Memaparkan catatan dengan label KEMENANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMENANGAN. Papar semua catatan

Isnin, Jun 01, 2009

PENANTI : Penantian Penuh Bermakna Buat POLITIK MALAYSIA KITA

Oleh Mat Saman Kati

Selesai sudah lagi satu episod pilihanraya…selepas Bukit Gantang, Bukit Selambau dan sebelum Manek Urai. Kalau ikut perancangan…selepas Manek Urai akan ada lagi satu pilihanraya kecil…kerana itu sudah dirancang lebih awal. Satu PRK setiap dua bulan.

Mungkin ada yang merasakan bahawa pilihanraya kecil hanya menyusahkan rakyat..tetapi hanya itulah saja yang dapat menyedarkan rakyat tentang kebobrokan Umno dan Barisan Nasional.

Setiap kali pilihanraya..kita boleh tengok perangai UBN. Makin ramai rakyat yang nampak…makin cepat UBN dapat ditalkinkan. UBN tak kan mampu menyembunyikan perangai jahat mereka…sebaliknya…apa saja yang dilakukan akan menaikkan api kemarahan rakyat.

DiPenanti..UBN cabut lari sampai putih tapak kaki. Tetapi disebaliknya..UBN menggunakan pihak lain untuk meneruskan tabiat jahat mereka.

Mereka menggunakan polis untuk menghalang perjalanan pilihanraya. Bermacam-macam peraturan dikenakan untuk mengekang pengaruh Pakatan Rakyat. Peraturan-peraturan baru diperkenalkan oleh polis…tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh cakap pasal sidang DUN Perak…tak boleh gunakan video..sehinggalah dalam satu ceramah, apabila diberitahu kepada Chegu Bard tentang peraturan-peraturan ini..Chegu Bard jawab..”habih…nak cakap apa?”

Ledakan maklumat menyebabkan UBN kelamkabut. Rakyat dah tak percaya apa yang ditulis oleh Utusan atau yang disiarkan oleh TV3.Rakyat lebih percaya kepada penceramah, blog dan laman web untuk mendapatkan maklumat. Bukan kerana apa yang dicakapkan oleh penceramah itu semua betul, bukan kerana apa yang ditulis diblog-blog itu semua betul. Tapi kerana rakyat sudah tak percaya kepada TV3 dan Utusan.

Umno menggunakan Amina Dola sebagai proksi didalam pilihanraya Penanti. Amina Dola pula membenarkan dirinya ditunggang oleh Umno..macam Ezam and the gang.Mungkin Amina Dola bertanding untuk membalas dendam kepada PKR, tetapi apabila dia mendapat liputan sensasi dari Utusan dan TV3 yang dimiliki oleh Umno…rakyat menolak Amina Dola kerana mereka merasakan Amina ditaja oleh Umno. Rakyat menolak Amina kerana mereka marah kepada Umno.

Lokman Adam berceramah dalam ceramah Umno…walaupun apa yang dicakapkannya itu ada yang benar…tapi orang dah tak percaya kerana mereka tak percaya kepada Umno. Kalau Lokman Adam bercakap dipentas PKR, kemungkinan orang akan percaya. Tetapi kerana dia bercakap dipentas Umno…orang tak percaya. Kerana UBN sudah sinonim dengan penipuan.

Amina hanya menang undi pos. Memperolehi sebanyak 12 undi berbanding PKR yang hanya mendapat 2 undi. Undi pos ni undi sapa?

Rakyat dah tahu bahawa undi pos adalah undi yang dimanipulasi oleh UBN. Dan apabila undi pos diPenanti diberikan kepada Amina Dola…UBN sebenarnya menimbulkan kebencian rakyat kepada pemberi undi…disini diketahui merupakan undi polis. Dan anggota polis yang mengundi Amina Dola ini juga perlu dikutuk kerana membiarkan mereka dipergunakan oleh UBN untuk kerja-kerja manipulasi undi.

Kehadiran polis yang siap bersenjata dan dalam kumpulan yang ramai juga sebenarnya cuba menakut-nakutkan pengundi. Disetiap tempat mengundi..SB-SB siap dengan kamera video merakam kehadiran pengundi.

Kalau jumlah peratus yang keluar mengundi berkurangan..polis sepatutnya dipersalahkan kerana menjadi barua UBN. Kakitangan kerajaan dan mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan sudah semestinya merasa takut untuk mengundi kerana Umno telah mengarahkan supaya PRK Penanti ini diboikot. Dan siapa yang berani mengundi?…kerana kehadiran mereka akan dirakamkan oleh polis. UBN tahu siapa yang pergi mengundi…dan tindakan sudah semestinya diambil kepada mereka yang keluar mengundi.

SPR lagi satu…macam lembu dicucuk hidung. Membuat arahan-arahan yang mengekang kebebasan pilihanraya. Mengangkut pengundi pakai kereta yang mempunyai lambang parti tidak dibenarkan. Cuma boleh pakai sticker SPR. Tapi pada hari terakhir, SPR gagal mengeluarkan sticker.

Tunggu di Manek Urai..semua arahan-arahan yang dikeluarkan di Penanti akan ditukar lagi..untuk memastikan kemenangan Umno.

Umno semakin tidak relevan dihati rakyat. UBN tidak akan berjaya dalam pilihanraya kerana mereka sudah ditolak oleh rakyat. Itu sebabnya UBN hanya mampu bertahan dengan pertolongan mahkamah.

Zambry Kadir boleh menjadi Menteri Besar…dengan bantuan mahkamah. Tetapi dihati rakyat..taraf Zambry sama seperti penjenayah yang lain…perampas kuasa rakyat. Kemana saja Zambry pergi..dia bukan dilayan seperti Menteri Besar tetapi dilayan seperti penjenayah.

Ketika dia melawat pasar Batu Gajah baru-baru ini, dia dimaki hamun oleh rakyat Batu Gajah. Ketika melawat Pasir Panjang di Manjung…dia dihalau oleh tuan rumah kerana meletak kenderaan dikawasan rumahnya.

Tiada siapa lagi yang hormat kepada Menteri Besar Umno yang naik dengan merampas kuasa.

UBN tidak lagi boleh berlindung disebalik Utusan dan TV3. Tiada siapa yang mampu menidakkan kebenaran, mengabui pandangan, dan mengalih pemikiran rakyat untuk mempercayaai propaganda mereka.

Kebenaran akan tiba juga akhirnya.

Isnin, Mei 11, 2009

ALHAMDULILLAHU ALLAHU AKBAR : Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH ! - Mahkamah

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya, dan..

KEPUTUSAN TERKINI ( Jam 3.5opm) :


NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!

PAS PASIR SALAK mengucapkan setinggi2 kesyukuran dan TAHNIAH buat DSHN serta seluruh RAKYAT PENDOKONG PAKATAN RAKYAT.... Sujud Syukur....ALLLAHU AKBAR


Dalam pada itu, antara lain , hujah HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. RAKYAT MOHON MB PERAK BUBARKAN DUN.

INSYALLAH, KUATKAN KESEDIAAN SAUDARA SEKALIAN!!!!

Ahad, April 26, 2009

Kemeriahan Majlis Kesyukuran Raikan Kemenangan Terhapus Kuasa Kebatilan


Yang menang 'Alhamdulillah' cekal atas kemenangan......
Kerbau lembu juga menjadi mangsa....
Pas Pasir Salak lahirkan rasa kesyukuran...
Petanda Positif gerak kerja Islam kan maju terus BERJAYA.

* Kelihatan gambar diatas adalah serba sedikit suasana Majlis Kesyukuran Raikan Kemenangan buat petugas PAS Kaw. Pasir Salak. Kemeriahan bermula dari awal pagi dengan gerak kerja gotong royong memasak giat dijalankan. Disamping itu, satu ceramah telah diadakan dan disampaikan oleh Ketua Pas Kawasan Batu Hampar, (Al-Fadhil Ust Sidek Nor).

Antara lain beliau mengutarakan tentang kekuatan ukhuwah yang terbina sepanjang perjalanan kempen PRK Bukit Gantang tempoh hari. Semangat kekitaan dalam Islam yang ditonjolkan oleh seluruh jentera memungkinkan kemenangan Islam ini mengatasi kebatilan. Samping mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat kerja yang telah dilakukan majlis seumpama ini akan menjadikan ukhuwah jemaah Islam kan utuh dipersada tanahair kita. ALLAHU AKBAR!!

Turut hadir bersama adalah ahli-ahli kelab penyokong PAS yang sangat bersemangat berkerjasama kini dan selamanya.

Jumaat, April 10, 2009

Kenyataan tambahan menjawab persoalan....

KES NGA KOR MING

16-90

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]

Apabila Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis beragama Kristian memetik firman Allah daripada al-Quran di atas untuk memberitahu hadirin tentang kedudukan KEADILAN dan BERLAKU IHSAN dari perspektif al-Quran, apakah ini suatu penghinaan terhadap Islam?

Nga Kor Ming salah menyebutnya? Betulkanlah sebutannya.

Bukankah kita kaya dengan guru tajwid di sana sini?

Betul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan parti yang Melayu dan Muslim itu? Betul sangatkah ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong ke Balai Polis membuat laporan!

Sikap inilah yang menghairankan saya.

Terlalu defensif.

Masjid dikurung, Quran dibendung, yang lulus untuk kegunaan non Muslim hanyalah rumah-rumah terbuka pada hari perayaan Islam! Kemudian layakkah kita tertanya-tanya tentang punca Islam menjadi mandul di negara kita?

p3310016

Sila tanggalkan kasut anda di sini, dan ketahuilah di sini juga kawasan pencuri kasut! Banyak betul benda pelik di masjid-masjid kita

HINA ISLAM ATAU MUSLIM?

Soalan tadi belum berjawab. Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?

Saya yakin, jawapannya mudah.

Ia bukan penghinaan terhadap Islam.

Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.

Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’.

Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam.

Sebaliknya Nga Kor Ming patut didakwa kerana menghina ‘Muslim’. Muslim yang bermain-main dengan Islam. Permainan yang menjadi punca terhinanya Muslim itu sendiri, siang dan malam.

2_85

“… Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian al-Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari Qiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [al-Baqarah 2: 85]

Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”

Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?

Petikan sebahagian Artikel dari : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Rabu, April 08, 2009

FAKTA DAN STATISTIK P059 BUKIT GANTANG

P059 BUKIT GANTANG

UNDI

PR (PAS)

21, 860

BN (UMNO)

19, 071

BEBAS

62

ROSAK

456

MAJORITI

2,789 (PR)

DUN KUALA SEPETANG

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

8, 466

7, 490

BN

6, 259

6, 193

MAJORITI

2,207 (PR)

1,297 (PR)

DUN CHANGKAT JERING

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

9, 896

9, 163

BN

8, 206

7, 939

MAJORITI

1, 690 (PR)

1, 224 (PR)

DUN TRONG

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

3, 367

3, 301

BN

4, 124

4, 021

MAJORITI

757 (BN)

720 (BN)


Sumber dari : Dango Mamamat

Selasa, April 07, 2009

ALHAMDULILLAH UNGKAPAN TERULUNG ATAS KEJAYAAN BERSAMA PR MALAM INI....

TAHNIAH BUAT SEMUA PETUGAS & PENGUNDI PAS DARI MERATA KAWASAN & NEGERI ATAS KEJAYAAN MENGEKALKAN KEMENANGAN DI P059 BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU...GITU...

Daripada kami paspasirsalak.blogspot.com

DETIK KEMENANGAN : PANGKUKAN KESYUKURAN!!!! TAKBIR ALLAHU AKBAR!!!

BUKIT GANTANG
Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Kalu berubah sekali pun... INSYALLAH ALLAH kan beri kejayaan kpd kita.....

BUKIT SELAMBAU
Habis kesemua 22 peti undi dikira maka dengan ini Calon PKR S. Manikumar telah memenangi DUN Bukit Selambau dengan majoriti undi sebanyak 2396 undi. S. Manikumar telah mengalahkan S. Ganesan dari MIC serta 13 calon Bebas.

Peningkatan undi majoriti hanya sebanyak 34 undi sahaja.

Ahad, April 05, 2009

P059 - 4.4.09 : DARI SUDUT PETUGAS PPSALAK

Seketika mengerah keringat di P059. Warna - warni demokrasi acuan sibacul penggila kuasa pimpinan negara.
Malam bersama Tok Ayah 'Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang'
Presiden PAS Malaysia yang dikashi. Tiadaku saksikan 10 tahun lalu amoi-amoi hadir di ceramah penerangan PAS lebih2 lagi mendengar amanat Tok Ayah.Mereka (musuh politik) berkata : "PR ini semuenye gile kuase!!!"
Kite jawab : "Kite bukan gile kuase, tapi kite nak ambil kuase dari orang gile"Petugas paspasirsalak di UPU Simpang : cekal, tabah, berani & ikhlas memikul
amanah sebagai murabbi. DPP Pasir Salaknya juga turut bersama namun maaf photo mereka tdk dapat dipaparkan bersama.Best cari pengalaman bertugas disuasana begini....selepas ini kat mana lak? Meriah dan segagah kebenaran yang didoakan.
Perang poster yang membawa kepada kemeriahan & kerancakkan di Bukit GantangTeam motor berkuasa tinggi di Markas Tarbiyah PAS Perak, Ayer Kuning, B.Gantang.

Sabtu, Januari 17, 2009

SYUKUR BUATMU ILAHI

Dengan majoriti 2631 ,
Ungkapkan Alhamdulillah kalimah syukur,
PAS Maju Be End Tersungkur.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO