Jumaat, April 24, 2009

YDP ZIARAH KEMATIAN KETUA PEMUDA KELAB PENYOKONG PAS PASIR SALAK

LANGKAP, 24 April - Keprihatinan serta kebajikan merentasi batasan agama dan kaum. Begitulah yang berlaku pada hari ini apabila YDP PAS Kawasan Pasir Salak telah menziarahi rumah ahli Kelab Penyokong PAS yang telah meninggal dunia.
Ustaz Mustafa diiringi oleh Sdr. Siva, Pengerusi Kelab Penyokong PAS.
Rombongan PAS Pasir yang diketuai oleh Ustaz Mustafa Shaari ini turut disertaI Ketua Pemuda PAS Pasir Salak, Sdr. Zamarul Aini, Ketua Penerangan, Sdr. Hisyam Zainuddin, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sdr. Siva serta beberapa AJK PAS Kawasan dan Pemuda.
Mendiang Lecthumanan (Apai), yang telah meninggal akibat kemalangan semasa bekerja di ladang merupakan Ketua Pemuda bagi Kelab Penyokong PAS Langkap. Ustaz Mustafa serta rombongan berkesempatan mengucapkan takziah dan berjumpa dengan ahli keluarga mendiang yang meninggalkan beberapa orang anak kecil. Beliau juga telah memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak mendiang.
Pengerusi Kelab Penyokong Langkap, Sdr. Siva telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan melahirkan rasa kagumnya dengan keprihatinan YDP Pasir Salak yang sudi menziarahi keluarga mangsa di rumahnya dekat Langkap.

1 Comentário:

Unknown berkata...

Kes ini dah tupuh ke


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO