Peningkatan Kadar Radiasi Reaktor 1000x ganda
Pihak berkuasa Jepun sedang bertungkus lumus menggelakkan kerosakan di loji nuklear susulan kejadian gempa bumi, semalam sehingga menyebabkan tsunami.
Menurut AFP, sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9.
Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun.Kegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.
Kadar radiasi meningkat kira-kira 1,000 kali berbanding paras normal di bilik kawalan reaktor No. 1 loji Fukushima Daichi, demikian menurut Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun.
Terdahulu sekitar 3,000 penduduk telah diminta meninggalkan rumah mereka.Stesen Fukushima Daini adalah loji tenaga nuklear kedua beroperasi di kawasan Fukushima, timur laut Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami petang semalam.
Tepco berkata kira-kira pukul 2.46 petang semalam (waktu Jepun), tiga daripada enam reaktornya dihenti operasi ekoran gempa bumi.
Semuanya adalah reaktor air didih.
Kejadian itu membawa kepada penggunaan janakuasa diesel kecemasan bagi menyediakan kuasa sokongan kepada loji tersebut.Bagaimanapun janakuasa diesel pula henti selepas sejam loji henti operasi, menyebabkan tiadanya kuasa bagi sistem pendinginan.
Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata, "penduduk selamat selepas mereka dalam kawasan lingkungan tiga kilometer dipindah keluar dan mereka dalam kawasan lingkungan 10 kilometer pula diminta tinggal dalam rumah, jadi kami mahu penduduk bertenang.
- malaysiakini
Catat Ulasan