Selasa, April 28, 2009

Pelukan ....... dalam KEHARUAN pimpinan, sunyi mufti2nya....

Inilah pedoman bagi rakyat gejata...... peragai haram mu menjadi ikutan dan panduan golongan manusia jahil yang lain....... oppsss kita je pandai cakap..... mufti dan ulama' mereka tak kata apa2 pun...... sedangkan sudah terang lagi kan bersuluh.....

Isu peluk memeluk bukan muhrim ini dah macam perkara biasa pula dikalangan artis. Tu hari Nabil peluk Irma dan kemudian komen tidak menjejaskan ekonomi negara selepas itu Aril AF7 membuat kontroversi dengan memeluk tenaga-tenaga pengajar wanita AF dengan alasan hubungan kekeluargaan pula.

Nyatalah ajaran Islam mengenai aurat, hukum bersentuhan lelaki dan perempuan sudah dipandang enteng. Walau apa pun alasan Aril dan bagaimana hubungan kekeluargaan pun yang haram tetap haram! Dengan ipar sendiri pun haram bersalam . Bersalam pun haram apa lagi peluk.

Selain Ida Nerina, Aril memeluk Fatimah dan Siti Hajar yang bertudung pula tu. Lepas ni entah apa aksi artis Malaysia ya... cium pipi? comolot?

KONSERT Akademi Fantasia ke-7 minggu lalu bukan sahaja mengundang tanda tanya oleh sesetengah penonton, tenaga pengajar, dan pengkritik malah turut menimbulkan kontroversi kecil apabila pelajar yang tersingkir, Aril telah memeluk beberapa orang tenaga pengajar wanita tanpa segan silu.

Apabila meminta Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 24, menjelaskan keadaan tersebut, dalam nada yang bersahaja dia menjawab pelukan itu berlaku disebabkan hubungan kekeluargaan yang dibina selama ini.

Penyingkiran Aril turut terselit kontroversi apabila dia memeluk tenaga pengajar wanita - foto THE STAR oleh DARRAN TAN

“Kami punya perasaan selama 61 hari dalam Akademi sudah seperti keluarga yang erat terutama Cikgu Fatimah dan Cikgu Siti Hajar yang saya anggap sudah seperti ibu saya sendiri manakala Cikgu Ida Nerina seperti kakak saya.

“Pelukan itu sebagai tanda hormat kerana susah saya hendak bagi tanda hormat memandangkan orang luar tak faham situasi kami di dalam,” jelas Aril.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO