Khamis, April 02, 2009

Menteri jaga agama bersama Gadis seksi pancing undi BN?

Petikan drpd : idhamlim, malaysiakini.

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (foto bawah, kiri).

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Matlamat menghalalkan cara. !!!!!!!! sama - sama kita fikirkan kesempitan mereka dan kerabat-kerabatnya.....


Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini.

"Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.Malaysiakini.

Baca Seterusnya...

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO