Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 22, 2014

Jom Bersama Raikan Jubli Emas Pas Pasir Salak. 23-26 Oktober 2014.

Melakar sejarah...
Menyambung wadah...
Memayungi sunnah...
Mematangkan ummah...
Mengukuhkan ukhwah...
Jom ke Karnival Jubli Emas Pas Pasir Salak kita berkhemah.





Ahad, April 28, 2013

Konvoi Jelajah DUN N49 Kampong Gajah : Meriah dan bersemangat

Singgah di Kompleks Sejarah Pasir Salak
28 APRIL 2013 , perancangan yang begitu singkat namun tetap bersemangat itulah XPDC Konvoi Jelajah Dun Kampong Gajah yang menjangkau 120 km. Dengan kekuatan anggota seramai tidak kurang 200 peserta , konvoi bermula jam 8.00 pg di UPU Kampung Pulau Juar, Kg. Gajah.

Semangat & meriah
Menyusuri jalan kesetiap ceruk kampung, konvoi menyampaikan mesej jelas terhadap wadah pemuda yang mantap berjuah demi rakyat dan kemenangan Islam.

Bawa panji dan syiar ISLAM
Kekuatan yang ditonjolkan memberi gambaran perubahan telah berlaku. Anak muda berinspirasi Islam berkonvoi dengan adab dan santunan terhadap penduduk setempat.

Mendengar tazkirah
Kompleks Sukan Kg Gajah terus ke Sg. Galah , Kampung Pulau Tiga ke Selat Pulau Changkat Lada dan serata zon anak sungai dijelajahi.

Konvoi dapat Ilmu pun dapat
Risalah kesedaran dan maklumat semasa juga diedarkan bagi menyatakan kebenaran dan rasa tanggungjawab menyampaikan pesanan kemenangan wadah Islam.

Di Majlis Penutup bersama Timbalan YDP Pas Pasir Salak
Bila waktu solat, maka bersolatlah secara berjemaah. Bila melihat kemungkaran maka menyatakan kebenaran itu suatu tuntutan . Konvoi pencetus semangat anak muda untuk bersantai dan ianya telah berjaya sampai ke destinasinya di MTD Kampung Gajah pada jam 4.00 petang.

Drs Ishak Shaari , Calon N49 Kampong Gajah turut mengisi ruang bersama konvoi
Tahniah Dewan Pemuda PAS Pasir Salak bersama Majlis Tindakan Pemuda Dun Kampung Gajah atas penganjuran konvoi tersebut.
Solat berjemaah diwajibkan 
Demi Rakyat Dan Kemenangan ISLAM. PAS Pilihan Kita Semua. 

Sabtu, April 27, 2013

Kunjungan Trailor PAS naikkan semangat Jentera bertugas kerana ALLAH

27 APRIL 2013 , sekian lama untuk menantikan kehadirannya kini dihadapan mata. Penduduk Dun Kampong Gajah, Perak merasaikan kehangatan berkempen dalam kerangka kerja demi rakyat dan kemenangan ISLAM di kawasan setempat.

Dr. Muhaimin Sulam , Drs. Ishak Shaari, Ust Mustafa Shaari & Pn. Jamalian Sudin
Biar apa pun provokasi pihak lawan, kekuatan semangat dan kekentalan jiwa jentera sentiasa membara dalam menyampaikan isu dan maklumat tepat. Jam 12 tengahari di perkarangan halaman tapak Pekan Ahad , UPU Bandar Pusat Seberang Perak atau lebih dikenali Changkat Lada, tibanya trailor PAS dengan gah dan ceriakan suasana.

Rakam kenangan
Penduduk setempat mengambil kesempatan untuk tampil mendekati jentera PAS Pusat ini dan tidak melepaskan peluang bergambar bersama-samanya. Sesi penerangan diatur, dan disusun bersama jentera sebesar ini. YDP PAS Kawasan Pasir Salak yang juga Jawatankuasa PAS Pusat & Setiausaha PAS Negeri Perak Sdra Muhaimin Sulam, Ust Mustafa Shaari, Drs Ishak Shaari Calon N49 Kampung Gajah dan Sdra Mustafa Kamil Ayub Calon P073 Parlimen Pasir Salak diberikan ruang untuk sesi penerangan sebentar tadi.

Semangat Terus Berusaha
Kehadiran ratusan penduduk setempat yang hadir telah meniupkan semangat dan kekuatan jentera dalam memenangi hati pengundi.
Pengarah MTD PAS Kampong Gajah , Sdra Rohizal Jamal Shaari
7 hari mendatang adalah penentunya. Ayuh sahabat2 untuk terus bersama memberi penerangan khas buat sahabat2 pengundi tentang kebenaran yang ingin dibawa. ANDA agen penentu perubahan setempat.
  
Sudut berbeza bersama trailor PAS
Calon memperkenalkan dirinya , Drs. Ishak Shaari
Sebuah lagu santai oleh Sdra Jamil
Mesra bersama Dr. Muhaimin Sulam

Ahli tempatan yang tolak tak tumbang
ambil memori


Sabtu, April 06, 2013

Jelajah SUPER 'Seni Untuk Perubahan' di Kampung Gajah

5 APRIL 2013 , di Padang Bola MDPT, Kampung Gajah. Biarlah gambar berbicara.
2BS Band Budak Sembanhyang
Ust Huri
Owner PA System ... Terima kasih bang...
Turut hadir yang sangat dihargai
Hadir tanpa kerahan dan bayaran
Bukti hadir
sambil santai
Korang pun kenal dia nie...
calon Parlimen Jempol, Negeri Sembilan Aishah
Dr Muhaimin calon Sungai Manik bersama sdra penulis lagu Awan Nano
bersama peminat
Gandingan Tajul FTG bersama KP DPP Pasir Salak Sdra Syamsul

Khamis, Februari 28, 2013

Kubu UMNO Kg Gajah kian berkecai : 28 orang lagi serah borang ahli

27 FEBRUARI , KG PULAU TIGA KANAN, KG GAJAH satu lagi kubu kuat UMNO berkecai bilamana seramai 28 orang otai menyerahkan borang ahli PAS dalam satu sesi ceramah penerangan malam tadi. Penyerahan borang ini telah disaksikan oleh lebih 100 orang pendengar yang hadir pada malam tersebut dan menjadi saksi kebangkitan dan kesedaran rakyat semakin membara.

Dr Muhaimin Sulam , AJK PAS Pusat merangkap YDP PAS Kawasan Pasir Salak
Malam yg bersejarah perasmian UPU Pulau tiga,penyerahan borang ahli PAS 28 org,ceramah umum dgn kehadiran golongan hawa yg ramai, penceramah yg hebat Dr Muhaimin Sulam, Sdra Adam Adli, Bro. Bob Lokman dan Drs Ishak Shaari. Masiing-masing memberikan penerangan dan pencerahan terhadap isu-isu setempat dan negara dimana kesedaran pengundi untuk terus bersama Islam perlu dijana berterusan.


Majalah 'POSTO' dilancarkan di DUN Kg Gajah

2 naskhah bacaan juga dilancarkan

Adam Adli memberikan kata- kata semangat

Istimewa tandatangan penulis

Penyerahan Rasmi borang keahlian mewakili 28 orang yang berbaiah taat setia

Bro. Bob Lokman juga semangat mendedahkan kezaliman pemerintah kini.
Penjualan sulung buku "Aku Melayu di Kota Inggeris" Oleh Dr Muhaimin dan "POSTO!" oleh Adam. Tempat Simpng Tiga,Pulau Tiga,Kg Gajah.

Sabtu, Februari 23, 2013

Ust Azhar Idrus d' Kg Gajah : Pencinta Ilmu & Ulama Perak & Selangor ayuh HADIR BERSAMA.

Mini stadium sebelum diset up
23 Februari 2013 , Sahabat Masjid Lama Kampung Gajah dengan kerjasama Pihak Ust Azhar Idrus dan pencinta Ilmu Allah setempat bersiap sedia menntikan kehadiran 'Pendaakwah Sejuta Umah' UAI di Parlimen Pasir Salak. Hari ini , gotong - royong membanting tenaga bersama sahabat2 Masjid Lama Kg Gajah dan anak-anak muda. Suasana meriah dan kerjasama sepakat ini tidak dapat dibayar sesen pun asal matlamat inginkan program ini berjalan dengan sebaik mungkin.

berkerjasama demi Ilmu Allah
Mini stadium Kampung Gajah akan menjadi sejarahnya yang tersendiri apabila julung kalinya diadakan program UAI ini. Seingat pakcik pernah 7-8 tahun lepas telah diadakan Forum Perdana Ehwal Islam dan selepas itu , suram tiada program seumpamanya disini.

tangki air kemudahan berwuduk & qado hajat
Gotong royong yang diatur oleh JK Penganjur ini merupakan rentetan dari kesunyian pihak berwajib atas padang awam ini menyelenggaranya, namun berkat kerjasama dan iniseatif JK Penganjur , beberapa bahagian kemudahan padang ini telah dapat diatasi terutama tandas, saliran longkang dan peparitan. Alangkah baiknya pihak MDPT (Majlis Daerah Perak Tengah) turut sama pada hari ini. Pastinya kerjasama ini akan dikenang kelak, tapi apa kan daya JK Penganjur terpaksa bersendirian.

Justeru ayuhlah pencinta ILMU buktikan kecintaan kita pada syariat Allah dalam memburu ILMU bersama Ulama bagi meneruskan momentum kemenangan syiar Islam dimuka bumi ini.




tandas yg asalnya amat menyedihkan namun kini , kami cat baharu

saliran dibetulkan

gandingan berkerjasama

insan yg bertanggungjawab terhadap persiapan tempat
Ingat malam esok 24 Februari 2013 di Mini Stadium Kampung Gajah , kita berkumpul dalam naungan malaikat Allah. Jom ramai-ramai.   

Selasa, Februari 19, 2013

Roadshow Anak Muda bersama DS Nizar , Cikgu Bad & Sahabat2 , gempur dan humban!

AMARAN : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu!

Ini adalah amaran NGos Anak-anak Muda yang prihatin terhadap kedaulatan undang-undang negara. Ayuh mari sama-sama kita bangkitkan kesedaran ini bersama kami PAS Kawasan Pasir Salak , PAS Kg Gajah, SAMM, dan ABU. Roadshow terkini akan diadakan di Padang Awam Kampung Gajah, Perak berhampiran Simpang Empat Kg Gajah.

sebagaimana berikut ... 21 Februari 2013

Jom sebar dan hadir bersama Roadshow Anak Muda Prihatin Kedaulatan Negara
Untuk lebih rujukan sila ke ...sini malam esok (Khamis) dan laman ...http://anakmudamalaysia.com/2013/02/roadshow-amaranpru-seterusnya-ke-utara-semenanjung-bermula-hari-ini/ 

Khamis, Januari 31, 2013

Undang-undang Malaysia, kita dipermainkan? pedulikah kita tentangnya ?

Ikutilah Diskusi Umum terhadap penjelasan dan pengamalan 'Undang-undang di Malaysia' oleh Zulhazmi Shariff (Peguam KASE) kes-kes yang melibatkan saman AES dikalangan pengguna jalanraya. Bersamanya kelak ialah YB Senator Mumtaz Mohamad Nawi (Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat) , Drs. Ishak Shaari (JK Lujnah Tanah & Wilayah PAS Pusat) & Puan Jamaliah Sudin (Ketua Dewan Muslmat PAS Kawasan Pasir Salak).


Zul Hazmi , YB Mumtaz Md Nawi , Drs Ishak Shaari & Pn Jamaliah
Keempat-empat mereka akan membicarakan tentang kepedulian kita terhadap apa yang berlaku kini dalam perundangan negara disamping melontarkan saranan dan tawaran sekiranya mereka (Pakatan Rakyat) dapat memenangi PRU-13 ini nanti.

Kita nilaikanlah tawaran-tawaran dan pelan bertindak mereka ini agar kita semua akan menjadi seorang pemilih yang meyakini terhadap pembaharuan yang akan berlaku kelak. Itulah harapan besar kita semua sebagai pemilih.


Ayuh sebarkan dan jom hadir bersama.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO