Khir - Mukhriz Bergabung Jika KJ Bertanding?
Menurut sumber di kedua-dua kem Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, kedua-dua tokoh ini dijangka bergabung sekiranya Khairy Jamaluddin bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia Disember ini. Sungguhpun kedua-dua tokoh ini telah menyatakan kesediaan untuk bertanding biar berapa ramai pun yang mencalonkan diri, namun perkembangan terkini sehingga tengah malam tadi memperlihatkan keadaan kurang menyenangkan.
Keghairahan kedua-dua tokoh ini berdasarkan persepsi bahawa Khairy tidak akan bertanding Ketua Pemuda UMNO bagi kali ini berikutan dipersalahkan dalam tragedi Pilihan Raya Umum ke 12.Namun sejak petang semalam, telah terdapat usaha-usaha untuk memastikan Khairy akan dicalonkan di kalangan sepuluh Pemuda UMNO bahagian pertama yang bermesyuarat Oktober ini. Dengan keadaan ini, ia akan mewujudkan satu situasi kononnya Khairy tidak lagi boleh menolak pencalonan beliau.Usaha-usaha ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk Datuk Mukhriz dan Dr. Mohamad Khir. Justeru, penulis difahamkan kedua-dua tokoh akan bergabung di saat terakhir bagi memastikan Khairy tidak mendapat laluan mudah menang jawatan Ketua Pemuda.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan