Selasa, Januari 11, 2011

Belum kempen Umno-BN sudah gelabah

KUALA LUMPUR: Bukan PAS sebaliknya Umno yang dilihat sudah turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang bagi menjalankan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 30 Januari ini kata, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed.


Tegasnya, PAS tetap mematuhi peraturan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkempen selepas hari penamaan calon pada 22 Januari ini.

“Saya sangkal tuduhan Umno yang mengatakan PAS sudah berkempen di Tenang.

“PAS belum kempen lagi yang ada kita hanya baru melancarkan gerak kerja kempen pilihan raya bukan kempen.

“Memanglah PAS sudah berkampung di Tenang tetapi untuk menggerak jentera pilihan raya,” katanya kepada Harakah.

Baru-baru ini, pimpinan Umno mendakwa PAS mula berkempen untuk PRK Tenang biarpun belum tiba hari penamaan calon.

Mengulas lanjut, Dr Mahfodz mendakwa akhir-akhir ini ramai menteri malah Menteri Besar Johor sudah turun ke Dun Tenang.

“Kalau dulu susah hendak melihat menteri datang ke Tenang untuk melawat kampungkampung dan Felda.

“Bagaimanapun mereka tidak mengaku berkempen sebalik mendakwa turun sebagai pegawai kerajaan kononnya,” dakwanya.

Beliau juga mendakwa, antaranya kedatangan mereka berselindung di sebalik program menghulurkan bantuan seperti memberi beg sekolah atau bantuan kewangan kepada penduduk,” katanya lagi.

Menurutnya, walaupun mereka tidak memberi ceramah, itu menunjukkan mereka sudah memulakan kempen di sana.

Malah katanya, sebelum ini suasana begitu sukar dilihat malah ada kematian pun mereka tidak turun.

Tetapi katanya, sekarang ini sudah ramai pimpinan Umno menampakkan muka mereka di Tenang.

Sementara itu katanya, PAS dan Pakatan Rakyat memulakan gerak kerja pilihan raya dengan strategi lebih kepada penerangan berbanding serangan.

“Orang sini tidak suka diserang sebab itu kita adakan sesi penerangan ke atas sesuatu isu,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pendekatan dakwah akan dilakukan bagi menarik pengundi.

Ini katanya, orang yang hendak ditarik PAS bukan hanya orang atas pagar tetapi semua pengundi termasuk Umno.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO