Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan

Selasa, Julai 16, 2013

Singkap (selak) dan berubah elak syok sendiri , ahli PAS kena ambil semula method yang mereka dah lama swastakan pada MUSLIMATnya

Tapi nak kata apa, kerja-kerja ziarah rumah ke rumah dah lama PAS swastakan kepada jentera muslimat. Tapi tentu lebih berkesan kalau pimpinan utama PAS turut sama turun dan lagi cantik kalau depa turun bersama isteri atau isteri-isteri masing-masing dalam aktiviti ziarah rumah ke rumah tu.

Malaysiakini melaporkan: 
Barisan Nasional (BN) Perak akan menggunakan pendekatan komunikasi berterusan dan mengenal pasti setiap pengundi di kawasan yang dikategorikan sebagai 'kurang sambutan' semasa pilihan raya umum ke-13 yang lalu untuk kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut.

NONE"Kita hendak orang keluar mengundi. Jadi kalau tidak kenal, tentunya agak sukar untuk kita memberi penerangan tentang apa agenda BN," kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Mkini.     
Aku belum sampai ke Kuala Besut, jadi aku tak pasti apa sebenarnya pendekatan jentera pilihanraya PAS di Besut. Tapi berdasarkan sikit pengalaman yang aku dalam PRK sebelum-sebelum ni aku rasa tak banyak berbeza kut. Aku dok rasa PAS masih mengamalkan kensep kempen ceramah kelompok.

Bukan ceramah kelompok tak bagus, ceramah kelompok pun perlu juga tapi tak sebagus macam yang Umno Perak nak buat tu.

Realitinya, walaupun PAS ceramah kelompok tu dibuat di kawasan kubu kuat Umno, yang pi dengar kalah pun tak 100% tapi hampir seratus peratus adalah ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Nak dapat sorang pengundi atas pagar pun yang pi payah, kecuali la kalau ada usaha jentera kempen berjaya tarik depa pi dengar ceramah kelompok tu.

Semalam saja aku update status facebook dan aku tag Hj Husam macam kat bawah ni.


Alangkah cantiknya kalau penceramah yang tak berapa orang setiap kali ceramah tu ujudkan team dan pi ziarah rumah ke rumah. Dapat 2 buah rumah semalam pun dah ok.

Cuba kira kalau ada 100 pimpinan besar PAS buat macam tu maknanya satu malam boleh pi 200 buah rumah, kalau 10 hari kempen maknanya paling kurang boleh dah boleh pi 2,000 buah rumah. Kalau sebuah rumah ada 2 orang pengundi pun dah ada 4,000 pengundi yang kita dah sentuh secara peribadi.

Tambah-tambah lagi kalau jentera tempatan dah ada senarai lengkap beserta peta lokaliti rumah-rumah sasaran untuk setiap lokaliti, aktiviti ziarah rumah ke rumah tu tentu punya akan bertambah produktif.

Berbanding kalau buat satu ceramah yang hadir berpuluh ribu, dalam berpuluh ribu tu yang boleh mengundi mungkin tak sampai setengah yang lagi setengah tu aku yakin adalah 'pelancong politik' yang tumpang beraya.

Tambahan pulak tenaga tempatan yang cukup penting masa kempen PRK ni banyang 'dibazirkan' untuk menganjur dan menguruskan ceramah kelompok tu termasuk jadi sebahagian dari berpuluh ribu yang hadir di tapak ceramah tu.

Tapi nak kata apa, kerja-kerja ziarah rumah ke rumah dah lama PAS swastakan kepada jentera muslimat. Memang aku tak nafikan kekuatan jentera ziarah muslimat tapi tentu akan lebih berkesan kalau pimpinan utama PAS turut sama turun dan lagi cantik kalau depa turun bersama isteri atau isteri-isteri masing-masing dalam aktiviti ziarah rumah ke rumah tu.

BTW, saja aku bubuh tajuk macam kat atas tu pasai aku yakin PAS Perak lebih udah untuk diajar berbanding dengan PAS Terengganu dan PAS Kelantan yang aku rasa mengepalai jentera pilihanraya PRK Kuala Besut ni.

Lagi pun, aku rasa PAS Perak tak terlibat menganjurkan ceramah kelompok di PRK Kuala Besut ni. Kalau Wail Rakyat yang 7 orang dari Perak tu boleh berkampung 5 hari di PRK Kuala Besut maknanya paling kurang depa boleh ziarah 70 buah rumah dan jumpa paling kurang 140 pengundi, kalau betul cara dan sasarannya senang-senang ja PAS Perak boleh tambah 140 undi.

Memang 140 undi tu tak banyak tapi yakin lah kalau takat pung-pang pung-pang dalam ceramah kelompok 1 undi tambahan pun belum tentu boleh dapat, malah kalau silap cakap boleh lari undi pulak...

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/kuala-besut-ceramah-kelompok-berbanding-ziarah-rumah-ke-rumah.html#ixzz2ZDveun6n

Rabu, Mei 08, 2013

AWAS! Sentimen , penipuan dan perkauman mainan BN BERTERUSAN.


Fb Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Suhaimi Md Saad (official)
Ketua Penerangan PAS Pahang.
12 minutes ago ·

Isnin, April 08, 2013

MUSTAFA KAMIL MERESTUI SG.MANIK DITANDINGI OLEH MUHAIMIN..????

Email daiperolehi dari DPP Pasir Salak :


Berikutan Kenyataan akhbar Pengisytiharan Dewan Pemuda PAS Pasir Salak yang mana Kerusi Sg.Manik ditandingi oleh PAS dan Calonnye Muhaimin….Bnyk persoalan yang timbul antaranya Hubungan antara PAS dng PKR Pasir Salak dah hancur.

Perbincangan berterusan. Muatafa Kamil tiada halangan.

Demi kemenangan Rakyat, persepakatan pimpinan cermin kesungguhan ahli.
Tetapi yang mengejutkan ialah kehadiran Mustafa Kamil Ayub di Program MALAM SENI UNTUK PERUBAHAN pada 5/4/2014 di Padang Awam Kg.Gajah anjuran PAS KAWASAN SALAK…Di peringkat pengundi melihat seolah kehadiran Mustafa Kamil itu seolah merestui Kenyataan Pengisytiharan oleh Dewan Pemuda PAS Pasir Salak kerana kenyataan itu baru keluar didalm akhbar Sinar Harian bertarikh 5/4/2013…Ini menguatkan lagi desas desus PAS bertanding di Sg.Manik tanpa ada kerusi  Gantian.

admin berbicara keseorangan ...

Mampukah jentera berkerja demi kemenangan PR.

Sejauhmanakah PKR dan PAS dapat menjadi pemangkin pilihan RAKYAT SUNGAI MANIK bagi menentukan siapakah calon mereka.

Apakah ada bibit racun sesama ahli atau istilah yang benarnya adalah KEEGOAN DAN TIDAK MENGAKU akan KELEMAHAN MASING-MASING.

Moga ianya tidak berpanjangan demi memperjuangkan nasib anak watan SUNGAI MANIK.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO