Memaparkan catatan dengan label HARAM TAK BERTEMPAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARAM TAK BERTEMPAT. Papar semua catatan

Selasa, Mac 30, 2010

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

BERITA YANG TIADA DI MEDIA PERDANA...


TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

*sekadar gambar hiasan..

Sabtu, Mei 23, 2009

BABAK SETERUSNYA : 'HIRAKI KEPUTUSAN MAHKAMAH NEGARAKU'

Drama 'Kemelut di Perak' akan diteruskan lagi dengan babak seterusnya .........

Kepada penyokong Pakatan Rakyat harap bersabar dan terimalah dengan redho kerana keputusan ni memang telah dijangka dan sebenarnya semua orang tidak terperanjat. Keputusan mahkamah Tinggi tu hari yang 'tersilap' adalah keputusan yang memeranjatkan . Sebab itu Mahkamah rayuan telah memperbetulkan 'kesilapan' tersebut.

Namun krisis di Perak belum berakhir, Nizar akan memfailkan lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan pula. Pun keputusannya pun boleh dijangka . Itulah step by step sistem perundangan negara yang berpelembagaan dan berteraskan demokrasi. Kalau seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pun ada lagi dua peluang lain.

Sistem mahkamah di Malaysia adalah terpecah kepada 2 iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan.

Mahkamah Atasan terdiri dari 3 iaitu

1. Mahkamah Persekutuan - paling tinggi
2. Mahkamah Rayuan - kedua tinggi dan
3. Mahkamah Tinggi - ketiga dalam rangking Mahkamah atasan ini.

Terdapat juga Mahkamah Bawahan iaitu
1. Mahkamah Sesyen (bukan seksyen) membicarakan kes sivil melibatkan tuntutan RM25,000 hingga ke RM250,000
2. Mahkamah Majistret melibatkan tuntutan di bawah RM25,000
3. Mahkamah lain iaitu Mahkamah penghulu yang melibatkan tuntutan bawah RM50.

Juga jangan lupa Mahkamah yang paling glamour tetapi ramai yang pandang sebelah mata iaitu Mahkamah Syariah. Sebab itu ada artis yang dipenjarakan kerana tidak datang ke Mahkamah apabila dipanggil. Mahkamah Syariah yang membicarakan kes-kes dalam yang melibatkan undang-undang berkaitan Agama Islam bukan kes nikah kahwin cerai sahaja.

Mahkamah Rayuan mengatakan kuasa melantik MB dan PM di Malaysia adalah di tangan seseorang Sultan dan Agong. Ini bermakna jika mana-mana belah pihak pun kalau menang secara majoriti dalam pilihanraya pun mungkin tidak boleh jadi PM atau MB jika Sultan tidak perkenan.

Pening dengan politik di Malaysia tetapi dalam konfik demi konflik, krisis demi krisis dapat membuka mata dan hati kita untuk menetapkan di hati sanubari, belah mana kita nak pangkah di PRU akan datang.

"erti mengalah tidak sekali-kali..... lawan tetap lawan. kerana kebenaran bersama kita. Pejuang Islam tidak akan dihamparkan dengan karpet merah...malah laluan dan rintangannya adalah duri berbisa" - kata 'Hj.' sewaktu jam 4am (Jumaat) di PPPP, Ipoh.

Khamis, Mei 21, 2009

Antara Memenangi Hati Rakyat : Ego siHaram & Bubarkan DUN

Sekadar berfikir, teka-teki esok hampir benar diketahui.
Mahkamah Rayuan lebih berkuasa menentukan KEPUTUSAN @ menegakkan KEBENARAN keputusan MAHKAMAH TINGGI yang nyata pada jalan KEBENARAN FAKTANYA.

Apakah mungkin mahkamah esok memutuskan Mr Zam yang menang, namun bilamana ingin memenangi hati rakyat maka keputusan PEMBUBARAN DUN turut berkumandang?
Namun bila?...... ianya akan berlaku teka-teki KEDUA buat rakyat marhain PERAK masakini.SESEGERA mana pun yang akan dilakukan bilamana MB SAH Dato Seri Ir Hj Nizar , sah menang pula? inilah babak2 seterusnya bagi episod
DRAMA BERSIRI JUDUL 'KEMELUT DI PERAK'

Nantikan bersama jalan cerita seterusnya yang mungkin ada jangkaan yang BETUL atau jangkaan yang SALAH buat penonton BUDIMAN.

Kalau slot cerekarama, mungkin sekejap je boleh HABIS. Tapi kita disajikan dengan DRAMA BERSIRI. Telan hakikat ianya akan diteruskan dalam babak yang tidak dapat ditentukan oleh penonton yang mengharapkan KESUDAHAN YANG SEGERA.

Selasa, April 28, 2009

kejam sungguh kejam…. tepi jalan di campaknya


TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36. Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ. "Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak. "Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.
Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

Rabu, Februari 11, 2009

DEMOKRASI TERPIMPIN : JAKUN @ BACUL

Ini adalah hakikat, terang atau suram Malaysia kini mengamalkan 'Dasar Demokrasi Terpimpin'. Terpimpin menjurus kepada satu pihak sahaja iaitu pihak Pemimpin Bacul.

Isu Pengharaman Ceramah seperti yang dilaporkan. Jelas membuktikan jakunnya negara kita bilamana menafikan kebangkitan manusia untuk mendapatkan maklumat tepat. Yang jelasnya maklumat yang hadir dikiblat-kiblat manusia dinegara jakun ini (media massa elektronik) masih berleluasa walaupun secara terangnya membawa propaganda sibacul yang tak bertamadun.

Amat2 tidak adil untuk mengharamkan Ceramah Umum dikalangan pihak lawan khususnya rakyat Perak yang sememangnya dahaga maklumat BENAR berbanding dengan maklumat PALSU saban hari di setiap rumah rakyat jelata.

Saya usulkan 'mengapa tak isytiharkan , DARURAT jika hak asasi rakyat jelata dinafikan dalam bersuara dan mencari KEBENARAN BERITA?????'

Apa pulak kata SUHAKAM dalam hal pengharaman ceramah atas dasar pencabulan hak rakyat tertama dinegeri PERAK???


*** sekali pandang kulihat Ketua Polis Negara yang kita cintai ini semacam salah seorang watak yang ada dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramle : Sarjan Hassan... - fikirkanlah siapakah gerangan watak tersebut. "Jangan main radio ya Pakcik...nanti kepala potong"


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO