Selasa, Mac 11, 2008

Tajol Terpinga-Pinga: Kebangkitan Rakyat Kini "MELETUP" DI PERAK!

PADA pilihan raya umum Sabtu lalu, PAS menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN.Pada pilihan raya 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN dengan DAP menang tujuh kerusi.PAS yang bertanding 21 kerusi DUN memenangi kerusi Pasir Panjang, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selinsing, Lubuk Merbau dan Changkat Jong.PKR pula menang di Hutan Melintang, Behrang, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Simpang Pulai, Teja dan Changkat Jering daripada 20 kerusi yang ditandinginya.DAP menyapu bersih 18 kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Jelapang, Pantai Remis, Sitiawan, Bercham, Buntong, Pasir Pinji, Aulong, Pokok Assam, Canning Garden, Pasir Bedamar, Sungkai, Jalong, Tebing Tinggi, Kepayang, Menglembu, Tronoh, Keranji, Malim Nawar.Pakatan pembangkang di Perak turut menguasai 11 kerusi Parlimen manakala BN 13.Calon PAS yang terpilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri ialah Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong), Ramli Tusin (Gunung Semanggol), Husin Din (Selinsing), Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubok Merbau) dan Mohd Anuar Sudin (Changkat Jong).Calon PKR yang menang pula ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham mempertahankan kerusi DUN Sitiawan selain menang kerusi Parlimen Beruas manakala Ketua Pemuda DAP Perak yang merampas kerusi Parlimen Taiping turut mempertahankan kerusi DUN Pantai Remis.Persetujuan membentuk kerajaan campuran tiga parti itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh ketiga-tiga Pengerusi negeri PAS, DAP dan PKR, di pejabat DAP negeri di sini awal pagi ini.Keputusan dua kerusi terakhir yang memberi kemenangan mutlak kepada pakatan itu, DUN Teja dan Simpang Pulai, kedua-duanya dimenangi calon PKR, diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada kirakira pukul 4.30 pagi.Ngeh mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri Perak yang telah mengundi mereka.Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan setelah 50 tahun BN memerintah dan berjanji: "Kami akan buktikan kepada BN bahawa kerajaan baru lebih baik, adil, telus dan kepentingan rakyat tidak akan diketepikan."Ahmad tidak bertanding dalam pilihan raya ini manakala Pengerusi PKR Perak Zulkifly Ibrahim tewas di DUN Bukit Chandan.Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim berkata keputusan pengundian itu merupakan satu mesej rakyat supaya tiga parti pembangkang itu bersatu dan bermuafakat."Kami akan meletakkan kepentingan rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat mengikut ketetapan dan janji kami," katanya.Sementara itu hingga kini, Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali masih belum memberi sebarang kenyataan kepada media dan masih berada di kediaman rasminya.Tajol Rosli berjaya mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu apabila memperolehi 6,769 undi untuk menewaskan calon PKR Lee Sing Long yang mendapat 2,124 undi.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO