DANA YBU: SIAPA AKAN AUDIT?
Kenyataan Media (6 Januari 2011)
DANA YBU: SIAPA AKAN AUDIT?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta Kerajaan Negeri Perak memberikan penjelasan terhadap dana kewangan Yayasan Bina Upaya (YBU) yang diumumkan mencapai pengumpulan sehingga RM8.5 juta pada tahun ini secara terperinci dengan melantik audit rasmi daripada kerajaan negeri dan juga swasta yang bertauliah bagi memastikan dana tersebut tidak disalahgunakan.
Ini kerana dengan dana yang sebegitu besar, amat dibimbangi akan disalahgunakan untuk kegunaan politik semata-mata tanpa mengikut saluran yang telah ditetapkan. Sudah tentu kewujudan YBU ini adalah platform politik Barisan Nasional (BN) untuk memberikan keyakinan rakyat akan keprihatinan BN di dalam menyelesaikan segala isu rakyat. Malah dana yang diperolehi akan memastikan BN akan terus memerintah dengan menyuntik pemikiran rakyat yang melihat kewujudan YBU ini sebagai sangat penting oleh BN.
Secara tidak langsung, sudah tentu peranan yang dimainkan oleh YBU ini akan mengurangkan atau menafikan terus tugas jabatan kerajaan yang terlibat di dalam segala bentuk saluran yang telah diberikan. Rakyat melihat YBU ini sebagai ganti kepada semua agensi jabatan kerajaan yang terlibat dan wujudnya YBU ini adalah langkah terbaik BN di dalam menawarkan khidmat yang selama ini dibuat melalui agensi jabatan kerajaan sediaada. Maka semua agensi jabatan kerajaan tersebut langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka terus kepada rakyat tetapi mesti melalui YBU.
Malah turut dibimbangi ialah dana tersebut adalah untuk menyusun program-program BN yang sudah tentu akan disalahgunakan kerana tidak diaudit secara telus. Rakyat melihat mana-mana projek yang dilakukan oleh YBU ini lebih bermotifkan politik BN semata-mata tanpa memikirkan wang rakyat tersebut yang telah disalahgunakan.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan