Memaparkan catatan dengan label LAMBAIAN RAKYAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAMBAIAN RAKYAT. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 27, 2009

MISI PERTAHANKAN HAK ISLAM & RAKYAT : Fauzi Diisytihar Calon PAS Bagi PRK Manek Urai

MANEK URAI – Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai Mohd Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengumuman tersebut di buat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dihadapan lebih 30,000 ahli dan penyokong PAS di padang Sekolah Kebangsaan Manek urai Lama disini semalam
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/Isytihar%20calon%20Manek%20Urai%20021a.jpg

Laungan takbir bergema sebaik sahaja nama Fauzi, 50, seorang pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai, juga adalah Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991, diumumkan.

”Beliau adalah ahli majlis daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991 sehingga kini, pekerjaan dia pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai sejak tahun 1982,


”mempunyai seorang isteri bernama Aminah bt Mahmud, lima orang anak, empat perempuan dan satu lelaki,

”beliau merupakan anak keenam, seorang yang warak, berserban sejak muda lagi, itu dia sifat dia…. Nama nak tahu jugok ?.... nama dia Mohd Fauzi Abdullah,”kata Tok Guru Nik Aziz.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/Isytihar%20calon%20Manek%20Urai%20022.jpg

Turut hadir dan berucap dalam majlis semalam adalah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang - Klik Lihat Video Perisytiharan di Buletin Online Channel


Khamis, Jun 04, 2009

Stadium Runtuh : Elakkan Ketegangan & Salah Menyalah....akhirnya...

Menurut sumber lain dari blog tempatan : ......blogspot.com

Macam-macam spekulasi dari rakyat berkaitan isu stadium runtuh kelmarin. Biarlah rakyat bebas bersuara sebab kita negara demokrasi.

Sebab utama Stadium Mizan runtuh:

Ultraman dan family dia dari Ultraman Taro, Ultraman gaya, ultraman tidak bergaya dan macam-macam lagi nama, datang untuk menguji ketahanan stadium sebagai samada good receipt atau tidak.



Malangnya si malaun raksasa tiba-tiba datang lalu men'fire' keluarga ultraman tadi. Dia mati-mati mengaku tidak bersalah dan mengatakan kejadian tersebut adalah "fire tanpa niat" untuk meruntuhkan stadium.



Ceh lu ingat lu boleh lepas?



Jangan Marah.... nanti antum stress!!!! sekadar selingan dunia yang fana....

sangat memalukan. Negara luar stadium diaorang sepenuh2nya dimuatkan dengan penonton. berpuluh2 tahun. Negara kita kalu tak final @ konsert maksiat bila lak nak penuhnya..... untuk difirkan bersama.

MALAYSIA BOLEH!!!!!

Isnin, Februari 23, 2009

LAMBAIAN PEJUANG RAKYAT PERAK YANG MATANG BERFIKIR!


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO