Memaparkan catatan dengan label ANUGERAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANUGERAH. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 17, 2012

PKR serah P073 kepada PAS : Kerusi Parlimen Pasir Salak Milik PAS

16 Oktober 2012, tercatat suatu deklarasi bersejarah buat seluruh warga Parti Islam Semalaysia (PAS), Kawasan, Negeri dan Pusat apabila persetujuan Parlimen Pasir Salak kini milik PAS dicapai daripada JK Tertinggi Cabang PKR Pasir Salak. Persetujuan ini berlaku sekaligus menjadikan tambahan kerusi parlimen yang dipertandingan menerusi PAS kini bertambah satu lagi. 

Sambut baik serahan PKR  kepada PAS Kawasan
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat barisan kepimpinan parti PKR khususnya yang menjadi Hero dalam Redho untuk bertindak sedemikian. Sesungguhnya persepakatan sebegini menunjukkan bahawa segala-galanya boleh berlaku dan terjadi asal dengan ada kerjasama dan permuafakatan erat antara Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya. 

"Saya redho menyerahkan kerusi ini kepada sahabat saya PAS" inilah ungkapan Tn Hj Osman b. Abdul Rahman selaku Ketua Cabang PKR Pasir Salak sewaktu pertemuan tertutup anggota tertinggi kawasan dan cabang baru-baru ini. Rentetan persetujuan tersebut maka, suatu surat rasmi dan deklarasi telah dibuat dengan ditandatangani oleh semua Jawatankuasa Cabang PKR Pasir Salak dan JK Pas Kawasan Pasir Salak. 

Berita yang ditunggu-tunggukan ini telah menaikkan semangat rakyat marhain Parlimen Pasir Salak untuk terus menerus berkerja dan berusaha melaksanakan tanggungjawab memenangkan Pakatan Rakyat menerusi PAS yang bertanding. 

Untuk perhatian bahawa Parlimen Pasir Salak mempunyai 2 Kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N48 Sungai Manik & N49 Kampong Gajah. Menerusi catatan surat berkenaan yang ditujukan kepada Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Pusat menyatakan dengan jelas sepertimana berikut :-

3.1. PKR bertanding di N48 Sungai Manik pada PRU-13
3.2. PAS bertanding di P073 Parlimen Sungai Manik pada PRU-13
3.3. PAS bertanding di N49 Kampong Gajah pada PRU-13

Persetjuan tanpa bantahan
Persefahaman dan tolak ansur yang hebat penuh bersejarah ini disambut dengan laungan Allahu Akbar!!! dan ikrar untuk berkerja keras memastikan calon bagi kesemua yang bertanding kelak akan memperolehi kemenangan mutlak demi merealisasikan 'Hijau ke Putrajaya'. Ikrar ini biarlah diterjemahkan kepada semangat berkerja berpasukan yang sedia ada dari semua pihak termasuk ahli-ahli PAS dan PKR sendiri. Tanpa kerjasama tersebut maka impian kelak akan bertukar igauan. Namun keyakinan dan semangat malam ini membuktikan bahawa musuh dihadapan perlu diganyang habis-habisan. 

Hero & Redho
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah at-Taubah ayat 40

Klik survey Rakyat dialam maya SINI.

Sabtu, Jun 06, 2009

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

Align CenterPENGERUSI TETAP (MTB)
Ustaz Haji Abu Kasim Bin Abdullah,

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Haji Hussin Bin Haji Ismail,

PRESIDEN (MTB)
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hj Awang ,

TIMBALAN PRESIDEN
YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa,

NAIB PRESIDEN
Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, (877)
YB Salahuddin Ayub, (824)
YB Dato' Haji Mahfuz Omar, (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
Ustaz Haji Idris Haji Ahmad, (799)
YB Dato’ Kamarudin Jaffar , (769)
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
YB Dato' Dr Hj Hasan Mohd Ali , (642)
YB Dr. Haji Mohd Hatta Md Ramli, (638)
Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin, (637)
Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik, (622)
Sdr Mohamed Hanipa Maidin, (619)
YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah, (606)
YB Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, (589)
Ustaz Haji Ab Ghani Abdul Rahman, (584)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad, (576)
YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (530)
YB. Ustaz Haji Hashim Jasin, (522)
Sdr. Mazlan Aliman, (513)
YB Ustaz Haji Taib Azamudden Md Taib, (508)
YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, (488)


PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Ahad, Mei 17, 2009

WARGA PENDIDIK KG. GAJAH, TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 2009

Alhamdulillah, tanggal 16 Mei 2009 ini sejarah tercipta apabila Pn. Faridah bt. Dawam dari PASTI Nurul Iman, Kg. Gajah, telah dinobatkan sebagai

TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 2009.
Anugerah ini telah disampaikan oleh
YB. SDRA SALAHUDDIN AYUB (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
.
Majlis Khas Sambutan Hari Guru PASTI MALAYSIA di Hotel Emas Tawau, Sabah.
Seluruh warga Jawatankasa PAS Kawasan Pasir Salak, Jawatankuasa PASTI Kawasan Pasir Salak & Unit PASTI Nurul Iman, Kg. Gajah mengucapkan syabas dan setinggi TAHNIAH buat Pn. Faridah diatas penganugerahan tertinggi ini. Moga ianya menjadi rangsangan pemakin kejayaan buat rakan setugas, anak bangsa dan anak2nya. Kini walaupun memikul tugas sebagai ibu tunggal mendidik dan mengasuh anak2nya, namun tiada erti penat dalam berkhidmat untuk ISLAM & Ummah Sejagat.
Takbir .... ALLAHU AKBAR!!!!


Puan Faridah Dawam
Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah PerakTerlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...
Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..

Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.

Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..

Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..

Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO