Selasa, Mei 14, 2013

Yakinlah kalian jutawan Akhirat : Terima kasih dermawan PRU 13 .

Jazakallah terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh jentera, ahli , individu perseorangan dermawan yang telah sudi membantu gerakan jemaah Islam iaitu Parti Islam SeMalaysia PAS Kampung Gajah menghadapi PRU13 baharu ini.

Tiada kegagalan dalam perjuangan.
Sesungguhnya kalianlah jutawan akhirat penebus kifarah dosa dalam kehidupan kita dengan mengeluarkan perbelanjaan atas jalan Allah demi memastikan kelangsungan ISLAM dimartabatkan. Kejayaan dan kegagalan bukan pengukurnya apa yang pasti adalah keikhlasan kita seluruhnya menyumbang ke atas keredhoaan Allah.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang budiman yang telah menghulurkan sumbangan sama ada berupa wang ringgit, tenaga serta buah fikiran dalam menjayakan kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut bendahari DPPM Muhd Khairil Nizam, sepanjang kempen PRU13 lalu, pihaknya telah menerima sumbangan daripada pelbagai golongan, sama ada golongan profesional, ulama’, usahawan, teknokrat dan lain-lain lagi. 

"Selain penyumbang dalam negara, DPPM juga menerima sumbangan daripada luar negara termasuk daripada United Kingdom, Dubai (UAE), Mesir, Australia, dan lain-lain negara.

"Mereka ini terdiri daripada kalangan umat Islam serta bukan Islam yang merasa simpati terhadap perjuangan PAS serta mahu melihat PAS bersama Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13," katanya.

Sumbangan tersebut jelas Khairil telah disalurkan untuk kegunaan calon-calon Dewan Pemuda PAS segenap peringkat yang bertanding di peringkat parlimen mahupun Dewan Undangan Negeru (Dun).

"DPPM mendoakan semua penyumbang diberikan kerahmatan dan keberkatan dalam hidup mereka serta dilimpahi dengan rezeki daripada Allah SWT. 

"Segala jasa dan sumbangan mereka hanya Allah SWT yang membalasnya," katanya.

Pada PRU13 lalu, beberapa calon dari Pemuda PAS telah berjaya memenangi kerusi yang ditandingi masing-masing.

Ketua DPPM Nasrudin Hassan menang bagi Parlimen Temerloh, timbalannya Nik Mohd Abduh pula menang bagi Parlimen Pasir Mas, sementara dua exconya Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahmad Marzuk Shaari masing-masing menang di Parlimen Kubang Kerian dan Bachok.

Selain itu, beberapa ketua Pemuda PAS Negeri turut menang dalam PRU13 lalu.

Antara mereka termasuklah ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya yang menang di Dun Alor Mengkudu, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Latif Abdul Rahman di Dun Mengkebang, Ketua Pemuda Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan di Dun Gombak Setia, Ketua Pemuda PAS Perak Mohd Zawawi Abu Hassan di DUN Gunung Semanggol serta Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Noor Hamzah di Dun Bukit Payong.

Selain itu, beberapa lagi calon pemuda PAS turut menang iaitu Mohd Rozi Muhammad bagi Dun Tendong dan Nazlan Mohamad bagi Dun Limbongan di Kelantan, manakala Ridzuan Hashim menang di Dun Teluk Pasu, Terengganu.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO