Jumaat, November 28, 2008

MAJLIS SERAHAN ALATAN KE KAMPUNG2 DUN -49 -DITUNDA KE TARIKH BARU 1/12


BATAL 27/11/2008


Maghi raikan bersama, keadilan agihan peruntukan ke kampung-kampung amalan Kerajaan Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya.

Nak pakai lagi ke idak YB Pasir Salak ni...??

Ucapan Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS, di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 68, Rabu 26 November 2008, semasa membahaskan usul-usul,
Saya minta kementerian... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta laluan) Nanti sekejap Yang Berhormat Pasir Salak. Nanti kita jumpa enam hari bulan. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] berkata: Hari ini jumpa dulu. sebelum enam hari bulan). Kementerian ini dia buat PPSMI (Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris), tidak ada pun wakil rakyat UMNO yang membantah. Jadi saya kira ... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagilah laluan) Saya belum masuk lagi, saya baru nak start engine, baru gear satu ini.
Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian daripada UMNO baik daripada semua. Saya melihat pihak akademik telah membuat kajian yang mendalam tentang ini, bukan mereka duduk diam. Mereka buat kajian. Tahun 2003, apabila diperkenalkan. Satu kajian dibuat. Tahun 2004 kemudian disertai dan yang terkini tahun 2008 oleh UPSI. UPSI ini memang satu tempat pendidikan. Dia buat kajian yang kita dapati dalam New Straits Times pada 7 September, Studies Reveals Policies Flop, Kajian Menunjukkan Kegagalan PPSMI. Adakah ini soal politik? Ini bukan ahli PAS yang bercakap ataupun daripada mana-mana Pakatan Rakyat
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] menambah: Kajian itu berapa orang sangat dia interview.) Nantilah sekejap. Saya nak bagi tahu di sini Yang Berhormat Pasir Salak. Sampel dia melibatkan bilangan yang ramai. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bilangan berapa orang?) Ha ini masalah wakil rakyat yang tak mengaji, inilah masalah. Dia cakap ikut emosi. Kita cakap ikut fakta, kita cakap ikut statistik. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tidak menari macam bapak you. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.)
Semua menyatakan kementerian perlu kembali kepada ajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan. Ini bukan ahli politik cakap, saya hanya memanjangkan saja suara mereka. Apa salahnya dengan political will yang saya pinjam daripada perkataan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada tahun 2007 itu. Kita sama-sama di atas kerangka memartabatkan bahasa kebangsaan, kita minta supaya batalkan PPSMI, ajar balik dalam bahasa kebangsaan. Ini tanggungjawab semua orang termasuklah Yang Berhormat Pasir Salak. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan. Sekarang boleh? Dah masuk dah.)
Lagi satu,.. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Oh, tak masuk lagi? Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tak bagi Yang Berhormat, tak bagi. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tak masuk lagi? Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja.) Yang Berhormat Pasir Salak sabarlah. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bila nak keluar lagi air dia?)

(Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tak payah provoke Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tunjuklah.) Pasal apa saya kata, sekolah di luar bandar, Ishak has called the policy dengan izin, a failure particularly in terms of its impact on the Malay students in national school and he’s asking for a return to the teaching of Mathematic and Science in Bahasa Malaysia. Ini bukan Yang Berhormat Parit Buntar kata, ini Profesor Emeritus Datuk Ishak Haron.
Ini bukan kepentingan politik tapi kepentingan negara kita. Mengapa seluruh kampung, satu negara... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tengoklah profesor apa.) ...menentang PPSMI, menentang semua ini tiba-tiba Kementerian Pelajaran pekak, buta, tuli masih melaksanakan ini dan saya cabar wakil rakyat-wakil rakyat UMNO yang memperjuangkan agenda kebangsaan, agenda Melayu untuk sama-sama sokong ini dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. (Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat.)
Jadi, saya kira perkara ini perlu diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Apa salahnya kalau ada political will. (Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan. Satu ayat saja Yang Berhormat Parit Buntar. Saya ingat cabaran kepada UMNO itu Yang Berhormat Batu Pahat harus dikeluarkan sebab secara rekod, Yang Berhormat Batu Pahat ambil bahagian dalam perbahasan Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lepas mewakili Perhubungan UMNO Johor, dia memang menentang penggunaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
menambah: Ha termasuk Yang Berhormat Sri Gading, tak termasuk Yang Berhormat Pasir Salak. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Betul, betul.) Oh, patutlah dia tak sokong saya. (Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat, habiskan ya.) Ya. Satu lagi saya nak minta bagi profesion perguruan. Saya mewakili profesion perguruan yang datang mengadu hal kepada kita untuk dibawa ke dalam Parlimen dan saya menyokong ini iaitu soal PTK, Peperiksaan Tahap Kecekapan ini.
Demikian petikan ucapan YB Parit Buntar dari PAS, yang sekali gus menggambarkan perjuangan memartabatkan Bahasa Malaysia melalui permasalahan PPSMI (Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Tapi amat menyedihkan bila ada YB (Pasir Salak) yang bercakap begini..
“Minta laluan. Sekarang boleh? Dah masuk dah.” … “Oh, tak masuk lagi? “ … “Dia tak masuk lagi? Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja.” … “Bila nak keluar lagi air dia?”
Cakap apa begini? Layakkah YB bercakap begini di Parlimen? Cakap lucah!? Sekian catatan santai untuk kali ini. Wassalam.

'Anak saya disabotaj': Dakwa bapa Sheikh Muszaphar

Bapa angkasawan pertama negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor mendakwa anaknya disabotaj sehingga timbul kontroversi kononnya menerima pendapatan mencecah RM1.2 juta. Sheikh Mustapha turut mengakui, sememangnya wujud banyak usaha pihak-pihak tertentu yang ingin mencalarkan imej baik anaknya, Sheikh Muszaphar dan tohmahan mengatakan angkasawan itu mengenakan bayaran RM8,000 untuk satu jam berceramah."Ya, mungkin Mus (panggilan mesra Dr. Sheikh Muszaphar) timbul sabotaj... saya tahu siapa orangnya, tapi saya tak nak cakap kerana saya tak mahu ada yang tersinggung."Saya sedih dengan apa yang berlaku tapi kami mengambil sikap tak mahu melenting kerana kami berserah pada Allah dalam hal ini," katanya.Beliau berkata demikian semasa ditemui bersama lima ahli keluarganya yang lain sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah untuk menunaikan haji selama 18 hari yang ditaja oleh kerajaan Arab Saudi semalam.Mengulas lanjut mengenai isu sabotaj itu, Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu dan menyifatkannya sesuatu yang remeh."Itu di luar bidang kuasa saya, saya sentiasa berfikir secara positif, ini dugaan daripada Allah dan ia juga adalah satu cara untuk saya kuatkan azam supaya bekerja dengan lebih bersungguh," ujarnya.Sementara itu, berhubung siasatan yang bakal dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Sheikh Muszaphar pula berkata, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan walaupun keputusan itu nanti mungkin tidak menyebelahinya.

Selasa, November 25, 2008

KITA KENA TAHU & TIDAK MEMBISU...GELAKKAN JE..TAJOL LUR..



'U' Untuk Tontonan Umum
Berikut antara komen pembaca diblog ini menerusi RESPON PEMBACA, terima kasih diatas respon kalian dan kami sentiasa menghormati padangan ANDA yang sentiasa TIDAK MENGIKIS KETUANAN BANGSA MELAYU...
MARTABAT BAHASA MEAYU???, REZAB MELAYU???, HASIL PERIBUMI MELAYU???. AGAMA ISLAM??? kalian fikirlah sendiri siapa yang kalian harapkan

2 Komen:
ahmad humairi berkata...

Bukan semua boleh kita gelakkan. Pada saya tidak baik mentertawakan kelemahan seseorang kelak kelemahan diri kita juga turut digelakkan orang lain

E berkata...

saya amat mengkagumi semangat perjuangan saudara2 di dalam PAS dari dulu sehingga sekarang walaupun saya telah mendaftar sebagai ahli UMNO. Bagi saya yang merupakan pengundi saluran 5, kita semua patut tolong menolong antara satu sama lain walaupun berlainan parti tetapi kita tetap saudara seagama dan sebangsa(dan lagi pun teman dalam parlimen yg same dengan kome..). Saya mewakili beberapa orang rakan2 saya ingin skali melihat kita semua bersatu serta menumbangkan penguasaan bangsa lain di negara ini. India dan Cina dah tak kuat, inilah masa kita semua pegang balik M`sia, ini takde koje lain UMNO ngutuk PAS, PAS ngutuk UMNO, tak kome nampak ke parti-parti kapior yg lain tu? nak harapkan PKR deme ni jenih org frust dlm UMNO.. jadi apah tak boleh di harap kerana dok bawak tabiat lama semasa dlm UMNO. Semoga PAS meneruskan perjuangan ini dengan gagah dan berani...


Sikap anti kerajaan RTM Perak dikesali


IPOH, 25 Nov (Hrkh) - Rakyat negeri ini terkilan dan kesal dengan sikap RTM Perak menuduh Menteri Besar Perak, Dato� Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada integeriti kerana melantik Exco Jamaluddin Mohd Radzi yang dikatakan "rasuah" oleh kerajaan Umno-BN sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak kelmarin.

Menurut siaran warta berita RTM Perak jam 5.00 petang semalam, kalau Jamaluddin dituduh rasuah mengapa Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melantiknya sebagai Ketua Pasukan tersebut.

Seorang peminat bola sepak Perak, Razali Darus memberitahu Harakahdaily, nampaknya yang tiada integeriti adalah pihak RTM Perak itu sendiri kerana telah jelas dan nyata yang melantik Jamaluddin itu bukan Menteri Besar Perak tetapi Mesyuarat Jawatankuasa PAFA.

�Pihak RTM Perak juga seperti sudah buta huruf dan buta hati tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada pucuk pimpinan parti politik Umno-BN kerana seperti sudah terang bersuluh pula, kerana kalau sudah dikaitkan kes Altantunya dengan Dato' Seri Najib Razak mengapa pula hendak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang?" dakwanya.

Tegasnya, mengapa RTM Perak tidak buat komen siang malam terhadap kes tersebut?

"Bukankah sudah terdedah kes Najib ada kaitanya dengan "hilang terus tanpa kesan" Altantunya?" soal Razali.

�Kami percaya Menteri Besar Perak adalah pemimpin yang ada integeriti tetapi malangnya pihak RTM Perak itu yang benar-benar perlu berlajar mendisplinkan diri supaya bijak membezakan kebenaran yang sebenarnya," sambungnya.

Dalam mesyuarat PAFA kelmarin, Nizar telah dilantik sebagai Presiden dan Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim dilantik Setiausaha PAFA. - mns_

Ekmal Yusof
Tue | Nov 25, 08 | 3:17:39 pm MYT

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA MUSLIM & BUKAN MUSLIM DALAM PAS

Anda tahu bahawa isu ini telah agak lama dicari jawabannya dan anda juga tahu betapa para ulama dalam PAS tidaklah segera menjawabnya, apatah dengan jawaban yang satu tanpa selisih dan khilaf. Justeru anda bolehlah menyimpulkan bahawa ia adalah isu yang agak sukar diselesaikan oleh para ulama tersebut, lalu perbincangan mengenainya agak memakan masa.
Janganlah pula anda mengira ini tanda ulama lembap dan tiada peka. Perlahan - lahan itu daripada agama manakala gelojoh itu daripada syaitan. Sesuatu hukum itu adalah berdasarkan gambaran yang diperolehi. Isu pengkid cepat diselesaikan manakala isu yoga, kita terpaksa menunggu lebih lama daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ia secara mutlak menawarkan kebahagiaan untuk manusia di dunia dan akhirat. Jika manusia menolak akhirat, Islam tetap menawarkan untuknya kebahagiaan di dunia sahaja. Jika ia mahukan akhirat, maka untuknya akhirat bersekali dengan dunia juga.

Kebahagian manusia adalah pada mendapatkan haknya. Kemuncak haknya adalah keadilan dan kebebasan.
Isi dan intipati ajaran Islam adalah memperkenalkan dan memberikan hak kepada empunya hak. Yang dizalimi akan diadili Islam. Jika tidak disempurnakan keadilan itu di dunia, keadilan tuhan menunggunya di akhirat. Yang bekerja akan dibalas setimpal pekerjaannya. Jika tidak disempurnakan pembalasan itu di dunia, pembalasan tuhan menunggunya di akhirat nanti.

Muslim dan bukan muslim adalah sama sebagai manusia. Tetapi mereka tidak sama selamanya kerana persembahan mereka adalah berbeza. Dua bersaudara adalah sama sebagai seorang anak, tetapi mereka menjadi berbeza di sisi ibu bapanya berdasarkan persembahan masing - masing.

Perbincangan kita di sini adalah perihal bagaimanakah Islam memelihara hak apabila muslim berhubung dengan bukan muslim dalam kehidupan.

Di bumi mana muslim berpijak, disitulah bukan muslim menjunjung langitnya. Kecuali di tanah suci/haram kota Mekah. Allah telah menyucikan tanah itu daripada najis kekufuran selepas kebangkitan baginda sallaLlahu alaihi wasallam. Orang bukan Islam memikul najis itu. Justeru mereka dilarang memasukinya.
Kitab - kitab fiqh Islami ‘memulakan’ perbincangan perihal muamalah antara mulim-non muslim dengan menjelaskan asas hubungan di antara kedua - duanya, adakah ianya diasaskan atas hubungan damai dan kasih sayang atau ianya adalah hubungan perang dan permusuhan.

Perihal keahlian bukan Islam di dalam PAS, bagi saya, adalah termasuk dalam fasal perbincangan para ulama kita mengenai hak memohon pertolongan daripada bukan muslim di dalam sesuatu perkara.

Penggunaan kaedah qias di dalam menentukan hukum terhadap isu - isu semasa dan setempat adalah terdesak demi menghidupkan dalil - dalil yang berselerakan di dalam kitab - kitab fiqh Islami sepanjang zaman. Ilmu qias adalah payah dan lebih payah adalah mengaplikasikannya dalam menentukan hukum sesuatu. Ia adalah sebahagian daripada hikmat. Barangsiapa dikurniai hikmat, sesungguhnya dia telah dikurniai kebaikan yang melimpah - ruah.

Yang penting, orang bukan Islam memiliki hak untuk turut bersama menegakkan kebenaran, bahkan menegakkan Islam juga. Mereka berhak untuk menolak kezaliman dan memilih Islam sebagai jalan memperolehi keadilan dan kesaksamaan. Berikan kepada mereka hak mereka seluas ianya diluaskan oleh Islam.
Jika keahlian bukan Islam dibenarkan di dalam PAS, anda akan melihat persamaan dan perbezaan di antara ahli muslim dan ahli bukan muslim adalah berdasarkan hak masing - masing yang telah diperincikan hukumnya oleh para ulama kita. Perselisihan adalah keluasan jika ianya digunakan pada tempat dan masanya dengan tepat.
Yang penting, hari ini PAS telah meneroka sesuatu tidak diterokainya secara serius dahulu. Ia didesak oleh tuntutan semasa yang memerlukan kebijaksanaan menghukum dan melepaskannya di medan yang akan memperjudikan masa depannya yang namakan sebagai ‘usaha’ di sepanjang iman dengan ‘tawakkal’ kepada pemilik perjuangan ini.
Semoga PAS terus gagah memacu perjuangan sucinya.

Pelacuran Masih Gagal Dihapuskan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata meskipun polis dan pihak berkuasa berterusan mengadakan operasi bagi menangani masalah pelacuran, kegiatan tidak bermoral itu sukar dihapuskan."Polis dan pihak penguatkuasaan tak henti-henti mengadakan operasi iaitu berjumlah 8,893 operasi dan serbuan sejak tahun 2003 hingga kini."Sebab kita tahu Malaysia sebuah negara yang mewah dan progresif di mana begitu ramai pelancong asing sentiasa mengunjungi negara ini, maka masalah ini (pelacuran) bukan begitu senang dihapuskan," katanya menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.Chor berkata kerajaan mungkin mengkaji semula dan mengemaskini akta sedia ada termasuk mengadakan peruntukan tambahan dalam Kanun Keseksaan untuk mengangani masalah pelacuran.

Gobind digantung sidang dua hari

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar.Wan Junaidi sebelum itu memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya dalam Dewan bahawa bekas-bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan.Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sebelum ini meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas pada 6 November lalu di dalam Dewan itu sebagai perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar.Ketika itu, Nazri mengumumkan kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada Mohd Salleh dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu.Mohd Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Wan Suleiman (RM2 juta), George Seah (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000

Nazri tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa

Dewan Rakyat hari ini memutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung status keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia,tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendapati kenyataan yang dibuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan."Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, beliau berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.Bagaimanapun pada 13 November lalu, Nazri membuat pengakuan terbuka melalui media dan mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya sebelum ini dan mengakui bahawa sebenarnya kesemua hakim berkenaan dipecat namun tetap menerima bayaran pencen atas permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu melalui satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara tanpa didedahkan.

Isnin, November 24, 2008

PAS Perak edarkan Video penerangan

Jabatan Penerangan PAS Perak telah mengeluarkan video penerangan bagi menyalurkan maklumat yang sebenar sebagai langkah menangkis tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pepuak Umno yang memburuk-burukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.Penyebaran video tersebut secara percuma adalah bagi tujuan memperkukuh sokongan dan keyakinan diakar umbi dan diharap mereka pula akan dapat menyalurkan maklumat yang benar dan tepat ini kepada masyarakat bahawa pimpinan PAS yang menerajui kerajaan Pakatan Rakyat hari ini menepati kehendak rakyat yang mahukan perubahan kearah kesejahteraan rakyat.Dapatkan video penerangan tersebut secara percuma dengan menghubungi pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak melalui telepon : Khalilul Rahman - 0195713771

PULAU BURUNG KAWASAN PELANCONGAN

Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno-BN

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak terpaksa menubuhkan pasukan Urus Setia Penerangan sendiri untuk bertindak segera menangkis segala tohmahan serta manipulasi berita oleh Umno-BN ketika ini.Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri."Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN."Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya."Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya.Disamping itu juga, katanya, Citra Perak buletin bulanan Kerajaan Negeri tetap diedarkan percuma.Sementara itu, Nizar berharap kepada peserta yang hadir dalam majlis tersebut bersikap positif kerana merekalah sebagai benteng jurucakap kerajaan Pakatan Rakyat untuk mematahkan berita-berita dan isu karut marut dari media dan perbuatan jahat umno-BN itu."Semoga kita kuat memberikan tentangan hebat dengan mengalahkan musuh-musuh yang tidak nampak berada di dalam selimut kita dan dari media, TV dan radio masuk meracuni fikiran rakyat ke rumah-rumah itu,"tegas Nizar di hadapan lebih 200 orang yang terdiri daripada penulis blog Perak, pegawai-pegawai serta Lajnah Penerangan Parti Pakatan Rakyat.

PELAJAR 5A UPSR DIKALANGAN KAUM PERIBUMI

Semalam tman pegi mengunjungi seorang pelajar cemerlang 5A UPSR di Chenderong Kelubi, sebuah perkampungan orang asli yang terletak 20km dari pekan Kg Gajah. Setelah selesai makan kenduri di rumah Tok Sidang Mael (ketua kampong Changkat Rambai) tepat jam 12.15 tman sampai di rumah pelajar tersebut dengan di pandu oleh Abg.Minit Bahlos (kepala Desa), ketika itu pelajar tersebut tiada dirumah, yang ada hanya bapanya ( Toni A/L Anjang ) , 5 minit kemudian baru muncul pelajar tersebut. Wedismay Nizhien a/p Toni ( Lahir pada hari Rabu 1hb Mac) anak sulung dari 3 beradik, Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, tinggal dalam keadaan daif di perkampungan orang Asli yang mana bapanya hanya bekerja sebagai Nelayan Lombong. Beliau seorang yang tabah dan tekun belajar, rahsia besar kejayaannya belajar mengikut jadual yang dibinanya sendiri dirumah. Dikala ibubapanya mencari nafkah beliau menjaga adik-adiknya yang masih kecil sambil buku ditangan. Beliau juga pernah mengikuti kursus Motivasi Alihan Pelajar anjuran MAP Training & Consultancy pada bulan Mac yang lalu. Beliau juga aktif dalam sukan Bola Jaring, Hoki, Olahraga, Bolabaling mewakili sekolah-sekolah Perak Tengah. Disamping itu ayahnya mengharap agar anaknya dapat bersekolah diasrama penuh MRSM Pasir Salak . InsyaALLAH kita bantu dengan berkat kesungguhan anak kaum peribumi, ini menjadi suatu tamparan bagi anak-anak kita yang mendapat pendidikan yang secukupnya dan kemewahan yang sedia ada. Renungkanlah.......

Penulis Blog Diperlukan - Laptop Dan Alaun Lumayan

Setelah hampir kesemua blog pro gomen tidak mendapat perhatian dan gagal menarik pembaca akhirnya berita ini diumumkan oleh kerajaan UMNO di bawah pimpinan Menteri Besar yang suka mencarut, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kerajaan Negeri Pahang yang telah gagal mencari penulis blog berwibawa untuk menepis segala serangan terhadap UMNO telah dengan penuh ‘kemaluannya’ melantik tiga orang pesara sebagai ‘Blogger Pak Turut’.

EXCO kerajaan negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pesara yang dilantik menjadi Blogger Pak Turut itu akan dibayar alaun dan dibekalkan dengan computer serta kemudahan internet di rumah mereka.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa dia telah difitnah oleh penulis blog. Hello Cik Nan, lu kena fitnah atau lu yang buat fitnah?

Ada sesiapa yang nak jadi ‘Blogger Pak Turut’?

Syaratnya senang, janji anda pandai buat macam ini:

TEMERLOH, Nov 23 - The Pahang government has appointed three pensioners as bloggers to thwart slanderous comments and allegations posted on the Internet.

State Information, Science, Technology and Innovation Committee chairman Datuk Mohd Sharkar Shamsudin said the bloggers, who would be paid allowances, would be provided with computers and the Internet access in their homes.

The pensioners can capitalise on their experience to explain the actual situation to the people besides providing feedbacks and opinions to the government, he told reporters after attending the Senior Citizens Day organised by the Pahang Chapter of the Malaysian Government Pensioners’ Association here today.

“More bloggers will be appointed. We value pensioners’ thoughts in our efforts to improve the state’s economy and prosperity and unity of the people,” he said.

Sumber berita : Kerajaan rakyat // Category: Blogger

Selasa, November 18, 2008

WASIAT SYUHADA' !!!!





Tak berasa besalah....YB*$#@rD...

Malam tadi berlaku sesuatu yang tidak diduga, bila mana Datok Tajuddin ( YB Parlimen tman la) buat program Konsert. lewat jam 6ptg nampak macam ada ceramah kata Ust Alipiah ( ketua Cawangan Changkat Lada) elok lepas solat isyak ramai budak muda berhimpun depan stage di padang BAKAP Changkat Lada. Tengok YB tman naik pentas untuk membuka majlis lantas nak merasmikan Konsert tu..... Apalagi orang PAS cawangan tu mula bising .....ingatkan ada ceramah.... tak tau plak.... tapi mana ada poster.... siapa yang anjurkan.... Rope-ropenye YB tman yang anjurkan tanpa pengetahuan orang kampung tu.... Suparman selaku S/u cawangan tu terus jumpe YB , tanyekan ape crite ni?? Berlakulah pertengkaran ...mulut jee....( Nak bagi orang FELCRA berhibur, penat keje siang, apa salahnya...kata YB tman) jadi kitapun buat repot polis ..... Polis keluarkan arahan berhenti. tepat jam 10.30mlm program tamat, jadi bebudak muda yang datang cadang nak cak lempong ....eeemmmphh punah , semua pulang dengan tangan bau taik ayam. YB balik dengan muka .... rope diatas tu, dia ingat dia pengerusi FELCRA bleh buat semacam je. Ini nak menggambarkan kedudukan YB tman di tempat dia sendiri pun orang dah tak GEMOR.... banyak program dia HANCHOR kat tempat tman ni. Wahai para pembaca yang budiman inilah gelagat seorang yang dikenali sebagai YB@$#@**...

Cadangan....

Depan

Belakang

Isnin, November 17, 2008

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,
A. Muraqabah dengan Allah SWT
Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.
Caranya:
-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.
-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA
Bermaksud
“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”
B. Qudwah hasanah
Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.
Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.
Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.
Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.
Firman Allah SWT
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)
Caranya:
-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang
-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka
-Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan dating.
-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat
-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.
-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah
-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.

SERANGAN SEUMPAMA TIADA KERJA LAIN 'RTM-PERAK'

IPOH, 17 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa kesal terhadap Radio FM (RTM) Perak yang bersikap anti Kerajaan Pakatan Rakyat Perak walaupun ia berpengkalan di negeri itu.

Rasa terkilannya itu dilahirkanya dalam penggulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di sini, 13 November lalu.

Katanya, walaupun ia berpengkalan di negeri Perak tetapi amalannya masih mengikut kehendak politik Kerajaan Pusat yang akhirnya segala kerja dan niat baik Kerajaan Pakatan Rakyat diselewengkan faktanya hingga memberikan fahaman negatif.

Sementara itu, Harakahdaily mendapati radio itu dalam Warta Perak jam 5.00 petang semalam telah menyiarkan suasana kekecohan Adun BN yang menggangu Menteri Besar berucap membuat pengulungan Bajet 2009 Persidangan Akhir Dewan Negeri itu, yang bertujuan mengelirukan rakyat.

"Bukan sekadar ia tidak memberi liputan pada majlis rasmi Kerajaan Negeri, malah ia tidak melaporkan cara adil," kata Nizar.

"Sikap sedemikian itu umpama "kacang lupakan kulit" kerana sikap mesra berbaik sangka yang diamalkan Kerajaan Perak ini termasuk kepada RTM Perak itu seolah-olah dibalas dengan tuba. Sepatutnya mereka mengikut rasmi alam seperti kata pepatah Melayu "dimana bumi dipijak di situ langgit dijunjung," tegasnya.

Sebagai tindak balas katanya, Kerajaan Negeri terpaksa menubuhkan Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM300.0000 setahun untuk menjayakan program-program penerangan dan mengadakan bahan-bahan cetakan. - mns_

- Sejak jadi Pembangkang Di Negeri Perak sememangnya Mantan MB DSDR TR tiada kerja lain selain mencari publisiti murahan menggunakan RTM (Radio Tv Mereka-reka) dan komentar org ramai.....inilah bukti slogan yang selalu diutarakan oleh Sdra Abg Mohd Sabu "Negara Jakun" bukan kerja pemimpin sentiasa menjawab tomahan mereka namun bukan sifat pemimpin biarkan bangsat negeri bebas keudara.... so ayuh MB Nizar saman je mereka ini....virus brontok negeri perak tercinta...-admin blog

Ahad, November 16, 2008

Majlis Makan Malam Bersama Kelab Penyokong PAS

ISU MB PERAK RAMPAS KAMERA WARTAWAN

IPOH : Sudah dijangka, media akan mainkan isu ini, dan ramai dikalangan sahabat-sahabat dari negeri jiran menelepon, Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Ust Misbah, Setiausaha Akhbar, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian. Mereka bersama MB sedang makan tengahari, seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani, beliau memperkenalkan diri, MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani, Misbah serentak mencelah, jangan tandatangan dulu, lihat keseluruhan isi surat tersebut, dalam masa yang sama ada seorang jurufoto yang juga tidak dikenali mengambil gambar. Boleh jadi ini perangkap, nanti keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang mungkin boleh di ambil kesempatan memburuk imej MB. Seorang MB menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin. Lantas MB panggil jurufoto, bertanya dari akhbar mana, ada minta kebenaran atau tidak mengambil foto, jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli, MB panggil sekali dengan nada yang kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana didakwa. MB minta rakaman foto tadi dibuang, untuk memastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut dan serah pada Setiausaha Akbar yang duduk di sebelah misbah, dan meminta SU Akhbar pastikan gambar tersebut dibuang. Dan kamera itu diserah semula pada jurufoto dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain. Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, surat tersebut sudah ada dalam meja MB. Telahan misbah tepat, tidak sampaipun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009, belum kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan, Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian, ada beberapa orang ADUN BN memang ada di kantin sewaktu berlaku kejadian tersebut, tapi yang nyatanya Kubu Gajah tidak ada di kantin, beliau memang popular dengan sikap kurang ajarnya, perangai di Parlimen dibawanya ke DUN. Para pembaca boleh menilai sendiri , inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk burukkan MB dan kerajaan Perak.

Sabtu, November 08, 2008

BUAT GERANGGAN PENGANTIN BARU



siapakah geranggannya ini......ada kaitnya ngan paspasirsalak ini......hahaha...apa2 pun TAHNIAH...BarakaLLAhu Laka Wabaraka Alaika...wajama' bainakuma fi khair...

Jumaat, November 07, 2008

BILA YB KENCING MENARI

Baru-baru beberapa hari lepas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal menyuarakan hasrat pihaknya untuk mengadakan Kempen Budi Bahasa di kalangan ahli-ahli Parlimen. Ada pulak Ahli Parlimen yang dengan penuh budi bahasanya menggunakan perkataan 'bastard' (anak haram) kepada seorang Ahli Parlimen lain. Itu sebenarnya sekadar contoh kecil dan ia pula bukanlah kes terpencil. Adegan-adegan seumpama itu dah selalu sangat terjadi di kalangan orang politik kita, tak kira di dalam Parlimen atau di pentas ceramah. Dan mereka, orang-orang politik itu jugalah antara kalangan yang cukup risau bila melihat generasi muda semakin hilang adab dan sopannya. Mereka lupa bahawa mereka sendiri sebenarnya sering kencing sambil menari.....Ahak ahak ahak
Cmne tuan-tuan dan puan-puan, ini lah wakil rakyat kita yang pandai bercakap, memperjuangkan bangsa dengan menggunakan bahasa kesat. Teman kenal bebeno siapa Tajuddin Rahman ni ....... Ngang orang nye.

Isnin, November 03, 2008

Sumbangan untuk 180 keluarga mangsa banjir di Kampung Gajah

Di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kampung Gajah
Dengan izin Allah pagi tadi Datin Seri telah berkunjung ke Kampung Gajah untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah tersebut. Beliau tiba di Pejabat Daerah & Tanah Kampung Gajah sekitar jam 9.45 pagi dan diadakan sedikit taklimat ringkas mengenai banjir di Kg. Gajah. Pegawai yang turut hadir bersama ialah Puan Ramdhatun Ajma selaku Penolong Pegawai Daerah, En. Norshamsul Mustafa Kamal- Pegawai Unit PLB Kg. Gajah, Penghulu-penghulu mukim, Tuan Penyelia DUN Ustaz Mustafa Shaari, Tim. Ketua Muslimat PAS Kawasan Puan Jamaliah Sudin, En. Zamarul Aini Abd Malek - Ahli Majlis Daerah Perak Tengah. Jawatankuasa Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat, Ketua-ketua Kampung dan JKKK serta petugas Pusat Khidmat Masyarakat. 180 keluarga dari 5 buah kampung telah diberikan sumbangan barangan dapur bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka. Kampung-kampung yang terlibat ialah Kg. Pulau Juar, Kg. Biak, Kg. Pasir Jeneris, Kg. Kota dan Kg. Empai. Bantuan telah disalurkan di Dewan Orang Ramai. Datin Seri dan rombongan telah dibawa melihat keadaan banjir selepas majlis penyerahan sumbangan. Keadaan banjir bertambah surut dan beliau mengharapkan lebih ramai pihak yang berkemampuan membantu saudara-saudara kita dalam kesusahan. InsyaALLAH.....

Ahad, November 02, 2008

LAMAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN BELANJA

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN BELANJA PUN DAH MEMBUKA ALAM MAYANYA :

http://khidmatbelanja.blogspot.com/

harap-harap kita ada pertautan di DUN Kg Gajah.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO