Selasa, April 30, 2013

Kenali Calon Aspirasi Anak Muda DUN N49 Kampong Gajah : Drs. Ishak Shaari

Mari kita kenali profil calon yang diberi mandat untuk memikul tugas dan amanah di Dun N49 Kampong Gajah, Perak.

Profil Calon helaian taaruf
https://www.facebook.com/DrsIshakSaariCalonN49DunKgGajah?ref=hl

Ahad, April 28, 2013

Konvoi Jelajah DUN N49 Kampong Gajah : Meriah dan bersemangat

Singgah di Kompleks Sejarah Pasir Salak
28 APRIL 2013 , perancangan yang begitu singkat namun tetap bersemangat itulah XPDC Konvoi Jelajah Dun Kampong Gajah yang menjangkau 120 km. Dengan kekuatan anggota seramai tidak kurang 200 peserta , konvoi bermula jam 8.00 pg di UPU Kampung Pulau Juar, Kg. Gajah.

Semangat & meriah
Menyusuri jalan kesetiap ceruk kampung, konvoi menyampaikan mesej jelas terhadap wadah pemuda yang mantap berjuah demi rakyat dan kemenangan Islam.

Bawa panji dan syiar ISLAM
Kekuatan yang ditonjolkan memberi gambaran perubahan telah berlaku. Anak muda berinspirasi Islam berkonvoi dengan adab dan santunan terhadap penduduk setempat.

Mendengar tazkirah
Kompleks Sukan Kg Gajah terus ke Sg. Galah , Kampung Pulau Tiga ke Selat Pulau Changkat Lada dan serata zon anak sungai dijelajahi.

Konvoi dapat Ilmu pun dapat
Risalah kesedaran dan maklumat semasa juga diedarkan bagi menyatakan kebenaran dan rasa tanggungjawab menyampaikan pesanan kemenangan wadah Islam.

Di Majlis Penutup bersama Timbalan YDP Pas Pasir Salak
Bila waktu solat, maka bersolatlah secara berjemaah. Bila melihat kemungkaran maka menyatakan kebenaran itu suatu tuntutan . Konvoi pencetus semangat anak muda untuk bersantai dan ianya telah berjaya sampai ke destinasinya di MTD Kampung Gajah pada jam 4.00 petang.

Drs Ishak Shaari , Calon N49 Kampong Gajah turut mengisi ruang bersama konvoi
Tahniah Dewan Pemuda PAS Pasir Salak bersama Majlis Tindakan Pemuda Dun Kampung Gajah atas penganjuran konvoi tersebut.
Solat berjemaah diwajibkan 
Demi Rakyat Dan Kemenangan ISLAM. PAS Pilihan Kita Semua. 

Sabtu, April 27, 2013

Kunjungan Trailor PAS naikkan semangat Jentera bertugas kerana ALLAH

27 APRIL 2013 , sekian lama untuk menantikan kehadirannya kini dihadapan mata. Penduduk Dun Kampong Gajah, Perak merasaikan kehangatan berkempen dalam kerangka kerja demi rakyat dan kemenangan ISLAM di kawasan setempat.

Dr. Muhaimin Sulam , Drs. Ishak Shaari, Ust Mustafa Shaari & Pn. Jamalian Sudin
Biar apa pun provokasi pihak lawan, kekuatan semangat dan kekentalan jiwa jentera sentiasa membara dalam menyampaikan isu dan maklumat tepat. Jam 12 tengahari di perkarangan halaman tapak Pekan Ahad , UPU Bandar Pusat Seberang Perak atau lebih dikenali Changkat Lada, tibanya trailor PAS dengan gah dan ceriakan suasana.

Rakam kenangan
Penduduk setempat mengambil kesempatan untuk tampil mendekati jentera PAS Pusat ini dan tidak melepaskan peluang bergambar bersama-samanya. Sesi penerangan diatur, dan disusun bersama jentera sebesar ini. YDP PAS Kawasan Pasir Salak yang juga Jawatankuasa PAS Pusat & Setiausaha PAS Negeri Perak Sdra Muhaimin Sulam, Ust Mustafa Shaari, Drs Ishak Shaari Calon N49 Kampung Gajah dan Sdra Mustafa Kamil Ayub Calon P073 Parlimen Pasir Salak diberikan ruang untuk sesi penerangan sebentar tadi.

Semangat Terus Berusaha
Kehadiran ratusan penduduk setempat yang hadir telah meniupkan semangat dan kekuatan jentera dalam memenangi hati pengundi.
Pengarah MTD PAS Kampong Gajah , Sdra Rohizal Jamal Shaari
7 hari mendatang adalah penentunya. Ayuh sahabat2 untuk terus bersama memberi penerangan khas buat sahabat2 pengundi tentang kebenaran yang ingin dibawa. ANDA agen penentu perubahan setempat.
  
Sudut berbeza bersama trailor PAS
Calon memperkenalkan dirinya , Drs. Ishak Shaari
Sebuah lagu santai oleh Sdra Jamil
Mesra bersama Dr. Muhaimin Sulam

Ahli tempatan yang tolak tak tumbang
ambil memori


Jumaat, April 26, 2013

18SG : Keranamu RM30K

RM30K untuk konsert oleh FELCRA
Berita baru diterima Tajuddin Abdul Rahman (gambar) selaku pengerusi FELCRA  telah memecat tugas  Pengurus FELCRA Seberang Perak (bertempat di Parlimen Pasir Salak) kerana keengganan beliau menggunakan dana FELCRA untuk membiayai perbelanjaan konsert Ella,  Amy Search  dan kumpulan MAY yang telah dilangsungkan pada 20 April yang   yang lalu. 

Menurut sumber lagi, bayaran untuk artis Ella adalah sebanyak 30 ribu manakala untuk Amy Search dan May sebanyak 40 ribu.

Penolakan tersebut juga berpunca kerana sebelum itu wang FELCRA turut digunakan untuk membiayai majlis bacaan tahlil UMNO.

Walau bagaimanapun pengurus besar FELCRA yang telah dipecat tidak dapat berpindah buat masa ini kerana beliau telah dilantik oleh SPR untuk memegang jawatan Pengurus Besar Pilihanraya yang akan dilangsungkan pada 5 Mei ini.

Berita selanjutnya akan menyusul. 


sumber :
http://thecybersniper.blogspot.com/2013/04/terhot-tajuddin-memecat-pengurus-felcra.html 

ralat (07.25p.m):
1. delete-memecat pengurus FELCRA Seberang Perak, Insert - menukarkan 24 jam pengurus FELCRA Seberang Perak.
2. delete-membiayai majlis bacaan tahlil UMNO. inseert-berbagai-bagai program UMNO.
3. delete-Pengurus Besar Pilihanraya. insert-Ketua pasukan penguatkuasa pilihanraya.

kesilapan amat dikesali

Khamis, April 25, 2013

Richard Wong JK DHPP Pusat Bersama PAS Di Asahan

25 APRIL 2013, Selandar , Melaka Sdra Richard Wong JK Dewan Himpunan Penyokong diamanahkan sebagai Calon PAS Dun Asahan , Melaka. Slogan PAS FOR ALL diaplikasikan dengan memberi ruang buat Sdra Richard yang sebenarnya menjadi pemangkin Gerakan Islam Global.

Sdra Richard yang telah mendampingi Pas sekian lama kini mampu melontarkan persoalan semasa bagi menyakinkan bukan bumiputra. Dalam merealisasikan kefaham wadah Islam buat bukan Islam akan terus menyinari Islam. Wadah Islam terus bersinar dengan penampilan bukan Islam dalam parti ini.

Wadah kefahaman Islam kan terus disemarakkan dan sesungguhnya hidayah dan petunjuk adalah dari Allah. 60% Melayu 26% cina dan selebihnya India. Tanggungjawab Pas untuk beri kefahaman dan hidayah dari Allah.

Moga Sdra Richard akan sucses bersama Pas dan nantikan hidayah Allah kan tiba. Sama2 kita doakannya.





Selasa, April 23, 2013

Dato' Taj. Calon Harapan UMNO! Tembelang pecah busuknya tidak terkata. Aje yang moncah!!!


Dato’ Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa calon-calon Barisan Nasional dalam PRU13 ini benar-benar ditapis agar mereka mempunyai rekod cemerlang yang bebas dari rasuah, atau anugerah projek yang diragukan.
Dato' Taj yang disanjung orang kampung.
Pemilihan calon BN terus menjadi kontroversi sehingga menyebabkan ramai pimpinan Umno/Barisan Nasional sendiri tidak puas hati dan mengambil tindakan keluar parti. Terbaru, Dato’ Kamillia Ibrahim menyertai seramai 61 orang anggota Umno yang telah dipecat kerana bertanding bebas. Di kerusi Parlimen Pandan pun, lawan saya (Sdr Gary Lim) masih bergelumang untuk membersihkan namanya yang dituduh melanggar etika dan peraturan guaman sehingga bekas majikannya sendiri membuat satu laporan polis terhadap beliau.
Seperti yang dijanjikan, KEADILAN terus meneliti calon-calon BN untuk meneliti sendiri kredibiliti mereka seperti yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Salah seorang yang diteliti adalah Dato’ Tajuddin Rahman, calon BN bagi Parlimen Pasir Salak yang didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh Sdn Bhd) bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik.
Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia (rujuk Lampiran A), rakan kongsi yang juga merupakan syarikat pembinaan sebenar dalam projek ini iaitu Crest Builder Holdings Berhad mengumumkan bahawa projek itu dimiliki secara bersama oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas bernama UniTapah Sdn Bhd.
Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi Unitapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyenggara kemudahan universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh itu.
Kadar bayaran kepada Unitapah oleh Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:
• Bayaran tetap penyediaan bangunan – RM4.50 setiap kaki persegi setiap bulan
• Bayaran penyenggaraan bulanan – RM1.146 setiap kaki persegi setiap bulan
Jumlah keluasan kaki persegi keseluruhan UiTM Tapah yang diberikan melalui konsesi ini adalah seluas 837,872 kaki persegi.
Ini bermakna, setiap bulan Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar sewa dan yuran penyenggaraan sebanyak RM56.77 juta. Jumlah keseluruhan sepanjang tempoh konsesi adalah RM1.3 bilion, iaitu 5 kali ganda berbanding dengan kos pembinaan yang hanyalah RM285 juta.
Detik Utuh Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Ali Baba yang hanya mendapat keuntungan atas angin dengan menggunakan Crest Builder Holdings Berhad untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan penyenggaraan UiTM Tapah. Pada masa yang sama, kosnya melambung sehingga 5 kali ganda akibat pemberian konsesi yang menguntungkan Dato’ Tajuddin Rahman.
Maklumat ini adalah maklumat yang diperolehi dari Perjanjian Konsesi yang ditunjukkan kepada saya.
Sebagai calon boleh menang yang sepatutnya bersih dari tuduhan kronisme, rasuah dan mengaut untung atas angin hasil dari kontrak kerajaan, Dato’ Tajuddin Rahman perlulah membersihkan namanya dan menjelaskan perkara-perkara berikut:
1. Apa kelayakan dan rekod pembinaan Detik Utuh Sdn Bhd miliknya?
2. Kenapa projek ini tidak diberika terus kepada sebuah syarikat pembinaan yang layak tanpa perlu ada usahasama dengan syarikat ahli politik Umno yang tidak membawa apa-apa kepakaran?
3. Berapa dari jumlah RM1.3 bilion itu yang akan disumbangkan kepada penduduk Pasir Salak?
Perjanjian konsesi ini adalah salah satu dari perjanjian konsesi yang akan disemak semula sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
23 APRIL 2013
Sebagai pemilih yang BERILMU , WARAS PEMIKIRAN DAN BERMARUAH. Apakah yang kalian kejarkan untuk kebendaan yang ditabur menerusi kaut untuk projek Rakyat sedangkan subsidi keperluan harian sukar sangat untuk dipulangkan semula kepada rakyat.

Sabtu, April 20, 2013

Satu Lawan Satu tanda Damai Dalam Pakatan

20 April 2013 , Pasir Salak menjadi damai dengan keghairan parti dalam mencari kerusi panas. Pertembungan Dato Tajuddin yang amat dikenali sebagai kasar berbicara menjadi saingan kali kedua buat Sdra Mustafa Kamil Ayub anak tempatan Kg. Gajah.

Manakala Tn Hj Othman PKR bertembung dengan Dato Zainol Fadzi bagi  Dun Sg Manik. Sesungguhnya usaha Pas Pasir Salak untuk mendapatkan semula kerusi teras Pas akur dan wala' terhadap pimpinan tertinggi. Kesatuan pakatan manusia tidak seharusnya menjadi halangan untuk menyatakan kemenangan demi rakyat dan kebenaran Islam. Calon adalah lambang. Imej kedamaian kesatuan digambarkan dengan kehadiran lebih kurang 5000 penyokong mengiringi calon ke Pusat Penamaan Calon P073 , N48 Dan N49 Di Kompleks Pentadbiran Kampung Gajah.

DRs Ishak Shaari PAS bertemu Sdra Abdullah Fauzi b. Dato Ghazali. Pertembungan terbuka semula pihak.

Semboyan dan padang telah dibuka. Kini gerak kerja bersama demi kebenaean nyata diperokehi.

Gambar berbicara....













Moga Allah Memberikan Kemenangan Islam dan Kebenaran Islam.
In sha Allah Saya mengundi Pakatan Rakyat.

Jumaat, April 19, 2013

Barisan Mantap Hadapi Lawan daripada PAS Perak, In Sha Allah , Ini kalilah... UBAH!



IPOH: PAS Perak hari ini mengumumkan kesemua nama calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu bagi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 7 kerusi parlimen.

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain pada program di hadapan pejabat PKR Perak malam ini.

Berikut adalah senarai penuh calon-calon PAS bagi negeri Perak.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

DUN N05 SELAMA
Ust. Mohd Akmal bin Kamaruddin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS (Guru)


DUN N06 KUBU GAJAH
Mohd Nazri bin Din
Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak / Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut
Ahli Perniagaan


DUN N08 TITI SERONG
Ust. Abu Bakar bin Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak
Pesara Guru


DUN N11 GUNUNG SEMANGGOL
Ust. Mohd. Zawawi bin Abu Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
Guru


DUN N12 SELINSING
Haji Husin bin Din
Timb. YDP PAS Kawasan Bagan Serai
Adun Selinsing


DUN N14 CHANGKAT JERING
Dato Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin
AJK PAS Pusat/Timb. Pesuruhjaya PAS Perak/ YDP PAS  Kawasan Kampar
Adun Pasir Panjang/Ahli Parlimen Bkt Gantang


DUN N15 TRONG
Ust. Norazli bin Musa
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak / YDP PAS Kawasan Ipoh Barat
Aktivis Parti Sepenuh Masa


DUN N16 KAMUNTING
Ust. Mohamad Fakhrudin b. Hj Abdul Aziz
YDP PAS Kawasan Taiping
Ahli Perniagaan


DUN N19 CHENDEROH
Dr.(H) Mohamad Azalan b. Mohamad Radzi
Naib YDP PAS Kawasan Padang Rengas
Doktor Homeopathy


DUN N20 LUBUK MERBAU
Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof
AJK Badan Perhubungan PAS Perak
Adun Lubuk Merbau


DUN N21 LINTANG
Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Setiausaha PAS Kawasan Sg. Siput (U)
Jurutera Perunding


DUN N23 MANJOI
Haji Asmuni bin Awi
Pengarah Pilihanraya PAS Perak
Peguam


DUN N35 MANONG
Haji Jamil Bin Haji Dzulkarnain
AJK PAS Kawasan Kuala Kangsar
Pesara Bank


DUN N36 PENGKALAN BHARU
Dr. Khairuddin bin Abdul Malik
YDP PAS Kawasan Tambun
Doktor Perubatan


DUN N38 BELANJA
Dr. Najihatussalehah binti Haji Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
Doktor Perubatan


DUN N43 SUNGAI RAPAT
Radzi bin Zainon
Timb. YDP PAS Kawasan Gopeng
Ahli Perniagaan


DUN N47 AIR KUNING
Dr. Ahmad Razi bin Othman
AJK PAS Kawasan Tapah
Doktor Perubatan


DUN N49 KAMPUNG GAJAH
Drs. Ishak bin Saari
AJK PAS Kawasan Pasir Salak
Usahawan


DUN N51 PASIR PANJANG
Puan Rohawati binti Abidin
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut
Ahli Perniagaan


DUN N53 RUNGKUP
Ust. Mohd Misbahulmunir bin Hj Masduki
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Kawasan Bagan Datoh
Aktivis Parti Sepenuh Masa


DUN N56 CHANGKAT JONG
Haji Mohd Anuar bin Sudin
Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan
ADUN Changkat Jong


DUN N58 SLIM
Haji Aminuddin bin Zulkipli
YDP PAS Kawasan Tanjung Malim
Peguam



Bagi kawasan Parlimen


PARLIMEN P54 GERIK
Norhayati binti Kassim
Ketua DMP Kawasan Gerik
Ahli Perniagaan


PARLIMEN P55 LENGGONG
Haji Razman bin Zakaria
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Lenggong
Ahli Perniagaan


PARLIMEN P56 LARUT
Dato' Fauzi bin Shaari
Bekas Pengarah JSJ PDRM


PARLIMEN P57 PARIT BUNTAR
Dr. Mujahid bin Yusof
AJK PAS Pusat / Timb. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Ahli Parlimen Parit Buntar


PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG
Ust. Idris bin Haji Ahmad
AJK PAS Pusat
Ahli Politik & Guru Agama


PARLIMEN P67 KUALA KANGSAR
Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah
AJK Badan Perhubungan PAS Perak
Adun Titi Serong


PARLIMEN P69 PARIT
Ust. Muhammad Ismi bin Mat Taib
YDP PAS Kawasan Parit
Ahli Perniagaan



Selasa, April 16, 2013

Calon BN (Perak) tampil ... antara yang dipercayai dengan yang akan dilupai.


PASIR SALAK:
SDRA MUSTAFA KAMIL AYUB (PKR)
 DATO' TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (BN)



N.49 KAMPUNG GAJAH: 
DRS. ISHAK SHAARI (PAS)
ABDULLAH FAUZI AHMAD RAZALI (BN)



N.48 SUNGAI MANIK: 

DATO' ZAINOL FADLI PAHARUDDIN (BN)
HJ. OTHMAN (PKR)

LAIN-LAIN LOKASI BAGI CALON BN PERAK. 
(KENAL PASTI LAWAN MASING-MASING)

GERIK: DATO' HASBULLAH OSMAN
N.01 PENGKALAN HULU: AZNIL IBRAHIM
N.02 TEMENGGOR: SALBIAH MOHAMED

LENGGONG: DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH
N.03 KENERING: DATO MOHD TARMIZI HJ IDRIS
N.04 KOTA TAMPAN: DATO'SAARANI MOHAMAD

LARUT: DATO' HAMZAH ZAINUDDIN
N.05 SELAMA: DATO' MOHD DAUD MOHD YUSOF
N.06 KUBU GAJAH: HASBULLAH ALIAS
N.07 BATU KURAU: DR MOHD AMIN ZAKARIA

PARIT BUNTAR: MOHD  GHADAFFI
N.08: TITI SERONG ABU BAKAR MAT ALI
N.09 KUALA KURAU: MOHD SALLEH MAT DISA

BAGAN SERAI: DR NOR AZMI GHAZALI
N.10 ALOR PONGSU: DATO' SHAM MAT SAAD
N.11 GUNUNG SEMANGGOL: ZULKARNAIN BIN ISMAIL
N.12 SELINSING: SHAHARUDDIN BIN AHMAD

BUKIT GANTANG: DATO' ISMAIL SAFIAN
N.13 KUALA SEPETANG: LOH SWEE ENG
N.14 CHANGKAT JERING: DATO' ROSLI HUSIN
N.15 TRONG: DR ZABRY ABDULWAHID

TAIPING: DATO' TAN LIAN HOE
N.16 KAMUNTING: DATO' MOHD ZAHIR BIN ABDUL TALIB
N.17 POKOK ASAM: DATO' HOCHENG WANG
N.18 AULONG: SOO KAY PENG

PADANG RENGAS: DATO' SERI MOHD NAZRI ABDUL AZIZ
N.19 CHENDEROH: ZAINON MOHD NOOR
N.20 LUBUK MERBAU: DATO' SITI SALMAH MAT SUJAK

SUNGAI SIPUT: DATO' SK DEVAMANY
N.21 LINTANG: DATO' DZULKIFLY HJ HARUN
N.22 JALONG: LIEW YEU AW

TAMBUN: DATO' SERI AHMADHUSNI HANADZLAH
N.23 MANJOI: MOHD ZIAD DATO HJ MOHD
N.24 HULU KINTA: DATO' AMINUDDIN HJ MAT HANAFIAH

IPOH TIMOR: CATLINE WONG MEI YEN
N.25 CANNING: CYLIN TEI WEI LONG
N.26 TEBING TINGGI: TONY FOO BON CHEW
N.27 PASIR PINJI: DATO' KONG FAH CHONG

IPOH BARAT: DR. CHENG WEI YEE
N.28 BERCHAM: LIEW WEI SHANG
N.29 KEPAYANG: CHANG KONG ONG
N.30 BUNTONG SILVARAJ A/L CHANDRAN

BATU GAJAH: LOH TENG TAK
N.31:  MORGAN AL/SUBRAMANIAM
N.32 MENGLEMBU: LOW GAH YAN
N.33 TRONOH: LIP TZE CHAI

KUALA KANGSAR: DATO' WAN MOHD KHAI-RIL
N.34 BUKIT CHANDAN: MASLIN SHAM RAZMAN
N.35 MANONG: MOHD KAMIL DATO SHAFIE

BERUAS: DATO' CHANG KO YOUN
N.36 PENGKALAN BAHARU: DATO' ABDUL MANAF YASSIN
N.37 PANTAI REMIS: FOH SIOW YUN

PARIT: DATO' MOHD ZAIM ABU HASSAN
N.38: BELANJA MOHD NIZAR ZAKARIA
N.39 BOTA: DATO' NASARUDDIN HASHIM

KAMPAR: DATO' LEE CHEE LEONG
N.40 MALIM NAWAR: CHANG BO CHIANG
N.41 KERANJI: DANIEL WA WAI HOU
N.42 TUALANG SEKAH: NOLEE ASHILIN DATO' MOHD RADZI

GOPENG: DATO' TAN CHI MENG
N.43: SUNGAI RAPAT DATO' HAMIDAH OSMAN
N.44 SIMPANG PULAI: DATO' CHANG KO YUN
N.45 TEJA: YUE SAW KAM

TAPAH: DATO' M. SARAVANAN
N.46 CHENDERIANG: DATO' DR MAH HAN SON
N.47 AYER KUNING: DATO' SHAMSUDDIN ABU HASAN

LUMUT DATO' SERI KONG :CHONG HA
N.50 SITIAWAN: TIM KAI FOOK
N.51 PASIR PANJANG: RASHIDI IBRAHIM
N.52 PANGKOR: DATO' SERI ZAMBRY ABDUL KADIR

BAGAN DATOH: DATO' SERI ZAHID HAMIDI
N.53 RUNGKUP: DATO' SHAHROL ZAMAN YAHYA
N.54 HUTAN MELINTANG :SUBRAMANIAM A/L RAMANI

TELUK INTAN: DATO' MAH SEW KEONG
N.55 PASIR BEDAMAR: DATO' M. KEYVEAS
N.56 CHANGKAT JONG: MOHD AZHAR JAMALUDDIN

TANJUNG MALIM: DATO' ONGMKA CHUAN
N.57 SUNGKAI: GOH KIM SWEE
N.58 SLIM: DATO' KHUSHAIRI ABDUL TALIB
N.59 BEHRANG: DATO' RUSNAH KASSIM


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO