Sabtu, Mei 22, 2010

Majlis Makan Malam Sempena 20 Tahun Jabatan Amal Malaysia DPPP


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami beri balasan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl:97)

Menjelang 2011 maka akan genaplah 20 tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia sebagai salah satu badan beruniform yang diiktiraf sebagai salah satu anggota penggerak kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Tidak terlingkup di dalam PAS sahaja malah jasa dan bakti Jabatan Amal Malaysia turut diiktiraf kewujudannya oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat yang lain.

Bermula dengan peristiwa ’Banjir Besar’ yang melanda Johor pada tahun 2006 dan disusuli dengan perarakan aman semasa ’Himpunan Bersih’ Pada tahun berikutnya benar-benar membuka mata semua pihak tentang kewujudan ’Tentera Merah’ yang satu ketika dahulu seolah-olah sering ditidakkan tentang kewujudannya kepada satu jenama yang cukup diterima bukan sahaja oleh ahli PAS malah turut dikagumi oleh mereka-mereka diluar parti politik.

Sejajar dengan usia yang semakin meningkat, Jabatan Amal Malaysia telah melalui pelbagai transformasi dari tahun ke tahun bagi membantu gerak kerja parti dalam apa jua perkara pun terutamanya di dalam membantu menaikkan nama parti kedalam arena politik negara.

Namun begitu ruang lingkup bidang tugas Jabatan Amal Malaysia tidak terhad kepada tugasan di dalam parti sahaja malah turut melangkaui kepada khidmat masyarakat baik di dalam mahupun di luar negara. Dimana sahaja anggota Jabatan Amal diperlukan, anggota yang ada sedia mencurah bakti sejajar dengan tema Jabatan Amal sendiri, ’Beramal Kerana Allah’.

Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kecekapan dan kekemasan gerak kerja Jabatan Amal Malaysia di peringkat pusat dan negeri, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan Majlis ’Makan Malam 2 Dekad’ Jabatan Amal Malaysia.

Majlis Makan Malam ini adalah bertujuan untuk memungut dana bagi mengisi ’Tabung Kebajikan Jabatan Amal Malaysia” yang akan dilancarkan secara rasmi pada malam tersebut

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO