Memaparkan catatan dengan label ISU PERBAHASAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU PERBAHASAN. Papar semua catatan

Khamis, Mei 16, 2013

Point Utama Pengundi Melayu Terkebelakang & Sangat Kampungan P073 & N49 Perak

Petikan ini menarik dan sangat relevan dibicarakan,  menerusi salah satu komen posting seorang hamba Allah di Facebook. Namun inilah hakikat ketidakmatangan orang Melayu yang dungu dan rakus kuasa , yang diatas sibuk mencari kembungan perut sama kroni yang dibawah dek kerana IMBUHAN WANG dan SENTIMEN yang diungkapkan ini maka pemikiran masih dikelas bawahan.

Di kampung masjid jadi gereja, tetapi dalam kabinet... 

MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?. Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.

Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.

Rabu, Mei 08, 2013

AWAS! Sentimen , penipuan dan perkauman mainan BN BERTERUSAN.


Fb Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Suhaimi Md Saad (official)
Ketua Penerangan PAS Pahang.
12 minutes ago ·

Rabu, April 10, 2013

Harun Yahya dari sudut Kampung Halamannya

Harun Yahya yang dikenali.
Sesuatu yang tidak aneh , pabila akan diadakan PRU atau PRK dalam negara jakunku ni, sudah pastinya akan muncul kuman bakteria jahat berlagak selaku hero dalam media arus perdana. Mengenali seorang hamba Allah bernama Harun Yahya yang baru-baru ini termuncul dalam media utama talian hayat BN , maka  seharusnya kita merenungi dan mengingatkan tentang perintah Allah menerusi ayat 6 surah al-Hujrat :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. "

Beliau yang kelihatan lantang nak menyatakan untuk rakyat Malaysia menolak Pakatan Rakyat. Kami orang-orang Pasir Salak ingin mengemukakan beberapa persolan ....

Apakah beliau sedar apa yang beliau perkatakan ketika itu?
Sudah besar benarkan peranan dan dakwahnya dalam masyarakat setempat?

Yang SANGAT BELIAU INGATI : ...
Dimana perginya anda bersama sejumlah wang Pembangunan PASTI Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) yang anda telah mengambilnya sejak 4-5 tahun lepas?
(inikah imej Ulama Pondok kiblat orang-orang UMNO)

Sejarahmu buruk di Parlimen Pasir Salak ini terutama imej anda dalam JK PASTI Kawasan & JK PASTI Changkat Lada. Tidak perlu kami aibkan lebih lagi , mari dan kembalilah bertaubat. Kita takkan dapat lari dari hukum dunia dan akhirat ALLAH.

UMNO BN menggunakan institusi pondok kini bagi mengatasi momentum TGNA yang menyatakan Undi PAS / PKR dapat pahala. Dan muncul dikatakan deklarasi pondok2 tahfiz Kedah bahawa Haram Undi PAS dan PKR. Lawak......

UMNO kalu berani suruhlah ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berbuat demikian, menyatakan halal haramnya gerakan Parti Islam Semalaysia PAS ini....

Sungguh murah nilai maruahmu Harun Yahya dan beberapa kuncu2mu. Hoi... pi sound pimpinan UMNO dan BN tu yang jelas langgo perintah Allah dalam banyak isu. Aurat? Salam? Lesen judi? Rasuah?
(SIAPA YANG BOLEH DABIK DADA MENYATAKAN UMNO DAN BN SUCI DARI RASUAH)

Harun ... jadi Pelawak lagi baguslah....

Selasa, Disember 04, 2012

Fatwa oleh Mufti hanya disebelah mata bila ada kepentingan sahaja.


Sekadar mengingatkan diri ini dan menyatakan betapa dasyatnya, ketaatan umat ISLAM untuk tidak menghormati kemaslahatan masyarakat sekeliling. Suatu perbahasan yang sudah pasti ramai yang akan tidak memperdulikannya sedangkan alim-ulama telah lama membicarakannya.

Tingkah laku umat Malaysia, terdidik dengan pemerintah yang ada. Apa yang alim-ulama kata,  hanya didengar bila ada kepentingan disebaliknya, namun bila melibatkan ketagihan, keseronokan dan kekhayalannya maka haram pun akan diambil sebagai makruh, dan orang akan lebih menyukai 'makruh' walaupun tahu 'makruh' adalah perkara yang 80% tidak boleh dilaksanakan manakala 20% sahaja yang boleh dilakukan dan juga Allah membenci bila kita mengamalkannya secara berterus-terusan.


Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh bererapa orang Mufti / Ulama’;
  1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.
  2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.
  3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lajnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram adalah pendapat yang kuat.
  4. Syeikh Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
  5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu mantan Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
  6. Ulama terkenal masa kini Dr Yusof Qaradhawi juga telah menfatwakan bahawa merokok adalah HARAM disisi agama.  
  7. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
  8. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
  9. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
  10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.
  11. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram. [Harakahdaily.net]
Melihat kepada senarai ini, merokok sudah difatwakan haram oleh majlis ulama Malaysia sebelum tahun 2000 tetapi entah mengapa fatwa ini hanya diwartakan beberapa tahun kemudian. Mungkin mereka ingin memberi peluang kepada syarikat rokok untuk lebih bersedia menangani kesan dari fatwa ini. Namun apa yang jelas sama ada diwartakan atau tidak, bilangan mereka yang merokok terus meningkat.

SEJARAH ROKOK DAN TEMBAKAUApabila menyebut rokok, maka ianya tidak lepas dari perbincangan tentang tembakau. Berdasarkan kepada maklumat, tembakau ini tidak dikenali melainkan pada awal kurun ke 11 hijrah. Ekoran dari itu, ulama-ulama di zaman sebelum itu tidak memperkatakan hukum rokok.Mengikut dakwaan sesetengah pihak, amalan merokok ini berasal dari amerika dan merebak ke eropah dalam kurun ke 16. [Ifadah Al-Ikhwan bi Adillah Tahrim Syurb Ad-Dukhan : m/s 9].

Pada awalnya, amalan merokok ini dianggap sebagai salah satu amalan untuk perubatan. Pada kurun ke 19, amalan merokok ini sudah tersebar di seluruh dunia, termasuk dunia umat Islam ketika itu [Ifadah Al-Ikhwan: m/s 11].

Setelah amalan merokok ini tersebar, didapati ianya banyak memberi kerosakan dan menjejaskan kepada kesihatan, terutama kepada kesihatan otak, jantung, penglihatan mata dan sebagainya.

Apa yang lebih teruk dari itu adalah, terjejasnya kesihatan itu bukan sekadar dikalangan perokok sahaja, tetapi ianya merebak kepada mereka-mereka yang tidak merokok juga. Perkara ini telah diakui oleh sebilangan besar Doktor-doktor di dunia, sehinggakan kemudharatan merokok ini sudah boleh dianggap sebagai sesuatu yang “disepakati” dikalangan para doktor. Ekoran dari keadaan rokok yang banyak memberi kesan buruk kepada manusia, maka ulama-ulama mula berijtihad dalam menyatakan hukum rokok.

HUKUM ROKOK ADALAH HARAMTelah dinyatakan di atas, boleh dikatakan seluruh para doktor dunia telah “bersepakat” bahawa merokok adalah sesuatu yang boleh memudharatkan kepada kesihatan. Maka dengan itu, Islam telah menetapkan hukum bahawa, merokok itu adalah haram dengan beberapa alasan.

Antara sebab pengharaman Rokok adalah seperti berikut; a-Ada kaitan dengan arak.

Berdasarkan kepada satu kajian, sebelum rokok di buat, tembakau akan di peram dengan perahan anggur atau perahan epal. Dalam keadaan ini, perahan anggur dan apel ini sebenarnya merupakan antara cirri-ciri arak. 
[Ifadah Al-Ikhwan: m/s 50].
Dalam keadaan inilah, dapat dikatakan rokok ini sebenarnya berasal dari tembakau yang telah diperam bersama perahan arak yang telah di haramkan oleh Allah SWT. Firman Allah;}يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ{
Maksudnya; “Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (Surah Al-Maidah : 90) 

b- Rokok membunuh.Sememangnya diketahui, rokok merupakan antara alat untuk membunuh manusia secara perlahan. Semuanya berpunca dari kemudharatan disebalik merokok.Memudharatkan diri sendiri merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah. Firman Allah;}ولا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ{
Maksudnya; {Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.} (Surah Al-Baqarah: 195)

Begitujuga, rokok tidak sekadar memberi mudharat kepada diri perokok sahaja, bahkan rokok dapat memberi mudharat kepada orang tidak merokok juga. Keadaan ini adalah haram di sisi Islam dengan firman Allah;وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا {

Maksudnya: {Janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu}. (Surah An-Nisa’ : 29) Dan sabda Nabi SAW:}لا ضَرَرَ ولا ضِرَارَ{

Maksudnya; “Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh memudharatkan kepada orang lain. ” [Muwatta’ : 2/745 : hadis no : 1429]. c- Rokok adalah perkara yang buruk. Firman Allah;}الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ{
Maksudnya; “Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk”. (Surah Al-‘Araf : 157)

Firman Allah ini dengan jelas Allah menyatakan bahawa, Allah menghalalkan kepada manusia segala perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang buruk (tidak baik).Imam Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat ini mendatangkan maksud “tayyibat” dan “Khabisat” dengan beberapa pendapat ulama dengan katanya;فكل ما أحل الله تعالى من المآكل فهو طيب نافع في البدن والدين وكل ماحرمه فهو خبيث ضار في البدن والدين
Maksudnya; “Setiap yang Allah halalkan daripada makanan, maka ia adalah baik dan memberi manfaat kepada badan dan agama. Dan setiap perkara yang Allah haramkan, maka ia adalah perkara yang buruk, memberi mudharat kepada badan dan agama. [Tafsir Ibni Kathir : 2/255].

Rokok sememangnya tidak memberi manfaat kepada agama dan badan, tetapi hakikatnya adalah, rokok dapat memberi keburukan dan mudharat kepada badan dan agama. Ekoran dari itu, dari firman Allah ini jelas kepada kita bahawa rokok adalah haram.  

d- Merokok adalah pembaziran.Dengan menghisap rokok, tiada kebaikan yang didapati melainkan keseronokkan yang tidak memberi faedah kepada diri disamping memberi kesan mudharat kepada kesihatan. Ekoran dari itu, dengan menghisap rokok akan menyebabkan perokok akan melakukan pembaziran yang diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah;
}إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا{


Maksudnya; “Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah Al-Isra’ : 27)
Keharaman membazir ini tidak dikhususkan kepada sesiapa pun, samada dia kaya atau miskin.Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas mendefinisikan membazir adalah ;
التبذير الإنفاق في غير حق


Maksudnya; “Membazir adalah menginfaqkan pada yang tidak dijalan kebenaran”Mujahid pula menyatakan;
لو أنفق إنسان ماله كله في الحق، لم يكن مبذرًا، ولو أنفق مدًا في غير حقه كان تبذيرًا
Maksudnya; “Kalau insan menafkahkan semua hartanya pada kebenaran, itu tidak dinamakan sebagai membazir. Dan kalau dia menafkahkan satu cupak pada bukan jalan kebenaran, maka itu sudah dikira sebagai membazir”Adapun Qatadah pula menyatakan;
التبذير النفقة في معصية الله تعالى، وفي غير الحق وفي الفساد
Maksudnya; “Membazir adalah nafkah pada maksiat kepada Allah dan tidak diatas jalan kebenaran disamping untuk melakukan kerosakan”.[Tafsir Ibni Kathir : 3/37].Dari ketiga-tiga definisi ini, didapati semuanya bersesuaian dengan merokok. Ekoran dari itu, jelas bahawa rokok adalah haram. e- Rokok menghasilkan bau busuk. Jika bawang dilarang dari memakannya oleh Rasulullah SAW sehingga ulama menyatakan atas makruh memakannya disebabkan baunya yang busuk. Iaitu dengan hadis;
عن ابن عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ النبي r  قال  في غَزْوَةِ خَيْبَرَ: من أَكَلَ من هذه الشَّجَرَةِ يَعْنِي الثُّومَ فلا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا


Maksudnya; “Daripada Ibni Omar, sesungguhnya Nabi SAW berkata dalam peperangan khaibar, barangsiapa yang makan daripada ini – iaitu bawang putih – maka dia dilarang menghampiri masjid kami". [Sahih Al-Bukhari: 1/292: hadis no: 815.]

Dalam hadis ini, nabi SAW melarang makan bawang kerana baunya. Maka berdasarkan kepada qiyas awla, terlebih melaranglah oleh nabi SAW dari menghisap rokok yang baunya lebih busuk dari bau bawang. [http://al-bakistani.blogspot.com]


Di antara langkah-langkah untuk berhenti merokok, insya’allah.Secara mudah kita semua boleh melihat kesan merokok ini dari dari dua aspek. Aspek pertama ialah ia jelas membazir. Apatah lagi dengan harga rokok yang mahal sekarang. Membazir adalah kerja syaitan. Setiap pembaziran jelas hukumnya iaitu haram. Aspek yang kedua pula ialah merokok jelas merosakkan anggota tubuh iaitu paru-paru. Allah menjadikan tubuh badan kita dengan begitu elok sekali dan setiap kita hendaklah manjaga tubuh badan agar sentiasa sihat. Dengan merokok ia akan merosak paru-paru dan dengan ini jelas hukumnya adalah haram.

Walaupun hukum merokok ini jelas haram, namun ramai manusia yang mempersendakan hukum Allah. Ada yang tergamak mempersendakan hukum ini dan berhujjah dengan pelbagai dalilnya bahawa merokok bukanlah haram. Masya’-Allah. Begitulah Syaitan sudah menjadikan perbuatan buruk mereka dipandang baik oleh golongan ini seperti yang Allah banyak kali sebutkan dalam Al Quran. Begitulah juga golongan yang tidak memakai tudung. Mereka memandang diri mereka adalah lebih mulia, moden dan berpendidikan berbanding daripada mereka yang memakai tudung dan tudung labuh.

Bagi perokok, selalunya mereka memandang diri mereka lebih macho, segak dan bergaya dengan tabiat merokok mereka. Bagi golongan ini, tidak merokok adalah sesuai bagi golongan yang mundur, pondan, antisosial dan lemah. Begitulah tipu daya syaitan yang menipu golongan perokok yang sebenarnya bodoh dan sangat lemah sehingga mudah ditipu dan dipermainkan oleh syaitan.

 Susah sangatkah seseorang itu untuk berhenti menghisap rokok?? Sebenarnya ia boleh jadi senang atau susah dan ianya bukan bergantung ke atas Allah semata-mata tetapi bergantung kepada perokok itu sendiri. Pada waktu bulan puasa, semua perokok hampir tiada masalah untuk tidak merokok pada waktu siangnya kerana perokok tersebut sudah menetapkan niatnya serta bertekad untuk berhenti sekadar pada waktu siang sahaja. Allah sekadar memudahkan proses seterusnya setelah manusia itu sudah berniat dan bertekad. Namun perokok tidak ada niat dan tekad untuk berhenti merokok pada sebelah malamnya. Itulah sebabnya Allah mengizinkan perokok untuk terus merokok pada sebelah malamnya kerana itulah sebenarnya kehendak dan tekad perokok.

Sekiranya perokok berniat dan bertekad untuk terus berhenti merokok, sebenarnya dengan menggunakan model bulan puasa, ia adalah suatu proses yang mudah sekiranya perokok tersebut hendak menjadikannya mudah. Ramai yang dinasihati alhamdulillah berjaya terus berhenti merokok dengan mudah sekali kerana perokok tersebut menjadikannya mudah.Bagi memudahkan proses berhenti merokok, boleh gunakan nasihat berikut:

1-      Elakkan dari berkata sebutan yang negatif seperti “susahlah nak berhenti merokok” atau “lecehlah” kerana sebenarnya setiap sebutan kita adalah doa. Apabila kita berkata dengan sebutan negatif ini, sebenarnya insya-Allah Allah akan memakbulkan doa tersebut lalu diberikan Allah jalan yang sukar untuk berhenti merokok. Sebaik-baiknya jangan berkata apa-apa bila hendak berhenti merokok.


2-      Seterusnya gantilah sebutan berkaitan keinginan berhenti merokok ini dengan sebutan yang positif dan doa seperti “ya Allah permudahkan usaha aku untuk berhenti merokok buat selama-lamanya”. Sebutlah selalu sama ada di mulut atau didalam hati dengan sebutan seperti ini atau sebutan lain yang positif. Ingat setiap sebutan adalah sebenarnya doa.


3-      Sembahyang sunat taubat dua rakaat dengan sepenuh taubat dari perbuatan merokok lalu dan minta Allah ampunkan


4-      Sembahyang sunat hajat dengan satu doa yang bulat iaitu minta Allah permudahkan segala urusan berkaitan hajat untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.


5-      Kesalilah perbuatan merokok anda yang lalu kerana ini adalah sebahagian dari tanda bertaubat. Seterusnya teruskan tekad untuk berhenti selama-lamanya. Pandang hinalah perbuatan merokok anda yang lalu dan kepada rakan-rakan anda yang merokok.


6-      Jauhi diri anda dari semua rakan anda yang merokok kerana mereka semua tidak akan redha dengan usaha anda berhenti merokok. Mereka akan menasihati anda untuk kembali kepada merokok. Asap rokok mereka juga adalah amat menyulitkan sekiranya anda terbau terutama sekali pada awal peringkat berhenti merokok ini.


Akhir sekali nasihat kepada yang merokok, berhentilah melakukan dosa berkaitan menghisap rokok. Berhenti merokok sebenarnya satu proses yang sangat mudah sekiranya perokok ingin menjadikannya mudah dan ia akan menjadi sangat sukar sekiranya perokok seorang yang lemah dan gembira dengan tabiat merokok ini dan tiada niat dan tekad untuk berhenti.

Berhentilah merokok kerana perokok bakal mewarisi tabiaat ini kepada anak-anak dan keturunan. Ia juga menunjukkan betapa lemahnya imannya seseorang itu kerana tidak mampu untuk menghayati ajaran Islam dan sunnatu Rasulullah saw, kerana semua larangan dan kesan perbuatan merokok bertentangan dengan hukum dan ajaran Islam.

Ambillah peluang dan kesempatan dengan kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan, pengampunan dan rahmat ini untuk memulakan azam baru, hidup baru yang lebih sihat dan bersih dari sudut dunia dan akhirat, insya’allah.  Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. [http://emjayjb.multiply.com/].


Rokok dan Iman:Syariah Islam diturunkan oleh Allah untuk memberikan kebaikan dan kemaslahatan kepada manusia. Objektif atau maqasid hukum Islam ialah untuk menjaga kepentingan dan keperluan manusia di dunia serta akhirat. Syariah Islam dibina dengan asas untuk membawa kebaikan dan menolak keburukan (Jalb al-masalih wa dar’ al-mafasid) - (جلب المصالح ودرء المفاسد).
Berkata Ibn Al-Qayyim rh:إِنَّ الشَّرِيعَةَ مَبْنَاهَا وَأَسَاسُهَا عَلَى الْحِكَمِ وَمَصَالِحِ الْعِبَادِ فِي الْمَعَاشِ وَالْمَعَادِ، وَهِيَ عَدْلٌ كُلُّهَا، وَرَحْمَةٌ كُلُّهَا، وَمَصَالِحُ كُلُّهَا، وَحِكْمَةٌ كُلُّهَا؛ فَكُلُّ مَسْأَلَةٍ خَرَجَتْ عَنْ الْعَدْلِ إلَى الْجَوْرِ، وَعَنْ الرَّحْمَةِ إلَى ضِدِّهَا، وَعَنْ الْمَصْلَحَةِ إلَى الْمَفْسَدَةِ، وَعَنْ الْحِكْمَةِ إلَى الْبَعْثِ؛ فَلَيْسَتْ مِنْ الشَّرِيعَةِ وَإِنْ أُدْخِلَتْ فِيهَا بِالتَّأْوِيلِ

“Syariah Islam dibina atas asas hikmah kebijaksanaan, kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat. Syariat semuanya adil, maslahah, hikmah. Maka semua perkara yang keluar dari batasan keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada lawannya, dari maslahah kepada mafsadah, hikmah kepada pekerjaan sia-sia, maka ia bukanlah dari Syariat Islam walaupun dimasukkan ke dalamnya secara takwil” [Ibn Al-Qayyim, I’lam Al-Muwaqqi’iin].

Maslahah yang menjadi tujuan Syariat ini merangkumi lima perkara; Hifz al-Din (agama), Hifz al Nafs (nyawa/jiwa), Hifz al Aql (akal), Hifz al Nasb (keturunan, termasuk juga maruah) dan Hifz al-Mal (harta).

Dalilnya firman Allah swt:يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ وَلَا يَقْتُلْنَ أَوْلَادَهُنَّ وَلَا يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: {Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka (mengadakan pengakuan-pengakuan palsu mengenai hubungan) dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik, Maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah keampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Al-Mumtahanah: 12].

Maka setiap yang mengandungi penjagaaan dan keselamatan ke atas lima perkara ini amt ditekanakan dan disebut maslahah, manakala setiap yang membuat hilangnya penjagaan dan kesejahteraannya disebut mafsadah (kerosakan/perbuatan yang merosakkan).

Penjagaan dan pemeliharaan terhadap lima perkara ini merupakan satu aspek yang sangat penting dalam penentuan Syariat Islam. Ini menunjukkan bahawa penjagaan terhadapnya merupakan satu cara dan juga sebagai suatu alat untuk menghasilkan satu tujuan terpenting dalam kehidupan manusia iaitu mengabdikan diri yang sebenarnya terhadap Allah swt semata-mata.

Maka sudah jelas dan terang sekali bahawa perbuatan merokok bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam dan maqasid al-syariah iaitu menjaga lima perkara; Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta Benda:

Ini kerana merokok secara kesimpulannya merosakkan kesemua lima perkara ini:1-      Menjejaskan akal/mental.
2-      Membahayakan kesihatan fizikal.
3-      Membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4-      Membahayakan keturunan.
5-      Mengganggu manusia lain.
6-      Menimbulkan akhlak buruk.
7-      Menyia-nyiakan waktu  hidup.
8-      Bercanggah dengan maruah keIslaman.
9-      Membazirkan harta (wang).
1-   Menimbulkan permusuhan di antara manusia.


PENUTUPPerokok juga seolah-olah sengaja menempah maut, ini kerana, jika dilihat kepada kotak-kotak rokok, tertulis padanya pesanan tentang bahaya merokok, tetapi manusia tetap juga menghisap rokok. Merokok ibarat membunuh diri sendiri, tiada manfaatnya. Usaha kerajaan melaksanakan kempen "tak nak" sudah baik. Cumanya ia perlu ditambahkan lagi. Bukan tak nak merokok tapi haram merokok!

Secara mudah kita semua boleh melihat kesan merokok ini dari dari dua aspek. Aspek pertama ialah ia jelas membazir. Apatah lagi dengan harga rokok yang mahal sekarang. Membazir adalah kerja syaitan. Setiap pembaziran jelas hukumnya iaitu haram. Aspek yang kedua pula ialah merokok jelas merosakkan anggota tubuh iaitu paru-paru. Allah menjadikan tubuh badan kita dengan begitu elok sekali dan setiap kita hendaklah menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat. Dengan merokok ia akan merosak paru-paru dan dengan ini jelas hukumnya adalah haram.

Setiap dosa walau dosa kecil, sekiranya dilakukan berulang kali akan menjadikan pelakunya FASIK. Dosa ini mengundang pelbagai musibah dan kesulitan hidup anda didunia dan pastinya diakhirat perokok ini akan mendapat balasan setimpal dengan dosa-dosa ini.

Dari perbahasan ini jelas kepada kita bawah rokok adalah sesuatu yang haram, terutama rokok-rokok tersebut adalah rokok yang banyak memberi sokongan ekonomi kepada Israel yang sedang menyerang Islam. Akal yang rasional akan menolak rokok kerana ia bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap akal-fikiran, tubuh-badan, diri sendiri dan keluarga, orang ramai dan masyarakat, bahkan terhadap iman dan agama! Sekian.
وصلى الله وسلم على خير خلقه محمد وعلى آله وصحبه وسلم

copyright by : 

Ahad, Disember 02, 2012

Hanya UMMMNONONONO yang dapat mempertahankan ISLAM ... huyo... bagusnya ... bukti ada.


Presiden Parti 'Pilihan Allah' terus berucap tanpa mempedulikan Waktu Solat Maghrib!!!


Jika benar kata-kata Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Marican Naina Marican semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden kelmarin bahawa Umno adalah parti pilihan Allah untuk memerintah Malaysia selama lebih setengah abad, mengapakah perkara asas dalam agama Islam ini dengan mudah diabaikan presidennya sendiri?

Sama ada kita sedar atau tidak, perhimpunan agung Umno (PAU) yang baru melabuhkan tirainya ternyata mengabaikan solat fardhu tak kira waktu, tak kira apa yang berlaku.

Ucapan penggulungan presiden parti itu, Najib  yang memakan masa selama lebih dua jam setengah rupanya telah terlajak hingga masuk waktu solat fardhu Maghrib yang semestinya mesti didahulukan daripada apa saja kerja kita di dunia.

Apakah ucapan presiden Umno lebih penting dari segala-galanya termasuk menunaikan solat fardhu tepat pada masanya?

Nampaknya peranan Pengerusi Tetap Umno, Badaruddin Amiruldin langsung tidak terpakai oleh Najib Altantuya yang kelihatan sedang asyik berjanji dan melemparkan serangan terhadap parti lawan, Pakatan Rakyat hingga terlupa bahawa solat fardhu Maghrib telah pun masuk jam 7.02 malam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.


Kalau pun tengah sedap membahan Anwar Ibrahim, Najib tidak sepatutnya mengabaikan waktu solat yang mesti ditunaikan seberapa segera apatah lagi apabila siaran langsung ucapannya yang disiarkan di TV1 jelas menunjukkan bahawa solat Maghrib telah pun masuk.

Berbeza dengan PAS, Pengerusi Tetap muktamar mengingatkan perwakilan setiap kali hampir masuk solat fardhu dan kesemua perwakilan keluar dari dewan kira-kira lima minit sebelum setiap kali azan berkumandang di Kota Bharu.

Saya tidak mengatakan Najib Altantuya tidak menunaikan solat tetapi melengahkan solat fardhu setiap kali masuk waktunya boleh mendatangkan dosa besar sekiranya sengaja dilengahkan.

Di mana Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sibuk menghentam Pakatan Rakyat kunun tidak berani melaksanakan hukum hudud? ~ Jalan Pulang

Ahad, November 25, 2012

Negaraku Oh Malaysia : 'Kamera AES & Peluru Berpandu'

Negaraku Malaysia ... inilah hakikat inilah tabiat. Sesungguhnya kecerdikan yang ada dalam umat manusia negara Malaysia seharusnya dipergunakan bagi melihat sesuatu kenyataan dari sebarang laporan.  Isu penentangan terhadap tindakan kejam Israel Yahudi menjadi persepatakan utama pimpinan utama mana2 parti, namun hakikat yang ada menerusi wang rakyat dipergunakan melebihi tindakan dan kos munasabah yang ada. sejenak diperlihatkan menerusi kenyataan berikut :

Harga sebuah Roket Al-Qassam Hamas: USD 800 (RM 2,500)
Harga sebuah Peluru Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis: USD 50,000 (RM 160,000)

Hari pertama Hamas balas serangan Yahudi Zionis, sebanyak 225 buah Roket Al-Qassam dilancarkan & hanya 90 buah SAHAJA Roket Al-Qassam berjaya ditangkis oleh Iron Dome sehinggakan para Yahudi Zionis di Tel Aviv terpaksa menyembunyikan diri mereka dibawah tanah selama seminggu.


X de la hebat sangat pun Yahudi Zionis ni...

*Kerajaan Malaysia lagi hebat... Beli "kamera AES" dengan harga yang JAUH LEBIH MAHAL dari Iron Dome...

"Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit manakala bagi kamera model Laser Truecam pula dibeli dengan harga RM223,500 seunit"

Bangunlah anak muda dan rakyat Malaysia ... sedar , celik dan bertindaklah sebagai Rakyat yang pintar. 

Selasa, November 13, 2012

Negaraku yang aman dan selamat! : 3 polis didakwa merogol amah dalam tahanan.

Inilah realiti yang kita sering diperdendangkan umpama bait-bait lagu hit. Alhamdulillah negara kita aman dan selamat. Sejauhmanakah ianya benar.

Tiada siapa boleh menafikannya, negara kita Malaysia sememangnya aman dan selamat. Keamanan dan keselamatan yang kita nikmati adalah bersifat subjektif kerana jarang sekali kita dengar tiada kematian dan rompakkan dalam tempoh 24 jam. Cuma giliran masa, lokasi, dan keterlibatan sahaja yang sering membezakan.

Jika sesiapa yang pernah bermusafir ke negara-negara luar, memang Alhamdulillah negara kita paling best untuk dinikmati bersama. Insfrastuktur dan persepakatan dalam pelbagai kaum sangat indah untuk kita syukuri bersama, namun apa yang mengusarkan adalah kadar jenayah dan kematian masih ditahap yang sama turun naik statistiknya tidak banyak berbeza dari setahun ke setahun. Keamanan dan keselamatan adalah hak milik bersama dan menjadi tanggungjawab semua.

Namun apa yang pasti, pihak keselamatan adalah pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan. Dalam deretan kes jenayah yang berlaku, apakah mungkin pihak keselamatan juga memecahkan kepercayaan masyarakat tentang peranan mereka sendiri. Banyak kes-kes yang berlaku sebelum ini pun ada diantaranya melibatkan pihak berkuasa. Menerusi pecah amanah, salah laku, tamak, sombong, dan paling memalukan bilamana kes-kes tertentu berlaku dalam bidang kuasa mereka sendiri contoh apakah kita sudah lupa siapa yang bunuh Altantuya? , ketuk ketampi dalam keadaan mengaibkan , kematian dalam tahanan, pencabulan dalam tahanan dan paling baharu rogol amah dalam tahanan. Rujuk SINI. Sangat memalukan. Kesannya berpanjangan cuma Melayu mudah lupa.

Ingatlah selagimana isu-isu atasan dapat dipusing-pusingkan.... jadilah kelak umpama dialog filem P.Ramli 'Musang Berjanggut' undang-undang ini boleh berubah-ubah, bila yang terlibat adalah jawatan dan pangkat bersaiz XL, XXL dan keatas.

Kita sebagai rakyat perlu lebih bijak berfikir dan menjadi kuasa penentu kepada  pemerintah yang berhak mengubal undang-undang serta mendidik masyarakat dan penguatkuasa dengan keimanan dan ketaqwaan kepada pemilik segala-galanya iaitu Allah.

Selasa, Oktober 02, 2012

Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.

Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.

Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.

Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya.

Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.

Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan. Inilah hakikat ... terkadang tidak dapat tertahan dengan isu-isu begini, PRU makn hampir... kantong mesti kasi isi. Nak luah mati mak, nak telan mati bapak, kebab pemerintah BN naik lemak.

Isnin, Oktober 04, 2010

Wang Hasil Tidak Halal telah difatwakan. Kerajaan P.Pinang lebih mengetahui & berilmu

Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.


Keterangan/Hujah:
1. Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.


2. Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:


a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.

b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.


c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.

Sumber asal artikel: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO