Memaparkan catatan dengan label ANAK MUDA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANAK MUDA. Papar semua catatan

Ahad, April 28, 2013

Konvoi Jelajah DUN N49 Kampong Gajah : Meriah dan bersemangat

Singgah di Kompleks Sejarah Pasir Salak
28 APRIL 2013 , perancangan yang begitu singkat namun tetap bersemangat itulah XPDC Konvoi Jelajah Dun Kampong Gajah yang menjangkau 120 km. Dengan kekuatan anggota seramai tidak kurang 200 peserta , konvoi bermula jam 8.00 pg di UPU Kampung Pulau Juar, Kg. Gajah.

Semangat & meriah
Menyusuri jalan kesetiap ceruk kampung, konvoi menyampaikan mesej jelas terhadap wadah pemuda yang mantap berjuah demi rakyat dan kemenangan Islam.

Bawa panji dan syiar ISLAM
Kekuatan yang ditonjolkan memberi gambaran perubahan telah berlaku. Anak muda berinspirasi Islam berkonvoi dengan adab dan santunan terhadap penduduk setempat.

Mendengar tazkirah
Kompleks Sukan Kg Gajah terus ke Sg. Galah , Kampung Pulau Tiga ke Selat Pulau Changkat Lada dan serata zon anak sungai dijelajahi.

Konvoi dapat Ilmu pun dapat
Risalah kesedaran dan maklumat semasa juga diedarkan bagi menyatakan kebenaran dan rasa tanggungjawab menyampaikan pesanan kemenangan wadah Islam.

Di Majlis Penutup bersama Timbalan YDP Pas Pasir Salak
Bila waktu solat, maka bersolatlah secara berjemaah. Bila melihat kemungkaran maka menyatakan kebenaran itu suatu tuntutan . Konvoi pencetus semangat anak muda untuk bersantai dan ianya telah berjaya sampai ke destinasinya di MTD Kampung Gajah pada jam 4.00 petang.

Drs Ishak Shaari , Calon N49 Kampong Gajah turut mengisi ruang bersama konvoi
Tahniah Dewan Pemuda PAS Pasir Salak bersama Majlis Tindakan Pemuda Dun Kampung Gajah atas penganjuran konvoi tersebut.
Solat berjemaah diwajibkan 
Demi Rakyat Dan Kemenangan ISLAM. PAS Pilihan Kita Semua. 

Sabtu, Februari 23, 2013

Ust Azhar Idrus d' Kg Gajah : Pencinta Ilmu & Ulama Perak & Selangor ayuh HADIR BERSAMA.

Mini stadium sebelum diset up
23 Februari 2013 , Sahabat Masjid Lama Kampung Gajah dengan kerjasama Pihak Ust Azhar Idrus dan pencinta Ilmu Allah setempat bersiap sedia menntikan kehadiran 'Pendaakwah Sejuta Umah' UAI di Parlimen Pasir Salak. Hari ini , gotong - royong membanting tenaga bersama sahabat2 Masjid Lama Kg Gajah dan anak-anak muda. Suasana meriah dan kerjasama sepakat ini tidak dapat dibayar sesen pun asal matlamat inginkan program ini berjalan dengan sebaik mungkin.

berkerjasama demi Ilmu Allah
Mini stadium Kampung Gajah akan menjadi sejarahnya yang tersendiri apabila julung kalinya diadakan program UAI ini. Seingat pakcik pernah 7-8 tahun lepas telah diadakan Forum Perdana Ehwal Islam dan selepas itu , suram tiada program seumpamanya disini.

tangki air kemudahan berwuduk & qado hajat
Gotong royong yang diatur oleh JK Penganjur ini merupakan rentetan dari kesunyian pihak berwajib atas padang awam ini menyelenggaranya, namun berkat kerjasama dan iniseatif JK Penganjur , beberapa bahagian kemudahan padang ini telah dapat diatasi terutama tandas, saliran longkang dan peparitan. Alangkah baiknya pihak MDPT (Majlis Daerah Perak Tengah) turut sama pada hari ini. Pastinya kerjasama ini akan dikenang kelak, tapi apa kan daya JK Penganjur terpaksa bersendirian.

Justeru ayuhlah pencinta ILMU buktikan kecintaan kita pada syariat Allah dalam memburu ILMU bersama Ulama bagi meneruskan momentum kemenangan syiar Islam dimuka bumi ini.




tandas yg asalnya amat menyedihkan namun kini , kami cat baharu

saliran dibetulkan

gandingan berkerjasama

insan yg bertanggungjawab terhadap persiapan tempat
Ingat malam esok 24 Februari 2013 di Mini Stadium Kampung Gajah , kita berkumpul dalam naungan malaikat Allah. Jom ramai-ramai.   

Ahad, Januari 06, 2013

Konvoi Amal Shabab al-Insaf, Geng Anak Muda Maybank semarak ukhuwah ISLAM N49 Perak

Sedia beramal
SABTU, 5 JANUARI 2013 Konvoi Amal Shabab al-Insaf , Surau Menara Maybank telah hadir ke bumi bertuah Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak dalam misi Amal kebajikan bersama Dewan Pemuda & Komuniti Jemaah Islam Kampung Gajah. Team Amal Shabab al-Insaf , Surau Menara Maybank ini adalah dibawah naungan Persatuan Kakitangan Pekerja Islam Maybank Malaysia Berhad berpengkalan di Kuala Lumpur (PKIMB). 


taklimat di Masjid Lama Kg Gajah
team beristirehat
Kehadiran dan keprihatinan geng anak-anak muda begini amat-amat dialu-alukan oleh jemaah tempatan dimana mereka dapat menyuntik semangat saling bantu-membantu golongan yang memerlukan  seterusnya jurang bandar dan luar bandar dapat direalisasikan atas dasar hikmah ukhuwah persaudaraan.  


sama beramal
ukhuwah terjalin
Sejumlah 15 buah motorsikal berkonvoi merentasi 280 km dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah, Perak beristirehat di Masjid Lama Kampung Gajah satu-satunya masjid paling padat pengajian hariannya di kawasan Parlimen Pasir Salak ini. Kesungguhan peserta konvoi yang tiba di lokasi ini jam 12 tengahmalam setelah memulakan perjalanan mereka sejurus sesi tugas masing-masing pada hari Jumaat tempohari. Berpagi-pagiannya Kuliah subuh pengajian sepanjang hayat di Masjid Lama Kampung Gajah menjadi agenda pengisian ilmu para peserta.
reda kesakitan, ziarah mereka penuh keinsafan
Menurut Saudara Mior Mohd hilmizan (org parit) selaku Ketua XPDC syabab  program ini yang bermatlamatkan kebajikan dan ukhuwah pada asalnya merupakan sambilan dalam misi menerima jemputan walimah d kg tersusun changkat lada, namun sambil itu amal kebajikan dapat diteruskan. Team ni sering kali konvoi amal. Dana sumbangan amal kebajikan ini  di perolehi menerusi ahli shabab sendiri dan kakitangan menara maybank.


prihatin warga emas , Bakal calon pun turut serta bersama
Membantu fakir, OKU dan sesiapa yg memerlukan adalah fokus konvoi xpdc. Kerjasama daripada Jawatankuasa PAS kawasan dan PAS MTD Kampung Gajah juga bersama MTPD memberikan impak positif terutama insan-insan yang diziarahi. Sumbangan pertama saudara Rosli(ham) yang terlantar kesakitan akibat kemalangan 10 tahun lepas. Kedua rumah belakang surau kg jawa, rumah Kampung Bawah Bungor dan Kampung Sg. Rangam.


Pengarah PAS MTD Kg Gajah turun memberikan sokongan
Sdra Rosli (Ham) dikenali sama diziarahi
JKuasa PAS Kawasan Pasir Salak, PAS MTD Kampung Gajah, Dewan Pemuda PAS Kawasan , JKuasa Masjid Lama Kampung Gajah dan lain-lain komuniti jemaah ISLAM setempat mengucapkan jutaan terima kasih dan ribuan penghargaan buat penganjur. Semoga dengan program seumpama ini akan dapat memberikan keberkatan rezeki dan amal kebajikan sesama peserta. Jazakallah, dan jangan lupa datang lagi.

- adie76

Rabu, Disember 26, 2012

Jelajah Tawan Kg Gajah buka mata Gen X, Gen Y & Boomers

Dalam kesederhanaan mengatur program, MTD Kampung Gajah menerima kehadiran pimpinan PAS negeri Perak ats tujuan Jelajah Mesra Tawan Kampung Gajah dengan 1001 senyuman. Program yang diatur bermula di Pekan Sehari Selasa Kampung Gajah, Kedai Kak Wok, Kedai Kak Zai dan sekitar lokasi pelusuk dun ini.







Dimalam harinya, serata lokasi diadakan program penerangan ceramah keompok , pemimpin turun padang memberi penerangan. Kesungguhan dan semangat anak2 muda menerusi Dewan Pemuda PAS Pasir Salak, Dewan Ulama Pas Pasir Salak dan Helwa bergabung tenaga memberi inspirasi petugas dan jentera parti bagi merealisaikan kejayaan kelak. Insyallah, Takbir... Allahu Akbar!!!

Jumaat, Disember 14, 2012

Jom Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak 16hb. Dis. 2012

Konvoi bersama anak-anak muda Parlimen Pasir Salak
Bumi Malaysia menjadi saksi Kebangkitan Rakyat perlu ditanam disanubari. Medan seterusnya untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat , kini akan berlangsung di Bandar Seri Iskandar, Perak Tengah.

Jom semarak beramai-ramai dalam himpunan aman  kebangkitan  rakyat Perak
Seluruh rakyat Perak harus turun bagi menyatakan sokongan dalam masa yang sama mengetahui isu-isu Perak yang akan ditampilkan menerusi penerangan, pameran dan memorendum terhadap pergelutan dan penyelewangan yang ada mengelilingi rakyat Perak itu sendiri.


Dialu-alukan bersama menjaga keselamatan diperjalanan.

Pelbagai sudut dan arah menuju matlamat mengetahui isu Perak sebenar.
 
Jangan ada yang ketinggalan!!!

Perjuangan NGO-NGO dalam memastikan hak rakyat digalas sepenuhnya oleh pimpinan akan ditonjolkan pada dan sepanjang perhimpunan ini diadakan. Jom semarakkan beramai-ramai demi kebangkitan dan kesatuan sebenar menentang pengabis harta rakyat 55 tahun lamanya.

Hadiri Himpunan, tingkatkan pengetahuan dan kesedaran, Hancurkan kezaliman, Gerunkan Pasukan Lawan, 
Islam Bersatu Kemenangan Dijulang.

Ahad, Disember 09, 2012

Mediaperak : persepsi dan pencetus minda keterbukaan calon & pengundi. Pick up all of you! ABU!!!

Jelajah Mediaperak
Jelajah Mediaperak singgah seketika di Medan Selera , Kampung Gajah. Berkonsepkan santai dengan menyiarkan Filem Hak Asasi Manusia yang diterbitkan oleh KOMAS. Antara lain filem bejudul Katak , Hak yang telah hilang , The Silent Riot dan The right of dead. Dalam penjeljahan dan program santai ini , Mat Saman Kati (MSK) juga mengambil tempat bagi menyampaikan suatu slot bual bicara dengan tajuk 'Inovasi Politik' khas untuk tatapan yang hadir.

Hadirin yang setia menjadi pemikir dan pemerhati
Respon yang menarik dalam menjana pemikiran terbuka diluar kotak. 3 konsep perubahan politik dihuraikan penuh dengan fakta dan penyampaian bersahaja bagi memberikan pencerahan terhadap perubahan buat Generasi Independent , yang mana mereka ini adalah penentu masa depan negara dan corak pemimpin negara masa akan datang.

Anak muda agen perubahan kepimpinan nagera
Perubahan corak berpolitik dapat disaksikan dengan pemikiran berbeza daripada fokus semata-mata terhadap kepartian. Bagi penganjur, lokasi penayangan yang secara terbuka sebenarnya memberi ruang untuk mana-mana individu atau pihak untuk mengambil kelebihan berfikir agar memperkukuhkan gerakan kemenangan dan kejayaan kumpulan mereka sendiri.


MSK sedang membentangkan 'Inovasi Politik'

MSK memberikan penjelasan untuk kemenangan

Lontaran keperluan terhadap isu-isu setempat adalah penting buat setiap calon yang dipilih atau sedang diangkat oleh parti masing-masing. Namun hakikatnya ketidak seriusan pihak tertentu untuk mengambil peluang ini amatlah mendukacitakan. Seharusnya melihat kekurangan pihak penganjur dan lontaran idea ini akan membuahkan 1001 persoalan kebangkitan dan tarikan buat mereka yang tidak berparti , kerana golongan ini adalah penentu kemenangan dan sangat cerewit untuk memilih calon pilihan mereka. Calon yang telah dan akan dipilih bagi PRU-13 perlu lebih tumpuan dan peka terhadap 'local issue' dan perlu menonjolkan sepenuh keyakinan buat seluruh pengundi mereka terhadap apakah misi dan visi beliau bagi menangani permasalahan setempat. Jangan disaat yang getir mencari dan menjejaki kemenangan ini , calon sendiri yang akan tercicir dan tersungkur hanya kerana kurang keyakinan pengundi terhadapnya. 

Ketua DPP Pasir Salak , sempoi...

Kecerdikan dan kebijaksanaan pengundi adalah faktor kemenagan calon PR. Manakala selagi mana pengundi kebingunggan dan diperbodohkan dengan media arus perdana semata-mata, maka selagi itulah parti yanga ada sekarang ini dapat berkuasa. 

Atas ertikata lain, selagi rakyat tidak terbuka berfikir, selagi itu BN amat bisa berkuasa. Harapan besar untuk menghampiri ke garisan penamat ini janganlah calon kita tersungkur dengan perangkap musuh yang kini menanti untuk menyerang dan memenangi hati rakyat dengan keyakinan tersendiri. Go go go open and menangi hati pengundi setempat dengan langkah dan perubahan mantap bermula dari diri kita sendiri menjangkau pemimpin yang mempunyai nilai yang tinggi. Insyallah kita jemaah boleh berjaya walaupun sesiapa calonya.

Isnin, Ogos 27, 2012

Kahwin lagi bersemangat menumbangkan UMNO : DPP Pasir Salak

Saf Kepimpinan DPP Pasir Salak bersama Pengantin yang diraikan
26 Ogos 2012 , Kampung Biak setelah hampir 2 bulan sebelumnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Salak mendirikan rumahtangganya kini Ketua Penerangan DPP Pasir Salak pula mengambil tempat selaku pengantin baharu. Sdra Syuhaibi Arshad atau lebih dikenali dengan panggilan Syabi, hari ini menjadi sejarah hidupnya sebagai seorang suami dengan pasangannnya Nurul Huda.
Sdra Syamsul Ketua DPP Pasir Salak juga baharu berkahwin 


Hari Bahagia Syuhaibi
Walaupun berumahtangga tidak sesekali mematahkan semangat anak-anak muda untuk terus menidurkan diri daripada perjuangan. Sdra Syamsul Ketua DPP Pasir Salak contohnya kini semakin semmangat membawa misi pemburuan kemenangan Islam di Parlimen Pasir Salak ini dan khasnya di DUN Kampung Gajah. Dengan strategi tertentu maka semangat dan kekentalan anak muda sentiasa berkobar disebaliknya adalah Muslimat Solehah.

Kampung Biak malam ini menjadi saksi atas ikrar anak muda bujang mahupun sudah berkahwin untuk terus bersama misi kebenaran dan Islam sebagai perjuangan. Disiangan harinya, sibuk melayan tetamu dalam majlis walimatul urus dan di malamnya pula suatu dialog khas anak-anak muda DPP Perak bersama kawasan dan mtd turut meraikan hari bahagia ini dengan pengisian mantap kearah membawa kesedaran bersama masyarakat setempat.

Raja Dr Iskandar al-Hiss , selaku Ketua DPP Perak yang juga Exco DPP Pusat mengambil tempat dalam menyampaikan maklumat penting atas kebenaran dan membawa kepada perubahan mandat pemerintah sedia ada. Pelbagai data didedahkan bersama rakan seperjuangan Sdra Salman selaku SU DPP Perak menjadikan malam sejarah buat pengantin sebagai malam pendedahan kezaliman pemerintah yang ada pada masa kini.

Senyum pengantin bersama Calon DUN Kg Gajah & Raja Dr. Iskandar al-Hiss
Beberapa slide dipertontonkan buat tatapan masyarakat setempat dan kampung yang juga asalnya adalah kubu kuat umprno ini. Turut menyampaikan pendedahan tersebut ialah penampilan Drs Ust Ishak Shaari yang juga calon PAS DUN Kampung Gajah sememangnya merupakan calon Dewan Pemuda Pas Perak. Penampilan bersahaja beliau dengan semangat untuk terus bersama kebenaran yang diinginkan.

Buat pengantin baharu, Selamat Pengantin Baharu diucapkan dan semoga fikrah dan kedaulatan Islam akan terus dijunjung dengan semangat kekeluargaan dan tanggungjawab (amanah) Allah di bumi bertuah ini agar terhapus golongan pemerintah yang sentiasa mengaut keutungan sesama mereka.

Takbir !!!! Allahu Akbar !!!! Barakallahu Lakuma Wabarakallah alaikuma wajama' bainakuma fi khair...
Tahniah & terima kasih tuan seisi rumah.

Rabu, Ogos 22, 2012

Xpresi Aidilfitri Anak Perantau Kg Gajah

21 Ogos 2012 (SELASA) , Majlis Tindakan Pemuda DUN Kg Gajah telah mengambil inisiatif daya orang muda bagi menganjurkan Xpresi Aidilfitri Anak Perantau Kg Gajah. Penganjuran ini mendapat kerjasama baik menerusi Dewan Pemuda Pasir Salak dan Pas Majlis Tindakan DUN Kg Gajah.

mereka diantara yang hadir
Drs Ust Ishak Shaari melontarkan ucapan pengenalan
Juadah Aidilfitri telah disediakan bagi mereka yang hadir secara santai disamping bertukar-tukar fikiran anak perantau. Sambil berbual-bual dikala lama tidak bersua, pengunjung diraikan dengan pengenalan calon-calon yang bakal dijangka untuk dikemukakan dalam PRU-13 kelak.

bersama Zua XPDC
Penampilan istimewa artis tersohor anak tempatan saudara Zua XPDC turut mengambil tempat membuat persembahan dengan beberapa koleksi lagu2 raya dan hitnya. Seramai 70 orang anak-anak tempatan dan perantau hadir pada malam ini bagi menyatakan sokongan melaksanakan kebenaran menentang kezaliman yang sedia ada dikalangan pimpinan negeri dan negara masa kini.

Sudat yang berbeza
Zua XPDC berhari raya di kampung sendiri
 Namun disuatu sudut yang berbeza, kg gajah juga menjadi lakosi haram pusat karaoke tempatan. Malam tadi juga tidak kurang dalam penentang budaya santai anak muda perantau tetapi di sudut ini selamba sahaja mereka berseronok2kan.

jinak-jinak merpati
 Sokongan anak muda diperantau sangat positif dalam perkembangan pemikiran terbuka seterusnya memastikan kepulangan aidilfitri ini menambahkan kecerian sanak saudara tempatan.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO