Jumaat, Februari 27, 2009

Baca berita boleh...Nak pecaya.... Tunggu dulu..

Ketika menemu duga seorang calon untuk jawatan wartawan di Harakah tidak lama dulu, beliau memberitahu antara sebab dia memilih Harakah berbanding syarikat media lain kerana kadar kepercayaannya kepada akhbar ini lebih tinggi.Beliau meletakkan kadar kesahihan berita akhbar Harakah di tahap 80 peratus manakala akhbar Melayu yang mendakwa sebagai media arus perdana di tahap 50-60 peratus saja.Demikianlah, berdasarkan tanggapan calon berkenaan, bukan semua disiarkan dalam akhbar layak dipercayai. Banyak perkara yang boleh dibaca tetapi seseorang pembaca itu perlu berfikir banyak kali dan membuat penyelidikan bagi mengetahui kebenaran beritanya. Seorang penceramah kursus haji yang saya hadiri tidak lama dulu pernah berkata, daripada menghabiskan banyak masa membaca akhbar-akhbar yang belum tentu kesahihannya, lebih baik membaca al-Quran, dapat juga pahala.Ini kerana apabila membaca akhbar, seseorang itu bukan saja menemui berita dan rencana 'yang baik-baik' tetapi juga artikel dan gambar yang tidak senonoh yang boleh merosakkan minda. Akhbar Melayu juga tidak terkecuali menyiarkan gambar artis yang terlondeh sana , terlondeh sini.Ada juga iklan tidak senonoh dengan budaya orang Islam disiarkan secara meluas.Jika difikir-fikirkan perkara ini secara mendalam, membaca akhbar bukan saja memanfaatkan diri kita (kita betul caranya) tetapi juga menambahkan dosa.Oleh itu, tidak hairanlah mengapa khatib Jumaat di sebuah masjid di Kedah mengingatkan jemaah tentang bahaya media dan berusaha memulaukan sesetengahnya. Apakah salah memulaukan akhbar-akhbar dan majalah yang menyiarkan artikel dan gambar lucah ini? Jengoklah gerai akhbar. Ada macam-macam akhbar yang majalah dengan gambar muka depan yang menjijikan dipamerkan secara terbuka. Tidakkah kita berasa berdosa dan mahu mengambil sesuatu langkah untuk menghalang umat Islam daripada diracuni media yang hanya bermatlamat memuaskan nafsu 'antara perut dan lutut' ini?Masyarakat kita hari ini sudah kronik dan jika ditambah dengan kehadiran media 'pelepas nafsu' ini, dikhuatiri anak-anak muda kita akan terus hanyut, dibuai khayalan demi khayalan yang menyesatkan.Kita patut bersyukur kerana kehadiran cendekiawan agama seperti tok guru, khatib, imam, ustaz, ustazah dan penceramah yang tidak mengenal putus asa dalam memberi nasihat dan ingatan kepada masyarakat.Tetapi jika ingatan itu dituduh sebagai permainan politik pula, dikhuatiri suatu ketika nanti tiada pihak yang berani menyatakan yang mana satu benar, yang mana satu salah. Bukankah agama itu berkisar kepada amal makruf, nahi mungkar?Kepada pihak yang percaya dan meyakini media adalah 100 peratus sahih, mereka perlu diingatkan bahawa dalam pengumpulan hadis sekalipun, ada yang diterima dan ada ditolak.Malah dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan kecelakaan kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." - Ayat 6, Surah Al-Hujurat.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO