Memaparkan catatan dengan label BERITA PANAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA PANAS. Papar semua catatan
Selasa, April 16, 2013
N.48 SUNGAI MANIK:
DATO' ZAINOL FADLI PAHARUDDIN (BN)
HJ. OTHMAN (PKR)
Khamis, Oktober 11, 2012
Kisah Cincin kini ke Kelas Pemulihan Sekolah Rendah.
Isu cincin Rosmah telah dijadikan bahan bacaan oleh sebuah negeri di Malaysia.
Kelas Pemulihan Bijak Fikir: Buku bacaan Bahasa Melayu..macam itulah tajuk didepan buku ini, ada nama Sekolah (Tak perlulah aku nyatakan kat sini..hehehe...)
![]() |
| sungguh ku tak sangka |
Mungkin buku ini dikeluarkan bagi sekolah-sekolah rendah bagi negeri Perak saja,negeri lain aku tak tahu..hahaha…
Dalam muka surat buku tersebut ada bacaan yang secara langsung menyentuh perkara berkaitan dengan Rosmah dan Cincin..hahaha..
Syabas kepada yang terlibat mencetak dan menerbitkan buku ini dan dijadikan bahan pembelajaran murid-murid,sekurang-kurang mereka tahu siapa itu Rosmah dan apa kaitanya dengan cincin..hehehe….
** Bagi admin...
Kisah cincin ini punyai nilai murni yang sangat menarik untuk anak-anak muda ikuti. Menabunglah bermula diusia kecil kelak kan dapat apa yang kalian kehendaki. Tabung banyak2.
LABEL : BERITA PANAS, ISU HANGAT, ISU TEMPATAN
Artigos Relacionados:Sabtu, September 08, 2012
Raikkan Ahli Baharu PAS , lenyapkan UMNO Cawangan.
| Tuan rumah |
Gelombang sokongan anak muda telah membawa kepada penampilan istimewa BBS iaitu Band Budak Sembahyang dan Mael Wing. Mereka menghiburkan kehadiran penduduk dan orang ramai secara santai dan berdakwah.
| Band Budak Sembahyang |
Terima kasih buat seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan program meriah seumpama ini terutama penduduk tempatan yang gigih melaksanakan tugas sejak sebulan lalu. Allahu Akbar!!!
LABEL : AIDILFITRI, AKTIVITI, BERITA PANAS
Artigos Relacionados:Khamis, September 06, 2012
Apa BENAR, UMNO Caw. Kg Pulau Juar , Kg Gajah DIBUBARKAN?
![]() |
| Aidilfitri PAS Kawasan Pasir Salak |
7 SEPTEMBER 2012 , akan menjadi saksi sejauhmanakah kebenaran pernyataan diatas. Kampung Pulau Juar terletak 5 km dari Kampung Gajah adalah sebuah kampung persisiran jalan utama Kg Gajah - Teluk Intan. Kampung yang majoritinya berbaangsa Melayu kini sudah berubah kepada kehijauan kibaran bendera kiri dan kanannya, namun paling menarik ialah bendera Bulan kebanggaan Parti Islam SeMalaysia.
Jam 8 malam nanti (7/9) ini akan menyaksikan sejarah penyerahan borang ahli beramai-ramai secara rasmi. Apakah mungkin Media Arus Perdana Utusan, Berita Harian, TV1, TV3 dan Astro Awani hadir bersama? Dengar khabarnya bubar terus UMNO Cawangan tersebut, betul kah ini berlaku?
Jika sukar nak dapat jawapan, apa kata jom kita turun bersama ke Jamuan Mesra Aidilfitri PAS Kawassan Pasir Salak sebagaimana tarikh dan masa tertera. Semua anda dijemput hadir. Daging kambing, lembu , itik dan ayam menanti sebagai hidangan kesyukuran kali ini. Dan sudah pastinya tetamu undangan YB Dato Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin akan hadir bersama pimpinan tempatan bagi menerima kemasukkan ahli dan perasmian Cawangan Baharu Pas Kg Pulau Juar.
Tahniah & Takbirrrr.... Allahu Akbar!!!
* sakit BN Pasir Salak kali ini, orang Dato Tajudin pasti mengelupo.
LABEL : BERITA PANAS, ISU HANGAT
Artigos Relacionados:Isnin, September 03, 2012
Sang Saka Malaya : Penting Untuk Dibaca & Dinilai suatu Komuniti Menghidupkan sebenarnya sejarah
Kg. Gajah 03 September 2012 / 16 Syawal 1433, pengakuan dan rasa bertanggongjawab kalangan anak muda atas apa yang telah mereka lakukan. Kami ingin memaklumkan apa yang benar peristiwa sejarah di tanah air, kami tidak mau di perbodohkan. Dengan itu kami mengaku dan pertanggongjawab apa yang telah kami lakukan.
Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.
Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga.
Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain.
PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.
Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.
seelok-eloknya rencana ini dapat di baca oleh pencacai UMNO untuk pengetahuan dan ilmu kaitan dengan proses kemerdekaan negera.
LABEL : BERHATI-HATI, BERITA PANAS, BERITA SEMASA, ISU PANAS
Artigos Relacionados:Sabtu, Ogos 25, 2012
Sindrom Group Tanpa Dara di IPT
![]() |
| Awasi anak2 Islam kita |
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
| DEDAH...Maisarah menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP. |
* Apakah setiap kali cerita sensasi begini hadirnya dari negeri PR. ila dilihat secara menyeluruh memanglah kebanyakkan majoriti melayu ke IPT adalah dari negeri pantai timur. Namun pededahan di akhbar hari ini menjelaskan betapa kejayaan pemerintah yang sentiasa membuka budaya luar untuk hadir masuk ke negara kita menerusi artis2 dan cerita2 menarik. Janji mereka ditepati dalam merealisasikan keburukan akhlak anak muda mudi negara ini.
Kita semua perlu bertanggungjawab bersama membanteras gelaja sebegini agar keturunan dan generasi Islam sebenar dapat dilahirkan dalam ruang kemantapan aqidah Islam.
Ibu bapa , rakyat jelata dan pemerintah seharusnya melebihkan tumpuan terhadap pembentukan aqidah remaja dengan menjadi pemankin budaya tarbiah ramadan berterusan sentiasa.
LABEL : 18X, BERITA PANAS
Artigos Relacionados:Sabtu, Mei 19, 2012
Video Terhangat dri ahli UMNO sendiri
video terhangat kini.... kempen terbaik dan diharap untuk persaksian seluruh negara.
Umpan terbaik kelak akan diperolehinya... namun jika dah benar2 insaf dan keluo maka kena semai dan tanam setebal2 Iman , jika tidak begitu kelak akan lebih jadi merapu2.
LABEL : BERITA PANAS, ISU HANGAT
Artigos Relacionados:Sabtu, Januari 22, 2011
PANAS!!! : Baru dilantik Ketua Kampung , dicekup berkhalwat dengan janda & disyaki +ve Syabu
JUMAAT, seorang Ketua Kampung yang baru sahaja menjawat jawatan tersebut telah dicekup di kampungnya sendiri bersama seorang janda. 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjerombab ke tanah jua'. Peribahasa ini adalah sinonim dengan kes yang kini meletop di Parlimen Pasir Salak.

Awal pagi Rabu 19.1.2011, sekumpulan 22 orang Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Perak Daerah Perak Tengah telah berjaya menahan seorang Ketua Kampung bersama seorang janda disebuah rumah kampung terpencil pinggir 30km dari Kampung Gajah, Jajahan Parlimen Pasir Salak. Serbuan telah dilakukan pada jam 2.40 pagi setelah mendapat maklumat dari orang ramai.
Tangkapan ini telah memalukkan penduduk setempat dan imej Ketua Kampung, yang mana beliau juga menjawat jawatan selaku Pengerusi Masjid Qoriahnya. Pasangannya seorang janda yang juga ahli UMNO Cawangan ..... adalah berasal dari Dun Kampung Gajah & Parlimen Pasir Salak. Beliau juga adalah anak salah seorang bekas ketua kampung yang disegani suatu ketika dahulu.
Kerahan Kepada AADK
Beberapa minggu yang lalu, AADK Daerah Perak Tengah telah dihamburkan dengan arahan keras untuk menjalankan tugas mereka. Ini kerana laporan kecurian terhadap buah sawit tempatan, hasil tanaman orang kampung sering didapati hilang. Ianya dikatakan berpunca dari kesan penagihan dadah. Justeru kata dua yang keras telah dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak kepada mereka. Bertindak dengan perancangan dan usaha mengiatkan gerakan tangkapan maka tertangkaplah pula seorang insan ini yang juga baru dilantik oleh Ahli Parlimen tersbut untuk menerajui kampungnya.
Laporan siasatan sedang giat dijalankan. Apakah ianya kelak akan kebal disebalik jawatan yang telah disandang dan diamanahkan oleh Ahli Parlimen tersebut. Kami Pas Pasir Salak & Dewan Pemuda Pas Kawasan akan menantikan dramanya kelak.
Dipanggil memberi keterangan
Menurut sumber, pada 25.1.2011 ini pasangan terbabit akan dipanggil hadir ke Pejabat Agama Kampung Gajah untuk diambil kenyataan. Manakala seminggu kemudiannya kelak AADK mohon pasangan tersebut hadir di pejabat AADK Daerah memberi keterangan bersabit tuduhan keduanya.
* Enekman Jenayah Syariah Negeri Perak, mengikut seksyen 54, jika sabit kesalahan seseorang pesalah maksiat itu boleh didenda RM3000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. (HUKUM DUNIA)
** Untuk tuduhan +ve Syabu sedang disiasat mengikut peruntukkan yang sedia ada.
Moral Pemimpin
Pendedahan ini bukan atas niat jahat untuk menjatuhkan maruah mereka , namun setidak-tidaknya hal ini menjadi pedoman dan rasa keinsafan diri para pembaca agar tidak sesekali mencemuh mana-mana jemaah dan pangajian agama Islam diadakan dalam kawasan sekeliling kita. Inilah akibatnya bilamana jiwa manusia hanyut dek rakus dengan kuasa, wang ringgit, pengaruh, dan mudah menuduh seseorang untuk belajar pengajian berterusan di kawasan sekeliling kita.
** Amacam orang UMNO ini pemimpin kome? Dato' Tajuddin jangan sesekali menyembunyikan kerja mungkar anak2 buahmu.
LABEL : BERITA PANAS
Artigos Relacionados:
Langgan:
Ulasan (Atom)
Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA












