Selasa, Jun 23, 2009
Rabu, Jun 03, 2009
'Berbaloi-baloi' tidak dibenarkan masuk KELATE...
Nampaknya walau pun Amy sering berjumpa dan cium tangan Tok Guru Nik Aziz tapi masih tidak boleh menembusi Kelantan.Mat-mat Kelantan kalau nak tengok Search pergi ke negeri lain yer..

Saya mendengar teguran Ustaz Mursyid di radio JBFM berkenaan dengan konsert Jomheboh di Danga Bay JB ahad lepas. Walaupun dia tidak bercakap direct konsert tersebut adalah Jomheboh tapi memandangkan event tersebut baru berlaku di JB confirmlah konsert yang dikatakan itu adalah konsert Jomheboh.
Dia kata wajib bagi dirinya menegur mengenai haramnya bercampur gaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim, bersentuh-sentuhan, bergesel-gesel bahu, tidak menutup aurat dan mungkin tidak sembahyang Maghrib. Beliau bersangka baik semua penonton konsert tersebut sembahyang jemaah dulu. Tahniah kepada Ustaz Mursyid yang berani menegur walaupun secara beralas-alas...
LABEL : BERITA SEMASA, KENA TAHU, KENYATAAN, NASIHAT PEMIMPIN
Artigos Relacionados:Isnin, Mei 11, 2009
ALHAMDULILLAHU ALLAHU AKBAR : Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH ! - Mahkamah
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya, dan..
KEPUTUSAN TERKINI ( Jam 3.5opm) :
NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!
Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!
PAS PASIR SALAK mengucapkan setinggi2 kesyukuran dan TAHNIAH buat DSHN serta seluruh RAKYAT PENDOKONG PAKATAN RAKYAT.... Sujud Syukur....ALLLAHU AKBAR
Dalam pada itu, antara lain , hujah HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. RAKYAT MOHON MB PERAK BUBARKAN DUN.
INSYALLAH, KUATKAN KESEDIAAN SAUDARA SEKALIAN!!!!
LABEL : KEMENANGAN, KENA TAHU, KENYATAAN
Artigos Relacionados:Rabu, April 15, 2009
'SMS' : antara angkara, takut, percaya & b.....
Gempar ketakutan yang menjadi2.... hasil daripada 'sms' di negeri pasukan nasional. Jika suatu ketika lalu enakmen komunikasi diguna pakai, kini rakyat marhaen ingin melihat kepakaran foreksik telekomunikasi PDRM kita.Antara angkara khianat, niat jahat, takutttttt,
Strategi musuh membawa fokus simpati sesama kaum yang menginginkan penyatuan dan ajakan kesamaan kaum yang jelas akan membawa kerugian buat jemaah yang teguh dengan usrah pengisian ILMU.
LABEL : BERITA SEMASA, KENYATAAN, REALITI POLITIK LAWAN
Artigos Relacionados:Isnin, April 13, 2009
Kezaliman BN itu amat memuncak - DS Nizar
Saya melihat keputusan ini sebagai satu pungutan suara rakyat Malaysia umumnya dan Perak khususnya apabila kita tengok tragedi yang berlaku kepada negeri Perak setelah rampasan kuasa dibuat oleh Najib Razak sehinggalah kepada hari penamaan calon oleh kerana bukan kerana simpati namun sokongan itu tidak berbelah bahagi
BUKIT GANTANG : Wawancara Terbaru Dengan Datuk Seri Nizar
PILIHAN RAYA Bukit Gantang ini dilihat begitu bermakna kerana ia boleh mencetuskan satu bentuk pemikiran yang berbeza bagi berdepan dengan pilihan raya lain. Ia juga mencetuskan tekanan dan kehendak rakyat Perak untuk dibubarkan Dun. Ahli Parlimen baru bagi Bukit Gantang, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin mengupas perkara ini kepada Intan Abdullahdi kediamannya di Kampung Sungai Rokam, Ipoh, sehari selepas dinobatkan sebagai pemenang pilihan raya kecil kawasan itu 7 April lalu.
Bagaimana Dato’ Seri melihat ‘mood’ pengundi Melayu dalam keputusan pilihan raya kali ini?
DATO’ SERI IR MOHAMAD NIZAR: Secara keseluruhannya, keputusan itu membayangkan bahawa rakyat Perak meletakkan kekecewaan mereka. Pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang ini rakyat telah memilih Pakatan Rakyat. Pada saat akhir tarikh penamaan calon memang ‘mood’nya itu adalah menyokong Pakatan Rakyat.
Tetapi pengundi Melayu ini mereka termakan juga dengan beberapa propaganda Umno-BN yang mencerminkan bahawa mereka ini payah lagi hendak berubah. Jadi saya nampak bahawa kami kena bekerja kuat untuk mengalihkan pandangan supaya kita dapat ubah persepsi mereka terhadap Pakatan rakyat ini.
Yang keduanya, ia juga mencerminkan kejumudan masyarakat di Bukit Gantang itu sendiri kerana ramai anggota masyarakat Melayu masih jumud dan tidak terbuka. Pemikiran lama masyarakat Melayu masih menebal.
Faktor yang menyebabkan keadaan ini akan dikaji. Antaranya termasuklah maklumat yang tidak sampai, masih dikongkong dengan pemikiran lama oleh pimpinan Umno, tidak dapat akses kepada maklumat yang betul. Ini menyebabkan mereka jumud dan tidak terbuka.
Tetapi pada masa yang sama, Pakatan Rakyat memperolehi sokongan yang luar biasa daripada masyarakat bukan Melayu. Apakah ini satu lonjakan?
Ini sememangnya telah dijangka pada peringkat awal kerana ‘mood’ orang Cina di seluruh negeri Perak dan ‘mood’ orang India ini mereka mahukan perubahan dan salah satu daripada manifestasi perubahan itu adalah dengan mengundi Pakatan Rakyat. Yang itu bukan hanya di Bukit Gantang, malah keseluruhannya.
Jadi, Bukit Gantang ini merupakan kemuncak apabila mereka memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat, yakni kepada PAS sendiri sepertimana dijangka pada peringkat awal lagi sokongan ini. Cumanya luar biasa ini dari segi sokongan itu memuncak itu oleh kerana ada faktor lain yang dicetuskan oleh pihak MCA, Gerakan pada saat akhir menyebabkan sokongan di dua dan tiga kawasan Cina menurun pada saat akhir.
Suasana kempen dan tekanan-tekanan ke atas Pakatan Rakyat bermula dari Februari sehingga kini. Adakah Dato’ Seri melihat pilihan raya ini merupakan satu episod politik jahat Umno-BN?
Saya melihat keputusan ini sebagai satu pungutan suara rakyat Malaysia umumnya dan Perak khususnya apabila kita tengok tragedi yang berlaku kepada negeri Perak setelah rampasan kuasa dibuat oleh Najib Razak sehinggalah kepada hari penamaan calon oleh kerana bukan kerana simpati namun sokongan itu tidak berbelah bahagi.
Puncanya kerana kezaliman, kerana mereka tidak boleh menerima hakikat. Kerajaan ini diambil begitu sahaja tanpa mengikut lunas-lunas perundangan. Jadi kita lihat mereka menterjemahkan kekecewaan itu dalam bentuk pilihan raya, pungutan suara itu sendiri.
Masyarakat Malaysia juga mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada pimpinan Umno-BN bahawa pelantikan dan penurunan kuasa kepada Najib Razak itu tidak memenuhi kehendak dan aspirasi mereka yang mahu pimpinan yang bersih, cekap. Jadi, terdapat pelbagai tafsiran yang boleh kita duga dan timba daripada keputusan Bukit Gantang ini kerana ia mencerminkan dan mengeluarkan pelbagai isyarat kepada banyak institusi dan individu khususnya institusi politik.
Adakah ini bermakna kekalahan BN di ‘dua bukit’ merupakan petanda bahawa BN sudah tidak relevan?
Saya tidak tahu di Bukit Selambau, tetapi di Bukit Gantang ini, BN sama ada mereka tidak belajar atau tidak daripada kesalahan mereka itu, tetapi mereka telah mengulangi kesalahan mereka dengan mendera rakyat dan juga pengundi. Mereka mendera parti yang bertanding iaitu PAS dan juga mereka mendera saya sendiri sebagai calon.
Penderaan ini mereka buat beberapa kali sebelum ini, dan itulah yang menyebabkan kekalahan. Walaupun dahulunya mereka buat begitu juga tetapi oleh kerana dahulu suasananya berbeza kerana dan ‘timing’ untuk Bukit Gantang, jadi mereka laksanakan benda yang sama untuk Bukit Gantang dalam persekitaran yang berbeza dan juga dalam situasi yang berlainan, akibatnya apa yang dilakukan oleh mereka iaitu propaganda akhirnya memakan diri mereka sendiri.
Saya ingat mereka terlepas pandang apa yang berlaku pada hari ini adalah rakyat melihat kezaliman itu amat memuncak. Kezaliman ke atas Pakatan Rakyat khususnya kepada diri saya sendiri yakni penganiyaan itu, rakyat mungkin melahirkan pemberontakan ke atas kerajaan asal iaitu kerajaan Pakatan Rakyat. Semuanya itu diterjemahkan dan dimanifestasikan kepada keputusan pilihan raya ini.
Adakah Dato’ Seri merasakan diri sendiri sebagai mangsa kepada keadaan ini?
Sudah tentulah sebahagian besar daripada pengundi Cina, dan bukan Melayu, mereka melihat saya sebagai mangsa penderaan, penganiayaan pada kerakusan. Mereka ini bukan ahli DAP, kebanyakan mereka ini adalah ahli MCA dan pengundi atas pagar. Untuk itu mereka telah menterjemahkan sokongan mereka kepada bentuk undian setelah berlaku penganiayaan kepada Pakatan Rakyat, khususnya saya.
Ikuti selanjutnya : D.I.S.I.N.I
http://sanggahtoksago.blogspot.com
LABEL : APA NAK KATA, KENYATAAN, NASIHAT PEMIMPIN, PENGHARGAAN, PERLU TAHU, WE COME BACK
Artigos Relacionados:Jumaat, April 10, 2009
Kenyataan tambahan menjawab persoalan....
KES NGA KOR MING

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]
Apabila Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis beragama Kristian memetik firman Allah daripada al-Quran di atas untuk memberitahu hadirin tentang kedudukan KEADILAN dan BERLAKU IHSAN dari perspektif al-Quran, apakah ini suatu penghinaan terhadap Islam?
Nga Kor Ming salah menyebutnya? Betulkanlah sebutannya.
Bukankah kita kaya dengan guru tajwid di sana sini?
Betul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan parti yang Melayu dan Muslim itu? Betul sangatkah ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong ke Balai Polis membuat laporan!
Sikap inilah yang menghairankan saya.
Terlalu defensif.
Masjid dikurung, Quran dibendung, yang lulus untuk kegunaan non Muslim hanyalah rumah-rumah terbuka pada hari perayaan Islam! Kemudian layakkah kita tertanya-tanya tentang punca Islam menjadi mandul di negara kita?

Sila tanggalkan kasut anda di sini, dan ketahuilah di sini juga kawasan pencuri kasut! Banyak betul benda pelik di masjid-masjid kita
HINA ISLAM ATAU MUSLIM?
Soalan tadi belum berjawab. Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?
Saya yakin, jawapannya mudah.
Ia bukan penghinaan terhadap Islam.
Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.
Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’.
Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam.
Sebaliknya Nga Kor Ming patut didakwa kerana menghina ‘Muslim’. Muslim yang bermain-main dengan Islam. Permainan yang menjadi punca terhinanya Muslim itu sendiri, siang dan malam.

“… Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian al-Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari Qiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [al-Baqarah 2: 85]
Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”
Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?
LABEL : KEMENANGAN, KENA TAHU, KENYATAAN, PELIK, PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Selasa, April 07, 2009
ALHAMDULILLAH UNGKAPAN TERULUNG ATAS KEJAYAAN BERSAMA PR MALAM INI....
TAHNIAH BUAT SEMUA PETUGAS & PENGUNDI PAS DARI MERATA KAWASAN & NEGERI ATAS KEJAYAAN MENGEKALKAN KEMENANGAN DI P059 BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU...GITU...Daripada kami paspasirsalak.blogspot.com
LABEL : B.GANTANG, KEMENANGAN, KENYATAAN, PENGHARGAAN
Artigos Relacionados:Rabu, April 01, 2009
BAHAYA SETELAH JUMAAT 3.4.2009
Dalam karikatur yang diterbitkan di ruangan opinion dengan tajuk:
Najib Razak and the Ghost of Altantuya

Link : http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/137_41954.html
....sebagai RAKYAT MALYSIA yang berdaulat...... Bakal PM Malaysia Ke-6 kita diaibkan oleh 2 negara. France & kini Korea...... so? BERSIHKAH BELIAU? PERCAYAKAH PELABUR ASING SELEPAS HARI JUMAAT INI 3.4.2009 ???
LABEL : KENA TAHU, KENYATAAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Ahad, Mac 15, 2009
JANGAN TERPERANGKAP LAGI - TOK GURU
Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama.
“Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik).
“Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu),” katanya.
Tok Guru Nik Aziz sependapat dengan Tun Dr Mahathir yang juga berkata perkara seumpama itu pernah berlaku tetapi tidak berjaya disebabkan berlainan prinsip dan perjuangan.
Apapun, kata Dr Mahathir BN telah memerintah Malaysia selama 50 tahun dan berjaya membawa kemakmuran serta kemajuan kepada rakyat negara ini.
Bagaimanapun hari, Setaiusaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara BN dan Pakatan Pembangkang yang dikemukakan Presiden PAS itu adalah lanjutan dari isu muqabalah dengan Umno dahulu.
“Apa yang disebutkan olehnya sebelum ini adalah kerajaan perpaduan bukan kerajaan campuran, perkara ini disebut oleh Presiden dalam mesyuarat baru-baru ini tetapi belum dibincang secara terperinci”, kata Takiyuddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sebelum ini Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata di bawah kerajaan perpaduan semua parti politik diberikan peluang untuk berada dalam kerajaan mengikut jumlah kerusi di Dewan Rakyat.
Tok Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Nor, 18, yang mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas di Kampung Parang Punting, dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan perkara itu akan diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun nanti.
Susulan cadangan Abdul Hadi, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini.
Muhyiddin berkata PAS perlu mengemukakan secara terperinci tentang bagaimana kerajaan campuran itu mahu dibentuk sebelum apa-apa pertemuan dapat dibuat.
Semalam, Dewan Pemuda PAS menyuarakan sokongan terhadap cadangan itu dan menganggap ia dibuat pada masa yang tepat.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut presiden PAS itu menerangkan maksud beliau kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam gabungan parti pembangkang.
Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA







