Rabu, Mac 20, 2013

Bau Busuk BN semakin HAPAK!!!

Sesuatu perlu dipelajari dari petikan berita ini menerusi video klip khas yang dipaparkan. Membaculkan nilai tanahair adalah hadir dari kepimpinan negara dan negeri sendiri di bawah Barisan Nasional. Siapa yang mengadai harta pusaka negara adalah BN yang memerintah lebih 57 Tahun.

Bukan hanya di Sarawak , yang pasti mulut tertutup rapat kini bau busuknya telah merebak keluar. Ayoh wahai RAJYAT MALAYSIA bersama anda adalah AMANAH ALLAH sebagai khalifah. 5 Tahun mendatang kita beri peluang pada PAKATAN RAKYAT dan sekiranya tidak berubah maka kita yang cintakan tanahair berdaulat ini perlu buat sesuatu yang lebih indah.

Hapus dan pecahkan minda anda , kerana peranan pemerintah adalah membela dan melindungi harta tanahair tercinta bukan sebaliknya.



video taib mahmud
Video kali yang kami ingin benar kongsikan kali ini cukup dengan kualitinya, tidak samar-samar muka pelakunya dan yang paling pentingnya ada warna. Ok baiklah…
Sebelum ini kami pernah kongsikan laporan mengenai hartanah dan istana milik “Raja Sarawak”, Tan Sri Taib Mahmud, adik beradiknya, saudara maranya dan kroni-kroninya (DI SINI). Masih ingat lagi rahsia bagaimana untuk menjadi kaya seperti dikongsikan oleh Tan Sri Taib Mahmud selaku Ketua menteri Sarawak selama tempoh lebih 30 tahun lamanya?
Mudah sahaja, merompak kekayaan dan sumber asli negeri Sarawak.
video taib mahmud
Taib Mahmud didakwa memiliki kekayaan sehingga RM46 bilion dan kekayaan anak-beranaknya, adik-beradiknya, kaum-kerabatnya dan kroni-lroninya (DI SINI)
Ishh…..Berita Semasa tidak baik tuduh-tuduh, fitnah. Berdosa! Nanti Tuhan Allah marah. , baiklah. Ok Berita Semasa hanya menyampaikan sahaja apa yang didedahkan sendiri daripada mulut emas kalangan kaum kerabat Taib Mahmud & juga rakan perniagaan, bagaimana cara mereka merompak kekayaan & negeri Sarawak selama ini meliputi kawalan tanah, perhutanan dan lesen perladangan di negeri Sarawak ini, sehingga hampir habis licin hutan hujan di Sarawak (yang tinggal sekitar 5% setakat ini).
video taib mahmud
Nah…di bawah ini adalah video yang mendedahkan secara teliti bagaimana modus operandi yang digunapakai untuk menghalalkan salah guna kuasa, korupsi dan penganiyaan kepada rakyat Sarawak sendiri selama tempoh 30 tahun oleh kalangan kaum kerabat Tan Sri Taib Mahmud :
  • Anda akan didedahkan dengan cara yang cukup terperinci bagaimana cara untuk mengelakkan membayar RPGT, seterusnya membuat keuntungan yang maksimum
  • Bagaimana cara untuk membenarkan warga asing memiliki 51% saham syarikat di Malaysia?
Bagaimana? Sudah selesai menontonnya? Adakah anda sudah menemui jawapannya sedikit sebanyak bagaimana wang haram (illicit fund) yang keluar dari Malaysia berjumlah sekitar lebih RM1.052 trilion (DI SINI SUMBERNYA) terhasil? Ya…begitu licik kaedah yang digunapakai.
video taib mahmud
Kami sendiri terus-terang mengatakan di sini berasa cukup sedih, kecewa, geram, bagaimana tergamak mereka boleh melakukannya. Entahlah…mungkin apabila melihat nasib rakyat Sarawak sendiri sekarang ini. Sayang negeri kaya, tetapi ramai lagi rakyat Sarawak kekal begini.
video taib mahmud
Mereka tidak mahu bangunan tertinggi di dunia, bangunan terpanjang di dunia, projek berbilion sana sini, pelbagai projek empangan di Sarawak. Apa yang mereka mahukan adalah hak mereka tidak dirampas, keperluan asas seperti elektrik, air dan jalan disediakan. Itu sahaja. Hakikatnya?
video taib mahmud
Dan ayat ini yang kami sama sekali tidak terima. Rupanya inilah pandangan mereka terhadap rakyat miskin di Sarawak :
“Kamu tahu mereka ini termat miskin di Sarawak. Dan bila pemimpin-pemimpin datang melawat mereka menggangap pemimpin-pemimpin ini umpama raja. Dan mereka mengharapkan sedikitt derma. Hakikatnya, kebaikan yang Taib Mahmud lakukan di Sarawak jauh melebihi keburukan yang didakwa terhadapnya seperti rasuah & lain-lain. Tetapi…..” – Sepupu Taib Mahmud (Fatimah Abdul Rahman)
video taib mahmud
taib mahmud
Kepada Fatimah Abdul Rahman, walaupun rakyat anda miskin, tiada pelajaran dan pendidikan, hidup dalam serba kekurangan tetapi mereka ini ada maruah dan harga diri. Itu sahaja. Jangan bongkak. Tuhan boleh ambil nikmat yang diberikan kepada nada dalam masa sekelip mata sahaja.
taib mahmud video
Dan kami bertambah terkilan sehingga ke hari ini, setelah begitu banyak bukti demi bukti yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia, termasuklah rakyat yang prihatin dari luar negara, Tan Sri Taib Mahmud dan kaum kerabatnya masih lagi kebal tanpa disentuh untuk disiasat.. Mengapa? Dan sampai bila mahu dibiarkan?

sumber : http://beritasemasa.com/video-taib-mahmud-kaya-sarawak

Isnin, Mac 11, 2013

'Good Signal' P073 Pasir Salak milik PKR but N48 still on track to PAS

Kehadiran DSAI malam tadi menjadi perungkai tanda tanya selama ni , pabila mengumumkan secara 'live' calon PKR masih menghendaki P073 Pasir Salak dengan meletakkan Sdra Mustafa Kamil Ayub selaku calonnya. PAS akan medominasi bagi N49 Kampung Gajah dan N48 Sungai Manik .... jeng... jeng... yang sebelum ini PKR meletakkan calonnya namun tidak diumumkan. Maka 'Good Signal' buat Calon PAS bagi N48 Sungai Manik. Harapan setinggi langit untuknya. 

Dikala UMNO BN masih tidak mampu untuk mengumumkan sebarang nama calon mereka di zon ini. -admin

PKR Cabang Pasir Salak kini dalam keadaan sungguh tenat dan nazak,pengurusan parti seolah-olah sudah tidak bermaya untuk meneruskan perjuangan. Mereka cuma mengharapkan quota pembahagian kerusi pada PRU12 - 2008 di mana Dun Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak adalah hak PKR dan PAS hanya bertanding pada DUN Kg. Gajah sahaja. Tapi apakah perancangan dan aktiviti oleh PKR buat masa ini masih mampu mempertahankan quota tersebut?

Sejak pemilihan pucuk pimpinan peringkat Cabang lagi, senerio " pecah belah " ini sudah terbau, ini disebabkan Hj. Osman mantan ketua cabang yang satu ketika telah menyerahkan " kerusi " tersebut kepada Sdr. Mustafa Kamal dan pemerintahan Mustafa berakhir pada pemilihan parti pada 2011

Kini seramai hampir 400 orang ahli telah kembali kepangkal jalan, rata-rata mereka adalah ahli UMNO dahulunya. Mungkin juga nama mereka masih tersenarai dalam daftar UMNO. Sudah pasti ianya menjadi tamparan hebat kepada PKR untuk PRU13 itu nanti. 

Osman Abdul Rahman

Hj. Osman - ketua cabang

Bagi UMNO / BN agak beruntung pada PRU13 ini, walau pun parti ini menerima " tsunami " politik pada PRU12, tapi dengan kehendakNya dan usaha mereka, mereka melipat gandakan usaha akhirnya seolah-olah mereka " hidup setelah mati " dengan kegagalan untuk majoriti 2/3 di parlimen dan kehilangan 4 + 1 DUN negeri selain Kelantan. Akhirnya Perak di " rampas " kembali.

Isu lompat melompat telah memberikan kesan yang cukup " menyayat hati " kepada parti yang melahirkan mereka ( pemimpin ) tapi seribu rahmat kepada parti yang menerima lompatan mereka. Pasokan " sumpah keramat " dari Parti Keadilan Rakyat yang di ketuai oleh YB Ezam ( kini senator ) memangnya telah memberikan semangat kepada anak muda khususnya di Pasir Salak, di mana Sumpat Keramat itu dilafazkan.

EZAM MOHD NOOR, 
CALON BN PJ SELATAN


Ezam Mohd Noor adalah icon anak muda yang pernah menjadi tonggak perjuangan 'Reformasi' dalam PKR dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar pada zaman kegemilangan Anwar di dalam UMNO, kini menjadi kesayangan UMNO untuk menibai Anwar. Beliau pernah mendakwa memiliki 6 peti tentang salah laku pemimpin-pemimpin kerajaan BN, namun hari ini beliau mungkin menyesal membuat dakwaan itu sebaliknya hari ini beliau menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO hari ini lebih bersih daripada pemimpin-pemmpin Pakatan Rakyat.


ZAHID MD ARIP,
 CALON BN DI MELAKA
Zahid Md Arip cucu Tun Ghafar Baba juga dalam kelompok Sumpat Keramat, seperti Ezam setelah puas menggodam kepimpinan UMNO, dan sendiri menghentam atoknya semasa dalam PKR. Mungkin keadaan terlalu memaksa, apa yang Ezam buat beliau juga ikut serta. Sebaliknya nasib tidak sama, Ezam dapat senator dan untuk Zahid, gaya Ibrahim Ali di jadikan idola dengan menibihuhkan TIBAI. Kini beliau pula hari ini dijulang sebagai Mursyidul Am TIBAI yang menyamai Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. 

Beliau di antara tokoh pemuda PKR yang jijik melihat perlakuan songsang pemimpin-pemimpin UMNO; namun hari ini beliau bagaikan menarik semula apa yang dilontarkannya itu demi untuk membelai hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Zahid Md Arip merasakan perjuangan TIBAI yang mendedahkan keaiban Anwar Ibrahim bagaikan dituntut oleh Islam. Sebagai Mursyidul Am TIBAI, perbuatan menibai orang lain mungkin menjadi halal di sisinya.


RUSLAN KASIM,
CALON BN KUALA PILAH

Ruslan Kassim bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia yang pernah menjadi Ketua Penerangan PKR kini terpaksa pasrah bersama UMNO kembali. Beliau sering menghentam UMNO semasa dalam PKR, namun hari ini demi suvival dirinya beliau bukan sahaja bersukaria di dalam UMNO malah Ibrahim Ali juga adalah ikon perjuangan politiknya dengan memberikan tempat kepada Ruslan Kassim sebagai Ketua Penerangan PERKASA.
ZULKIFLI NORDIN,
CALON BN KULIM BANDAR.BARU


Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru yang bertanding atas tiket PKR walaupun kemenangannya dalam PRU12 dahulu penuh dengan kontroversi akhirnya beliau diiktiraf juga sebagai pemenang menumpaskan calon UMNO. Hari ini sebagai Ahli Parlimen Bebas beliau dianggap sebagai orang kuat Najib yang mendapat berbagai layanan istimewa melebihi tokoh-tokoh UMNO yang lain. Sebelum ini Zul Nordin begitu alergik dengan perjuangan UMNO yang pernah dianggapnya sebagai tidak Islamik.
DATUK NALLAKARUPAN,
CALON BN PUCHONG

M. Nallakarupan rakan baik Anwar Ibrahim hari ini bukan sahaja bergelar Datuk tetapi lebih dariipada itu, beliau juga diberi kepercayaan oleh boss barunya Najib sebagai seorang Ahli Dewan Negara@Senator. Begitu pantas pendakian politik Nallakarupan sehingga melangkahi tokoh-tokoh MIC lain yang banyak berjasa kepada BN. Nalla kini mengetuai sebuah sebuah parti India yang mesra BN dan rasanya beliau akan teus mendapat layanan istimewa oleh Najib selagi beliau sanggup menjadi pencacai mendedahkan tembelang Anwar Ibrahim.,


WEE CHEE KEONG
CALON BN WANGSA MAJU

Wee Chee Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju yang menang majoriti 150 undi dalam PRU12, kini meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas. Beliau tak boleh menyertai UMNO, tetapi beliau juga tidak dikehendaki oleh MCA dan juga GERAKAN. Wee Chee Keong kini begitu akrab hubungannya dengan Najib dan beliau sanggup berdansa di pentas aidilfitri bersama-sama Najib dan Rosmah untuk melorongkan dirinya menjadi calon semula di Wangsa Maju. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang atas tiket DAP sebelum dsingkirkan oleh parti itu. Dalam PRU12, Wee Chee Keong bertanding atas tiket PKR menewaskan Yew Teong Look dari MCA di Wangsa Maju. 


 AKAN TERUS DI 
PARLIMEN BAYAN BARU

Datuk Seri Zaharin Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru juga sanggup berkorban meninggalkan PKR untuk menyokong UMNO. Hari ini beliau memperolehi 'specal treatment' daripada Najib di atas jasa-jasanya memburukkan Anwar dan PKR. Sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra BN, rasanya Zaharin Hashim akan diberikan pertimbangan untuk menjadi calon BN menentang PKR di Bayan Baru?
Dr M Tersungkur - Azmin


 Hanafiah Man - tokoh muda yang berpotensi

Beliau adalah anak jati Kg. Gajah dan di tangan beliaulah " sumpah keramat " di " letupkan " di satu ceramah di Kg. Selat Pulau. Kini berjaya menempatkan diri di Bangunan SUK Perak dan menjadi orang harapan kepada MB.





Saya terpaksa tidak bersetuju jika ada sesiapa yang cuba melabelkan Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, Zahid Md Arip, Ruslan Kasim, Zaharin Hashim, Nallakarupan, Gobalakrishnan, Wee Chee Keong sebagai 'Badut-Badut Politik' untuk memPERKASAkan UMNO yang dahulunya pernah mereka perkasamkan. Antara PERKASA dan PERKASAM memang ada perbezaannya.

DR HASAN ALI, CALON BN 
DUN GOMBAK SETIA

Dr Hasan Ali, ADUN Gombak Setia juga sedemikian, sebelum ini begitu lantang mengkritik dasar perjuangan UMNO yang dianggap tidak islamik, tetapi hari ini setelah dipecat darpada PAS beliau beralih arah untuk bersekongkol dengan UMNO dan melupakan sahaja bahawa parti UMNO bukanlah serasi dengan perjuangan Islamnya.
IBRAHIM ALI, 
CALON BN PASIR MAS

Bukankah mereka sanggup mengorbankan maruah politik mereka dengan mengkhianati perjuangan parti yang telah memenangkan sebahagian daripada mereka dalam pilihan raya umum yang lepas? Ibrahim Ali sanggup menghina dan mencerca PAS walaupun dia menang di Pasir Mas atas tiket PAS berlawan dengan UMNO/BN dan kini menjadi orang paling perkasa menyokong UMNO. 




UMMI HAFILDA ALI LAWAN AZMIN ALI
CALON BN GOMBAK

Apakah Ummi bersedian untuk berdepan dengan abang kandungnya, terserah pada Ummi sendiri dan apakah UMNO pula bersedia an untuk memberikan laluan kepadanya? ianya satu pesoalan yang cukup significan untuk di jawab.
Secara pribadi penulis mengganpkan untuk UMNO menerima mereka semua ini agak sukar tambahan ramai dari kalangan kepimpinan UMNO sendiri tidak bersedia untuk memberikan laluan tersebut. Pengorbanan mereka untuk meninggalkan parti yang dijulang sebelumnya mungkin akan tinggal kenangan dan jika mereka gagal di tempatkan di mana-mana untuk kerusi UMNO sudah tentu masa depan merka dalam arena politik tanah air akan merudum.

 Rasanya tidak adil jika wujud penolakan terhadap mereka ini, kerana UMNO harus membuat pengorbanan memberikan laluan kepada mereka yang berjasa ini untuk bertanding dalam PRU13 nanti. Usaha menampilkan Ummi Hafilda dan Ustadz Nasharudin Mat Isa sebagai calon mesra BN dalam PRU13 juga adalah yang terbijak jika ia mampu mencipta kejayaan menawan hati rakyat. Ummi Hafilda yang sanggup berpatah arang dengan abangnya Azmin Ali wajar diberikan peluang melawan adik beradik kandungnya sendiri di Parlimen Gombak. 


Jika kemenangan yang diperlukan, rasanya Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Noor, Zaharin Hashim, Nallkarupan, Ruslan Kasim, Zahid Md Arip, Gobalakrishnan termasuk Datuk 'T' pengedar video lucah Anwar merupakan rangkaian badut politik UMNO/BN yang wajar dilonjakkan menjadi rangkaian calon 'Kitar Senula' untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang, gemilang dan terbiilang.


PENGKHIANAT YANG BERJASA KEPADA UMNO?
RANGKAIAN DATUK T YANG BERJAYA MEMALUKAN ANWAR


 Hanafiah Man - Ketua Sumpah Keramat
Jika kemenangan yang diperlukan, rasanya Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Noor, Zaharin Hashim, Nallkarupan, Ruslan Kasim, Zahid Md Arip, Gobalakrishnan termasuk Datuk 'T' pengedar video lucah Anwar merupakan rangkaian badut politik UMNO/BN yang wajar dilonjakkan menjadi rangkaian calon 'Kitar Senula' untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang, gemilang dan terbiilang.

....
http://gajahmenta.blogspot.com
http://locengwangsa.blogspot.com


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO