Ahad, Februari 22, 2009

Artikel : Keputusan kes Altantuya dibuat selepas Najib jadi PM

Kiriman di email paspasirsalak@gmail.com

oleh HermanSamsudeen

Bulan Mac semakin hampir, Najib Razak bakal dimahkotakan sebagai Presiden Umno sekaligus menamatkan karier politik Abdullah Ahmad Badawi. Paling penting, Najib juga bakal menjadi PM sebelum keputusan perbicaraan kes Altantuya diumumkan pada 9 April 2009.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam mengesa supaya pelan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Abdullah kepada timbalannya Najib ditangguhkan untuk Abdullah melunaskan segala tugas dan agenda yang belum diselesaikan.
Selain itu, beberapa tuduhan terhadap Najib yang melibatkan kontraversi beliau bersama Altantuya juga menjadi sebab mengapa pandangan sedemikian dikemukakan. Sewajarnya pihak Polis mengambil serius tuduhan yang dibuat kepada Najib ini dan memanggil beliau untuk disoal siasat.

Kertas siasatan juga perlu dibuka selepas apa yang didedahkan oleh Raja Petra. Namun itu tidak berlaku dan Najib masih lagi menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sekarang ini menanti peluang untuk menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Walaupun ramai yang mencadangkan Najib bercuti atau lepaskan jawatan untuk disiasat, namun segalanya dilihat umpama mencurah air didaun keladi.

Perbicaraan kes Altantuya langsung tidak melibatkan siasatan terhadap Najib, malah selepas Abdul Razak Baginda dibebaskan, beliau pula yang mengumumkan Najib dan isteri tidak terlibat dan tidak bersalah?

Ini mengelirukan rakyat kerana apa yang disebut beliau bertentangan dengan tuduhan yang dibuat oleh RPK.
Sebaiknya Najib menamatkan krisis pertuduhan ini dengan beliau sendiri menawarkan dirinya disiasat sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.
Tetapi apakah itu akan berlaku kerana beliau semakin hampir menjadi Perdana Menteri Mac hadapan. Maka rakyat melihat bahawa selepas Najib menjadi Perdana Menteri Mac nanti usaha untuk membawa beliau untuk menjawab pertuduhan ini semakin sukar kerana beliau sudah menjadi orang yang paling berkuasa dinegara ini.

Beliau akan memegang kuasa Eksekutif, Perundangan dan Mahkamah dengan begitu erat sekali. Walaupun beliau tidak mengetuai ke semua kuasa itu, namun dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai pengaruh besar dalam sudut Perundangan dan Mahkamah.
Oleh itu, keputusan Kes Altantuya April nanti juga dijangka sedikit sebanyak akan menimbulkan kesangsian rakyat kerana Najib masih tidak dipanggil bagi menjawab tuduhan yang beliau dakwa sebagai tuduhan palsu.

Ini akan menjadi rumit kerana rakyat dibawah ini akan terus memandang serong apda Najib sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, wajarlah peralihan kuasa ditangguhkan dan Najib perlulah bersihkan dirinya dahulu dari segala macam pertuduhan yang dikemukakan. Jika beliau benar,buktikan bahawa semua tuduhan itu palsu dan rakyat akan terima beliau dengan senang hati jika tidak bersalah.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO