Memaparkan catatan dengan label LIBASAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LIBASAN. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 26, 2009

Antara KEBENARAN & REALITI

Bila mana musuh LEMAS , strategik langsung menuju JEMAAH. Itulah hakikat yang JELAS nyata REALITI HIDUP POLITIK jakun di MALAYSIA.

Menutup respon BESAR masyarakat terhadap BUDGET yang tidak mendahului rakyat rata-rata isu media kini tertumpu terhadap pada masalah sejagat lawan mereka.

Sejauhmana kita nak masyarakat dijumudkan dengan media semacam ini. Pada kebiasaannya ianya akan berlalu begitu sahaja dan diselesaikan dalam keadaaan aman dan tenteram JEMAAH BERPEGANG DENGAN PRINSIP ISLAM BERPANDU AL-QURAN AS-SUNNAH.

UMNO tidak berani sahut cabaran! Mana pemudamu TOK PERAK..!!!

"Ini semua permainan media" ujar wakil Pemuda UMNO yang cuba untuk menyalahkan media kerana tidak berani untuk menyahut cabaran yang mereka sendiri laungkan.
Ustaz Akmal kemudian bertindak pantas membaca keseluruhan kandungan surat tersebut sambil diteliti khusyuk oleh wakil Pemuda UMNO.

Wakil Pemuda UMNO hanya menghantar SUKnya untuk tidak menerima surat jawapan cabaran.

Wakil kedua pemuda UMNO mencelah untuk turut bersuara.

Sidang Media dilakukan sejurus selepas itu oleh DPP Perak. Saudara Safarizal (PSU2) kemudiannya mengatakan pihak DPP Perak akan menghantar kembali semula surat tersebut dalam hasrat untuk terus berhujah dengan Pemuda UMNO yang kelihatan cukup gentar dan tidak bersedia.

IPOH , Rombongan Dewan Pemuda Pas Perak yang ingin menghantar surat jawapan cabaran Pergerakan Pemuda UMNO Perak di hadapan Bangunan UMNO Perak mencatatkan satu peristiwa yang cukup bersejarah kerana Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengambil pendirian untuk tidak menerima surat jawapan cabaran tersebut.Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Penerangan, Ustaz Akmal dan exco serta rombongan pemuda Pas Perak mengambil tindakan untuk berjumpa dengan Pergerakan Pemuda Umno Perak dan menyerahkan surat jawapan sebagai respon kepada cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Saudara Maslin Sham Razman . Semalam, Maslin telah mencabar agar Dewan Pemuda Pas Perak mengemukakan bukti berhubung dengan dakwaan mengatakan Barisan Nasional (BN) cuba melakukan kekacauan sehingga mengancam keselamatan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 22 Oktober.Dalam perjumpaan tersebut , Pergerakan Pemuda Umno hanya mewakilkan setiausaha kerjanya untuk tidak menerima surat jawapan dari Dewan Pemuda PAS. Puluhan wartawan dan petugas media turut bersama dalam menyaksikan peristiwa yang agak aneh dan bersejarah ini. Pemuda UMNO nyata cuba bermain dengan kata-kata apabila mengatakan tidak boleh menerima surat tersebut sedangkan dalam masa yang sama menyatakan persetujuan untuk menerima surat itu sekiranya dihantar melalui faks ataupun pos. Sikap putar belit Pemuda UMNO pada petang ini amatlah dikesali kerana melalui SMS yang dihantar oleh Maslin kepada saudara Safarizal selaku penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS menyatakan persetujuan untuk menerima surat dan kunjungan dari Dewan Pemuda PAS Perak.Wakil pergerakan Pemuda Umno itu bukan sahaja tidak mahu menerima surat jawapan cabaran tersebut, bahkan dilihat cuba untuk merendah-rendahkan keupayaan Ketua Pergerakan Pemuda mereka sendiri yang tidak hadir bersama petang tadi. Mereka mengajukan tawaran perbincangan di waktu yang lain atas isu yang sama dan boleh diwakili oleh mana-mana panel dalam Pemuda UMNO sekiranya Maslin tidak bersedia. Tawaran itu seolah-olah merendahkan keupayaan dan kemampuan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak untuk berhujah dalam isu yang penting seumpama sidang DUN ini.Ustaz Akmal kemudiannya mengambil pendirian untuk membacakan keseluruhan isi surat jawapan sebagai respon tindakan Pemuda UMNO yang tidak mahu menerima surat tersebut. Dalam sidang media yang berlangsung sejurus selepas itu, saudara Safarizal telah menyatakan bahawa Dewan Pemuda Pas Negeri Perak akan menghantar semula surat itu dengan hasrat yang sama iaitu untuk membincangkan isu kemelut politik di Perak dengan mengubah tajuk surat daripada menjawab cabaran kepada sesuatu yang lebih sesuai.Beliau turut menyatakan bahawa tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tidak mencerminkan keberanian anak muda dalam berhujah untuk mengemukakan pendirian dan ianya amatlah dikesali.

Zambry tidak berani pertahan Ganesan.

MB BN berada dalam keadaan perit dan dilema, macam pepatah telan mati mak luah mati ayah. Dimana Zambry tidak menjawab soalan kedudukan Ganesan yang melanggar undang-undang Negeri Perak mengenai status sebagai peguam dimana sampai 27hb Ogos Ganesan masih pengamal peguam yang aktif. Jadi dia hilang kelayakan sebagai Speker, demikian penegasan Menter Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa berucap dalam Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di hadapan Pejabat PAS Perak disini Nizar juga menjelaskan tindakan Ganesan "back dated" surat akuan bersumpah ke 6hb Ogos jelas menyalahi undang-undang, budak Pasti pun tak berani buat" tegasnya.

Beliau juga mendedahkan siak dan bilal memaklumkan kepadanya pada satu jamuan di Taiping saguhati RM500 tidak dapat lagi, sedang ianya dijanjikan Zambry dibayar sebelum hari raya lepas.Ds. Nizar juga mengesahkan Sivakumar memiliki jubah dan songkok yang asli sedangkan Ganesan memiliki yang dicuri.Disamping itu, beliau mempertikaikan sekiranya BN berkata benar, apa guna panggil polis kawal 500 meter disekelilingnya. Beliau juga memohon pihak polis jangan masuk campur sidang DUN Perak, kami datang dengan surat dari Sivakumar Speaker yang sah."Akibat dari pelanggaran undang-undang maka DUN Perak mesti dibubarkan" tegasnya.Akibat dari Speaker haram, maka surat haram, sidang haram dan bajet juga haram, jelasnya.MB Pakatan Rakyat itu menyatakan sekiranya permohonan Speaker mengosongkan 3 kerusi diterima oleh SPR maka sudah lama krisis di Perak sudah dapat diselesaikan.Kesan dari krisis ini pelabur asing segan nak datang ke Perak akibat keadaan tidak menentu.

Audit Negara juga telah memberi komen yang baik kepada Kerajaan PR Perak, tahap baik dan cemerlang.Beliau juga berkata, Najib telah rasuah rakyat Perak untuk kumpul orang Perak, dengan 1500 bas, dengan belanja RM600,000."Kami akan serahkan kuasa kepada rakyat sekiranya saya menang pada 5 Nov ini dan saya cabar Zambry-bubar Dun" tegasnya.Ds. Nizar mendedahkan defakto MB di Perak adalah SUK, Zamry boneka kepada Dato' SS, dia mengarahkan segala-galanya.

KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN, DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN

Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.
Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:
Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.
PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.
Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.
Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.
Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.
Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.
Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan
Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO