Isnin, November 23, 2009

Prihatiinnyaa Pengarah MTD dan HaLWa N.49 DUN Kg Gajah







Kuasa dan perancangan Allah tak sapa yang tau. Tanggal 4 november 2009 4 buah kampung anak sungai dalam dun Kg Gajah telah dilanda ribut lebih kurang pukul 1o malam. Kampung yang terlibat kg Matang Guntong, Teluk Birah, Sg Buaya dan Sg Jejawi yang melibatkan 20 buah rumah. Dalam tradegi ini kebanyakan rumah yang terlibat mengalami kerosakan. Peristiwa ngeri yang melanda ..... telah mengakibatkan seorang gadis trauma apabila sebatang pokok kelapa tumbang menghempap bilik beliau , dimana masa itu beliau sedang berbaring dikatilnya dan batang kelapa itu tumbang betul-betul disebelahnya..... ( aduiiii mak oiiii kering darah aku... nasib tak jadi arwah aku.... Subhanallah ... Allah masih panjangkan umur aku. ). Perkabaran musibah diketahui..... Pengarah MTD , AJK dan HaLWa N.49 DUN Kg Gajah bergegas ke lokasi berkenaan bagi meninjau dan memberikan sumbangan tanda prihatin dan simpati.

Memperkasakan Jentera HaLWa peringkat DUN tumpuan


Sabtu 7.11.2009 jam 12.00 tengahari

Semua jentera HaLWa peringkat DUN tumpuan telah menyahut cabaran JPN DMP neg untuk hadir ke program memperkasakan jentera HaLWa peringkat DUN tumpuan zon selatan. DUN N.49 Kg Gajah telah menghantar seramai 7 orang wakil HaLWa bagi mengikuti kursus memperkasakan Jentera HaLWa diketuai oleh Pn Jamaliah bte Sudin Pengarah Pilihanraya DMPK Pasir Salak . Kursus ini telah dijalankan selama dua hari satu malam , sepanjang tempoh ini peserta telah didedah dan dilatih bagaimana menghadapi dan menyusun atur gerak kerja dalam PRU dan gerak kerja PRK.Peserta kursus telah dilatih oleh fasilatator yang berpengalaman dalam PRU dan PRK dari JPN DMP Negeri Perak yang diketuai oleh Pn Amizan bt Bahaudin. Kursus ini telah berakhir pada Ahad 8.11.2009 tepat jam 12.00 tengahari. Penyerahan AL-ASMA' daripada Puan Amizan kepada Pengarah Pilihanraya DMP Kawasan - Puan Jamaliah Bte Sudin untuk bilik gerakan N49 Kg Gajah.

Jumaat, November 20, 2009

Memperkasakan Parti - Iringi PJ ke Bagan Serai

Sebut pasal memperkasakan parti , semua orang boleh tapi nak melaksanakan bukan senang. sebagai Pesuruhjaya PAS Perak beliau sentiasa terkehadapan dalam keperihatinan dan simpati. Bukan senang jadi Pimpinan.

Khamis, November 19, 2009

Buat kali pertama Jabatan Amal bertemu Pesuruhjaya




Mereka pernah digelar Tentera Merah sewaktu berkhidmat membantu mangsa banjir di Johor beberapa tahun lepas ketika Johor dilanda banjir yang begitu teruk. Jabatan Amal dari seluruh Malaysia yang baru menukar warna uniform mereka ketika itu bergegas ke Johor dan masuk ke pelusuk tempat membantu mangsa banjir, kedatangan mereka yang serba merah mengejutkan penduduk kampung dan mereka mengelar Tentera Merah. Kedatangan mereka akhirnya diterima oleh masyarakat dan masyarakat segera mengiktiraf sumbangan mereka.

Malam tadi Tentera Merah bertemu dengan Pesuruhjaya PAS Perak.

Jabatan Amal Negeri Perak yang ditubuhkan atas misi membantu rakyat atas dasar kebajikan diseru menjadi duta PAS kepada masyarakat. Begitulah yang diharapkan oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Husein, Pesuruhjaya PAS Perak dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Jabatan Amal negeri Perak. Turut hadir dalam pertemuan tersebut Setiausaha Perhubungan dan Bendahari PAS Perak

Jabatan Amal sudah dikenali ramai dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Dengan beruniform merah, mereka bukan sahaja kelihatan segak bahkan pantas, cekap, mahir dan cepat bertindak apabila berlaku musibah.

Di mana sahaja berlaku musibah sekiranya mendapat maklumat seperti banjir, ribut, lemas dan sebagainya sepantas kilat anggota Jabatan Amal akan berada di tempat kejadian seawal mungkin sebelum pasukan lain tiba
Begitulah pantasnya mereka bertindak mambantu masyarakat yang ditimpa musibah. Walaupun peralatan mereka serba tidak mencukupi namun semangat kerelewanan mereka mengatasi segala-galanya. Mereka tidak mengharapkan sebarang upah dan imbalan, bekerja dengan dengan ikhlas sesuai dengan moto "BERAMAL KERANA ALLAH".Dalam kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang dan lemas di Batu Berangkai Kampar, Jabatan Amal adalah antara yang sampai awal memberi khidmat bantuan mencari mangsa lemas. Dan Jabatan Amallah antara yang menjumpai mayat di Kuala Dipang dan Batu Berangkai.

Begitu juga dalam kejadian banjir yang melanda beberapa buah daerah di seluruh Perak, Jabatan Amal ada di mana-mana memberi bantuan.

Dalam pertemuan lebih dua jam, Pesuruhjaya PAS negeri bersama pimpinan yang lain bersedia mendengar segala permasalahan dan keluhan yang disuarakan terus dari hati nurani mereka yang ikhlas agar pimpinan PAS di semua peringkat memahami dan mengambil berat kebajikan anggota Jabatan Amal.

PJ Perak memberi jaminan akan sentiasa peka dan cuba mencari jalan bagi membantu mengukuhkan ekonomi unit tersebut agar perkhidmatan mereka akan lebih efisen.

Isnin, November 16, 2009

Water Level Data Station from JPS 16/11/2009 - 15:00

Sg.Perak di Kampong Gajah
Sg.Perak
6.96 - Now Level
5.00 - Normal Level
6.40 - Alert Level
7.00 - Danger Level

Ahad, November 15, 2009

Jus buah dari syurga..


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam
Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Pemuda PAS Perak (Lujnah Ekonomi) telah mengemukakan untuk menjual Jus Delima sebagai salah satu sumber ekonomi Pemuda PAS. Seluruh rakyat disarankan agar dapat membeli dan menderma kepada Pemuda PAS Negeri semoga perjalanan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini dapat berjalan dengan lancar.

Jumaat, November 13, 2009

Pimpinan PAS Perak ziarah mangsa banjir di Lenggong





Selepas lawatan PJ dan TPJ di banggol belimbing Kota Tampan, hujan turun dengan lebatnya, dan dikhabarkan Sumpitan tenggelam pula. kami bergegas kesana dengan wajah yang sayu. Itulah lumrah perjuangan.

Lawatan Pesuruhjaya PAS Perak ke Pasir Salak


Siri lawatan Pesuruhjaya PAS Perak ke kawasan-kawasan. Lawatan malam tadi amat mengesankan sekali, seluruh Ketua dan Setiausaha cawangan-cawangan dari hampir 55 cawangan telah menghadirinya. Jawatankuasa Muslimat dan Pemuda juga kelihatan ramai yang hadir.

Kami sama-sama duduk bersila di markaz PAS Kawasan. Teringat program-program PAS 20 tahun dulu, duduk bersila dalam markaz bersama pimpinan, mendengar ucapan dan ceramah dalam apa sahaja program yang dianjurkan. Mesyuarat, usrah, tamrin mahupun kursus semuanya bersila dalam markaz.

PAS Pasir Salak juga menyatakan memohon kembali tapak tradisi calon PAS di Sg Manik yang sebelum ini di pinjamkan kepada PKR kerana pada PRU-12, PAS tiada calon. PAS Pasir Salak juga telah bersedia dari segi tenaga jentera, calon dan juga kewangan untuk menghadapi PRU-13. Walaupun JPN tidak membenarkan Sg Manik dikembalikan kepada PAS oleh kerana Status Quo, namun kami masih berharap dengan kajian seluruh penduduk Sg Manik mahukan PAS bertanding disini.

Pesuruhjaya menerima memorandum yang disampaikan oleh KPDPP Pasir Salak pada malam itu. InsyaAllah akan dibawa ke mesyuarat harian perhubungan.

Qurban di Kemboja 1430

Tanggal 25hb-1hb dis 09, sekali lagi tman diarahkan untuk membawa sejumlah besar Qurban ke Cambodia sempena Aidiladha tahun ini. Tman mewakili Yayasan Amal Malaysia bersama Ust fatah Awang dari Perak akan ke Kampong Cham di daerah pendalaman cambodia. InsyaAllah kami akan paparkan sebagai Misi kemanusiaan.

Sabtu, November 07, 2009

Indra Putra tertidur...abis laa... 3-1

Seorang penyokong hampa setelah kelantan tak berjaya membawa pulang Piala Malaysia. Gomo klate gomo.... ambo saye To'Guru

"Attention" Abad 21

Pandangan & komentar 2 professor yang di jemput ke Seminar Memperkasakan Parti PAS pada hari ini di lihat berjaya pada keseluruhannya. Tapi kita ingat mereka berdua bukan ahli parti PAS, mereka hanyalah orang luar yang memberi pandangan yang berbeza. PAS sudah jauh melangkah ke era yang baru dan kebanjiran penyokong & pendokong yang mahu melihat PAS sebuah parti alternatif pada abad ke-21, cuma mereka berdua ni nak tumpang bas kita yang seingatnya drebar perlu ditukar, ingat la... penumpang duduk diam-diam, bagitau je nak kemana, bayar tiket, drebar akan bawa ketempat yang dituju.

Kita ada Dewan Ulama', Syuro di utamakan. Walaubagaimanapun kita mengucapkan terima kasih kepada 2 orang prof itu keatas lontaran idea-idea yang baru. Saya berminat dengan prof dr abu hassan (UM), menyatakan abad 21 suatu "ATTENTION" peradaban reputasi atau abad persepsi. Zaman melalui perubahan, dahulu PAS di lihat sebagai satu parti yang ta'asub, tapi sekarang ahli pemikir mula nampak inilah parti yang satu-satunya alternatif kepada rakyat. Perlunya kepada anjakan paradigma untuk menghadapi PRU-13.
Rakyat mula melihat suatu keperluan untuk generasi akan datang, sistemnya dah cukup cantik namun masih ada kepincangan, biasalah lumrah sesebuah parti, namun kita masih lagi komitmen, berjaya memperkukuhkan parti dengan mengembangkan sayap kelab penyokong PAS, dan akhirnya pintu UG ditutup dan kuncinya dibuang.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO