Memaparkan catatan dengan label ISU GERAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU GERAM. Papar semua catatan

Jumaat, November 15, 2013

Laporan Polis terhadap biadabnya The Star DPP Pasir Salak

15 November 2013, Jumaat...
Laporan Polis terhadap biadabnya The Star DPP Pasir Salak atas kenyataan menyatakan Ustaz Ibrahim Libya membawa ajaran sesat.




Kesan daripada kebiadaban itu suatu seruan bantahan didokongi DPP Pusat. begitu juga DPP Pasir Salak turut melakukan dan membuat laporan polis terhadap bantahan kenyataan akhbar itu.

Jumaat, November 18, 2011

Wayang YB Parlimen Pasir Salak : RUMAH GEN. 2 - FELCRA TERUS MENIPU PENEROKA

Kg. Gajah 15 Nov. 2011. Sekumpulan pemilik Tanah di Rancangan Perkampungan Tersusun ( RPT ), Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada, Mukim Pasir Salak telah hadir ke pejabat Tanah dan telah pun membuat " temu janji " untuk bersua muka dengan Ketua Penolong Pegawai Daerah. Tapi kehadiran mereka amat menghampka kerana pegawai yang berjanji untuk hadir tidak kelihatan dan akhirnya dimaklumkan kini sedang berada di Sabah.


Rombongan bersama Peguam

En. Mohd. Nasir bin Mohd. Mother dan En. Mohd. Anaur bin Mohd. Yusof mendapat khidmat guaman dari MOHAMM & SEKUTU ( Peguambela & Peguamcara, Penguam Syarie ) untuk penyelesaikan kes ini. Kedua-dua mereka juga di iringi kawan-kawan yang terlibat dalam kes yang sama. Mereka adalah sebahagian dari 500 pemohon yang kini masih tertunggu pelan hak milik.

Sejumlah 1500 lot tanah telah di war-warkan dan peringkat awal 500 penama telah di luluskan permohonan pada 11.02.2008 dan mereka juga telah membayar keperluan:
- Demaksi dan Tanda Sempadan Tapak Rumah
- Ukur Tanah dan Pelan hak Milik
- Cukai Tahun pertama dan pendaftaran permohonan Tanah
- Persediaan dan Pendaftaran hak Milik sementara dan tetap serta bayaran permium
- Bayaran notis 5A dan Jualan Pelan.

Akhirnya pada 12.07.2010, semua mereka telah dipanggil untuk majlis pengundian lot, tapi malangnya kini semua tidak menjadi kenyataan, apa yang difahamkan harga dinaikkan dan pihak Felcra pula melantik pemaju mereka sendiri.


Sdr. Ishak Shaari, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembanunan Wilayah, Pas Pasir Salak, yang juga Timbalan Pengerusi BAPA ( Badan Bertindak Warga Felcra ) bersama En. Mohammed Zamri bin Ibrahim di perkarangan Pejabat Tanah & Daerah kg. Gajah, bersama-sama dengan wakil peserta tersebut.

Harga Asal perumahan di Gen. 2,
Changkat Lada ialah A - 100 K kini 118,440.00,
B dari 70k di naikan ke 86,550.00,
C dari 50k ke RM64.180.00 dan
rumah D dari 40K ke RM52,860.00.

Kenapa rumah belum siap kos pembinaan sudah naik?

Selasa, Ogos 31, 2010

Hina! Siapa yang lebih HINA?


Maksud Hadis Nabi Muhammad SAW : 5

golongan yang memperlehi celaka/amat rugi dalam bulan Ramadan :-

1. Assyirku Fillah.

2. Berterusan dalam maksiat (ketagih maksiat).

3. Org yg tdk menghubungkan silaturrahim.

4. Orang yang tidak menghormati bulan ramadan.

5. Lipat ganda amalan sunat tinggalkan ibadah Fardu."

Jika isu tazkirah oleh orang bukan Islam di rumah Ibadat Orang Islam dimainkan. Persoalan yang harus diajukan Apakah diri yang mempertikaikan itu sering menghadiri dirinya berjemaah di Masjid ataupun di surau? Jangan sesekali mengunakan hujah akal bilamana Ilmu tidak disandarkan.

Bagaimana pula iklan gambar diatas , yang mana penduduk tempatan yang 99% majoriti ISLAM namun seumpama menghina suasana akhir Ramadan dan kedatangan hari kemenangan Syawal dengan program seumpama itu. Jelas terbelenggu syaitan dibulan Ramadan tidak diamati oleh penganjurnya yang hanya memerlukan beberapa detik Syawal menganjurkan pertandingan seumpama itu.

Billboard yang terletak dipersimpangan 4, Kampung Gajah hari ini dikejutkan dengan terguntungnya banner bercopkan kelulusan Majlis Daerah Perak Tengah. 'Pertandingan Suara Emas Karaoke' masyallah!!! Jika semalam kampung gajah dilanda ribut angin yang amat dasyat malah menerbangkan kesemua banner2 yang terdapat di billboard tersebut, namun hari ini seakan tiada renungan dan keinsafan atas peristiwa yang telahpun melanda. Bagi 'Guni bawang' ribut angin yang melanda semalam seperti PERINGATAN ALLAH buat hamba-Nya yang masih khayal.

Sama-sama kita renungkan ,Apakah relevannya pertandingan ini diadakan secara terbuka sempena menyambut Aidilfitri 2010 di kawasan Pasir Salak ini???

Selasa, Mei 04, 2010

Apa punca celaka .... anda tidak perlu SEJUK

“Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz”

Beginilah antara kata-kata Mohd Safuan Hilmi, yang mengugut bunuh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz di laman sosial Facebook. Walau apa pun kesalahan TGNA pada pandangan mata beliau ugutan bunuh seperti ini dikira amat tak patut.

Kami pasti Mohd Safuan Hilmi yang dikatakan Pemuda UMNO.

Kalau TG Nik Aziz secara kebetulan meninggal dunia, Mohd Safuan Hilmi boleh dipanggil untuk siasatan. Yang peliknya kata sanggup dihukum gantung tetapi kenapa beliau mendelete akaun FBnya setelah perkataannya dikesan oleh orang PAS.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip kena delete akaun FB la jawabnya. Cubalah juga search profail mamat ni tapi yang terjumpa ialah satu page yang meminta Mohd Safuan Hilmi meminta maaf apa yang telah dicoretkannya tu.


*walaupun kini dikhabarkan pemuda ini telah direman namun kami tuntut agar ianya berjalan dan dilakukan secara adil atau serah je kat kami pemuda PAS Pasir Salak tahu kami mengajar dan mendidik pemuda ini dengan sebetulnya.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000433095649&ref=search&sid=801638349.1833954068

Khamis, April 01, 2010

Gundah Haram Semakin HARAM @ Negeriku

Petikan Malaysiakini... 31.3.2010

Nizar: Ganesan cabul Perintah Tetap Dewan
Ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan setelah speaker R Ganesan berulang-kali menolak permohonan mereka bagi menimbulkan peraturan dewan.

Pada sidang media kemudiannya, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS - Pasir Panjang) berkata tindakan Ganesan tidak menghormati peraturan dewan.

“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar.

"Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau.

Menurut
Nizar, wakil rakyat Pakatan dinafikan hak mereka sebahgai ahli dewan undangan negeri.

Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP - Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.

Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian.

Bagaimanapun
sebelum Nga boleh menghabiskan bacaannya mengenai Peraturan Tetap, Ganesan mencelah dan mendakwa pelantikannya pada 7 Mei tahun lalu adalah sah. Dia kemudiannya mengarahkan Nga supaya duduk.

Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal.

“Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media berasingan.

Pada sidang pagi tadi, adun Rungkum, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Nizar dan 'Datuk' kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan).

Isnin, Julai 20, 2009

Apa pun alasannya : Jumpa Ehud Barak , Zahid tetap biadab pd Umat Islam

Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa boleh berbincang.


Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat. - Ustaz Idris Ahmad

Ahad, Jun 21, 2009

PELEK TAPI BENAR : Bila Muhiddin Yassin menjadi Tuan Guru ala2 Mufti gitu.....

Undi BN boleh masuk syurga juga

KUALA KRAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNOo dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Muhyiddin berkata, Pas tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.

Justeru katanya, penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya.

Menurutnya, BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat. - Bernama

Undi BN masuk syurga gak, jap2 mari kita pikir2kan..kalau KITA Undi BN maknanya KITA..:---

1. Tolak hukum Allah (Hudud dan qisah)

2. Tolak al-Quran dan Hadis (sbg perlembagaan utama)

3. Murtad tiada halangan PEMERINTAH

4. Perbanyakan kilang arak kat Malaysia.. tak cukup yg ada sbb rakyat malaysia suka minum air buah2an tempatan mcm tu....

5. Judi..sumber pendapatan negara.. Malaysia Darul Judi.. Insyallah.. JUDI HARAM jika tiada BERLESEN. Ada LESEN...... HALAL

6. Clubing dan Pub..... belum cukup, maklumlah sekarang dh anak2 muda perlu bersenam dan mengeluarkan peluh di tempat2 mcm tu... baik utk kesihatan.. menjaga kesihatan juga satu ibadah..

7. Sokong ISA.... tahan tanpa bicara .. banyak bicara buat habis duit negara jek..

8. Runtuhkan masjid, surau..rumah2 rakyat..... hemmm... runtuh2

9. Mufti kalau betul ke salah ke tetap didapati bersalah kalau melarang org Islam masuk ratu cantik mcm ke bekas mufti selongor ( Allahyarham shohibur samahah Tuan Guru Ishak Baharom) dulu dulu tu.. DAH TAK INGAT gamaknya...

dan dan dan dan dan dan dan....

hemmm banyak lagi nie...

* Mu WARAS Mu Pikio..... Mu MALAS Mu MUNDUR...

* PETIKAN : http://sglampam.blogspot.com/

Isnin, Jun 15, 2009

Ketakutan Yang Semakin PARAH : Lima minit angkat sumpah, Speaker arah Nizar keluar dewan

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

ImageNizar yang kembali semula ke tempat duduknya di Blok F setelah menanggalkan lilitan kain di kepalanya terus didesak meninggalkan Dewan oleh Speaker.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Pengawal Keselamatan turut mengarahkan tetamu yang hadir supaya menanggalkan lilitan yang tertulis, 'BUBAR DUN'.

Difahamkan peraturan Dewan Rakyat menetapkan mana-mana anggota yang diarah keluar Dewan oleh Speaker tanpa diberitahu tempohnya secara spesifik, tidak boleh memasuki Dewan dalam masa dua hari. - mks.

Khamis, Mei 07, 2009

Sana-sini dalam dewan penuh tragis & kolotnya BN punca segala2-nya DOSA KALIAN tak tertanggung DOA RAKYAT ....

Imam Syafie, sewaktu nak meninggal dia menangis... apabila ditanya kenapakah beliau menangis? dia menjawab Aku takut Allah tidak terima ibadahku..

Siapa yang menguasai jiwanya sebegini? sendiri mau ingat marah itu dari setan.
cantik betoi ....... tu, Jangan mcm tu bro !
WajarKAH Sivakumar diperlakukan sebegini di Negara Yang Terhakis Demokrasi

YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

Kenyataan V.Sivakumar.....

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.
Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.
Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.
Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.
Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.
Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.
Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun.
ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN.
Sedarlah diri KALIAN tiada seorang pun didalam dewan sana tak makan duit dari duit rakyat. Baik yang berpayung mahupun yang jalan terhoyong2. SALAHKAH DUN INI DIBUBARKAN.
Dulu ada bunyi katak, kini laungan ular pula dalam dewan.........Diakhir kalam, baca apa yang rakyat macam kami mahukan,
-------------------------------

..TAHAP KESABARAN RAKYAT SEPERTI SAYA YANG RASA MACAM TAK BERAPA NAK BOLEH UNTUK BERSABAR LAGI...

NAH..INI LAH PELUANG KEPADA BN...
PIJAK LAH KAMI (RAKYAT)
LUDAH LAH KAMI (RAKYAT)
MAKILAH KAMI (RAKYAT)
SESUNGGUHNYA AKAN DATANG HARI ESOK DIMANA KAMU AKAN MELUTUT KEPADA KAMI MEMOHON RESTU MEMINTA AMPUN DAN MEMINTA UNDI KAMI SEPERTI PEMINTAK SEDEKAH

KAMI TIDAK AKAN LUPA APA YANG TELAH KALIAN BUAT KEPADA KAMI
TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU.. Petikan -(mrkolumpo)


Jumaat, Mac 27, 2009

PETITIONONLINE ANDA BANTAHAN - PM - NAJIB ATANTUNYA


" Anda SEMUA dijemput menandatangani petisyen online bantahan terhadap Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia di laman web : Klik disini

Kutipan tandatangan untuk sokongan petisyen ini akan berterusan sehingga penghujung peralihan kuasa yang dirancangkan dan sesalinan petisyen ini bersama dengan senarai penandatangan kemudiannya akan dihantar kepada :-

1) Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

2) Kesemua 221 Ahli Parlimen.

Petisyen ini dipersembahkan di sini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

http://www.petitiononline.com/pmbersih/petition.html

Sabtu, Mac 14, 2009

SUATU PERKARA YG PERLU DIDEDAHKAN...

Mamat diatas ni yang juga menteri jaga MARA (majlis Amanah Rakyat) telah menyalah guna kuasanya dengan mengarah mara membeli baju suit pakaian sewaktu Dr

Muzafar melawat ke bulan.. Sila baca laporan penuh ada cerita di sini dan juga disini pun ada,

Bukan sikit oii.. US50 ribu.. RM kalu 185,000.00. Dalam suasana ekonomi dalam dok gawat tak cukup makan rakyat jelata, bayangkan pelajar terbaik SPM Malaysia dapat 20A macam mana rupa rumah, tak ada pulak dengar Mara nak pi bantu, bagi rancangan PPRT ka!!!. Ni tau-tau pi umum nak beli baju uniform angkasawan tu, apa ke jadahnya.. nak membazir wang rakyat.. Inilah padah boleh menteri-menteri UMNO Celaka, yang mana tau nak habiskan wang rakyat untuk sesuatu benda yang tak faedah..

Sebelum tu sibuk nak beli kapal angkasa yang dr Muzafar naik kebulan tu SOYUZ.. dah di bising oleh rakyat, tak jadi beli.. tak dapat beli SOYUZ, nak beli baju uniform pulak… sudahlah… tak faedahnya nak beli baju tu… bau peluk busuknya tu pun tak dok melekat baunya lagi.. Lainlah kalau baju yang balik dari syurga jannah ka!! Mungkin dapat berkat bau syurga… Ni baju pi ke bulan, tak betui ke sampai ke bulan tak ketidak aku pun tak tauuu.. tau-tau disuruhnya kita tatap bajunya pulak.. sudahlah… Bahan sejarah lain banyak lagi… Batu plak Mesyuarat bawah pokok hangpa rosakkan pulak.. bangang tahap gaban betui orang yang mengarahkan plag batu peringatan tu supaya dirosakkan.Petikan daripada : http://manjungmari.rentaprevolusi.com/

Rabu, Februari 04, 2009

REALITI MASAKINI

PEMIMPIN BN BERPOLITIK SAMPAI MATI.
NASIB ISLAM TIDAK TERBELA
RAKYAT MALAYSIA SEDIA DIPERBOOHKAN BILA-BILA MASA.
MEDIA MASSA MENJADI BATU API HARI2
UMNO BN UMPAMA MANUSIA TALAQKAN BINI
ANTUM BERFIKIR DAN JANGAN HANTUK KEPALA

YANG PENTING TARBIYAH ILMU
EKONOMI RAKYAT : PEMIMPIN KORAP BILA NAK MEMBELA ,
DEMOKRASI : INGIN MENCARI PEMIMPIN
BUKAN GUNA NAK PERTAHANKAN KUASA
SUSAH HATI KE BILA ORANG LAIN BERKUASA
AKHIRNYA PEMIMPIN BN JUGA YANG KAYA RAYA

Selasa, November 25, 2008

Sikap anti kerajaan RTM Perak dikesali


IPOH, 25 Nov (Hrkh) - Rakyat negeri ini terkilan dan kesal dengan sikap RTM Perak menuduh Menteri Besar Perak, Dato� Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada integeriti kerana melantik Exco Jamaluddin Mohd Radzi yang dikatakan "rasuah" oleh kerajaan Umno-BN sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak kelmarin.

Menurut siaran warta berita RTM Perak jam 5.00 petang semalam, kalau Jamaluddin dituduh rasuah mengapa Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melantiknya sebagai Ketua Pasukan tersebut.

Seorang peminat bola sepak Perak, Razali Darus memberitahu Harakahdaily, nampaknya yang tiada integeriti adalah pihak RTM Perak itu sendiri kerana telah jelas dan nyata yang melantik Jamaluddin itu bukan Menteri Besar Perak tetapi Mesyuarat Jawatankuasa PAFA.

�Pihak RTM Perak juga seperti sudah buta huruf dan buta hati tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada pucuk pimpinan parti politik Umno-BN kerana seperti sudah terang bersuluh pula, kerana kalau sudah dikaitkan kes Altantunya dengan Dato' Seri Najib Razak mengapa pula hendak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang?" dakwanya.

Tegasnya, mengapa RTM Perak tidak buat komen siang malam terhadap kes tersebut?

"Bukankah sudah terdedah kes Najib ada kaitanya dengan "hilang terus tanpa kesan" Altantunya?" soal Razali.

�Kami percaya Menteri Besar Perak adalah pemimpin yang ada integeriti tetapi malangnya pihak RTM Perak itu yang benar-benar perlu berlajar mendisplinkan diri supaya bijak membezakan kebenaran yang sebenarnya," sambungnya.

Dalam mesyuarat PAFA kelmarin, Nizar telah dilantik sebagai Presiden dan Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim dilantik Setiausaha PAFA. - mns_

Ekmal Yusof
Tue | Nov 25, 08 | 3:17:39 pm MYT


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO