Ahad, April 29, 2012

Bila BERSIH 4.0 ?

28 APRIL 2012, Itulah ungkapan anak-anak muda , sejurus melangkah bersurai himpunan BERSIH 3.0 semalam. Dipetik menerusi ceramah Pasca Pulang BERSIH ke Changkat Lada , malam tadi. Abang Mohamad Sabu , YB Dr Mujahid Yusof , Sdra Hu Pang Chaw dan Ust Ishak Shaari adalah antara mereka2 yang menyampaikan ceramah 'Pasca Pulang BERSIH 3.0' di Felcra Changkat Lada anjuran PAS MTD Kampung Gajah malam tadi.

Panas dan keletihan belum hilang, dari KL jam 7 pm tiba seketika di Langkap dan terus ke Changkat Lada rombongan Mohamad Sabu , membawa harapan para penyokong dan masyarakat setempat. Kezaliman pihak berkuasa bertempur dengan peserta himpunan BERSIH yang tanpa senjata, memang sesuatu yang sangat dikesalkan. Inilah yang menjadi bualan sepanjang minggu ini dan satu-persatu bukti kekasaran dikeluarkan menerusi laman sesawang facebook dan youtube. Apa yang pasti pimpinan tertinggi negara tidak akan senang duduk dengan perkara yang dituntut oleh peserta himpunan BERSIH 3.0 ini.
Syabas buat mereka yang telah hadir dan menyertai suara kesatuan rakyat. Rata-rata keamanan sahaja tidak cukup dinegara ini malah penyelewengan yang menjadi-jadi oleh pimpinan pemerintah harusnya dihapuskan. Tiada jalan lain bilamana media perdana tidak pernah telus dan bebas untuk menyatakan perkara benar. Akses media yang tidak bebas ini membuatkan pelbagai pihak terutama pembangkang bagi menghuraikan penyelewengan kewangan dan kekayaan negara berlega disisi pemerintah, sedang rakyat marhain menerima kesan kenaikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan dari masa ke semasa. Mohammad Sabu bercakap dihadapan hampir 2000 orang yang hadir dengan penuh harapan untuk membawa perubahan kebenaran dan ketelusan pegawai pemerintah. Perubahan perlu dilakukan seluruh pelusuk negara agar segala kebobrokkan manusia bergelar pemerintah kini akan dapat diatas demi mengelakkan Malaysia menjadi muflis.

Jumaat, April 20, 2012

Semangat Timbalan Presiden , Pasca Bersih 3.0, malamnya di Kampung Gajah.

Moh kite ramai-ramai dari KL ke Kampung Gajah, Perak

edisi untuk cetakan dan sebaran (black & white)

Mesyuarat Agong Kawasan Pasir Salak : Mendaulatkan ISLAM Memacu Kemenangan.

19 April 2012, bertempat di Sekolah Rendah Agama Nurul Iman, Kampung Gajah, telah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan Pas Kawasan Pasir Salak.

Sedia gempur mendapatkan kemenangan Islam - comel gak teman ni ya!

Mendaulatkan ISLAM Memacu Kemenangan, itulah antara lain fokus dan tumpuan perbincangan. Kemantapan dan sistematik dalam menempa kemenangan di PRU-13 disusun atur menghadapi musuh. Jangkaan PRU-13 merupakan PRU-13 paling kotor akan dijalankan oleh pihak pemerintah, ianya berasaskan dengan penambahan mendadak pengundi luar dikawasan-kawasan tertentu menjadikan persiapan jentera perlu mantap dan cekal. Mana tidaknya , berkemungkinan besar pengundi akan berbaris bersama PATI atau penduduk yang bukan asal usulnya di kawasan tersebut akan sama-sama memilih di PRU itu nanti.

Organisasi yang mantap ini dapat dihubunng jalinkan bersama seluruh ahli PAS kawasan seterusnya perjuangan mendaulatkan Islam ini kan tercapai. Susun atur dan gerak langkah yang penuh strategik telah dan akan dapat dilihat dengan kerjasama semua pihak. Anak-anak muda diperantauan juga perlu memberi sumbangan tenaga dan infaq jihad demi memastikan sesiapa jua calon yang PAS kemukakan akan memperolehi kemenangan.

Suasana harmoni dan meriah jelas kelihatan sesama ahli menerusi gotong royong dan kesepakat menjayakan program ini. Kekuatan dan keutuhan ukhuwah sesama ahli dengan kefahaman dan wala kepada kepimpinan menjadi teras mencapai kejayaan kelak , Insyallah.

Takbirrr.... Allahu Akbar!!!

Khamis, April 12, 2012

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Daripada Perakite

Selamat Hari Keputeraan , Moga Hidayahkan hadir berpanjangan.

Jumaat, April 06, 2012

Tahniah atas pelancaran & selamat bersidang : Media Perak !!!


6hb April 2012, petang yang bersejarah akan menyaksikan Perlancaran Khas Media Perak. Media alternatif pengerak kemenangan dalam berperanan menjadi mata, telinga dan penyampaian perkara2 benar kepada masyarakat. Tahniah dan syabas buat seluruh anggota yang terlibat. Kami daripada Pas Pasir Salak merasa bangga dengan keadaan dan inesiatif ini kearah kemenangan Islam dan Kebenaran kelak di bumi tercinta.

Tugas dan tanggungjawab yang ketat mengharapkan sokongan keluarga media bersama demi menjadikan matlamat kebenaran dan keadilan sesama rakyat akan dapat dinyatakan. Moga kalian sudah pasti akan menjadi insan yang dinilai disisi Allah swt. Takbir..... Allahu Akhbar!!!


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO