MEREKA SUDAH BUAT DAHHH....
Seorang teman telefon sebentar tadi bertanyakan mengapa saya tidak menulis mengenai gelagat Ahli Parimen (MP) ketika bersidang hari ini. Kecoh dan macam adegan pergaduhan budak-budak di kampung. Beliau yang menonton berita di televisyen amat bersetuju dengan Speaker DR, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa keadaan dalam Parlimen hari ini seperti pasar. Beliau bertanya mengapa "pendekar" tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal pengacau-pengacau dalam DR berkenaan.Sebenarnya, saya tidak mahu menulis lagi mengenai gelagat MP dan lebih berminat mengutarakan isu yang dibincangkan. Saya sudah menjangka keadaan kekecohan ini berlaku apatah lagi mereka mengetahui bahawa adanya siaran secara langsung oleh RTM. Itu sebab saya meminta mereka berhujjah secara profesional untuk kepentingan rakyat. Bukannya mencari publisiti murah atau menjadikan Parlimen sebagai sarkas menghiburkan penonton. Bagi saya, sejak semalam persidangan sudah bermula dengan contoh tidak baik dengan mengemukakan perkara-perkara remeh dan ini sudah pasti tidak baik untuk MP yang pertama kali menjejaki kaki ke Parlimen. Sudah tentu mereka mengikut dan mengambil "perangai" buruk MP lama itu, yang berniat ingin menjadi jagoan atau untuk menunjuk-nunjuk kehebatan mereka. Sudahlah, berhentikan permainan sarkas itu dan tumpukan perhatian kepada isu semasa seperti masalah keperluan harian rakyat yang semakin hari semakin mencabar. Hayatilah ucapan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan yang mengingatkan MP agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi berjuang untuk kepentingan rakyat.Saya yakin ketika ini, Pak Lawak atau joker lama yang ingin menjadi jagoan akan memikirkan apa yang boleh dilakukan lagi untuk menguji Speaker baru di samping menyusun strategi untuk memalukan antara satu sama lain. Bagi mereka, Speaker perlu diuji untuk memastikan mereka boleh buat "perangai tidak senonoh" itu selalu pada persidangan seterusnya. Bagi sesetengah ahli pembangkang, jika boleh Perdana Menteri dan Timbalannya juga ingin dimalukan demi untuk mempopularkan parti masing-masing. Panggilan dan kata kesat? Hari inipun, MP sudah berperangai seperti budak-budak atau lebih rendah iaitu bayi dengan memanggil nama "big foot" dan "big monkey" antara mereka. Karpal Singh memanggil Bung Mokhtar "big foot", Bung Mokhtar memanggil Karpal Singh "big monkey". Pakai kot hitam, nampak macam orang tua dan mengenakan tali leher macam orang korporat tetapi menjerit-jerit memberi pelbagai nama, macam budak-budak. Alo, jadilah orang dewasa dan berhujjahlah secara profesional.Kalau tidak mahu jadi MP, jadilah kanak-kanak dan bermainlah pondok-pondok di kampung atau taman perumahan masing-masing. Ingatlah, rakyat sedang memerhatikan anda dan jangan tersilap langkah sehingga kecundang pula pada PRU13, gara-gara berperangai semacam budak-budak.Alo, jadilah orang dewasa untuk sekian kalinya. Berubahlah untuk kepentingan rakyat.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan