Isnin, Disember 31, 2007

Sambut Tahun Baru jangan undang kemurkaan Allah


Menyambut Tahun Baru: Jangan undang kemurkaan Allah, Isnin 31Dis @ 09:24:06 MYT.
Tahun baru 2008 menjelma. Sambutan yang dibuat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia biasanya ialah countdown menjelang 12 malam. Bid’ah yang sepatutnya disuara dan dibantah oleh para mufti dan semua umat Islam yang sensitif terhadap agamanya. Countdown bukan sebarang countdown. Ia disertai dan diwarnai oleh program hiburan-nyanyian, persembahan dan tarian. Kalau asasnya taqwa dan program sambutannya dengan solat hajat supaya Allah selamatkan untuk tahun mendatang, mungkin boleh diterima. Malang, asasnya fujur, dosa, mungkar, fasid dan melalaikan. Ada ciri taqwa? Ada ciri modal insan? (atau selayaknya modale insane) Ada ciri generasi ulul albab? Menepati rukun hadari?
Ketika Tsunami melanda Acheh dahulu, sambutan awal tahun dibatalkan, kononnya meraikan kedukaan yang dialami mangsa Tsunami. Selepas berlalunya tempoh ujian itu, adakah kita lupa?
Mungkin manusia mudah lupa tentang ujian dan bala Allah terhadap kaum-kaum terdahulu yang engkar kepada Allah. Tetapi Allah tidak pernah lupa kepada hambaNya yang lalai, terus menerus melakukan perkara mungkar, fasid, zalim dan menganiaya diri sendiri. Beleklah al-Quran. Ia sarat dengan pengajaran bagi mereka yang berfikir.
Ulul albab ialah orang yang menggunakan akalnya memerhatikan fenomena alam yang kemudian mengaitkannya dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya untuk melakukan apa sahaja. Taqwa membawa seorang insan melakukan apa yang diperintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Hadharah ialah peradaban yang diisi dengan perkara bermanfaat berteraskan kehendak Allah dan Rasul.
Demikian juga sambutan menyambut perisytiharan bandaraya Kuala Terengganu. Khabarnya RM10 juta untuk program tersebut. Tidakkah ini membazir? Dan mereka yang membazir itu saudara syaitan. Ini bukan ciri ulul albab. Ulul albab tidak menghabiskan wang rakyat dan negeri untuk perkara yang tidak bermanfaat untuk rakyat terbanyak.
Kedatangan tahun baru Masihi (walaupun tidak pernah diajar oleh Islam untuk disambut) sepatutnya diiring dengan perubahan sikap kepada yang lebih baik, lebih bertaqwa, lebih insaf dan lebih positif. Ironinya, masyarakat kita lebih bersedia untuk terus hanyut dengan dunia dan keduniaan, pura-pura dan kelalaian…bukan itu sahaja, bahkan untuk terus menjemput kemurkaan Allah hasil dari perbuatan tangan sendiri. Moga Allah jauhkan kita dari implikasai buruk kejahilan orang yang jahil dan kezaliman orang yang zalim.

Rabu, Disember 26, 2007

Bengkel Solat : Bangkitkan Roh Solat dikalangan remaja






Bengkel Solat I telah diadakan baru-baru ini berjaya dilaksanakan dengan mencapai target dan sasaran golongan remaja Kawasan Pasir Salak. Ianya julung kali diadakan di kawasan ini dan berdasarkan respon daripada para peserta ianya amat berfaedah dan berjaya menarik ramai golongan sasaran termasuk mat-mat rempit sekitar Felcra Seb. Perak. "Kami mengharapkan agar usaha-usaha seperti ini akan dapat diteruskan dimasa yang mendatang" jelas Sdra Mohammad salah seorg peserta KBS1 MTD Kg. Gajah.





Selasa, Disember 25, 2007

Berkorban di waktu Hari Raya Qurban, banjir di Kg.Gajah

Tanggal 21.12.07 bersamaan hari raya kedua Aidil Adha, sekumpulan Unit Amal Perak yang disertai bersama YDP Pas Pasir Salak telah menyampaikan bantuan terhadap mangsa-mangsa banjir di sekitar Kg. Bandar , Kg. Ayer Mati , Kg Pulau Besar dan sekitarnya. Kami telah disambut dengan rasa terharu dikalangan mangsa kerana kesudian Unit Amal Perak memberikan perhatian khusus kepada mereka disaat sambutan Aidil Adha sedang berlangsung. Terima kasih yang tidak terhingganya diucapkan kepada seluruh penyumbang-penyumbang bahan mentah dan keperluan harian buat kami salurankan kepada mangsa berkenaan. JazakaLLAHu Khairan Kasiro.

Prihatin dengan masaalah rakyat sewaktu banjir pada hari raya Qurban





Polis Mengganas : Pintu rumah dipecah, blogger ditahan

Dec 25, 07 4:30:45 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Dis - Selepas siri penangkapan ke atas peserta-peserta demonstrasi, terkini pihak polis dilihat cuba meluaskannya pula terhadap bloggers. -->

Terbaru, seorang blogger yang dikenali sebagai Cucu Mat Kilau telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya semalam sekitar jam 10 pagi.
Dalam posting yang disampaikan melalui blog peribadinya, beliau mengisahkan secara terperinci bagaimana rumahnya dipecah masuk oleh pihak polis seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah besar yang menjadi buruan di seluruh negara.
Dalam kejadian tersebut, pihak polis telah merampas tiga telefon bimbit, sebuah laptop, dompet dan kad pengenalannya.
Walaupun dibebaskan kemudiannya, namun Cucu Mat Kilau mendakwa tindakan yang diambil oleh pihak polis itu sebagai usaha untuk menakut-nakutkannya selain mendapat arahan daripada pihak tertentu untuk menahannya.
Beliau dalam kenyataan postingnya, menjelaskan akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat di samping membuat kenyataan media berhubung kejadian yang berlaku.
Peristiwa dan kejadian terperinci boleh dikunjungi melalui blog beliau di:cucumatkilau.blogdrive.com. - mks. -->

Jumaat, Disember 21, 2007

Acheh selepas 3 tahun

Perubahan demi perubahan berlaku di Wilayah Acheh.... tak macam negara tanah tumpah darahku......langsung tak nak berubah. Bila lagi.........................kerja....kerja...






Gambar Qurban d Dun Kg.Gajah


Perjuangan menuntut suatu pengorbanan.
Kemenangan memerlukan kekuatan sokongan.
Kebenaran Daulah Islam mandat Rasul buat seluruh Ummah.

Bermunajat kpd Allah

Munajat kepada Allah Oleh TG Hj Hadi AwangPosted on Friday, Decenber 2007
Assalamualaikum,Ceramah yang disampaikan oleh TG Hj Hadi Awang sewaktu program sembahyang hajat di Rusila beberapa minggu lepas. Semoga ceramah ini dapat dijadikan semangat dalam perjuangan untuk menentang golongan-golongan lawan. Jadikan ia sebagai kekuatan untuk menghadapi perjuangan di depan sana... TVceramah : Munajat kepada Allah Oleh TG Hj Hadi Awang

Khamis, Disember 20, 2007

PERUTUSAN AIDILADHA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT .

PEMUDA :
BERKORBAN MENDEPANI CABARAN .


Terlebih dahulu , Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) mengucapkan selamat menjalani ibadah korban bagi semua umat Islam sempena hari mulia Aidil Adha ini. Semoga segala ibadah atau pengabdiaan diri kita kepada Allah swt. dinilai dan diterima olehNya.
Meskipun A'idil Adha yang disambut pada tahun ini berlatarkan suasana suram dan muram , namun keceriaan dan kesyukuran di hari yang penuh berkat ini tidak mungkin dibiar luntur begitu sahaja . Setiap ummat Islam terpaksa menggagahkan diri serta cekal hati melintasi zon sukar ini demi sebuah ubudiyyah kepada Tuhan Pencipta sekelian alam .
A'idil Adha kali ini membawa kita bersaksi mata , bagaimana ia berhadapan dengan suatu keadaan yang cukup pilu dan keliru meletakkan ummat Islam terus sengsara dan menderita dihimpit kezaliman dan kekejaman sang penguasa yang enggan tunduk kepada Allah swt.
Manakan tidak , hanya kerana pentingkan survival kuasa , mereka nyata tergamak memperbodoh dan memperalatkan pihak keselamatan ( PDRM ) untuk membantai dan membelasah rakyat mereka sendiri .

Rakyat Yang Bersalah ( RYB )

Kononnya rakyat bersalah kerana membantah keputusan mereka , rakyat bersalah kerana tidak bersetuju dengan dasar mereka , rakyat bersalah kerana tidak menyokong mereka , rakyat bersalah kerana berpihak kepada pembangkang , rakyat bersalah kerana melahirkan bantahan terbuka buat mereka , rakyat bersalah kerana turun ke jalan dan padang menyatakan bantahan terhadap mereka , rakyat bersalah kerana menghantar memorundum kepada mereka , rakyat bersalah kerana menyertai perhimpunan aman lalu menyuarakan penentangan terhadap penyelewengan mereka , rakyat bersalah kerana mereka sememangnya mahu rakyat yang tidak menyokong mereka bersalah .
Atas alasan apa sebahagian pimpinan PAS ditangkap semasa ingin menyerahkan memorandum kepada speaker Dewan Rakyat ? bukankah kerana mereka sememangnya mahu pimpinan PAS ini bersalah ?

Atas alasan apa akhi Suwandi ditembak dengan peluru hidup dalam peristiwa Batu Buruk dan terpaksa merengkok dalam lokap kerana tidak dibenarkan ikat jamin ? Beliau yang tidak bersenjata dituduh cuba untuk membunuh polis ? atau sememangnya mereka mahu Suwandi tetap bersalah ?
Atas alasan apa , Tuan Hj. Mohd Sabu ditangkap ala gengster tanpa menunjukkan sedikitpun rasa simpati dan peri kemanusiaan disaat Mohd Sabu meraikan kegembiraan anaknya diijab kabul ? Jenayah apa yang dilakukan oleh Mohd Sabu ? sementara pembunuh adik Nurin sehingga kini belum ditangkap polis . Bukankah fenomena ini menunjuk tepat kearah sikap mereka yang sememangnya mahu pemimpin PAS itu bersalah?
Atas alasan apa mereka menyerang dan memukul rakyat yang berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 10 November lalu ? sehingga ada yang mengalami cedera parah dan ada yang terpaksa bermalam di lokap polis. Bukankah mereka berhimpun tanpa senjata dan provokasi ? Mereka hanya membantah beberapa dasar kerajaan yang salah dan menyeleweng . Sebab itukah lalu mereka tetap dikira bersalah ?
Atas alasan apa pun rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka , akan tetap dianggap bersalah ! Kalau tak salah ? kalau tak salah pun bersalah ! Kalau tiada bukti ? Ada bukti atau tiada , bantah mereka adalah salah .

Rakyat dalam keadaan serba salah .
Tidak menegur dan membantah mereka , salah dari sudut syara' kerana mereka menyeleweng dan melakukan perkara mungkar sedang kita diperintah Allah swt. agar menentang kemungkaran .
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون .
Dan hendaklah ada dikalangan kamu , ummat yang mengajak manusia melakukan kebajikan , mengarahkan manusia menegakkan yang makruf ( syariat ) dan mencegah kemungkaran , mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan ( di dunia dan di akhirat ) .
Jika menegur dan membantah mereka , salah dari sudut " Islam Hadhari " bahkan rakyat yang membantah akan berhadapan dengan OSA , AUKU , Aku Janji , ISA dan pelbagai perauturan yang direka cipta sekehendak mereka.

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) merlahirkan rasa simpati terhadap dilema yang sedang dihadapi oleh kebanyakkan rakyat . Tetapi soalnya sampai bila rakyat harus diletakkan dalam situasi seperti ini ?
Rakyat yang rasa serba salah dan terbelenggu pula dengan dilema yang berpanjangan adalah rakyat yang tidak pro aktif dan tidak pula dinamik . Rakyat seperti ini akan terus menjadi bahan ratahan penguasa yang mahu bermaharajalela dengan kuasa dan pengaruh kebendaan yang mereka miliki.
Pemuda Agen Perubahan .

Perubahan wajib dilakukan tanpa syak . Lewat dan lambat melakukan perubahan merupakan punca utama kenapa kini negara kita sarat dengan jenayah dan rasuah . Apabila jenayah dan rasuah telah mengakar umbi dalam struktur pentadbiran negara dan kehidupan masyarakat hari ini , perubahan kian sukar untuk dilakukan .
Sabda Rasulullah saw .
لتأمرن بالمعروف و لتنهون عن المنكر أو ليسلطن الله عليكم شراركم فيدعوا خياركم فلا يستجاب لكم
Hendaklah kamu menegakkan perkara makruf ( syariat ) dan mencegah kemungkaran ( maksiat ) atau ( jika kamu enggan ) Allah akan menjadikan orang – orang jahat dikalangan kamu bermaharajalela menguasai kamu , lalu berdoalah orang – orang yang baik dikalangan kamu ( untuk berdoa menolak bala ini ) nescaya ianya tidak mustajab lagi .
Namun sebelum keadaan menjadi lebih parah dan tenat , Dewan Pemuda PAS ( DPPP ) mengharapkan generasi pemuda hari ini bangkit untuk melakukan perubahan dan sekaligus menjana kebangkitan yang berasaskan kesedaran dan bertunjangkan perjuangan yang suci pula .

Pemuda adalah institusi yang layak dipertanggungjawabkan sebagai agen perubahan dan pemuda mampu melakukannya.
Prinsip " Pemuda Duta Penyelamat dan Kasih Sayang " mestilah benar – benar diterjemahkan dalam misi menjana kebangkitan dan meledak kesedaran berubah dikalangan masyarakat yang sekian lama dibelenggu rasa serba salah dan dilema .

Pemuda Sedia Berkorban .

Operasi ini bakal berhadapan dengan tahaddiyyat yang tidak sedikit. Kepentingan diri dan duniawi pasti sahaja akan terabai teruk bagi menjayakan operasi besar ini. Tetapi , inilah harga yang perlu dibayar oleh pemuda untuk melihat masa depan yang cerah bersama sinar Islam yang kita perjuangkan hari ini . Firman Allah swt.
إن تنصروا الله ينصركم و يثبت أقدامكم
Jika kamu memperjuangkan agama Allah , nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada kamu dan menetapkan pendirian kamu .
Sempena A'dil Adha , semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail Alaihimassalam adalah inspirasi perjuangan kita. Kesanggupan mereka melaksanakan perintah Allah swt. biarpun perintah itu di luar kesanggupan manusia biasa pula sangat jauh dari rasional aqal biasa sangat menakjubkan.
Hanya kerana Allah swt. Mereka berdua sanggup melakukan apa sahaja . Mudah – mudahan , prinsip " Berkorban apa sahaja demi kerana Allah " akan menjadi slogan dan prinsip pemuda yang sedang menggalas tanggungjawab mulia ini.
Pemuda tidak perlu rasa kerdil dan rendah diri berhadapan dengan keangkuhan sebuah pemerintahan yang enggan mendaulatkan syariat Allah swt. Sebaliknya kebesaran dan keangkuhan mereka adalah sangat lemah dan hina di sisi Allah swt .
Firman Allah swt :
الذين آمنوا يقاتلون في سبيل الله و الذين كفروا يقاتلون في سبيل الطاغوت فقاتلوا أولياء الشيطان إن كيد الشيطان كان ضعيفا .
Orang – orang yang beriman , mereka berjuang di jalan Allah sementara orang – orang yang ingkar kepada Allah ( kafir ) mereka berjuang di jalan Toghut. Maka perangilah olehmu akan penolong – penolong syaithan itu ( orang yang berjuang di jalan Toghut sekalipun mereka berkuasa ) kerana sesungguhnya tipu daya syaithan itu adalah terlalu lemah .
Pengorbanan anak muda seperti nabi Allah Ismail Alaihissalam yang sanggup menerima perintah Allah swt. agar dirinya disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim bukan kisah penglipur lara untuk dibaca sebagai kisah lagenda .
Kesanggupan anak muda seperti Saidina Ali Karramallahuwajhah yang sedia menerima arahan lalu mengambil tempat tidur Rasulullah swt. menggalang ganti baginda Rasul saw. pada hari hijrah , juga bukan riwayat 1001 malam yang dibaca untuk menidurkan sianak kecil .
Keberanian anak muda seperti Usamah bin Zaid Rha. mengambil risiko memimpin tentera Islam sedang usianya belasan tahun , bukan semangat kepahlawanan yang ditiup secara dongeng untuk membangkit semangat generasi hari ini .
Tetapi , kisah – kisah itu adalah bukti keupayaan pemuda dalam sejarah gemilang mereka sebagai generasi yang menjadi taruhan ummah untuk mobilisasi kebangkitan sekaligus memimpin tindakan menuju perubahan.

Sekali lagi , Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) meletakkan ini adalah era kebangkitan semula ummah dan pemuda adalah agennya.
Selamat berjuang .

Petikan : ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi Timbalan Ketua DPP Pusat .

Taktik Dolah Menipu Rakyat - Jilat....Ludah....Tidurrr

Taktik Dollah Menipu Rakyat- Jilat ludah dan tidurPosted on Wednesday, December 19 @ 17:46:46 MYT by SongkokPutih Oleh ahmadhadeed"Scenario bermula dengan PM mula mulanya mengarah Pak Tahil mengenakan 31 pengikut fanatik Handraf dengan charge tindakan membunuh polis untuk menunjukkan keperihatianan menjaga keselamatan dalam negara dan menjaga maruah polis . Selepas menerima tekanan dalam dan luar negara , Dollah ambil 'gear reverse' dan mengarahkan Pak Tahil menggugurkan charge membunuh. Apa kah taktik yang Dollah gunakan . Taktiknya menjilat ludahnya sendiri. Ini dipanggil taktik gear reversenya ala Dollah .Orang UMNO berpolitik penuh dengan tipu daya , jilat ludah dan tiada prinsip.Kalau perlu mereka menzalimi bangsa mereka sendiri dan menjatuhkan maruah bangsa mereka sendiri. Matlamat akhir ialah . selamat memegang kuasa walau apa orang kata. Perangai orang UMNO berpolitik dapat di pelajari dari case study di bawah. Apabila 31 Hindraf mengamuk mengganas membakar bas dan kereta polis ,dan mencederakan polis dengan secara keterlaluan , Dollah mahu menunjukkan kepada polis beliau perihatin terhadap nyawa polis dan maruah polis jadi 31 Hindraf yang mengganas itu di charge membunuh polis. Terkini 31 di bebas 'Mengenai keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam menggugurkan dakwaan ke atas 31 orang daripada tuduhan cuba membunuh seorang pegawai polis"Untuk melepaskan cemuhan orang Melayu terhadap Dollah atas kesilapan bodoh berfikir dan ' kelu kelik ( flip flop)', Dollah melepaskan bola kepada Pak Tahil dan Pak Tahil memanglah muka tebal dan sanggup menerima apa saja tanpa sebarang perasaan bermaruah. Dollah dengan senang mengenakan 'gear reverse' atau ' gear jilat ludah 'kembali dengan berkata 'Abdullah berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak perlu memberi penjelasan berhubung tindakannya menarik balik pertuduhan terhadap kumpulan berkenaan. Peguam Negara sudah tentu mempunyai alasannya kerana ia bukan satu tindakan biasa, jadi beliau tidak perlu memberi penjelasan kenapa pertuduhan itu perlu diubah," katanya. Kata kata diatas penuh dengan ayat yang bercanggah. Dia berkata Pak Tahil tak perlu beri penjelasan. Macam mana tak beri penjelasan apabila orang melayu di Terengganu terus di kenakan charge membunuh dan orang india mengganas di lepaskan. Adakah Dollah menganggap undang undang ini dia punya hal?. Kemudian dia bermadah lagi dengan kata kata , Peguam Negara sudah tentu ada alasan sendiri dan tak perlu penjelasan. Kalau ada alasan sendiri kenalah beritahu alasan itu. Mengapa Dollah tak kata , saya lah yang suruh kenakan charge itu dan sayalah yang menyuruh ianya di tarik kerana saya takut pada ugutan orang India . Kalau orang Melayu complain pada Dollah , mengapa berlembut dengan pengganas India dan berkeras dengan orang Melayu. Mungkin apa yang Dollah jawab ialah' Orang India berani membuat tuntutan , kamu orang Melayu takut membuat tuntutan , maka aku perkenakan kamulah'kkkkkkkk.Kalau Dollah kata begitu orang Melayu pun masih tidur kerana UMNO telah mengajar orang Melayu terus tidur. Tidur bersama dengan satu angan angan dan satu kemarahan dalam kelumpuhan yang panjang."

Rabu, Disember 19, 2007

Pengorbanan yang masih tiada kesudahan - Selamat Menyambut AidilAdha

Buat taulan pejuang kalian, moga kehadiran AdilAdha ini akan menyematkan dihati kita seluruh jentera untuk terus menerus bekerja memenangkan Islam. Tiada apa yang dapat dinilaikan sekiranya pengorbanan kita dipersiakan hanya kerana menjadi pemerhati dan pengkritik semata-mata.

AidilAdha ini disuasana semangat pengorbanan insani buat seluruh petugas agar ianya menjadi hari pakatan kemesraan dalam menuntut kerja jemaah yang berpanjangan.

Insyallah kejayaan dan kemenangan Pasir Salak dan Kampong Gajah dipihak ISLAM dan Barisan Alternatif akan menjadi kenyataan. - SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA daripada Seluruh Jentera Parti MTD Kg. Gajah.

Selasa, Disember 18, 2007

Ba bai UmNO


Kali ni InsyaAllah ustat....!!!
Deme udah lupe kan teman...
Menoh kan poket deme je.....
Udah le tu tak deme dapat undi teman..Keluhan seorang ahli UMnO lame...


Moh kite bekalih.......







Masih ada yang terpinggir di DUN Kg.Gajah









Perkampungan Teluk Birah yang tidak dapat menerima sebarang bantuan dari kerajaan. Sekadar ini yg mampu diberi oleh PAS Pasir Salak.

Pak Lah semakin ANGKUH

Pak Lah Semakin AngkuhPosted on Tuesday, December 18 @ 12:58:36 MYT by SongkokPutih Oleh HJ. NASRUDIN BIN HASSAN. Apabila Pak Lah menegaskan bahawa beliau tidak rasa bersalah dan juga bersedih menjatuhkan hukuman ISA kepada siapa sahaja yang beliau rasakan perlu adalah dilihat sebagai sikap angkuh dan memaparkan wajah sebenar beliau yang selama ini berselindung disebalik karektornya. ISA adalah satu akta yang zalim dan kejam bahkan primitif justeru ia menafikan hak pertuduhan dan penghakiman. Mangsa terbaru Akta primitive (ISA) ini ialah pemimpin Hindraf. Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kesal dan menentang sekeras-kerasnya penggunaan ISA dalam menangani isu ini, sebaliknya menggesa supaya pihak kerajaan mengemukakan kes ini ke mahkamah untuk diputuskan melalui proses penghakiman yang adil dan telus. Apakah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan mahkamah? atau apakah negara ini tidak lagi mempunyai hakim yang berwibawa untuk membicarakan kes seperti ini? atau mungkin juga negara ini tidak mempunyai pendakwaraya yang berkredebiliti untuk mengheret orang yang dituduh agar mereka dijatuhi hukuman setimpal di mahkamah? Bukankah kerajaan mendakwa bahawa mereka memiliki bukti bahawa Hindraf menimbulkan keganasan dan kekacauan serta ketegangan kaum dalam negara ini? maka buktikanlah di mahkamah! Dewan Pemuda PAS Pusat tidak pernah menyokong mana-mana tindakan ganas dan mencetus ketegangan kaum dalam negara ini. Malah Dewan Pemuda PAS menyelar siapa sahaja yang cuba mencetus suasana tidak aman dalam negara tercinta. Tetapi setiap pertuduhan sebelum mereka disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman, mestilah melalui proses pembuktian yang jelas dan pembicaraan yang adil. Islam mengajar kita menangani persoalan ini melalui kaedah "pembuktian yang nyata bagi pihak yang menuduh dan mendakwa serta hak membela diri bagi mereka yang mengaku tidak bersalah". Kaedah ini untuk memastikan agar tidak berlaku pendakwaan yang tidak berasas serta pertuduhan melulu yang menghela kepada fitnah dan penginayaan. Kaedah ini juga untuk memastikan mereka yang benar-benar terbukti bersalah menerima hukuman setimpal dengan kesalahan mereka. Menggunakan ISA bukan sahaja menafikan hak pertuduhan bagi pihak yang menuduh mahu pun yang tertuduh, bahkan mencetus rasa tidak puas hati pelbagai pihak terutama pihak yang tidak mendapat pembelaan wajar. Ini adalah episod malang bagi negara kita yang masih menggunakan akta primitif seperti ISA sedang ianya telah sekian lama dimansukhkan dalam peradaban moden negara-negara maju sementara negara-negara ini sering menjadi contoh kepada negara kita dalam hal-hal yang lain. Persoalannya, kenapa Pak Lah cuba mengelakkan pembicaraan ke atas mereka yang dituduh? Apakah kerana tidak mempunyai bukti? Andainya tiada bukti, maka hilanglah hak untuk menuduh apalagi menghukum. Menuduh dan menghukum tanpa bukti adalah suatu perbuatan yang sangat hina, zalim dan kejam. Janganlah menangani keganasan dan kekejaman dengan melakukan keganasan dan kekejaman yang lain pula kerana kelak negara kita tidak akan aman dari keganasan dan kekejaman. Andainya pihak kerajaan mempunyai bukti nyata, sila heret mereka ke galeri mahkamah untuk dibicarakan, sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan terhadap kes-kes besar seperti kes al-Tantunya dan lainnya. Kenapa pula kes al-Tantunya boleh dibicarakan sedang kes Hindraf tidak boleh? Kes al-Tantunya turut dilihat mengancam keselamatan negara apabila membabitkan pihak anggota keselamatan yang sememangnya memiliki senjata malah bom, sebagai yang dituduh melakukan kekejaman dan jenayah. Begitu juga kes video klip V.k Lingam yang melibatkan soal integriti badan kehakiman dan boleh membawa kepada terhakisnya kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman dalam negara ini dan tentu sahaja effectnya sangat tinggi kepada keselamatan negara apabila sistem kehakiman dan perundangan negara bocor. Kes video klip V.k Lingam pun disiasat rapi, yang membawa kepada penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat bagi mencari bukti nyata sebelum ianya disabitkan bersalah atau dibebaskan sebagai orang yang tidak bersalah. Persoalannya jika kes al-Tantunya boleh dibicarakan dimahkamah dan kes video klip V.k Lingam boleh ditubuhkan suruhanjaya penyiasat kenapa tidak kes Hindraf? Kenapa kerajaan terpaksa menggunakan ISA? Persoalannya lagi disini ialah, siapa yang terancam sebenarnya? negara atau UMNO dan Pak Lah? dan ISA digunakan untuk keselamatan dalam negara atau keselamatan dalam UMNO? Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Pusat sangat konsisten dalam menentang penggunaan ISA walau dalam apa jua situasi dan mendesak agar akta primitif ini segera dimansuhkan kerana ia jelas bercanggah dengan syara' dan menafikan hak asasi. HJ. NASRUDIN BIN HASSAN at TANTAWI Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Pusat. 019-9168182

Tuduhan ke atas Hindraf dikaji, Batu Burok diketepi : Perdana Menteri pilih kasih?

Petikan : harakahdaily.com 18.12.07

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - "Dato' Seri Samy Vellu telah menyampaikan kepada saya permohonan ibu bapa pemuda seramai 31 orang agar anak mereka tidak ditahan serta dibebaskan dari tuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis semasa demonstrasi Hindraf di Batu Caves tempoh hari.

"Mereka juga sudah insaf serta berjanji tidak mahu lagi ikut serta mana-mana perhimpunan Hindraf di masa akan datang kerana selama ini mereka telah terpedaya. Dan saya meminta Peguam Negara supaya mengkaji semula tuduhan keatas mereka."
Begitulah antara petikan dan ungkapan yang dianggap sebagai 'pilih kasih' daripada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang disiarkan di berita TV 15 Disember lalu.
Kenyataan Abdullah mengundang pelbagai persoalan dan pertikaian ramai pihak dan masyarakat khususnya pemerhati politik dengan pendekatan beliau dalam menangani krisis yang berlaku.

Dua perkara bersabit yang menyebabkan dibangkitkan, pertama Abdullah sendiri meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas 31 demonstran Hindraf, seolah-olah membuktikan PM sudah 'memperalat', 'memperkudakan' dan mempengaruhi sistem badan kehakiman.
Secara tidak langsung membayangkan Abdullah berkuasa sama ada mahu mengekalkan tuduhan atau membebaskan siapa sahaja dengan berselindung di sebalik kuasa eksekutiff sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau dan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib pernah menyatakan tidak sesiapapun boleh mengatasi undang-undang.
Implikasi kedua, dalam insiden Batu Burok, Trengganu yang hampir serupa tetapi sedikit berbeza, dua mangsa keganasan dan tembakan peluru hidup Muhammad Azman Aziz, 21, dan Suwandi Abdul Ghani, 38, dituduh cuba mencederakan Lans Koperal Wan Abdul Aziz Wan Omar sedangkan tubuh mereka berdua ditembusi peluru namun terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana tidak dibenarkan ikat jamin.

Jauh sekali untuk mendengar sama sekali Perdana Menteri berkata :"Dan saya meminta Peguam Negara supaya mengkaji semula tuduhan ke atas mereka."
Sebelum ini anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Mohd Wahid Endut berkata, beliau agak terkilan dengan tindakan polis yang menahan dua tertuduh pada awal pagi kerana mereka masih dalam rawatan selepas ditembak malah tindakan mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya dijamin juga memberi tekanan kepada anggota keluarga masing-masing, katanya.

Kamal Amir yang menulis di Malaysia Today juga berpendapat kenyataan Abdullah (yang membela dan percaya 31 demostarn itu insaf) boleh diseret kemuka pengadilan atas tuduhan "menghina mahkamah" kerana mengeluarkan kenyataan berpihak "subjudice" sebelum mahkamah memulakan prosiding dan membuat keputusan.
"Kalau benarpun mahu memenuhi permintaan Samy Vellu yang semakin ketandusan pengaruh dari masyarakat India kenapa tidak didiamkan sahaja tanpa diumumkan kepada khalayak," katanya yang dipetik daripada blog tersebut.

Dalam pada itu, seorang penganalisa politik berpendapat, penangkapan puluhan aktivis politik dalam isu Hindraf, Himpunan Bersih dan Batu Burok disifatkan sebagai langkah mempertahankan survival politik Abdullah dan tiada kaitan dengan unsur jenayah seperti yang didakwa memandangkan Abdullah sendiri 'boleh berunding' dalam mengkaji semula pertuduhan mereka.

"Tindakan itu mestilah disusuli dengan mengkaji semula ataupun membebaskan semua yang terlibat dalam perhimpunan aman Bersih dan Batu Burok juga," katanya yang bersetuju dengan sikap Abdullah yang 'boleh bertolak ansur'.

Mengulas isu sama, dalam blog Roslan SMS turut membangkitkan persoalan mengapa Presiden MIC dan Umno mahu menggunakan kedudukan mereka untuk menganggu proses pendakwaan?

"Mengapa tiba-tiba Presiden Umno bersimpati dengan 31 ini? Mengapa tidak bersimpati dengan anggota polis yang tercedera dan orang awam yang terperangkap dengan angkara keganasan ini? Dan sejak bila pula atas arahan PM seseorang itu boleh dikecualikan dari undang-undang sedangkan Raja-raja Melayu pun boleh diseret ke mahkamah!," kata Roslan dalam blognya.

"Bagaimana dengan kes di Batu Burok? Anggota PAS yang ditembak oleh polis kini merengkok dipenjara sementara menunggu perbicaraan, mereka yang ditembak tetapi mereka yang didakwa?," katanya

Beliau dalam blog n32.blogspot.com menganggap Abdullah dan Samy Vellu tiba-tiba mahu meraih simpati masyarakat India, lalu kini mahu menjadi juara pula memintas proses mahkamah untuk membebaskan 31 mereka yang terbabit dalam perhimpunan Hindraf. - mr

Isnin, Disember 17, 2007

Ketua Pemuda Pas Pasir Salak. Sdr.Zamarul Aini




Kemenangan menjadi impian setiap individu yg berjuang. Namun ia tidak semudah ungkapan di hujung bibir. Kemenangan mesti dibeli dgn harga yg sangat mahal dan ia adalah kurnian ilahi kepada mereka yg layak. Terpaksa ke mahkamah, dibuang daerah, ditangkap tanpa bicara (ISA), difitnah bertali arus, diseksa dan dibunuh adalah asam garam bagi perjuangan kita. Lantaran itu kita mesti meneruskan perjuangan ini dgn sabar, tabah, tenang, berani dan istiqamah. Biarpun UMNO melipatkan gandakan tindakan kejam dan zalim mereka utk menghalang kebangkitan rakyat. Hadapilah segalanya dgn keutuhan tawakkal kpd Allah SWT.




Ketua Penerangan PAS Pasir Salak


Marilah sahabat-sahabatku seperjuangan, kita bangunkan kembali jiwa merdeka. Leraikan kekusutan dan ikatan yang menghambat perjuangan. Susunlah saf perjuangan. Kita bangkitserentak. Di hadapan kita musuh telah siap siaga bagai anjing-anjing kehausan. InsyaAllah. Kita akan menang dalam perjuangan ini.. Allahu Akbar.......

Ahad, Disember 16, 2007

Menghulurkan tangan



Seorang aktivis senang digelar (Pak Yop) bersama YDP mengagihkan bantuan tersebut.

Bantuan beras dan keperluan harian kepada fakir miskin dan yang memerlukan oleh YDP PAS Kawasan Pasir Salak Al-Fadhil Ustaz Mustafa b. Sha'ari baru-baru ini.




Kegembiraan terpancar dengan sumbangan yang diberi. Sekitar Dun Kampong Gajah.



Terima kasih atas kunjungan kalian

Laman ini sedang dikemaskini dan diselenggarakan, harap maklum.
Sekiranya mempunyai sebarang cadangan sila hantarkan komen diruangan yang disediakan atau kirimkan artikel/buliten terkini ke email kami : ppsalak@gmail.com @ paspasirsalak@gmail.com

BERSIH



Kearah pilihanraya yang bersih.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO