Khamis, Mac 06, 2008

Rumah pengerusi SPR disimbah cat


March 06 @ 13:48:30 -Sumber Malaysiakini Rumah pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini disimbah cat warna merah, dipercayai sebagai bantahan keputusannya membatalkan pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi. Kejadian itu, dipercayai awal pagi atau tengah malam tadi, diketahui hari ini oleh pekerja rumahnya di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur. Abdul Rashid memberitahu Malaysiakini, beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.Perbuatan menyimbah cat merah bahagian pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, lapor laman web Utusan Malaysia.Abdul Rashid bagaimanapun hanya menyedari perkara itu pada pukul 7.30 pagi ini ketika beliau menunggu pemandunya untuk keluar menuju ke pejabatnya.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mengulas kejadian itu menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenainya.SPR kelmarin membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal, hanya empat hari sebelum pengundian pada Sabtu ini.Pengumuman mengejutkan itu dibuat pada satu sidang akhbar di yang turut dihadiri ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan juga Musa.Beberapa hari sebelumnya, pembangkang menegur SPR yang kelihatan berat hati untuk memperkenalkan penggunaan dakwat tersebut.Susulannya, beberapa pemimpin utama badan pemantau yang diiktiraf SPR, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), termasuk pengerusinya Abd Malek Hussin, menarik diri sebagai pemerhati pada 8 Mac ini.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO