUNG GAJAH. Jawatankuasa Kebajikan Majlis Tindakan PAS DUN Kg Gajah telah membuat kunjungan serta menyampaikan sumbangan ke lokasi kediaman seorang warga emas terpinggir di Kampung Bandar ini. Sejurus tiba kami dikejutkan dengan mendapati kediamannya hanyalah merupakan suatu bidang tanah lapang tempat beliau bekebun menanam ubi kayu dan pisang. Manakala dapur memasaknya hanya sekadar dibawah sepohon pokok kekabu pinggiran tebing Sungai Perak. Subhanallah.

Hanya beralaskan sekeping papan untuk meletakan keperluan masakan

Abdul Felatih bin Hashim, dilahirkan pada 22 April 1950, kini beliau berusia 60 tahun. Abdul Felatih atau lebih senang dipanggil Pak Latif tidak pernah berumahtangga. Faktor kemiskinan hidup sehariannya menyebabkan beliau tidak berpeluang mendirikan rumahtangga sebagaimana lelaki lain.
Kelihatan alatan memasak termasuk batu lesung tanpa almari atau rak khas untuk simpanan

Rutin hariannya yang sangat menghayat hati. Kebiasaannya , sebaik sahaja selesai memasak juadah mana yang ada untuk mengalas perut diwaktu malam sekitar jam 6.00 ptg ke 7.00 malam. Beliau akan ke bangunan surau usang tanpa kemudahan elektrik dan air bersih sekitar jaraknya 500 meter dari tanah persendiriannya tadi. Disinilah tempat beliau melabuhkan tirai malam menumpang teduh menantikan mentari pagi.
Beliau menunjukkan dapur masakan yang digunakan dalam kehidupan sehariannya

Setelah fajar terbit , beliau akan kembali ke tempat memasak tadi untuk menyediakan sarapan dan seterusnya mengusahakan kebun tersebut seadanya. Beginilah kehidupan rutin seharian Pak Latif yang sangat mengharapkan ehsan mana-mana pihak berwajib dalam menyediakan beliau tempat berlindung dan berteduh seharian.
Pak Latif menunjukkan tempat tidur tumpangannya di Surau Usang tinggalan orang-orang kampung terdahulu. Hanya beralaskan sehelai tikar.

Menurut Pak Latif , beliau menjalani hidup sebegini sejak tahun 2007, sebelum itu beliau hanya menumpang disebuah rumah tinggalan Allahyarham ibunya, namun malangnya rumah tersebut telah pun runtuh akibat proses pereputan kayu-kayunya. Pak Latif ini menyara hidupnya dengan bantuandari Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Kampung Gajah sebanyak RM 150.00 sebulan dan hasilan pisang tanaman di kebunnya tersebut.

Sdra Rohizal Jamali menunjukkan lokasi tempat sebenar Pak Latif menyimpan barangan keperluan masakan beliau termasuk kayu yang digunakan untuk kegunaan dalam masakan. Tutup elak basah dek hujan semata.

Berdasarkan rekod dan temubual kami, Pak Latif pernah memohon untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT, namun sehingga kini janji hanya tinggal janji.


Berdiri teguh dilokasi tumpang berteduh hujan dan kegelapan malam Surau Usang tinggalan penduduk setempat di Kampung Bandar, Kg Gajah

Isnin, Oktober 04, 2010

Wang Hasil Tidak Halal telah difatwakan. Kerajaan P.Pinang lebih mengetahui & berilmu

Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.


Keterangan/Hujah:
1. Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.


2. Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:


a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.

b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.


c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.

Sumber asal artikel: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO