Memaparkan catatan dengan label ISU PANAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU PANAS. Papar semua catatan

Isnin, Julai 15, 2013

Hujah Murahan Menteri Najib nak menghalalkan RASUAH!

Yang lebih celakanya dia buat harta kerajaan macam harta mak pak dia, suka-suka dia nak bagi bila, kat mana dan kat sapa. Kalau nak bagi 'cenderamata' pun bagi guna duit sendiri la.

Malaysiakini melaporkian: 
Bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan nelayan atau petani.

"Jika bantuan diberikan semasa bahang pilihan raya diadakan, ia adalah secara kebetulan. Seperti saya datang ke Kuala Besut, sudah pasti mengikut adat orang Melayu saya akan bawakan sedikit cenderamata kepada tuan rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut, hari ini. - Mkini.  
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/hujah-menteri-halalkan-rasuah-politik.html#ixzz2Z5JEcngi

Kebetulan !!!! atau nak Halalkan!!! Rakyat sewenangnya dibodoh/ dijahilkan dengan Ilmu yang telah pun dipelajari. Tak kira la adat Melayu ka, adat Cina ka, adat India ka atau adat Dusun Kadasan Murut sekali pun, rasuah tetap rasuah.

Yang lebih celakanya dia buat harta kerajaan macam harta mak pak dia, suka-suka dia nak bagi bila, kat mana dan kat sapa. Kalau nak bagi 'cenderamata' pun bagi guna duit sendiri la.

Malaysiakini juga melaporkan:
Pada program itu, Tajuddin menyampaikan bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut. - Ibid.
Tapi nak buat macamana, rakyat Malaysia cukup ramai yang terlalu sebati dengan rasuah cara ni, dan rasuah cara ni memang dihalalkan oleh kerajaan pimpinan Umno BN. Adakah kalau takdak PRK di Kuala Besut seramai 314 petani di Kuala Besut akan dapat bantuan tu?

Yang lebih celakanya Malaysiakini juga melaporkan:
Sementara itu, seorang daripada penerima bantuan, Mat Yusof Awang Ahmad, 73, dari Kampung Gong Manok di sini berkata, beliau bersyukur menerima bantuan itu dan akan menjaga 15 ekor anak ayam kampung yang diterimanya dengan sebaik mungkin.

"Ini kali pertama saya menerima bantuan seperti ini daripada kerajaan dan ayam ini akan dijaga sehingga cukup umur sebelum dijual pada harga RM8 sekilogram," katanya yang menjalankan penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan. - Ibid.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/hujah-menteri-halalkan-rasuah-politik.html#ixzz2Z5JhCmSv

Selasa, Mei 21, 2013

Kepimpinan Najib Razak : 7 Menteri Penuh Beragama Kristian

Allah menyaksikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Propaganda dikampungan tentang Pakatan Rakyat memerintah maka kristianisasi Malaysia semakin menguasai sedangkan PM Anak Razak, iaitu DS Najib memberikan 7 Menteri Penuh buat orang Kristian sepertimana berikut :


Sebelum pilihanraya UMNO mengatakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, PR akan

 jadikan Malaysia negara ini Kristian.. Hari ini BN yg memerintah, DS Najib sendiri telah 

melantik 7 menteri Kristian dalam kabinet Najib.. Itu belum dikira Timbalan Menteri lagi...

1. Dato Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri)

2. Dato Joseph Entulu (Jabatan Perdana Menteri)

3. Dato Idris Jala (Jabatan Perdana Menteri)

4. Dato Richard Riot (Sumber Manusia)

5. Dato Ewon Ebin (Sains, Teknologi & inovasi)

6. Dato Maximus Ongkili (Tenaga, Air & Teknologi Hijau)

7. Dato Douglas Uggah (Perusahaan Perladangan & Komoditi)

Ini tidak termasuk Timbalan Menteri yang juga punyai kuasa penentu dalam sesuatu keputusan 

Mesyuarat bagi portfolio dipegang termasuk Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi 

Malaysia merangkap Pengerusi Sekolah-sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Khamis, Mei 16, 2013

Point Utama Pengundi Melayu Terkebelakang & Sangat Kampungan P073 & N49 Perak

Petikan ini menarik dan sangat relevan dibicarakan,  menerusi salah satu komen posting seorang hamba Allah di Facebook. Namun inilah hakikat ketidakmatangan orang Melayu yang dungu dan rakus kuasa , yang diatas sibuk mencari kembungan perut sama kroni yang dibawah dek kerana IMBUHAN WANG dan SENTIMEN yang diungkapkan ini maka pemikiran masih dikelas bawahan.

Di kampung masjid jadi gereja, tetapi dalam kabinet... 

MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?. Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.

Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.

Rabu, Mac 20, 2013

Bau Busuk BN semakin HAPAK!!!

Sesuatu perlu dipelajari dari petikan berita ini menerusi video klip khas yang dipaparkan. Membaculkan nilai tanahair adalah hadir dari kepimpinan negara dan negeri sendiri di bawah Barisan Nasional. Siapa yang mengadai harta pusaka negara adalah BN yang memerintah lebih 57 Tahun.

Bukan hanya di Sarawak , yang pasti mulut tertutup rapat kini bau busuknya telah merebak keluar. Ayoh wahai RAJYAT MALAYSIA bersama anda adalah AMANAH ALLAH sebagai khalifah. 5 Tahun mendatang kita beri peluang pada PAKATAN RAKYAT dan sekiranya tidak berubah maka kita yang cintakan tanahair berdaulat ini perlu buat sesuatu yang lebih indah.

Hapus dan pecahkan minda anda , kerana peranan pemerintah adalah membela dan melindungi harta tanahair tercinta bukan sebaliknya.



video taib mahmud
Video kali yang kami ingin benar kongsikan kali ini cukup dengan kualitinya, tidak samar-samar muka pelakunya dan yang paling pentingnya ada warna. Ok baiklah…
Sebelum ini kami pernah kongsikan laporan mengenai hartanah dan istana milik “Raja Sarawak”, Tan Sri Taib Mahmud, adik beradiknya, saudara maranya dan kroni-kroninya (DI SINI). Masih ingat lagi rahsia bagaimana untuk menjadi kaya seperti dikongsikan oleh Tan Sri Taib Mahmud selaku Ketua menteri Sarawak selama tempoh lebih 30 tahun lamanya?
Mudah sahaja, merompak kekayaan dan sumber asli negeri Sarawak.
video taib mahmud
Taib Mahmud didakwa memiliki kekayaan sehingga RM46 bilion dan kekayaan anak-beranaknya, adik-beradiknya, kaum-kerabatnya dan kroni-lroninya (DI SINI)
Ishh…..Berita Semasa tidak baik tuduh-tuduh, fitnah. Berdosa! Nanti Tuhan Allah marah. , baiklah. Ok Berita Semasa hanya menyampaikan sahaja apa yang didedahkan sendiri daripada mulut emas kalangan kaum kerabat Taib Mahmud & juga rakan perniagaan, bagaimana cara mereka merompak kekayaan & negeri Sarawak selama ini meliputi kawalan tanah, perhutanan dan lesen perladangan di negeri Sarawak ini, sehingga hampir habis licin hutan hujan di Sarawak (yang tinggal sekitar 5% setakat ini).
video taib mahmud
Nah…di bawah ini adalah video yang mendedahkan secara teliti bagaimana modus operandi yang digunapakai untuk menghalalkan salah guna kuasa, korupsi dan penganiyaan kepada rakyat Sarawak sendiri selama tempoh 30 tahun oleh kalangan kaum kerabat Tan Sri Taib Mahmud :
  • Anda akan didedahkan dengan cara yang cukup terperinci bagaimana cara untuk mengelakkan membayar RPGT, seterusnya membuat keuntungan yang maksimum
  • Bagaimana cara untuk membenarkan warga asing memiliki 51% saham syarikat di Malaysia?
Bagaimana? Sudah selesai menontonnya? Adakah anda sudah menemui jawapannya sedikit sebanyak bagaimana wang haram (illicit fund) yang keluar dari Malaysia berjumlah sekitar lebih RM1.052 trilion (DI SINI SUMBERNYA) terhasil? Ya…begitu licik kaedah yang digunapakai.
video taib mahmud
Kami sendiri terus-terang mengatakan di sini berasa cukup sedih, kecewa, geram, bagaimana tergamak mereka boleh melakukannya. Entahlah…mungkin apabila melihat nasib rakyat Sarawak sendiri sekarang ini. Sayang negeri kaya, tetapi ramai lagi rakyat Sarawak kekal begini.
video taib mahmud
Mereka tidak mahu bangunan tertinggi di dunia, bangunan terpanjang di dunia, projek berbilion sana sini, pelbagai projek empangan di Sarawak. Apa yang mereka mahukan adalah hak mereka tidak dirampas, keperluan asas seperti elektrik, air dan jalan disediakan. Itu sahaja. Hakikatnya?
video taib mahmud
Dan ayat ini yang kami sama sekali tidak terima. Rupanya inilah pandangan mereka terhadap rakyat miskin di Sarawak :
“Kamu tahu mereka ini termat miskin di Sarawak. Dan bila pemimpin-pemimpin datang melawat mereka menggangap pemimpin-pemimpin ini umpama raja. Dan mereka mengharapkan sedikitt derma. Hakikatnya, kebaikan yang Taib Mahmud lakukan di Sarawak jauh melebihi keburukan yang didakwa terhadapnya seperti rasuah & lain-lain. Tetapi…..” – Sepupu Taib Mahmud (Fatimah Abdul Rahman)
video taib mahmud
taib mahmud
Kepada Fatimah Abdul Rahman, walaupun rakyat anda miskin, tiada pelajaran dan pendidikan, hidup dalam serba kekurangan tetapi mereka ini ada maruah dan harga diri. Itu sahaja. Jangan bongkak. Tuhan boleh ambil nikmat yang diberikan kepada nada dalam masa sekelip mata sahaja.
taib mahmud video
Dan kami bertambah terkilan sehingga ke hari ini, setelah begitu banyak bukti demi bukti yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia, termasuklah rakyat yang prihatin dari luar negara, Tan Sri Taib Mahmud dan kaum kerabatnya masih lagi kebal tanpa disentuh untuk disiasat.. Mengapa? Dan sampai bila mahu dibiarkan?

sumber : http://beritasemasa.com/video-taib-mahmud-kaya-sarawak

Rabu, Februari 27, 2013

Jika BENAR : Advantange buat PR Pasir Salak! atau ... cerdiklah kalian.

siapa dikau?
Timbul persoalan siapakah yang bakal mengantikan tempat Tajuddin Ramli di Pasir Salak.Perbagai spekulasi telah dibuat ,

Jangan merasa terkejut kalau anda dapati Zambry Abd Kadir akan bertanding disana sebagai Ahli Parlimen.Sebenarnya kawasan Kg Gajah,Pasir Salak,Bota dan Belanja adalah kawasan yang ahli ahli UMNO merasa cukup selamat untuk bertanding walaupun kawasan Parit telah membuat perubahan pada tahun 1969 dan 1999.Namun secara pukulratanya BN menganggap kawasan kawasan ini adalah kubu kuat dan kawasan selamat mereka.

amcm? Dato Tajudin akan berkumbas!

Peralihan Zambry ke Parlimen Pasir Salak ini dilihat sebagai "misi menyelamat pemimpin BN " kerana sememangnya BN sudah melihat bahawa di Negeri Perak sudah tiada harapan untuk BN kembali berkuasa.Sekiranya Zambry dikekalkan di peringkat DUN,beliau akan jadi ketua pembangkang yang tiada kuasa pemerintahan.Ini dilihat sebagai suatu kerugian bagi pemimpin pemimpin UMNO/BN.Untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi maka pemimpin pemimpin terpilih ini terpaksa dialehkan ke Parlimen,kena BN merasakan mereka mampu lagi mengekalkan kuasa di peringkat Persekutuaan.

Tambahan lagi kawasan yang bakal ditandingi oleh Zambry adalah kawasan "selamat".Namun dari gerakkerja yang ditunjjukan oleh Pas Kawasan Kg Gajah,Parlimen Pasir Salak bukanlah suatu kawasan yang mudah kepada BN lagi.Didalam PRU segala kemungkinan boleh terjadi.Dengan kuasa Allah,apa apa pun boleh berlaku.


Laporan dari Telok Bakong Online.

Siapa yang bertanding? anda sebagai voters perlu lebih bijak bukan seronok terkinja2. 

Peperangan PRU ini perlu kepada pengalaman dan selok belok persenjataan minda, bukan saja suka-suka dan tak perlu dengar kata mereka yang terdahulu darinya. 

Kematangan berpolitik diukur dengan kejayaan berfikir dan membuat keputusan berpasukan bukan semata-mata melihat gelombang dan silauan kemenangan sedangkan , keupayaan dan pertahanan diri masih jauh ketinggalan. Wang bukan segala-galanya , namun wang , tenaga , pengaruh dan kewibawaan penentu kejayaan. Silakan ...

Rabu, Februari 20, 2013

Bangsat , lu sudah main kotor. Bendera Besar & banner UPU Kg. Gajah dibakar!

kesan banner Bilik Operasi UPU Kg Gajah dibakar
20 Februari , lokasi di Pejabat Operasi HalWa & Bilik Operasi PAS Kampung Gajah. Kelihatan 2 banner telah dibakar hangus pagi tadi. Kejadian disedari oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut. Apakah salah banner tersebut, atau ada hati-hati yang sakit bilamana kedua-dua bilik operasi PAS ini telah mula dibuka.

Ini strategi kasar sedang dicetuskan oleh BN Pasir Salak.

Laporan Polis telahpun dibuat, walaupun kami jangkakan mungkin tiada tindakan di pihak berkuasa , namun sedarlah bahawa membakar bendera & banner bilik operasi ini seumpama membakar semangat kami untuk terus agresif dan bersiap sedia tempur jika diperlukan.

sebahagian yang telah dibakar 

dikoyak dan digunting

tersergam indah sebelum dibakar
Ini bukan kali pertama berlaku, namun sabotaj terhadap banner PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Pasir Salak sentiasa ada dalam situasi menghadapi PRU. Doa dan solat hajat akan dilakukan agar pengkhianat ini akan diberikan balasan setimpal oleh Allah dan manusia menerusi ilham-Nya.


Bendera PAS bersaiz besar 10' juga telah dibakar lokasi Jambatan Sg Perak , Kg Gajah.
Bendera PAS Kg Gajah bersaiz 10' hangus

Binasalah tangan-tangan Abu Lahab
Ini suatu kesalahan besar dalam undang-undang. !!!!!
INGAT.... Anda telah memulakannya ....  

Ahad, November 25, 2012

Negaraku Oh Malaysia : 'Kamera AES & Peluru Berpandu'

Negaraku Malaysia ... inilah hakikat inilah tabiat. Sesungguhnya kecerdikan yang ada dalam umat manusia negara Malaysia seharusnya dipergunakan bagi melihat sesuatu kenyataan dari sebarang laporan.  Isu penentangan terhadap tindakan kejam Israel Yahudi menjadi persepatakan utama pimpinan utama mana2 parti, namun hakikat yang ada menerusi wang rakyat dipergunakan melebihi tindakan dan kos munasabah yang ada. sejenak diperlihatkan menerusi kenyataan berikut :

Harga sebuah Roket Al-Qassam Hamas: USD 800 (RM 2,500)
Harga sebuah Peluru Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis: USD 50,000 (RM 160,000)

Hari pertama Hamas balas serangan Yahudi Zionis, sebanyak 225 buah Roket Al-Qassam dilancarkan & hanya 90 buah SAHAJA Roket Al-Qassam berjaya ditangkis oleh Iron Dome sehinggakan para Yahudi Zionis di Tel Aviv terpaksa menyembunyikan diri mereka dibawah tanah selama seminggu.


X de la hebat sangat pun Yahudi Zionis ni...

*Kerajaan Malaysia lagi hebat... Beli "kamera AES" dengan harga yang JAUH LEBIH MAHAL dari Iron Dome...

"Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit manakala bagi kamera model Laser Truecam pula dibeli dengan harga RM223,500 seunit"

Bangunlah anak muda dan rakyat Malaysia ... sedar , celik dan bertindaklah sebagai Rakyat yang pintar. 

Sabtu, Oktober 27, 2012

APA BENAR ! : TAJUDDIN ABDUL RAHMAN BAKAL TERSUNGKUR DI PASIR SALAK, BIKIN PANAS!!!

Berita dari ribut El Nino Ameno sedang bertiup kencang!


Stop! Komer jangan suka dulu. Tajuddin Abdul Rahman tersungkur bukan kerana kalah dalam PRU13. Tapi namanya telah tersenarai sebagai third winnable candidate di Pasir Salak. Nama paling atas ialah mamat yang pandai main bola sepak pasukan Seladang! N3 tentang Mamat tu di sini. Nama kedua Yong tak tahu dan tak kisah.

Mamat yang pandai main bola sepak ini bakal menyingkirkan Tajuddin. Ini takde kena mengena dengan paras rupa Tajuddin yang sentiasa nampak garang berbanding dengan Zainol Fadzi yang gambornya suka senyum. Tapi kabornya ramai di kalangan UMNO tak tahan dengan mulut jeghabei si Tajuddin.

Zainol Fadzi tersenarai sebagai calon DUN Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak. Wah! Hebat mamat nih! Tahun depan Seladang akan pergi ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia! Hahaha!

Tau tau sajalah perangei orang umno. Bila tak terpilih, mulalah demer akan sabotaj parti. Harap perkara ini akan terjadi. Huhuhu! Penat Tajuddin mengampu Rosmah. Tapi nama tersingkir jua akhirnya.

Nampaknya UMNO kawasan Parlimen Pasir Salak udah pecah. Yang muda sokong Zainol Fadzi. Yang warga emas sokong Tajuddin!. Hmmm...





aDMIN : Lantok komer! 





(COPY PASTE)


Jumaat, Oktober 19, 2012

PAS Pasir Salak masih relevan ditempat sendiri ... PKR Hero menyerahkan kembali...

Hakikat dan sejarah menyatakan bahawa kebenaran dan hak pasti akan datang. Begitu juga dialam nyata bahawa kawasan sejarah ditandingi PAS kini tegas menyatakan kesudian menerima semula perkara yang telahdipinjamkan sebelumnya.

Deklarsi 16 Oktober , kini menjadi bualan hangat oleh PKR Cabang Pasir Salak yang ingin sekali lagi menafikan apa yang pengundi tidak mengetahuinya. dan sejauhamna ketaatan terhadap orang nombor satu dalam cabang itu sendiri. Sejarah ketika sebelum berlakunya pertemuan tersebut sedikit sebanyak untuk sama-sama membina atas citarasa kita semua. Document mutlak jelas menunjukkan presiden PAS Negeri & Pusat sentisa peka terhadap perkembangan semasa.

Komen seseorang dalam blog , menunjukkan orang - orang awam sering alert tentang sejarah terbina. Maka sewajarnya pihak pimpinan pusat mengambil kira nota kaki tersebut.

Pinjam kena pulang
Pengundi, pimpinan mesti salin bagi mengetahui duduk perkara terhadap pembahagian kerusi yang diperkatan sebelumnya. Cabang Pasir Salak  tetap hero bersama kita semua. Anak2 masa kini akan diingatkan tentang perjanjiaan tersebut dan dalam masa yang sama, sejarah kebenaran pernyataan tersebut dapat tercatat dikepala masing-masing.

Klik survey Rakyat dialam maya SINI

Hubungan baik sesama PR semakin utuh dengan isu-isu global. Walaubagaimanapun isu tempatan dan cubit2 dalam adik beradik sentiasa berlaku, lebih2 lagi adik beradik yang berlainan warna kulit. Sedangkan anak2 kita sering mencuit2 satu sama lain.... salah faham. biasa dalam lumrah alam. Manusia terutamanya.

http://www.blogger.com/comment.g?blogID=2519699918667813785&postID=9170040834277183336&isPopup=true

Insyallah dengan kesedaran diri dan membuang ego masing-masing, kerjasama akan berterusan.

Ahad, Oktober 14, 2012

KONSERT DI MEGAMALL, PAHANG : Satu lagi PENGHINAAN TERHADAP ISLAM. BATAL , BERTAUBATLAH & MOHON MAAF SEGERA!!!

Sebelum ini yang sering kita terbaca, Hari Raya Puasa yang sering di pergunakan oleh pihak yangtak bertanggung jawab kerana nak mencari keuntungan dan publisiti.. 

Kini Hari Haji pun ada pihak sanggup ambik kesempatan yang sama...


 BIADAB! Kaabah dihina di Megamall Kuantan. Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama islam serta merta! Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang? ABU!!
SEBARKAN DAN PROTEST SEHINGGA EVENT KURANG AJAR INI DIBATALKAN SERTA MERTA! — 

**Penghinaan yang sukar diterima oleh msyarakaat Islam dunia. Kemana perginya penasihat2 agama negeri dan negara juga apa kata mufti???

Isnin, September 03, 2012

Sang Saka Malaya : Penting Untuk Dibaca & Dinilai suatu Komuniti Menghidupkan sebenarnya sejarah


Kg. Gajah 03 September 2012 / 16 Syawal 1433, pengakuan dan rasa bertanggongjawab kalangan anak muda atas apa yang telah mereka lakukan. Kami ingin memaklumkan apa yang benar peristiwa sejarah di tanah air, kami tidak mau di perbodohkan. Dengan itu kami mengaku dan pertanggongjawab apa yang telah kami lakukan.


Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. 

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. 

PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. 

Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. 

PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. 

 Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. 

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

seelok-eloknya rencana ini dapat di baca oleh pencacai UMNO untuk pengetahuan dan ilmu kaitan dengan proses kemerdekaan negera.

Rabu, Jun 27, 2012

Selat Pulau kini diperhati pimpinan PR sebagai isu penganiayaan

Semalam 25.6 , YB Dato Seri Ir Nizar melafazkan isu Penduduk Kg Selat Pulau di Dewan Rakyat atas penganiayaan 6-7 orang dinafikan hak mereka setelah memperolehi geran peruntukkan Azam Tani. Hari ini 26.6.12 beliau dah pun sampai ke Kg Selat Pulau - Kg Bawah Bungor & Kuliah Maghrib di Kg Biak Mukim Pasir Salak.

Mengeteh bersama ramai dan santai YB DS Ir Nizar yang dikenali

Inilah namanya prihatin, nama2 kg diatas tu taklah segah nama YB Dato Tajuddin Abdul Rahman, namun atas rasa tanggungjawab YB DS Ir Nizar, maka Dewan Rakyat dilaungkan Kg Selat Pulau. 
Sibuk-sibuk pun sempat main satu frame karom 
Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj juga dijalankan di Madrasah Kg Biak, Mukim Pasir Salak. Biar pun kuliah maghrib namun secara santai YB DS Ir Nizar telah dapat mengupas realiti kehidupan seharian perua adanya semangat yang tersirat disebalik peristiwa Israk & Mikraj. Dimana setiap individu dari kita seharusnya perlu mendengar teguran dan pandangan orang lain termasuk yang memberikan padangan tersebut adalah orang bawahan dalam sesuatu organisasi.

Kuliah Maghrib mantop untuk komuniti setempat

Rata-rata jemaah yang hadir sangat berpuas hati mendengar bicara / tazkirah / kuliah dan juga penerangan tersirat atas isu yang didakwa oleh pihak pemerintah kini tentang Isu WWW1 oleh Sultan Johor. Sejurus program sepetang di Pasir Salak, beliau bergegas menghadiri  satu ceramah di Dun Changkat Jong bersama Leman Raja Lawak pula.

Ziarah pesakit & menyembuh selamat
Terima kasih YB DS Ir Nizar, Mediaperak.com & paspasirsalak.blogspot.com atas pembongkaran isu hasad dengki UMNO ini.


Selasa, Jun 26, 2012

Menipu budaya siapa?

Bertindak menerusi hebahan dan pembongkaran blog paspasirsalak & Mediaperak.com , YB Dato' Seri Ir  Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengemukakan soalan terus kepada YB Dato' Tajuddin Abdul Rahman didalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen semalam 25/6/2012. Keprihatinan beliau untuk mendapatkan jawapan balas dipuji oleh masyarakat & rakyat bawahan terutama pihak yang terlibat di ceruk Kg Selat Pulau, Mukim Pasir Salak. Jawapan balas yang bersahaja telah diberikan oleh YB Dato' T, dengan menyatakan beliau baharu sahaja diberitahu sehari sebelumnya dan akan memastikan bahawa isu ini akan diselesaikan.

Namun , rope-ropenye , bukti sahih keluar dengan menunjukkan bahawa surat sokongan larangan dan sekatan bantuan terhadap 6 orang mangsa yang dikatakan pembangkang itu telah pun diberikan laluan s.k. sendiri kepada pihaknya. Tarikh surat 4 April 2012. Aduyai... kalu dalam dewan rakyat pun boleh bohong, apatah lagi bila berhadapan dengan pengundi di Parlimen Pasir Salak terutama DUN Kampung Gajah!!!

Berikut adalah pembongkaran oleh Mediaperak.com


Oleh: MSK
Pertama sekali aku nak ucap tima kasih kat Yob Nizar yang membawa isu pemberian geran Azam Tani ke Parlimen sebaik saja artikel tersebut disiarkan. Mediaperak menyiarkan artikel tersebut pukul 9 pagi, pukul 12.40 tengahari, isu tersebut bergema di Parlimen.
Ada sesuatu yang tak kena dengan ayat yang ditulis oleh Nizar dalam Facebooknya ini. Ahli Parlimen Pasir Salak hanya mengetahui tentang perkara ini semalam, (24 Jun 2012).
Tak masuk akal kalau Tajudin hanya mengetahui “semalam” sedangkan surat yang dibuat oleh Ketua Cawangan Umno Selat Pulau itu bertarikh 4 April 2012.
Satu salinan surat tersebut telah diberikan kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato Tajuddin Abd. Rahman.
Salinan penuh surat-surat diatas boleh dilihat dalam artikel semalam disini.
Kalau Tajudin mengatakan dia baru menerima surat tersebut semalam, bermakna surat tersebut mengambil masa 80 hari untuk sampai dari Kampung Selat Pulau ke pejabatnya di Pasir Salak. Kalau suruh kura-kura jadi posmen tukang bawak surat pun mungkin boleh sampai dalam masa dua hari.
Kalau Tajudin mengatakan dia “baru melihat surat tersebut semalam” (Ahad), Ada sesuatu yang tak kena dengan sistem pengurusan Ahli Parlimen Pasir Salak. Orang yang dapat bantuan sudah ramai yang dapat. Orang yang tak dapat bantuan walaupun sepatutnya dapat telah pun berjumpa dengan pelbagai pihak…tapi Tajudin baru dapat surat bantahan “semalam”!!
Kamon la Tajuddin…kalau ahli Parlimen pun kaki auta..apa yang nak diharapkan kepada Ketua Cawangan?
Bila berita tentang skandal Ketua Cawangan Umno jadi panas, macam-macam la yang berlaku. JKKK Kampung Selat Pulau dah mula bergaduh sama sendiri…sapa yang bocor rahsia??
Ada JKKK yang dah mula buat pengakuan, bahawa mereka dipaksa oleh Ketua Cawangan untuk menandatangani surat tersebut. Ada juga yang kata, “Ini mesti kerja Tok Penghulu dulu!!”
Tak payah bising-bising la. Minta kepada semua yang terlibat, dari Pegawai Daerah hinggalah Pegawai Pertanian, supaya melaksanakan janji-janji Tajudin dalam Parlimen. Pastikan mereka yang terpilih itu mendapat hak mereka. Selesai.
Kalau tak selesai, Maka nampak sangatlah buruknya sistem pentabiran kita. Pagawai Daerah, Pegawai Pertanian Negeri, Daerah…semuanya tak boleh buat keputusan. Sebaliknya terpaksa tunduk kepada keputusan Ketua Cawangan Umno.
Malu la.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/26/tajudin-pasir-salak-bohong-dalam-parlimen/


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO