Usrah bulanan PAS Perak Penuh dengan peserta
TAIPING, 5 April:- Kedatangan peserta Usrah Bulanan yang diadakan pada malam semalam bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak di Ayer Kuning mendapat sambutan luar biasa malam semalam. Kebiasaannya peserta hanya memenuhi ruang dewan utama yang boleh menampung sekitar 500 orang peserta. Namun untuk malam tadi pengunjung bukan sahaja memenuhi ruang utama tetapi memenuhi bahagian luar dan melimpah sampai di tepi jalan utama.
Ledakan peserta usrah untuk kali ini dikaitkan dengan kemenangan di Perak apa tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat, yang Menteri Besarnya adalah dari PAS.Peserta yang penuh di bahagian luar dewan disediakan sebuah skrin besar yang telah disediakan lebih awal bagi menampung jangkaan kehadiran yang ramai itu. Sepertilah sambutan luar dugaan berlaku untuk program Sambutan mauludur Rasul di Ipoh pada bulan lepas, demikianlah kejutan kehadiran peserta yang saya jangkan bertambah 5 kali ganda dari biasa.
Program seawalnya dimulai dengan sembahyang maghrib berjamaah diikuti oleh kuliah maghrib. Sesudah itu peserta disediakan makan malam secukupnya. Acara kemuncaknya adalah majlis ucapan dan amanat dari Pimpinan yang dimulai sesudah sembahyang Isya berjemaah. Ucapan dimulai oleh Ustaz Dahlan selaku setiausaha Lajnah Tarbiyah Negeri. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih dan menegaskan perhimpunan kali ini berlainan dari sebelumnya kerana kita berhimpun dalam keadaan sudah memerintah Perak. Permulaan majlis adalah doa wehdah secara beramai-ramai yang di ketua oleh YDP Kawasan Tanjung Malim yang juga SU Dewan Ulama Negeri, Ust. Zulqarnain Hassan. Selain itu peserta juga berkesempatan mendengar ucapan dari Wakil Ahli Parlimen yang menang iaitu diwakili oleh ahli Parlimen Parit Buntar,YB. Dr. Mujahid Yusuf Rawa, dan Ucapan dari Wakil ADUN diwakili oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.Kandungan ucapan mereka berdua berkisar mengenai pengisian kepada kemenangan dan wala' kepada keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan.Ucaptamanya adalah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Hadirin sedikitpun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga ucapan berakhir.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan