Selasa, April 01, 2008

Pejabat MB Perak nafi umumkan senarai portfolio

IPOH, 1 April (Hrkh) - Pejabat Menteri Besar Perak tidak pernah mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco Kerajaan Negeri seperti yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini.
Bahkan tidak ada satu sidang akhbar pun yang dibuat oleh Menteri Besar, Ir Mohd Nizar Jamaluddin semalam bagi memaklumkan perkara tersebut, jelas Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki yang ditemui Harakah di pejabatnya, pagi ini.
"Pejabat Menteri Besar atau Menteri Besar sendiri tidak pernah mengumumkan senarai portfolio sepuluh Exco; kalaupun ada senarai tersebut yang diperolehi dari mana-mana pihak, itu bukan senarai rasmi.
"Pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak pada hari Rabu selepas mesyuarat Exco pertama yang dijadualkan pagi esok," tegasnya.
Akhbar-akhbar tempatan hari ini menyebut Pejabat Menteri Besar Perak telah mengumumkan senarai portfolio 10 Exco kerajaan campuran yang telah mengangkat sumpah Sabtu lepas.
"Berita yang disiarkan itu tidak benar sama sekali, tidak ada pengumuman dibuat, tidak ada sidang media diadakan semalam,? ujarnya.
Menurut beliau lagi, Menteri Besar sendiri akan mengumumkan senarai portfolio 10 Exco Kerajaan Negeri selepas mesyuarat Exco esok.
?Esok akan diadakan mesyuarat Exco pertama, selepas itu diadakan sidang media, Menteri Besar akan umumkan senarai portfolio 10 Exco,? jelasnya.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO