'Kita mentadbir bukan memerintah' - TG Nik Aziz
SHAH ALAM, peringatan terhadap kematian yang menjadi ungkapan pertama bilamana TGNA melangkah hadir ke rostrum amat tersentuh jiwa sekalian yang hadir. Keuzuran diri dalam usianya , namun cekal dan mantap di khalayak ramai. Inilah sifat seorang pemimpin ISLAM tidak akan sesekali mengalah dengan mencari pelbagai alasan untuk terus berjuang agar keazaman menegakkan Syiar ISLAM di negara tercinta.
'Ambo tak nak guna kalam memerintah, kerana kita adalah sebagai pentadbir amanah ALLAH' - ianya dikupas dengan penuh iltizam dalam memberikan kefahaman buat hadirin. Keyakinan kita terhadap ALLAH perlu diutamakan dan melekat dalam diri barulah kita yakin dengan perjuangan ini.
UMNO tandus hasil sikapnya yang rakus. Pengalaman silam menjadikan PAS matang untuk bermain politik bersama mereka. Walaupun kejayaan dan kemenangan ISLAM terkadang keihatan dinafikan dengan mainan mereka , namun dengan keyakinan ISLAM akan menjadi CEMERLANG membawa hakikat kebenaran akan dijulang di negara tercinta ini.
Tugas dan peranan setiap dari kita sebagai umat ISLAM harus dilipatgandakan. Sikap tunding jari tanpa kita turun berkhidmat dalam jemaah ini perlu dielakkan sama sekali. Kerjasama memikul tugas dan baiki kelemahan diri menjadi ramuan kejayaan ISLAM yang HAKIKI.
TGNA yang berucap dihadapan hampir 30 ribu umat manusia di Stadium Malawati, S.Alam sempena Program Solat Hajat & Pidato Perdana malam tadi. Moga kekuatan dan semangat malam tadi akan dapat diteruskan demi memartabatkan ISLAM menakluki dan memimpin kita di Malaysia ini.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan