Deris Jusoh hilang Dato Seri??
Ini cerita SMS lagi. Cerita pasal SMS yang aku terima perihal Deris, Rosol dan Din Adam kehilangan Dato' yang ada pada mereka. Khabarnya Dato' itu ditarik kerana sifat biadap mereka dengan Tuanku. Ini masih berita SMS. Apapun, untuk pengesahan kita sama-sama tunggu.Apapun, pada aku membuang Dato' itu satu hukuman yang teramat ringan berbanding kesalahan dan kebiadaban yang mereka lakukan. Sudahlah tidak menerima calon MB pilihan Tuanku, cuba berlagak biadap pula dengan kain rentang "Kami Nak Deris, Natang". Cukup biadap.Jika benar berita itu, Deris dan konco-konconya itu perlu bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat pengampunan Tuanku Sultan. Aku kira kejadian dan peristiwa yang berlaku ini terlalu banyak hikmah yang ada. Terlalu banyak.Antara hikmah yang aku nampak, hari ini kita seolah-olah baru sedar Tuanku Sultan dan istana itu berkuasa. Sebelum ini Institusi Raja dilayan sebagai boneka semata. Sultan setakat merasmi Masjid, pergi jamuan amal itu ini, rasmi majlis agama dan sebegitu sahaja. Diam Tuanku Sultan selama ini dianggap seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Nah! Hari ini semuanya hampir terjawab.Mungkin ini juga yang perlu kita sedari setiap kali Khutbah Jumaat, doa dibaca bagi kedaulatan Sultan dan pemerintahan baginda. Mungkin sebelum ini doa yang kita panjatkan itu tanpa rasa kasih dan sayang yang benar-benar mendalam. Mungkin doa itu setakat amin di mulut sahaja. Hari ini bilamana Tuanku Sultan 'beraksi' dan bertegas dengan pendirian yang diyakini baginda tuanku, terserlah kewibawaan dan kedaulatan yang ada itu.Alhamdulillah jika apa yang berlaku dan dirasai di Terengganu ini turut mendapat tempias bagi rakyat keseluruhannya. Ini aku kira berdasarkan Tuanku YDP Agung merupakan Sultan bagi rakyat seMalaysia, dan Terengganu khususnya.Wallahua'lam
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan