Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 11, 2012

Buangkan EGO dalam berjamaah , sabar & istiqomah berusaha untuk PRU-13

Meniti perjalanan perjuangan memerlukan ketekunan , kesabaran dan segala macam sifat2 positif yang lain. Begitu juga dalam perjuangan  meniti arus pemerintah dan rakyat masa kini cabaran semakin kuat. Dugaan demi dugaan semakin memerlukan kematangan insan untuk terus matang dalam perjuangan.

Organisasi Islam juga perlu mantap dalam menghadapi pemikiran masyarakat kini. Kematangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sangat penting kerana sesungguhnya kepimpinan yang adil, telus , wibawa dan ikhlas bekerja inilah yang sangat2 dinantikan dan diperhatikan bagi mendapatkan sokongan.

The Best to Perjuangan Islam
Tidak semudah yang disangkakan. Maka dengan itu, bilamana seseorang ahli memberikan pandangan dan teguran seharusnya kita bersyukur kerana dengannya kita dapat menginsafi dan mengkoreksi diri bahawa sesungguhnya kejayaan jemaah itu diutamakan bukan hanya mementingkan diri sendiri. Semua insan tersedia EGO masing-masing, namun sejauhmana sifat -ve ini dapat dijana dengan sebaik mungkin dalam membina kekuatan berjemaah.

1. Niat kerana Allah SWT. Firman Allah SWT:
قل إن صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين
Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.( Al-An’aam 162 )

2. Sanggup berkorban.Samada harta, nyawa, masa dan tenaga. Firman Allah SWT:
تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم
Maksudnya: Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.(As-Saff 11)

3. Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. Sabda Nabi SAW :
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله (ص) قال: والذي نفسى بيده,
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu bahawa RasuluLlah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada di dalam genggamannya, tidaK sempurna iman seseorang kamu sehingga aku dikasihinya melebihi dari ibu bapanya dan anaknya.( H.R Bukhari)

4. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
فاستقم كما أمرت
Maksudnya:Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.(Hud 112)

5. Mempunyai personaliti diri sesuai dengan tuntutan islam. Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال رسول الله (ص): المؤمن القوي خير
وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu, RasuluLlah SAW bersabda: “ Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai daripada mukmin yang lemah”. (H.R Muslim).

6. Mematuhi arahan. Mentaati arahan ketua untuk menjamin kekuatan dan kejayaan dalam setiap perjuangan. Firman Allah SWT:
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin dikalangan kamu. ( An-Nisaa’ 59 )

7. Mempunyai semangat berpasukan. Firman Allah SWT:
إ
ن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص 
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (As-Saff 4)

8. Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمور 
Maksudnya: “Dan bersabarlah di atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(Luqman 17).
(petikan pena : Blog Ust Fadli Ibrahim)  

Hakikat kesalahan kita perlu diterima dan tekanan buat insan lain seharusnya dengan ertikata berkerjasama. Sokongan dan kemenangan akan hadir bilamana jemaah bersatu berorganisasi menjalankan tugas. Jika idea kita diterima dan ditolak maka seharusnya kita terus bersama berjuang, bukan bermuka masam.

Alhamdulillah jemaah Islam negara kita semakin matang untuk berusaha kearah kemenangan. Demi bermatlamatkan kemenangan wadah Islam menerusi tahalus siasi. Jom ke masjid.... tuntut Ilmu dan berjemaah saban hari.

Khamis, September 06, 2012

'Skrip Fiem' VS 'Teks Khutbah'

Artikel Nukilan : Subky Latif

Antara Abby Abadi & Ust Fathul Bari
Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO