Rabu, Julai 22, 2009

Pangkah BN kalu tak "miss soru"



KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.


Ini sudah kira dasyat. Kalau kita masih dijajah oleh Jepun dan mahu terselamat dari pelempang gred A tentera Jepun, jalan paling mudah adalah dengan menjadi Kempetai. Jika tidak, kempunan makan nasi lah jawabnya.

Nampaknya, formula yang seakan- akan sama telah digunakan oleh Kementerian Pertanian. Tiada mesyuarat yang dihadiri pegawai maka tiada keputusan boleh dibuat. Tiada keputusan maka tiada perubahan. Tiada perubahan maknanya miss soru.

Sudahkah Dato' Noh memikir masak-masak keputusan tersebut? Terfikirkah Dato' Noh tentang siapa yang menjadi mangsa?

Lagi satu soalan, orang Tanjong Karang pun tak terkecuali kan?

Harimau: inilah akibatnya duit rakyat dibuat macam duit sendiri. Lagi satu, kenapa beliau sebut "lima negeri pembangkang"? Dia kira Perak sekali ke?

1 Comentário:

tumis berkata...

Manusia mmg mudah lupa......
Manusia juga sering ingat......

lupa pada kata2 lupa pada diri dan Pencipta.

Ingat pada harta benda serta ingat pada setiap kesalahan org lain.

Lupa dan ingat ni kalu dikaitkan dgn kematian insyaAllah satu ubat yg amat mujarab.

~wallahualam~


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO