Memaparkan catatan dengan label PEMBONGKARAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEMBONGKARAN. Papar semua catatan

Rabu, Jun 27, 2012

Selat Pulau kini diperhati pimpinan PR sebagai isu penganiayaan

Semalam 25.6 , YB Dato Seri Ir Nizar melafazkan isu Penduduk Kg Selat Pulau di Dewan Rakyat atas penganiayaan 6-7 orang dinafikan hak mereka setelah memperolehi geran peruntukkan Azam Tani. Hari ini 26.6.12 beliau dah pun sampai ke Kg Selat Pulau - Kg Bawah Bungor & Kuliah Maghrib di Kg Biak Mukim Pasir Salak.

Mengeteh bersama ramai dan santai YB DS Ir Nizar yang dikenali

Inilah namanya prihatin, nama2 kg diatas tu taklah segah nama YB Dato Tajuddin Abdul Rahman, namun atas rasa tanggungjawab YB DS Ir Nizar, maka Dewan Rakyat dilaungkan Kg Selat Pulau. 
Sibuk-sibuk pun sempat main satu frame karom 
Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj juga dijalankan di Madrasah Kg Biak, Mukim Pasir Salak. Biar pun kuliah maghrib namun secara santai YB DS Ir Nizar telah dapat mengupas realiti kehidupan seharian perua adanya semangat yang tersirat disebalik peristiwa Israk & Mikraj. Dimana setiap individu dari kita seharusnya perlu mendengar teguran dan pandangan orang lain termasuk yang memberikan padangan tersebut adalah orang bawahan dalam sesuatu organisasi.

Kuliah Maghrib mantop untuk komuniti setempat

Rata-rata jemaah yang hadir sangat berpuas hati mendengar bicara / tazkirah / kuliah dan juga penerangan tersirat atas isu yang didakwa oleh pihak pemerintah kini tentang Isu WWW1 oleh Sultan Johor. Sejurus program sepetang di Pasir Salak, beliau bergegas menghadiri  satu ceramah di Dun Changkat Jong bersama Leman Raja Lawak pula.

Ziarah pesakit & menyembuh selamat
Terima kasih YB DS Ir Nizar, Mediaperak.com & paspasirsalak.blogspot.com atas pembongkaran isu hasad dengki UMNO ini.


Selasa, Jun 26, 2012

Menipu budaya siapa?

Bertindak menerusi hebahan dan pembongkaran blog paspasirsalak & Mediaperak.com , YB Dato' Seri Ir  Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengemukakan soalan terus kepada YB Dato' Tajuddin Abdul Rahman didalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen semalam 25/6/2012. Keprihatinan beliau untuk mendapatkan jawapan balas dipuji oleh masyarakat & rakyat bawahan terutama pihak yang terlibat di ceruk Kg Selat Pulau, Mukim Pasir Salak. Jawapan balas yang bersahaja telah diberikan oleh YB Dato' T, dengan menyatakan beliau baharu sahaja diberitahu sehari sebelumnya dan akan memastikan bahawa isu ini akan diselesaikan.

Namun , rope-ropenye , bukti sahih keluar dengan menunjukkan bahawa surat sokongan larangan dan sekatan bantuan terhadap 6 orang mangsa yang dikatakan pembangkang itu telah pun diberikan laluan s.k. sendiri kepada pihaknya. Tarikh surat 4 April 2012. Aduyai... kalu dalam dewan rakyat pun boleh bohong, apatah lagi bila berhadapan dengan pengundi di Parlimen Pasir Salak terutama DUN Kampung Gajah!!!

Berikut adalah pembongkaran oleh Mediaperak.com


Oleh: MSK
Pertama sekali aku nak ucap tima kasih kat Yob Nizar yang membawa isu pemberian geran Azam Tani ke Parlimen sebaik saja artikel tersebut disiarkan. Mediaperak menyiarkan artikel tersebut pukul 9 pagi, pukul 12.40 tengahari, isu tersebut bergema di Parlimen.
Ada sesuatu yang tak kena dengan ayat yang ditulis oleh Nizar dalam Facebooknya ini. Ahli Parlimen Pasir Salak hanya mengetahui tentang perkara ini semalam, (24 Jun 2012).
Tak masuk akal kalau Tajudin hanya mengetahui “semalam” sedangkan surat yang dibuat oleh Ketua Cawangan Umno Selat Pulau itu bertarikh 4 April 2012.
Satu salinan surat tersebut telah diberikan kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato Tajuddin Abd. Rahman.
Salinan penuh surat-surat diatas boleh dilihat dalam artikel semalam disini.
Kalau Tajudin mengatakan dia baru menerima surat tersebut semalam, bermakna surat tersebut mengambil masa 80 hari untuk sampai dari Kampung Selat Pulau ke pejabatnya di Pasir Salak. Kalau suruh kura-kura jadi posmen tukang bawak surat pun mungkin boleh sampai dalam masa dua hari.
Kalau Tajudin mengatakan dia “baru melihat surat tersebut semalam” (Ahad), Ada sesuatu yang tak kena dengan sistem pengurusan Ahli Parlimen Pasir Salak. Orang yang dapat bantuan sudah ramai yang dapat. Orang yang tak dapat bantuan walaupun sepatutnya dapat telah pun berjumpa dengan pelbagai pihak…tapi Tajudin baru dapat surat bantahan “semalam”!!
Kamon la Tajuddin…kalau ahli Parlimen pun kaki auta..apa yang nak diharapkan kepada Ketua Cawangan?
Bila berita tentang skandal Ketua Cawangan Umno jadi panas, macam-macam la yang berlaku. JKKK Kampung Selat Pulau dah mula bergaduh sama sendiri…sapa yang bocor rahsia??
Ada JKKK yang dah mula buat pengakuan, bahawa mereka dipaksa oleh Ketua Cawangan untuk menandatangani surat tersebut. Ada juga yang kata, “Ini mesti kerja Tok Penghulu dulu!!”
Tak payah bising-bising la. Minta kepada semua yang terlibat, dari Pegawai Daerah hinggalah Pegawai Pertanian, supaya melaksanakan janji-janji Tajudin dalam Parlimen. Pastikan mereka yang terpilih itu mendapat hak mereka. Selesai.
Kalau tak selesai, Maka nampak sangatlah buruknya sistem pentabiran kita. Pagawai Daerah, Pegawai Pertanian Negeri, Daerah…semuanya tak boleh buat keputusan. Sebaliknya terpaksa tunduk kepada keputusan Ketua Cawangan Umno.
Malu la.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/26/tajudin-pasir-salak-bohong-dalam-parlimen/


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO