Selasa, Julai 27, 2010

HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN @ CHANGKAT LADA PERAK

ANDA semua dijemput hadir bersama , bagi memupuk kesedaran terhadap intergriti diri sebagai rakyat Malaysia. Mengetahui kebenaran dan pejuangkan hak diri selaku warga negara yang tercinta. Elakkan diri dari kerakusan pimpinan yang mengambil peluang menyekat rakyat dari mengetahui hal kebenaran sebenar.

Ayuh mari hadir beramai2.

Rabu, Julai 14, 2010

SOTONG JERMAN VS KATAK MALAYSIA


2 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA nama seekor sotong yang telah menjadi `Nujum Pak Belalang' amat popular semasa Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia baru-baru ini. Kebanyakan `ramalan' si sotong yang dipelihara di Akuarium Sea Life, Selatan Jerman itu menjadi kenyataan . Sebanyak 6 perlawanan yang membabitkan Jerman, ramalan sotong tersebut adalah tepat.

Kekalahan Jerman seperti yang diramal oleh sotong berkenaan amat mengecewakan warga Jerman, sehinggakan diberitahu seorang Chief dari Jerman amat marah dengan kekalahan tersebut . Beliau bercadang ingin menjadikan sotong berkenaan sebagai bahan masakannya. Hebat pengaruh sotong terhadap manusia, kan?

Amalan mempercayai ramalan sebegini di sisi Islam hukumnya Haram dan dianggap Khurafat. Namun, media di negara ini termasuk stesyen TV menghebahkan kisah `ajaib' serta ramalan si sotong sepanjang kejohanan berjalan. Maka, budak-budak dan orang dewasa yang menonton TV di rumah pun ada yang terpedaya dengan ramalan tersebut termasuklah kaki `judi' bola. Maknanya media kerajaan pun ada saham mempromosikan amalan khurafat tersebut. Tidak tahulah kita apa pula nanti yang diperkatakan oleh Ulamak Tua dan Muda di dalam Umno di dalam hal ini.

Seandainya sotong tersebut kerajaan kita beli, mungkin dia boleh dipelihara di rumah Najib. Mudahlah beliau untuk membuat satu-satu keputusan. Mungkin juga sotong tersebut akan digunakan untuk menentukan benar atau tidak kerajaan terlibat di dalam Apco. Mungkin juga boleh dijadikan rujukan atau ilham untuk menentukan tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Jangan ada yang cuba bertanya sotong berkenaan siapakah yang terlibat membunuh Al-Tantuya sudahlah. Nanti ada sotong yang kena ISA pula kalau pun tidak kena bom C4 .

Itulah kisah sotong yang lebih cerdik dari manusia. Nasib baik di negara kita tiada spesis sotong secerdik ini. Kita cuma ada spesis `katak' yang lapar dan bodoh-bodoh belaka.

Rabu, Julai 07, 2010

HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN : PENTING & TOLONG SEBARKAN!!!


Tentatif utama :

Seminar Warga Felcra & Felda,
Penerangan tentang Hak Warga Felcra & Anak Peneroka,
Pembentangan Kertas Kerja, Pameran & Jualan,

Ceramah Perdana
Tn. Hj. Mohammad Sabu
YB Dato Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin
Sdra Mazlan Aliman

Anjuran ;
Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah
PAS Pusat

Kehadiran dan kesedaran tuan / puan amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan hak dan kebenaran sebagai warga peneroka di Malaysia dapat dimantapkan.

Khamis, Julai 01, 2010

Namakan kucing saya': Najib cuba tiru Obama (White House) tarik sokongan rakyat?

Tertarik dengan cerita lama yang baru je digemburkan.
Petikan dari blog : http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/





- Kisah Obama dan anjingnya di sini, 'White House tosses water on dog tale'...

- Kisah Najib dan kucingnya di sini, 'Najib Alu-Alukan Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi'...

p/s: Harap-harap APCO Worldwide tidak terlibat sekali lagi dalam usaha untuk mempromosi Najib dan 1malaysia dalam isu ini..penulis cuba bersangka baik...semoga Malaysia bebas sepenuhnya dari pengaruh Israel/APCO/Yahudi...insyaAllah...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO