Jumaat, Februari 27, 2009

Tol Naik...naik...naik lagi? Ambulan "U-Turn"

Apabila kenaikan kadar tol diumumkan, HANYA satu sahaja yang dijadikan alasan - semuanya berdasarkan Perjanjian Konsesi dengan pengendali Lebuhraya.
Tetapi, dimanakah 'perjanjian konsesi' dengan rakyat yang mahu rakyat hidup sempurna, terjaga, tidak rasa beban lebih-lebih lagi di dalam media memberitahu mengenai puluhan ribu yang telah dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunia.Tidak perlu kita memberi alasan dengan memberikan contoh kadar tol di negara luar. Contoh di dalam negara sendiri tak habis untuk dikaji.

Saya merupakan pengguna jalanraya dan lebuhraya yang menghabiskan kira-kira RM200 sebulan untuk tol dan menjangkau antara 5000km sehingga 8,000km perjalanan sebulan.Tahukah anda?Jalanraya bertol diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna samada untuk mendapatkan keselesaan atau menggunakan jalan biasa/persekutuan yang biasanya kurang penyelenggaraan/sesak dan sempit.Tetapi, sedarkah anda?Banyak laluan bertol sebenarnya pengguna tiada pilihan dan terpaksa melaluinya kerana samada laluan alternatif memang tiada, atau laluan alternatif adalah laluan "tinggalan zaman penjajah" dan berada di lokasi yang langsung tak lojik untuk dijadikan laluan seharian.Tahukah anda?Laluan bertol memang selesa, ada sehingga 4 lane, sehinggakan jika meter kenderaan ada sampai 300km/jam, anda mampu memecut sehingga 290km/jam (kalau kancil turbo boleh pecut sampai meter berpusing 2 kali..!)

Tetapi, sedarkah anda?Keselesaan itu bukan bermakna kita akan berkampung, berkelah atau membuat kenduri kahwin di tepi lebuhraya. Apa makna dalam laluan bertol adalah selesa, tetapi sebaik membayar tol, anda mengalami kesesakan yang amat kronik.

Contoh 1: Pengguna yang menggunakan Jalan Duta akan tahu betapa peritnya setiap pagi, sebaik membayar tol, mereka akan terpaksa menanggung kesesakan untuk masuk ke pusat bandaraya.

Contoh 2 : Pengguna lebuhraya Metramac setelah membayar di dua pondok tol, juga mengalami masalah yang sama untuk masuk ke bandaraya.

Contoh 3 : Lebuhraya DUKE yang baru dibuka kira-kira dua bulan lalu, juga seolah-olah teraniaya apabila papan tanda elektronik memberitahu, hanya beberapa minit untuk tiba di Ampang, tetapi sedarkah bahawa untuk turun dari lebuhraya di persimpangan Hillview, mengambil masa lebih 10 minit kerana pertembungan dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah


2.Tahukah anda?Memang ada jalan alternatif iaitu jalan lama,jika tidak mahu menggunakan jalan bertol.Tetapi sedarkah anda?Ada jalan yang asalnya tidak bertol, tetapi setelah perjanjian konsesi, ianya terus dijadikan jalan bertol dan akhirnya kerana tiada pilihan, pengguna terpaksa melaluinya.Contoh

1 : Lebuhraya Karak dari Gombak ke Bentong.Adakah laluan alternatif yang dimaksudkan ialah Jalan Gombak Lama iaitu laluan sempit, bergaung, berbukit, sunyi, selekoh tajam, tiada lampu jalan, dalam hutan belantara dan jika anda ditimpa kemalangan, alamatnya tengkorak anda hanya akan ditemui 3 bulan kemudian, itupun kebetulan ditemui oleh orang asli yang kebetulan ternampak tengkorak anda di dalam gaung ketika mencari petai..?

Contoh 2 : Lebuhraya PersekutuanUntuk ke Kelang dan sebaliknya, anda terpaksa melalui dua plaza tol. Apakah jalan alternatifnya? Anda terpaksa melaluinya dan membayarnya. Jika anda nekad, anda boleh tidak membayarnya semasa palang dibuka, tetapi siren akan berbunyi dan nombor kenderaan anda dicatatkan.Dan tahukah anda, betapa siksanya melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari apabila ianya tidak boleh dikategorikan sebagai lebuhraya kerana langsung tiada ciri-ciri lebuhraya malah laluan yang betul-betul nampak macam lebuhraya hanya dalam jarak lingkungan satu kilometer dari plaza tol.Tahukah anda?Lebuhraya di negara ini cantik dan digahkan sebagai antara yang terbaik di dunia dengan laluan lurus, banyak lane, banyak kawasan rehat dan rawat.Tetapi sedarkah anda?Ada lebuhraya memaksa anda menghabiskan minyak dan masa terutama masa kecemasan kerana tiadanya laluan keluar atau pusingan u.

Contoh 1 : Lebuhraya KL-Putrajaya.Lebuhraya ini menawarkan dua Plaza Tol. Di Bukit Jalil RM1.50 dan Putrajaya RM2.00Tetapi, jika anda telah memasuki Plaza Tol Bukit Jalil, anda tidak boleh berpatah balik atau mencari mana-mana susur keluar kecuali anda terpaksa memandu sehingga Putrajaya, membayar tol RM2.00 kemudian U-turn dan bayar sekali lagi RM2.00 untuk berpatah balik.Jaraknya melebihi 10 kilometer, (nanti saya ukur balik jarak tu...)menyebabkan banyak kes-kes kecemasan mengalami kelewatan untuk dibuat pusingan balik.


Contoh 2 : Jika anda melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 MRR2 dari Kepong ataupun sebaliknya, sebaik sahaja anda menaiki laluan bertingkat, anda akan mengalami trauma yang amat hebat kerana hampir saban hari laluan ini sesak di laluan bertingkat itu, lengkap dengan gegaran kuat jika lori atau kenderaan berat lalu di laluan sebelah. Lokasi inilah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan isu retak pada rasuk/tiang lebuhraya dan sepanjang anda berada di atas laluan bertingkat yang sentiasa bergegar ini, tiada laluan kecemasan/susur untuk turun. Jika anda dah memasukinya, anda terpaksa berada di atasnya sehingga berhampiran susur Manjalara.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO