Selasa, April 01, 2008

DPPP hantar memorandum kecam filem "Fitna"

KUALA LUMPUR, (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk 'Fitna' secara online pada 27 Mac lalu.
Filem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.
Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub melahirkan kekecewaan kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Belanda hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, di Lobi bangunan The AmpWalk, Jalan Ampang, pagi tadi.
Dalam memorandum tersebut, jelas Salahudin beliau mendesak kerajaan Belanda menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan suasana aman dan makmur di seluruh negara.
Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menyerahkan memorandum tersebut agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak kerana tindakan menghina sesuatu agama itu tidak bertamadun serta tidak berbudaya.
Sementara itu, dalam pertemuan singkat sewaktu penyerahan memorandum tersebut, Luc Schillings berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Geert Wilders di atas tindakannya menyiarkan filem tersebut.
Beliau mengharapkan dalam tempoh terdekat, kerajaan Belanda akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang di Belanda bagi menyekat tindakan Geert Wilders, agar boleh meredakan kemarahan umat Islam.
Katanya, kemarahan umat Islam akan reda sekiranya Geert Wilders menyatakan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakannya itu.
Dalam pada itu jelas Salahudin, sebagai 'kerajaan yang sedang menunggu' katanya, PAS sedang berusaha untuk membina hubungan yang lebih baik serta mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara luar.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf.
Beliau juga berkata langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO